Mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas Esok Panas
BESOK Jawatankuasa Agung Pas akan mengadakan mesyuarat bersama Majlis Syura Ulama di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat berkenaan dikira penting bagi menentukan berhubung isu kerjasama ataupun muqabalah dengan Umno.
Khabarnya mesyuarat esok dijangka hangat kerana ia akan menjadi medan perdebatan dan tarik tali antara dua kumpulan; yang bersetuju untuk muqabalah dengan Umno dan satu lagi yang tidak bersetuju.
Mereka yang tidak bersetuju akan mempertahankan pendirian mereka habis-habisan. Kebetulan pula mereka yang menentang sebarang rundingan dan kerjsama dengan Umno terdiri dari golongan muda yang dianggap profesional dalam Pas. Mereka juga dikenali sebagai sahabat dan rakan baik Anwar Ibrahim.
Sekiranya mereka menentang muzakarah atau muqabalah itu kerana takut Pas terjerut dalam talihitam Umno, tindakan mereka dikira tepat. Sebaliknya kalau usaha itu kerana hendak mempertahankan perbadi Anwar ia adalah silap dan tidak relevan. Peribadi seseorang tidak boleh ditukar dengan perjuangan.
Bagi mereka yang setuju pula mengambil sikap dan pendirian seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulamak. Kebanyakan mereka adalah tokoh asal dan veteran PAS. Yang berjuang lebih lama berbanding dengan golongan muda berkenaan yang ternyata bangkit bersama Pas sewaktu arus reformasi yang dilaungkan Anwar berlaku. Sebelum ini mereka di luar Pas bahkan ada yang menjadi ahli Umno dan waktu itu bermusuh dengan Pas.
Majlis Syura ulama yang sebelum ini kurang senang dengan tindak tanduk golongan berkenaan dikatakan akan memberi kata dua besok. Khabarnya majlis itu akan mengambil sikap tegas sesuai dengan kedudukan mereka yang dijamin perlembagaan Pas.
Khabarnya kalau keputusan dan kedudukan mereka tidak dihormati sampai ada yang akan mencadangkan supaya perlembagaan Pas dipinda sahaja untuk mengapuskan majlis syura. Kalau ini terjadi ia sudah sampai ke peringkat parah.
Di pihak golongan muda turut membuat provokasi sama. Ada desas desus kedengaran satu usul hendak dikemukakan supaya undi tidak percaya dikenakan ke atas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa. Alasannya kerana Nasarudin membuat kenyataan andaian bahawa orang Melayu percayai yang Anwar kaki liwat.
Mesyuarat esok membimbangkan. Jika masing-masing tidak mengawal diri masing-masing ia boleh membawa bahanan. Eloklah sebelum melangkah ke bilik mesyuarat semuanya beriftighfar sebanyak mungkin dan ingatlah apa juga keputusan hendak diambil demi agama, bangsa dan tanah air dan bukan demi manusia. Sekiranya berlaku perbalahan dan bermasam muka hanya gara-gara mempertahankan batang tubuh seseorang alangkah sedihnya.
Semoga Allah selamatkan mesyuarat besok! [wm.kl 10:00 pm 30/07/08]
1 comment:
Salam…
Kepada mereka-meraka yg terlibat dalam perjumpaan atau perbincanagan berkaitan kerjasama/hubungan di antara PAS dan UMNO. Berlapang dada lah…dan tunjukkanlah sifat sebagai seorang pemimpin Islam yang dihormati dan disegani.
Jika dipastikan bahawa ada di antara yang berselisih, maka janganlah ditegur secara kasar dan mendadak. Sebaliknya maafkanlah mereka, pohonkan keampunan Allah kepada mereka, kemudian berbincanglah secara hikmah dan lemah lembut. Kemudian jangan diharapkan perubahan secara serta merta, sebaliknya bertawakkallah kepada Allah agar pada satu masa nanti, secara bertahap-tahap, mereka akan berubah. Ikutilah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara ini, iaitu sebagaimana firman Allah:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]
Post a Comment