Monday, July 28, 2008

Reaksi

Pas Tidak Perlu Takut Ancaman DAP

BUNGA-BUNGA kemesraan yang tumbuh dan mula berputik antara Pas dengan Umno kini yang memungkinkan berlakunya muqabalah nampaknya tidak disenangi oleh DAP.

Pengerusinya Karpal Singh (foto) antara orang yang tidak dapat menyembunyikan kemarahan dan kebimbangan parti berideologi sosialis itu terhadap niat suci kedua parti Melayu Islam itu.

Karpal Singh mencadangkan agar kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula. Beliau mempersoalkan keikhlasan Pas ekoran ura-ura Pas untuk berjumpa dengan Umno.

Kenapa Karpal Singh bimbang dengan niat berkenaan? Apa yang Pas lakukan itu adalah hak Pas dan tidak ada kena mengena dengan DAP. DAP tidak ada urusan dalam soal perpaduan Melayu dan kekuatan Islam. Karpal Singh harus faham benar-benar apakah matlamat perjuangan Pas dan juga Umno. Beliau seolah sengaja buat-buat tidak mengerti kerana semacam ada niat jahat di sebalik ura-ura berkenaan.

Apakah hak DAP untuk menghalang Pas mengadakan perjumpaan dengan Umno? Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa rantai besi yang mengikat Pas atau mana-mana parti untuk berbuat mengikut apa saja yang mereka fikirkan baik. Tidak ada peraturan dan hukum dalam Pakatan Rakyat yang melarang mana-mana parti berbincang dengan pihak lain apa lagi untuk kepentingan perjuangannya.

Pakatan Rakyat hanya sebagai persefahaman politik dalam menghadapi BN saja, tidak lebih dari itu. Untuk menjaga keuntuhan Pakatan Rakyat tidak sampai Pas atau PKR terpaksa mengorbankan prinsip dan dasar perjuangan mereka semta-mata kerana ingin ikut atau bersama DAP.

Kerana itu walaupun Karapl Singh menentang Pas berapi-api bila Pas menyuarakan soal Islam, Pas tidak pernah mengemukakan cadangan dan saranan agar kedudukan DAP dalam PR dikaji semula. Pas cukup faham kedudukan dan rupa wajah PR ini, ianya hanya sebuah perjanjian lisan yang bila-bila masa boleh terbelah begitu saja kalau semua pihak sudah hilang rasa hormat dan saling mencurigai antara satu sama lain.

Apakah Karpal Singah lupa apa yang pernah keluar dari rongga mulutnya yang cukup kurang menyenangkan Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan kalau Pas ingin laksanakan Islam mesti langkah mayatnya dulu! Ini satu ancaman dan ugutan bersifat jenayah. Namun Pas tidak memberi reaksi melampau. Kata-kata Karpal Singah itu sesuatu yang boleh mengundang kecelakaan.

Untuk pengetahuan Karpal Singh, Islam tidak boleh dipisahkan daripada Pas. Pas bukan parti sekular. Walaupun akhir-akhir ini ada karektor dari individu Pas menggambarkan ke arah itu, tetapi ia bukan bermakna Pas sedang menunju ke arah sekular dan liberal melampau. Walaupun ada segelintir mereka yang bersedia mengadaikan maruah Pas namun masih banyak yang akan berdiri mempertahakan prinsip jihad Pas. Sebab itulah pada masa ini berlaku perang dingin antara Pas klon dengan Pas sejati!

Pas tidak seharusnya tunduk dan akur dengan gertakan Karpal Singah itu. Pas tidak perlu peduli ancaman berkenaan. Sebaliknya Pas dan Umno serta seluruh orang Melayu perlu menyadari kata-kata Karpal Singh itu ada motif untuk memecahbelahkan orang Melayu.

Karapl Singh sedar kalau Melayu berpecah partinya akan untung. DAP sebagai parti pencelah akan merasa senang jika ada mana-mana puak berpecah kerana mereka boleh menyelit dan mengambil kesempatan daripadanya.

Pas jangan sesekali merasai takut dengan gertakan dan ancam itu. Jangan mudah longlai dan jatuh dalam jerat dan perangkap DAP. Pas boleh bekerjasama dengan DAP dan sesiapa sahaja selagi ia tidak menjejaskan intipati dan tunjang perjuangannya.

Jangan peduli tuduhan Karpal mengatakan Pas sebagai parti perkauman. Sepatutnya sebelum melemparkan kata-kata itu DAP kena renung dulu ke dalam dirinya. Bagaimana komposisi di dalam DAP. Dan apakah agenda DAP yang khusus untuk kepentingan Melayu. Dan bilakah pula DAP tidak memperjuangkan kepentingan-kepentingan Cina dan Sikh!

Sekiranya perlu gara-gara sikap tidak toleran Karpal Singh itu Pas ditakdirkan terpaksa meninggalkan DAP apa boleh buat bukan salah ibu mengandung namun salah nasib sendiri (DAP). [wm.kl. 9:20 am 28/07/08].

5 comments:

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Sebenarnya parti PAS boleh berdiri sendiri tanpa perlu berada dalam pakatan rakyat sekali pun.Ideologi perjuangan PAS sebenarnya sudah cukup indah berlandaskan dan memperjuangkan Agama iaitu Islam sebagaimana parti UMNO yang asas memperjuangkan bangsa dan orang Melayu.

Lihat sahaja bagaimana parti PAS mampu mentadbir kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 sebaiknya tanpa pengaruh DAP atau PKR sekalipun. Jadi kalau DAP ingat dia tidak mahu, jangan ingat PAS pun hingin.

Wasalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Tn Hj MSO,
Saya bersetuju dengan pandangan saudara zeme (28/07/08-3.03pm) berkenaan PAS sebenarnya boleh berdiri sendiri tanpa bantuan parti-parti yang lain kerana memperjuangkan Islam tanpa mengira kaum, darjat dan keturunan.

Akan tetapi saya kurang bersetuju dgn pandangan tn hj MSO berkenaan PAS klon dan PAS sejati. Apa yang membezakan mereka? bukankah semua yg memasuki PAS berniat utk memperjuangkan agama? tanpa ada balasan wang & pangkat? kenapa kita mesti membezakan antara mereka? Ilmu? pengamalan? Bukankah sesiapa yang paling mulia di sisi Allah adalah org yg paling bertaqwa? Wallahu A'lam...

Anonymous said...

Ye ke PAS boleh berdiri sendiri? kalau betul dia boleh berdiri sendiri kenapa mereka join jugak PR? sebabnya mereka akur dan tau bahawa formula yang di canangkan oleh PAS sendiri tak terjadi, tak impress orang, oleh sebab itulah mereka join PR.
Kalau betul mereka mampu berdiri sendiri rasanya mesti PAS dah lama bergerak dengan sendirinya,tak perlu mereka associate dengan yang lain.

Anonymous said...

Pandangan Karpal adalah pandangan orang bongkak. Jika pandangan Karpal adalah pandangan resmi DAP, DAP akan jatuh tersungkur.
Jika DSAI boleh berjumpa dengan parti lain, mengapa tidak PAS. mengapa 'double standard'. Adakah DSAI minta persetujuan PAS? Bukankah ikatan PAS,PKR,DAP dalam PRU12 adalah ikatan persamaan untuk adil, menentang kezaliman kepada rakyat dan TIDAK ADA ikatan dari segi ideologi? Apakah dasar PAS? Bukankah untuk mendaulatkan Islam? Saya harap DSAI dapat 'tarbiah' Karpal supaya dia dapat faham.

mrf said...

kepada fadzley, maksud mso bagi pas klon dan pas tulen tu memang wujud..contoh untuk pas klon kita boleh lihat brader baju petak2 merah..

ada banyak lagi pas klon yang masuk pas kerana kecewa,kerana nak kasi padan muka kepada yg telah mengecewakannya, atau mungkin nak pangkat.bukan masuk pas untuk berjuangkan perjuangan pas..

agak je la..tu pemerhatian saya jer..

pergi jahanam la dap..bikin kacau.. karpal singh barua!!