Tuesday, October 7, 2008

Susupan Senja

Annuar Musa dan BUDU

PENGERUSI Umno Kelantan yang tersalah sebut oleh Utusan sebagai Ketua Pembangkang, Annuar Musa membuat kenyataan Umno Kelantan bersedia menyokong Mohd Najib Razak untuk tanding Presiden Umno.

Nampaknya Annuar Musa mendahului pengerusi perhubungan Umno negeri-negeri lain. Tindakan cepat itu mudah untuk dibaca, Annuar ingin menjadi orang pertama mendokong Mohd Najib. Itu saja.

Cara beliau itu menurut seorang pemimpin Umno Kelantan macam hendak bersihkan dosa saja. Dosa apa? Mungkin dosa dengan Najib? Umum tahu Annuar Musa tidak rapat dan mesra dengan Mohd Najib. Jadi apabila ruang terbuka untuk Najib jadi presiden maka beliau cepat-cepat kena menyatakan sokongan. Nanti kalau lewat terlepas pula.

Annuar pun tahu yang Najib mempunyai ramai peminat dan penyokong. Lambat-lambat nanti terkelakang pula. Kan aniya! Kalau tidak boleh duduk di kepala duduk diekor pun tak mengapa. Ini musim Umno dah nak karam.

“Cara Annuar itu tidak bermaruah langsung. Nampak sangat hendak bodek. Dia lupa jawatan pengersi perhubungan Umno Kelantan itu Pak Lah yang beri,” begitulah komen pemimpin berkenaan yang tahu benar hati budi bekas Adun Ketereh itu. Agak marah juga dia.

Katanya lagi dengan menyindir; memang Tuhan suruh kita bersihkan dosa, tetapi bukan cara seperti itu. Berish dosa dengan taubat nasuha...” sambungnya lagi sedikit ketawa kecewa.

Annuar sepatutnya tidak membuat kenyataan begitu bagi pihak Umno Kelantan. Beliau perlu diamkan dan tunggu hingga hari esok. Kalaupun beliau menyatakan sokongan pada Najib tidak ke mana juga beliau. Kan Najib sudah ada banyak orangnya di Kelantan.

Mohd Fatmi Che Salleh, Awang Adek Hussein adalah antara orang-orang harapan Najib di Kelantan. Kalau Najib jadi Presiden Umno, Najib tidak akan lantik Annuar jadi pengerusi Umno Kelantan pun. Cukuplah sudah dua pilihan raya Annuar jadi Pengarah, Umno bertungging langgang juga di Kelantan. Kemampuan dan daya arkitektual telah pun terjamin. Ilmu perancangan bandar yang dimilikinya tidak menyumbangkan kemajuan dan kemodenan kepada Umno Kelantan melainkan mengembungkan kocek baju dan seluarnya saja.

Najib pasti akan ambil Awang Adek atau Fatmi jadi pengerusi dan timbalannya. Kerja Annuar itu kerja sia-sia saja, untung tak dapat rugi ada. Apa yang Annuar lakukan itu macam bakar plastik atas tapak tangan saja!

Tujuan Annuar mengalu-alukan Najib itu pun kita faham. Dia mahu tumpang rakit Najib. Annuar sedang menghitung untuk tanding Naib Presiden. Jadi manalah tahu dengan menyokong Najib itu pengaruh Najib akan mengecik ke arahnya, untung-untung dapat juga seundi dua! Ada angin juga Annuar nak baiki kedudukan!

Melihat cara Annuar juga tidak ada semangat Kelantan langsung. Kalau dia ada semangat Kelantanis dia tidak akan mengalu-alukan Najib tanding presiden. Bukankah ada calon dari Kelantan yang menawarkan diri ke jawatan itu?

Apa salahnya kalau Annuar hanya diamkan diri saja tanpa menyebut Najib kerana dia sudah tahu Tengku Razaleigh Hamzah ke hulur ke hilir tunjukkan diri untuk bertanding. Kalau tak nak sokong pun janganlah sampai perkecilkan Tengku Razaleigh begitu sekali. Dalam konteks orang Kelantan Annuar tidak layak duduk di Kelantan.

Annuar ini pun jenis tidak mengenal budi macam Najib juga. Kalau Umno Kelantan ada masalah dan nak cari kekuatan dan perpaduan nak lawan Pas maka ke rumah Tengku Razaleigh dia jaja mukanya. Dia tidak akan ke rumah Najib. Namun bila sampai saat nak ‘berkenduri’ dia lupa Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh pun satu rajin dan tidak serit-serit melayan Annuar Musa walaupun Annuar benci ulat tahi kepadanya!

Patutnya Annuar sukar untuk diterima oleh rakyat Kelantan. Sebab politiknya politik nasional. Sifat kenegarawannya begitu luas dan ada sedikit pun sikap local. Selagi Annuar amalkan sifat itu selama itulah Umno Kelantan tidak akan ke mana. Umno Kelantan akan duduk tahap itu saja.

Jadi tidak hairanlah kalau dalam pilihan raya lalu lawan anak buahnya sendiri (Aziz Kadir) pun Annuar boleh tersungkur baham tanah. Padahal Aziz Kadir itu hamba sahayanya yang diperlekeh dan diperkecilkan.

Beliau juga jenis tidak ada maruah. Kalau kita gajah tiba-tiba boleh tewas kepada semut, sepatutnya jangan jadi gajah lagi. Kembailah jadi semut ataupun atau haiwan lebih kecil. Malu! Letak dan lepaslah jawatan pengerusi Umno Kelantan itu.

Namun bak kata pepatah orang politik mana ada maruah dan air muka! Dan bagi Annuar dia tidak peduli Tengku Razaleigh ke maruah ke, yang penting dia terus dapat makan BUDU menerusi jawatan itu. Segala-galanya kerana BUDU! [wm.kl 4:10 pm 07/10/08]

2 comments:

karami said...

Kalu Nuar Musa tu jadi ayam Laga...awal2 lagi dah dah kena reject...mata nya bukan jenis ayam jagoan!

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Mungkin TS Annuar terlalu sukakan budu cap buah tereh hingga terlupa nikmat asal budu Kelantan cap-cap yang lain. Mungkin juga dia layak di gelar orang Bukit Damansara dari dikenali orang Kelantan.

Orang tua juga selalu berpesan, orang yang banyak berjasa selalu jadi mangsa, mangsa kepada mereka yang berkuasa dan mencari kuasa.

Wasalam.