Mahfuz Ikhlas Tetapi Berbau Hipokrit!
MULANYA saya tidak bercadang untuk memberi reaksi kepada surat permohonan maaf (apologi) Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar (foto). Tetapi selepas membacanya kali kedua teringin pula untuk memberi sedikit komen untuk pengamatan bersama. Mudahan-mudahan ia memberi maaf bersama!
Bagi saya surat permohonan maaf itu tidak perlu dan bukan sesutau yang wajar dilakukan. Ia tidak mendesak untuk Mahfuz berbuat demikian. Kerana itu kepada saya surat seperti itu dilakukan oleh orang yang tidak ada kerja saja.
Sekali imbas surat itu menggambarkan keikhlasan Mahfuz seorang pemimpin Islam yang memperjuangkan Islam menerusi Pas. Beliau tulus dan bermaksud baik. Di samping itu juga ia ingin menjelaskan rasa ketanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin hirerki Islam.
Baguslah sekurang-kurang timbul rasa itu dalam dhamir Mahfuz.
Cuma apa yang menjadi sedikit kemusykilan apakah perlu beliau membuat permohonan maaf terbuka seperti itu. Apakah teruk sangat kecederaan maruah yang dialaminya ekoran beliau diperangkap dalam suasana itu - membuat penafian. Apakah sampai beliau terganggu, tidak boleh berfikir dan dipertikaikan wibawanya oleh seluruh ahli Pas?
Iya kalau salah perlu memohon maaf, tidak kira sesiapa juga. Mereka yang tidak mengaku kesalahan adalah sangat buruk moralnya dan tidak layak menjadi pemimpin!
Namun sebagai pemimpin seseorang itu perlu bijak, berpandangan jauh dan meletakkan harakahnya dalam keadaan terbaik dan mengatasi keperluan dirinya. Seseorang perlu mengorbankan diri untuk mempertahankan jemaah dan jangan meminta jemaah berkorban untuk diri kita.
Cara Mahfuz itu seakan ingin menyalahkan (merendah) pihak lain atas kerja yang beliau lakukan. Ini kerana menurutnya membuat penafian itu – tiada kerjasama Pas dengan Umno kerana beliau diarah berbuat demikian dan tidak pula mendapat maklumat tepat.
Dalam masa sama beliau persoal kepada orang individu yang tidak jujur dalam memberi maklumat sehingga beliau boleh membuat penafian itu.
Penjelasan ini secara tidak langsung Mahfuz mendedahkan kerendahan mutu kerja dan keupayaan beliau berfikir sebagai Ketua Penerangan. Sepatutnya sebelum membuat kenyataan penting, beliau semak dan selidiki dahulu kesahihan atau kewajarannya. Perlu disebut dalam perjuangan (strategi) adakalanya perlu dibuat walaupun ia tidak sahih!
Apakah kerana sudah membuat kenyataan sudah menjadi habit, menyebabkan Mahfuz terperangkjap dalam keadaan ini?
Desakan beliau agar individu yang tidak memberi maklumat tepat berhubung perkara itu agar tampil memberi penjelasan juga dikira tidak patut. Di sini sudah tidak ada semangat berpasukan dan ada unsur-unsur ingin melepaskan leher. Selaku Ketua Penerangan yang telah terlanjur, beliau harus memikulnya sendiri tanpa mengheret orang lain sama. Janganlah menampakkan sangat ketidakcerdikan kita!
Beliau nampak bertanggungjawab, ikhlas tetapi dalam masa sampai ingin melepaskan tanggungjawab dan cuba bermian politik secara halus tetapi sebenarnya nampak kasar. Apakah ini bukan hipokrit?
Demikian juga seruannya kepada pemimpin Pas supaya jujur. Seruan itu nampak bagus, tetapi apakah dengan kedudukan kita dalam hirerki parti wajar membuat seruan begitu. Cara Mahfuz lakukan itu seolah ingin mendedahkan bahawa ada pemimpin Pas yang tidak jujur dalam konteks ini. Apakah tindakan ini bijaksana?
Akhirnya catatan ini saya perbuatkan kerana terpanggil dengan seruan Mahfuz yang berbunyi; “Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini. “
Kepada Mahfuz untuk masa akan datang beliau perlu menilai sesuatu yang hendak diucapkan sebelum melakukannya. Banyak sedikit semakan dan fikir kesan terhadap apa yang dilakukan. Jangan kerana habit dan syok dengan membuat kenyataan sesutau yang tidak sahih dan memberi impak kepada parti pun terlakukan juga. Beliau sebagai pemimpin jangan mengikut telunjuk orang sebaliknya gunakan telunjung kita untuk mengarah orang! [wm.kl 7:45 am 29/07/08]
6 comments:
setiap manusia ada sikap hipokrit lebih-lagi politician..At least dia dan Hanipa minta maaf ...tapi bila pulak "individu terbabit" mahu beri penjelasan ataupun minta maaf...
kalau beginilah sikap PAS..more less la dengan UMNO..3-4 ORG punya pasal satu PARTI habis kena kutuk...Jadikanlah ini satu pengajaran pada PAS.
Setiap manusia ada pandangan masing2. Itu x dapat dinafikan. Akan tetapi bg yg dah faham konsep jamaah (kerja berkumpulan) sepatutnya segala yang dibuat / diperkatakan hendaklah berdasarkan konsep musyawarah. Bukankah perkara tersebut cukup molek... berbincang secara berhemah di dalam mesyuarat dan dihebahkan hanya yg telah disepakati & apa yang diperselisihkan tidak perlu dihebahkan keluar. Saya yakin antara pimpinan PAS masih bersatu hati atas semangat ukhuwah islamiyyah. Lupakan kesilapan yg lalu (jika ada).. Masih byk yg perlu ditempuhi... Teruskan perjuangan kalian.. Wallahu A'lam
saya perhati sdr mahfuz ni 'terlebih sudu'. perangai yang terbawa-bawa ini akan menyebabkan beliau tergelincir.
beliau banyak bercakap pendapat peribadi TETAPI dikatakan 'suara PAS'.
Saya teringat liputan parlimen dalam TV. Ada seorang ahli Parlimen mengutarakan kenapa perlu Najib menambah sesuatu yang telah dibentang dengan panjang lebar oleh Perdana Menteri. Tambahnya, ini bermakna Perdana Menteri tidak kompeten.
Saya ingat-ingat lupa, tapi gistnya lebih kurang begitu.
Dalam ingat-ingat lupa, saya hampir yakin ahli Parlimen itu ialah Mahfuz.
Dalam ceramah politik, memang selesa dan menang sorak dengan bermain kata. Dalam Parlimen atau urusan negara, biarlah setiap kata ada erti, makna dan berfaedah.
ٍSaya pun nak kata macam MSO tapi tak jumpa ayat-ayat semacam manik-manik bersulam mutiara spt ini. Mahfuz sebagai ahli politik tentunya faham bahawa suratnya itu akan menyampaikan mesej tertentu. Tapi beliau lupa untuk berfikir, bahawa nanti ada juga orang akan terfikir apa yang beliau tidak mahu orang lain terfikir daripada surat permohonan maaf beliau. Nampaknya, mesej yang ditunjukkan secara zahir terpaksa dialih suara kepada mesej tersirat yang mengikut MSO (dan saya sendiri) yang terlalu jelas dapat dilihat dan diperhatikan orang.
saya kira tindakan beberapa individu di peringkat pimpinan tertinggi PAS membuat satu tindakkan berjumpa UMNO tanpa merujuk kepada seluruh AJK PAS pusat ( tidak dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS pusat atau mesyuarat dewan harian ) adalah satu perkara yang memberikan kerugian yang amat besar bagi PAS.
bayangkan pada walnya pertemuan itu dinafikan tetapi tiba2 paklah umum dah jumpa 3 kali dan kita mati2 ingatkan bahawa paklah berbohong, saya nampak perkara ini agenda UMNO untuk menjerat PAS untuk menjauhkan masyarakat melayu dan bukan melayu kepada PAS. akhirnya PAS terperangkap. kalaulah Dato seri Presiden buat kenyataan menafikan, nampak jelas parti kita berbohong kepada ahli dan pengundi. Nak tak nak Dato' Seri Presiden jawab dengan kebenaran dan memang jumpa, maka sekarang UMNO telah manipulasikan kenyataan itu di media dengan membesarkan isu muzakarah dan muqabalah sehingga mereka berjaya meragukan ahli pas terhadap pimpinannya dan meragukan pengundi bukan melayu terhadap perjuangannya.lainlah kalau itu adalah keputusan dari mana2 mesyuarat AJK atau dewan harian, kalau semua AJK pusat tau saya yakin isu mahfuz dan hanipa buat kenyataan tak akan timbul, dan saya pasti wajib bagi semua pimpinan taat kepada keputusan mesyuarat dan jika isu ini timbul mereka wajib mempertahankannya...masalahnya sekarang saya kira ramai di kalangan AJK pusat tak tau, kalau ketua penerangan pun tak tahu apalagi AJK yg lain2!!! kenapa perkara itu tidak dibawa berbincang dalam mana2 masyuarat untuk diputuskan..yang akhirnya hanya kerana tindakan individu terus membawa masalah dalam parti..apakah itu akhlak yang di ajar dalam program tarbiyyah parti??? sekarang masalahnya apa nak jawab bila pengundi tanya???
kena ingat pada zaman rasulllah s.a.w. sebelum berlaku perang badar. nabi mesyuarat dulu dengan para sahabat tentang di mana kedudukan tentera yang paling strategik. rasulullah meletakkan cadangan pada suatu tempat. tetapi salah seorang sahabat bertanya kepada rasulullah..apakah cadanganmu itu wahai rasul allah satu wahyu atau pandangan kamu sendiri wahai rasulullah...kalau ia satu wahyu kami akan taat..jika bukan wahyu kami akan beri cadangan yang lain. rasulullah menjawab..ini adalah cadangan dari diriku sendiri..maka para sahabat mencadangkan agar pasokan tentera islam di tempatkan di tempat lain kerana di sana ada telaga air yg akan membolehkan tentera minum air dan membersihkan badan..setelah dipersetujui, pandangan rasulullah di tolak dan pandangan sahabat diterima bahkan rasulullah sendiri bersetuju dan menyokong cadangan itu...bukankah itu satu panduan yang baik kepada jemaah dan parti??? apakah kita lupa bahawa perkara taktik dan strategi perlu lihat pada waktunya..pakatan rakyat bukannya kuat lagi..patut kita kuatkan dan kukuhkan hubungan pakatan rakyat. soal ada yg menolak dasar pas..teruskan dakwah dan penerangan.. setakat karpal singh biarlah dia, ahli DAP sendiri pun ramai yg kata itu bukan suara DAP...pernah saya dengar dari rakan DAP di kg saya...dia sudah tua..tak lama lagi matilah dia..dia nyatakan sokongan terhadap islam yg diperjuangkan pas bahkan beliau adalah ahli kelab penyokong pas yang mahu pas terus berjuang menegakkan negara islam hasil usaha penerangan dan dakwah kepada bukan islam...
dalam isu ini saya sendiri dapati krisis kecewa pengundi bukan melayu dan golongan profesional yang simpati pada pas harus kita ambik kira..prof zulkifli muhammad sendiri dalam pidatonya pernah berkat..satu hari nanti yang akan memenangkan islam adalah golongan bukan islam yang faham tentang islam. kita lihat pu;a perkembangan terbaru ada ahli kelab penyokong pas yg sudah memeluk islam..kes ini direkodkan di pas kawasan puchong kalau tak silap saya..
saya menyokong kenyataan mahfuz dan pendirian peribadi hanipa maidin ini..saya kira antara mesej yang hendak disampaikan ialah, pimpinan wajib bertanggungjawab terhadap tindakkan dan sikap mereka yang dilihat mewakili parti..kedua, membersihkan imej PAS dari dipalit salah faham pengundi melayu atau bukan melayu kalau2 mereka anggap Pimpinan tertinggi PAS mengamalkan oligarki...mesej lain juga ialah, nak beritau kepada masyarakat seluruhnya, kita semua adalah manusia yg tidak lari dari buat kesilapan dan kesalahan, termasuklah presiden pas, tinb..hatta mursyidul am pun dia adalah manusia..maka jika ada silap dia mesti ditegur dan pAS adalah parti terbuka selagi mana perkara yang ditegur itu tidak melibatkan perkara yang qati'ie di dalam alquran dan hadith ijmak dan qias..dan tidak mempersoalkan sautu yang diluar roh islam..ini yang kita kena faham...saya yakin suara mahfuz dan hanipa bukanlah suara pas..tapi suara seorang ahli pas yang sayangkan pas..saya sendir berpendirian sebagai mana mereka berdua..soal hipokrit atau tidak saya tak tau sebab itu soal hati allah saje yg tahu..kesilapan individu yg berjumpa umno saya rasa bukan juga untuk kepentingan peribadi, saya pasti mereka juga bertindak begitu kerana sayangkan islam dan sayangkan pas yg jadi wadah perjuangan islam cuma silap taktik dan teknik dan masa yg tak sesuai..mungkin kerana terlepas pandang dan sikap lupa yg ada pada manusia, dan sepatutnya perkara itu mestilah dari keputusan mesyuarat..bil dah jadi keputusan mesyuarat barulah boleh bertindak dan kalau jadi apa2 kita semua dah bersedia nak tanggung..ingat bahawa kita berada di dalam lapangan politik...nak berkawan dengan ular pun kena tau jens ularnya..membelit ke mematuk ke menelan ke..UMNO jelas telah merancang perkara ini saya rasa lah..kalau sungguh2 UMNO nak bincang soal melayu soal islam..kenapa hebohkan perkara ini lebih awal sehingga presiden pas tak bersedia menjawab isu ini..contoh la..kita berpakat dengan orang..tiba2 kita pulak pergi bocorkan rahsia pakatan ini dengan org lain..bukankah itu perbuatan khianat..nyata UMNO tak ikhlas dan hanya mahu haru-birukan PAS..ni khairy rembau tengah senyap..diam-diam ubi berisi..diam-diam khairy kita tak tahu..
saya sokong pendapat Sdr FreeHappy di atas..at least mahfuz dan hanipa mintak maaf jugak..yg individu tertentu itu bila lagi..molek juga kiranya individu itu dan itu buat kenyataan maaf terbuka kepada seluruh ahli pas, pendokong dan penyokong juga pengundi..respesct akan kemballi kepada pas insya-allah..
Post a Comment