Tuesday, July 22, 2008

Renung Ke Dalam

Karpal Jangan Sentuh Soal Pas dan Umno

PENGERUSI DAP Karpal Singh tidak ada hak untuk meminta Pas memaklumkan apa-apa yang dilakukan Pas berhubung kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Pas berhak untuk tidak memaklumkan kepada DAP.

Perasaan kurang senang mengenai perjumpaan pemimpin Pas dengan Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya tidak dibangkitkan. DAP juga dalam hal-hal berkepentingan perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara bebas berlandaskan demokrasi berparlimen juga tidak memaklumkan kepada Pas. Dan Pas tidak pun melahirkan apa-apa bantahan secara langsung.

Kalau Karpal sedar sikapn pesimisnya terhadap Pas mengenai negara Islam sepatutnya beliau tidak perlu menyebut Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan sekiranya Pas ingin mewujudkan negara Islam Pas perlu langkah mayatnya dulu?

Dalam hal ini Pas tidak akan tunduk kepada Karpal dan DAP. Perjuangan Pas ialah untuk mendaluatkan Islam dan negara bercirikan Islam. Konsep keduanya berbeza dan kontras sekali.
Karpal juga perlu tahu Pakatan Rakyat hanya bersefahaman longgar dalam menghadapi BN dalam pilihan raya.

Tidak ada apa-apa tali yang mengikat antara satu sama lain.

Baik DAP, Pas dan PKR boleh saja mempertikaikan apa-apa juga tindakan masing-masing yang bertentangan dengan pendirian dan prinsip masing-masing dan sekiranya yang diungkitkan itu menyentuh hal perjuangan masing-masing.

Jangan Karpal Singah bersikap double standard dalam hal ini.

Hak Pas untuk berunding dengan Umno sesuai dengan landasan perjuangan Pas berdasarkan Quran dan Hadith. Perundingan itu adalah untuk kepentingan bersama yang tidak memerlukan petujuk dan formula dari DAP.

Hendaknya dilain kali Karpral menilik rupanya dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau melahirkan apa-apa perasaan terhadap Pas. Sebelum ini pun sudah kerap Karpal membuat kenyataan yang tidak menyenangkan Pas dan orang Melayu.

Karpal jangan cuba mengerunkan keadaan atau cuba mengaut ikan di air keruh! [wm.kl 11:00 am 22/07/08]

2 comments:

Mahyudin said...

Kalau dah tahu Presiden DAP berperangai macam tu, yang PAS gatal-gatal pi bersekongkol dengan DAP dalam PR buat apa?

youth attack said...

Karpal tidak ada hak untuk menyoal tindakan PAS kerana PAS ada cara mereka tersendiri.semenjak PAS menyertai Pakatan Rakyat,tumpuan lebih diberikan kepada PKR dan DAP.jadi seolah-olah PAS diketepikan dan tidak mampu bergerak.

tindakan Karpal tersebut boleh mengundang kekeruhan.Lim Guan Eng berkata DAP tidak ambil tahu mengenai hal perjumpaan/muzhakarah tapi tindakan Karpal menunjukkan sebaliknya.Di manakah demokrasi dan kebebasan yang Karpal laungkan?