Thursday, July 3, 2008

Maklumat

Bekas Timbalan Menteri Akan Sertai Pas

KEDUDUKAN dan keyakinan Pas untuk muncul sebagai parti alternatif menggantikan Umno semakin teguh lagi apabila seorang tokoh Umno akan menyertai parti itu tidak lama lagi.

Tokoh berkenaan seorang bekas ahli jemaah menteri di era Mahathir Mohamad dikatakan akan membuat pengumuman rasmi pada minggu depan di hadapan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Tokoh berkenaan yang mendiamkan diri ekoran krisis pemecatan Anwar Ibrahim melanda pada tahun 1989 dikatakan memilih Pas kerana yakin dengan Pas.

Sebelum ini beliau beberapa kali dipujuk agar menyertai PKR namun tidak berhasil.

Penyertaan ke dalam Pas menunjukkan tokoh berasal dari negeri di Pantai Timur itu yakin dengan Pas dewasa ini. [wm.kl 8:30 pm 03/06/080]

6 comments:

Rusdi Abu Bakar said...

TAKBIR!!!

Anonymous said...

MSO...

"Tokoh berkenaan yang mendiamkan diri ekoran krisis pemecatan Anwar Ibrahim melanda pada tahun 1989 dikatakan memilih Pas kerana yakin dengan Pas."

1989 atau 1998 ? Mungkin ada kesilapan ketika menaip di situ walaupun saya percaya semua orang memahami maksud yang cuba disampaikan

Faizal R said...

tahniah diucapkan, moga lebih ramai akan dpt hidayah dan berjuang di bawah panji2 islam

Anonymous said...

bukan 1989 la boh, tapi 1998. Typo error tu


p/s tak payah publish mesej ini


tok nebe

Unknown said...

Syabas, jadikanlah PAS sebagai wadah perjuangan mElayu, parti lain telah hanyut jauh, diperkudakan oleh bangsa asing. Bumiputra dijadikan batu loncatan saja. waspadalah Melayuuuuu

CUCU TOK KEDU said...

Sdr Mso yang dihurmati.

PAS tidak akan mengalih dasarnya dari Islam. Ia bukan parti Melayu! Kekuatan PAS adalah diatas dasar keIslamannya.

Hari ini PAS mengalih dasarnya ke arah Melayu! Esok bermulalah kereputan parti unggul Islam itu!

Kekuatan PAS bergabung dengan kekuatan PKR dan DAP dalam PAKATAN RAKYAT adalah semata-mata untuk memperjuangkan kebajikan, keadilan untuk rakyat!

Semangat berkebajikan yang dituntut oleh Islam dan menjadi tonggak kepada perjuangan hidup manusia itulah yang membuatkan ramai tokoh-tokoh Umno/BN berpindah ke parti-parti PAKATAN RAKYAT!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU