Tok Guru Tetap Terbaik, Tetapi Ada Kalanya Dijadikan Sultan Shahrul Nizam
BAIK Tok Guruku Nik Aziz belaka! Ideanya juga bukan saja canggih tetapi menempati syariat Islam. Iltizam dan tanggungjawabnya kepada agama begitu tinggi dan tidak boleh ditandingi sesiapa. Mungkin bagi mata sekular dan Islam liberal dan Pas klon melihat ianya remeh, menyusah dan tidak pratikal.
Namun apa yang beliau lakukan itulah tugas dan peranan mukmin sebenarnya. Itulah khalifah Islam menjaga kekuatan Islam dalam dan luar tidak kira apa. Tidak menggadaikan prinsip Islam untuk tujuan keduniaan termasuk politik.
Seperti mana dilaporkan akhbar yang dipetik beliau akan memperkenalkan syarat baru pengambilan kakitangan kerajaan Kelantan dengan mensyaratkan mereka yang rajin sembahyang fardu dan tidak meninggalkan solat Jumaat.
Syarat itu akan dikenakan dari peringat bawah hingga ke peringkat tertinggi, daripada penghulu hinggalah ke pegawai daerah.
Amalan atau syarat demikian sudahpun dikenakan dalam politik di mana calon-calon Pas dalam pilihan raya mesti pandai membaca khutbah, dan terbaru yang tidak menghisap rokok. Terlanjur bercakap fasal ahli politik suka saya mencadangkan kalau Tok Guru juga mengenakan syarat baru iaitu calon Pas untuk pilihan raya akan datang di Kelantan mestilah mereka yang berkahwin lebih dari dua isteri dan menjadi ahli Pensyahwat.
Pastinya syarat baru pengambilan kaki tangan kerajaan yang bakal disarankan itu akan ditenatng oleh NGO dan golongan Islam liberal dan PAs klon. Ianya pasti menimbulkan polemik.
Mereka merasakan syarat itu menyusah dan tidak mementingkan profesional serta membelakangkan ketrampilan seseorang.
Cuma apa yang dimusykilkan di sini sikit ialah bagaimana dengan nasib pemohon bukan bergama Islam, seperti Cina, India dan Siam? Apakah mereka dikecualikan daripada dikenakan syarat berkenaan?
Jika diikutkan akal begitulah. Apakah di sinilah nanti tidak timbul masalah dan jadi perdebatan hangat? Justeru saya cadangkan juga kepada Tok Guru agar mereka juga tidak terkecuali daripada kena memiliki syarat baru itu. Cuma bezanya mereka kena kuat sembahyang dan beribadat mengikut agam mereka.
Dan kalau begitu bukankah pula ia menunjukkan Pas juga turut sama mahu memastikan pengamal agama lain terus kuat dengan agama mereka? Kalau benar begitu inilah membuktikan bahawa kebebasan beragama benar-benar dipraktikan di negeri yang diperintah oleh Pas. Mungkin inilah juga dinamakan keadilan!
Cuma seperkara lagi kalaulah cadangan itu diterima bagaimanakah pula penguatkuasaan akan dilakukan kelak. Bagaimana untuk penguat kuasa menentukan apakah seseorang kaki tangan itu tinggal sembahyang atau tidak. Apakah kerajaan bercadang untuk menetapkan semua kakitangan akan sembahyang berjemaah di sepanjang waktu pejabat?
Dan macam mana pula kalau di luar waktu pejabat, hari cuti dan semasa kakitangan berkenaan tidak bertugas/berkerja? Macam mana bentuk penguatkuasannya nanti? Sekrianya penguatkuasaan hanya di pejabat saja, sata rasa syarat berkenaan tidak membawa apa-apa erti. Kerana manusia ni, Tok Guru suka menipu bukan saja diri orang lain tetapi dirinya sendiri juga.
Usahkan kakitangan orang yang berada di keliling Tok Guru juga turut sama menipu, cakap tidak benar, suka putar belit fakta dan reka cerita. Kadang-kadang Tok Guru juga diberikan maklumat yang tidak tepat malah ada yang salah sama sekali. Kadang-kadang juga Tok Guru dijadi Sultan Shahrul Nizam untuk ditunggangi oleh orang yang rapat dengannya dan oleh golongan Pas klon. Kalau Tok Guru tak sedar boleh dikhabarkan dilain masa!
Esok pasti ada ulasan terhadap cadangan Nik Aziz itu. Sama-sama kita tunggu apa komen dan macam manakah pula bentuk pemipulasikan ke atas cadangan berkenaan. [wm.kl 11:00 am 08/07/08]
No comments:
Post a Comment