Monday, July 7, 2008

Analisa Isu

Kenapa Bala Hilang, Dan Siapa Melarikannya?

KITA tidak mengetahui apakah sebenarnya yang melanda penyiasatan persendirian Balasubramaniam a/l Perumal. Kenapa beliau membuat akuan bersumpah menuduh Mohd Najib Razak kenal dengan Altantuya Shariibuu dan mendakwa Najib juga pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia itu!

Kita juga tidak tahu kenapa belum sampai 24 jam setelah beliau membuat pendedahan terhadap akuan berkanunnya itu dengan didampingi penguamnya dan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim, tiba-tiba beliau menarik balik akuan itu, khususnya mengenai membabitkan Najib?


Dengan didamping seorang peguam baru Bala menafikan apa yang disumpahkan sebelum ini termasuk mengenai Najib yang kenalkan Abdul Razak Baginda dengan Altantuya dan pernah (Najib) mengadakan hubungan seks dengan wanita itu.

Bala membuat penarikan balik itu bukan dengan peguam asalnya, tetapi peguam baru. Peguam lamanya tidak tahu menahu perbuatan Bala itu dan terkejut dengan tindakan Bala.

Apakah Bala sudah ditekan baik semasa membuat pengakuan awal dan juga ditekan untuk menarik baliknya pengakuannya itu? Kalau ditekan, siapakah orang yang menekannya? Apakah ianya ditekan oleh kedua pihak; Anwar dan Najib. Atau hanya di sebalah pihak Najib saja yang menekan Bala? Atau pun beliau tidak ditekan oleh mana-mana pihak sebaliknya mencari makan di kiri dan dikanan?

Apakah ada usul-usul komersial dalam pengakuan dan penarikan balik akuan bersumpah Bala terhadap akuan sumpahnya itu? Kalau ada berapa yang Bala perolehi. Dalam keadaan ekonomi mengecut apa saja boleh berlaku termasuk menjual bayi sendiri!

Paling merujakan dan menyebabkan kita seperti bingung dan hilang akal lagi apabila Bala pula dilaporkan sudah hilangkan diri sejak Jumaat lalu? Turut hilang ialah keluarganya, anak dan isteri. Ke manakah Bala setelah bersumpah dan apa sebenarnya yang sudah menimpa dirinya?Kehilangan Bala itu bukan kehilangan biasa kerana ia menyebabkan anak saudaranya terpaksa membuat laporan polis.

Polis sendiri terpaksa menggunakan bantuan polis antarabangsa (Interfol) dan polis Asean (Aseanapol) untuk menjejak Bala? Apakah kenyataan dari pihak polis ini juga untuk mengelirukan di mana Balasubramanian berada sekarang? Masakan polis tidak dapat mengesan kerana kehilangan Bala belum sampai 24 jam selepas menarik balik pengakuan akuan berkanunnya itu Jumaat lepas.

Jangan pula dalam hal ini polis juga bermain kongkalikong. Polis juga sukar untuk dipercayai memandangkan kepada rekod-rekod 'perkhidmatan'nya sebelum ini!

Berbagai andaian dan spekulasi wujud di sebalik diri dan apa yang berlaku ke atas Bala itu. Ini menambahkan lagi kerumitan kepada orang ramai ingin membuat kupasan berhubung kes tuduhan Anwar meliwat dan juga kes dakwaan isteri Najib mengetahui kisah pembunuhan Altantuya.

Ada kemungkinan Anwar mengupah Bala agar membuat kenyataan itu untuk memberi keburukan dan damagekan Najib – itu tanggapan orang Najib. Dan ada juga kemungkinan Najib membeli balik Bala untuk menutup pendedahan lelaki India itu dengan memintanya membuat pengakuan pertamanya adalah palsu. Pengakuan sedemikian oleh Bala menguntung dan menggembirakan Najib.

Bala ada menecerita beliau tertekan dalam membuat sidang akhbar mendedahkan akuan bersumpahnnya itu. Kenapa? Tidak jelas apakah semasa membuat akuan pertama atau semasa membuat akuan kedua menarik balik akuan pertama itu.

Dalam perkembangan lain, ada maklumat mengatakan selepas selesai beliau membuat akuan pertama beliau didatangi oleh seseorang. Pertemuan itu berlaku pada malam selepas beliau membuat pendedahan akuan berkanun pertama. Seseorang ini menjadi misteri di pihak manakah dia? Jika dianalisa kedatangan itu seleps beliau membuat pendedahan itu ia mungkin ada kaitan dengan Najib. Kerana selepas itu beliau mengubah fikiran membuat sumpah baru pula yang menguntungkan Najib.

Apakah berlaku ugutan atau pembelian manusia dalam hal ini? Kalau ini berlaku bermakna segala bukti (akuan) yang dipercayai dan diyakini selama ini tidak akan menghasilkan rumusan dan jawaban tepat terhadap apa yang berlaku. Akuan itu sudah pasti tidak dapat dijadikan bukti di mahkamah semasa perbicaraan baik terhadap Anwar maupun Najib.

Keadaan ini terus menggantungkan minda orang ramai siapakah paling suci antara Anwar dengan Najib ataupun kedua-duanya ‘belengah’ dengan keburukan dan kejijitan kerana nafsu sendiri! [wm.kl.12:30 am 07/07/08]

3 comments:

Anonymous said...

Betapa buruknya permainan politik yang sanggup di pentaskan oleh mereka.
Rakyat di suapkan dengan ketidakstabilan politik setiap hari dan mereka melaung2 kan bahawa mereka ingin jadi PM.
Merekakah yang akan memimpin negara kita?
memang tak patut.

Anonymous said...

Siapa lagi yg akan hilang selepas ini?Sharlinie dah hilang berapa lama,adakah polis masih mencarinya?Dibandingkan dgn isu liwat ini,nampaknya cepat mereka bertindak tetapi berapa lama yg diambil semasa adik Nurin Jazlin hilang tempohari?Mana pembunuhnya?

Anonymous said...

bala yg tlh menerima bala' tlh pn polis temui,tp sygnya adik Sharlinie jugak yg belum berjaya polis kita temui..
semoga pihak polis tidak melupakan adik kita yg seorang ni..

,,,,,,,,farisan aswad mengharap,,,,,