DAKWAAN Anwar Ibrahim meliwat Pegawai Khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan ternyata bukan mudah untuk ditelan oleh para penyokongnya. Sekiranya fitnah itu mahu dijadikan senjata oleh konspirator baru untuk membunuh kerjaya politiknya ternyata ia gagal dan orang yang bertanggungjawab melakukannya tidak akan mencapai matlamatnya.
Anwar tidak mudah mengalah dengan fitnah itu. Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh lebih 10,000 para penyokongnya di Stadium Melawati, Shah Alam kira-kira tiga jam lalu membuktikan bahawa fitnah itu bukan gampang untuk diterima dan seterusnya menumbangkan wira rakyat berkenaan.
Nampaknya fitnah itu sedikitpun tidak mengugahkan sokongan kepada wira semua bangsa itu, dan Anwar sendiri tidak menunjukkan beliau sama sekali lemah dengan fitnah itu.
Malahan apa yang berlaku orang ramai begitu kesal, sedih dan marah atas apa yang berlaku. Fitnah itu memberi simpati berganda kepada Anwar! Setiap kali nama-nama yang dikaitkan sebagai orang bertanggungjawab menganiaya dan melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Anwar disebut, orang ramai sepadu mecemuh dan memboonya.
Antara nama-nama yang disebut Anwar dan dicemuhi ialah Musa Hassan (KPN), Abdul Ghani Petail (Peguam Negara), Najib Razak (TPM) dan isterinya, Rosmah Mansor. Turut sama dimaki hamu ialah hamba Allah yang membuat laporan huduh ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, meskipun Anwar tidak menyalahkan lelaki berusia 23 tahun itu.
Di celah-celah laungan dan cemuhan itu terlantun juga nama Ezam Mohd Noor beberapa kali, tetapi Anwar seakan tidak mempedulikan dan memberi reaksi kepada nama itu (Ezam).
Mereka yang memenuhi stadium berkenaan semuanya seakan sepakat untuk menolak dakwaan yang dibuat oleh Saiful dan sepakat untuk berdiri teguh di belakang Anwar dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah pusingan kedua untuk memburukkan Penasihat PKR itu.
Gambaran dan suasana ditunjukkan oleh mereka yang hadir memberi gambaran bahawa fitnah terbaru itu sedikitpun tidak menjejaskan wibawa Anwar sebagai pemimpin dan bakal Perdana Menteri.
Orang ramai yang hadir sejak jam 7:30 malam lagi seakan tidak sabar untuk mendengar penjelasan Anwar. Sebaik sahaja Anwar tiba ke dalam stadium kira-kira jam 10:00 malam orang ramai bangun memberi penghormatan sambil melaungkan slogan keramat yang sinonim dengan Anwar, iaitu reformasi!
Laungan reformasi bertalu-talu dan bersahutan sehinggalah Anwar sampai ke pentas. Ini memberi petanda bahawa Anwar terus mendapat dokongan dan sokongan. Sebaik selesai menyanyikan lagu Keadilan, slogan refomasi terus bergema.
Dalam ucapan bagi menjelaskan apa yang berlaku selama kira-kira 45 minit, Anwar berdiri di rostrum sebagai seorang wira yang sedikitpun tidak merasa takut dan gentar dengan tuduhan.
"Saudara jangan fikir saya rungsing dengan apa yang berlaku, tidak... saya tidak sedikitpun rungsing dengan apa yang berlaku," begitulah lebih kurang katanya dalam menyakinkan orang ramai.
Baginya dakwaan itu adalah berniat jahat untuk menjatuhkannya dan diangap sebagai menjijitkan, menyampah dan tidak tergamak untuk menyebutnya. Beliau juga mengulangi fitnah itu adalah skrip lama yang dilakukan semula dengan penambahan watak-watak baru.
Beliau juga menyifatkan dakwaan itu sebagai cuba hendak mengalihkan perhatian rakyat kepada daripada masalah ekonomi dan kejatuhan harga minyak yang dihadapi negara waktu ini. Dalam erti kata lain beliau dijadikan kambing hitam bagi melinsungi kelemahan pemimpin hari ini.
Dalam nada yang kadang-kadang marah, geram beliau seakan merintih dengan apa yang berlaku ke atas dirinya yang dikira sesuatu yang buruk dan tidak pernah diterima oleh pemimpin lain. "Kenapa tidak habis-habis hendak malukan saya. Apa lagi yang tidak dilakukan kepada saya, dicedera, ditelanjang, dipukul separuh mati," katanya dengan nada merintih.
Baginya mereka yang membuat fitnah itu bukan saja berhati busuk tetapi mempunyai hati kecil yang penakut. Dengan penuh bersemangat beliau berjanji tidak akan mengaku kalah sebaliknya akan lawan tetap lawan.
"Jangan harap saya akan tunduk dengan tekanan dan fitnah, tidak... lawan tetap lawan!" ujarnya disambut laungan hidup Anwar dan gema reformasi yang penuh emosi.
Kesimpulannya apa yang berlaku di stadium Melawati sekejap tadi mencerminkan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Anwar tidak berubah. Fitnah round kedua yang sedang bermula ini tidak memberi apa-apa bekas kepada rakyat.
Bagaimana pun sesuatu yang bermain dalam kepala saya selama berada di hadapan pentas sambil merenung dan mendengar pidato pengukuhan Anwar itu, ialah mengapakah tidak ada seorang pun pemimpin Pas di pentas? Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu ataupun ada larangan agar tidak menghadirinya?
Ke manakah tokoh-tokoh Pas yang sering mendampingi Anwar selama ini seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Zulkifli Mohamad, Kamaruddin Jaaffar ataupun orang baju petak-petak merah yang baru-baru ini makan briayani dan kambing bersama Anwar di Dubai.
Apakah hanya sanggup untuk bersama Anwar waktu makan dan waktu senang saja dan akan mengelak dengan seribu alasan bila beliau ditimpa musibah?
Apapun alasan ketiadaan pemimpin Pas (walaupun dari Selangor) ia boleh menimbulkan berbagai tanda tanya. Dalam keadaan Anwar dan PKR bermasalah Pas yang menjadi sahabat karib tidak seharusnya mengambil sikap memerhati dari jauh.
Berbeza dengan pemimpin DAP mereka nampaknya lebih gentlemen berbanding dengan Pas. Antara pemimpin DAP yang kelihatan tadi ialah Ronnie Liu. Sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat sepatutnya semua pihak kena ada.
Manakala antara pemimpin PKR yang hadir, Timbalan Presiden Syed Hussein Ali, Naib Presiden Mohd Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, Shamsul Mohd Akim, Gobalakrishanan, Elizabeth Wong dan lain-lain. [wm.kl 2:15 am 02/07/08]
4 comments:
Syukur Alhamdulillah kerana pemimpin-pemimpin PAS tidak berada bersama Anwar di atas pentas dalam majlis itu. Ini bukan lagi soal politik dan persepakatan, tetapi soal seorang individu yang dituduh melakukan jenayah. Konspirasi atau tidak adalah perkara yang lain. Sesiapa juga dengan mudahnya boleh menjadikan konspirasi sebagai jalan keluar. Tetapi buktikan dulu kewujudannya.
Sekurang-kurangnya pemimpin PAS tidak terheret dalam permainan ini. Membela Anwar secara membuta-tuli bermakna menuduh pihak yang satu lagi berbohong. Adakah bukti yang sahih dan nyata bahawa dia berbohong? Bagaimana jika ia memang benar-benar terjadi? PAS pasti akan tumpang berdosa.
Biarkan penyiasatan berjalan. Anwar hanya patut dilayan sebagai orang yang kena tuduh. PAS jangan sekali-kali terseret dalam semua ini.
Setakat ini penjelasan Anwar sendiri banyak yang meragukan. Sekejap konspirasi Musa Hasan-Gani Patail, sekejap nyawanya terancam, sekejap kerana BN takut dia mara ke Putrajaya, sekejap konspirasi Najib...
Dan buat Sayuti; cuba cadangkan supaya Anwar bersumpah dengan bersaksikan Al-Quran. Apa susah sangat nak buat? Dari dulu sampai sekarang, masih tak buat-buat. Kalau pun sumpah itu belum menjamin keikhlasannya, namun sekurang-kurangnya ia dapat meredakan keraguan banyak orang.
Saya setuju dgn sedara diatas, tetapi termasuk Saiful Bukhari juga harus bersumpah menjunjung alquran!!
Amrul Azuar Mokhtar
Sr Bad actor.
Tolong ingat sikit. Al Quraan untuk dihayati dan diamalkan isi kandungannya. Al Quraan bukan untuk alat bersumpah. Itu budaya Melayu bukan budaya Islam!
Saudara Sayuti!
1998 Anwar tidak berseorangan. Beliau
berpuluh ribu manusia bersamanya termasuk saudara dan kon (saya).
Hari ini dan akan datang. Anwar tidak berseorangan. Beliau bersama jutaan rakyat Malaysia yang telah mula terlepas dari penjajahan minda
lakuan pimpinan Umno/Bn.
Memang pimpinan tertinggi PAS tiada kelihatan malam itu. Tapi dari jumlah yang hadir 30% ahli PAS turut sama melaongkan reformasi dan Allahuakbar!
Peristiwa jahat 1998 dan 2008 adalah dua peristiwa yang akan menjadi batu nesan kepada Umno/Bn!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Setiap kali kenyataan pihak kerajaan disifatkan sebagai pembohongan, apa pula helah Anwar menggunakan Raja Petra dan Bala bagi mengalihkan isu liwat. adakah satu pembohongan juga. ahli politik sama saja.
Post a Comment