Thursday, October 29, 2009

Analisa Mesyuarat Khas Pas

Keberkatan Pimpinan Dua Tok Guru Masih Ada

SELEPAS JAM 1:30 malam tadi para pencinta Pas sudah dapat tidur lena kerana mesyuarat khas parti itu yang dijangka hangat dan menerbitkan sesuatu yang gerun dihadapi, berakhir dengan satu konsensus yang jilah di kalangan ahli mesyuarat. Seperti mana dilaporkan dalam blog dan akhbar-akhbar hari ini mesyuarat itu telah mengambil tiga ketetapan besar.

Pertama, menamatkan dengan rasmi isu Unity Government, kedua, menyiasat Dr Hasa Ali mengenai tuduh ke atasnya kononnya beliau masih mahu meneruskan kerjasama dengan Umno dan ketiga seminar politik akan diadakan pada 7 November sebagai mengganti EGM yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dengan adanya konsensus itu yang dibahas panjang lebar di mana mengambil masa empat jam setengah, ahli dan penyokong Pas boleh menarik nafas lega. Jelas bahawa Pas sebuah parti yang mementingkan semangat kerjasama dan pertautan ukhwan di kalangan mereka sungguh kemas dan erat.

Ternyata apa yang dicapai semalam mengecewakan pihak musuh Pas terutamanya UBN yang memang mahu melihat Pas berpecah menjadi dua pasukan. Hanya dengan kejadian itu saja UBN akan merasa bersemangat dan yakin untuk memulihkan kedudukan mereka menjelang pilihan raya akan datang. Bagi UBN kalau Pas berpadu bermakna jalan menuju masa depan gelap!

Lantaran itu semua orang Pas perlu bersyukur dan mengadakan sujud syukur dengan perkembangan baru itu. Sesiapa pun tidak mahu dua orang tok guru, (Nik Aziz dan Abdul Hadi) membelah al-Quran di dalam Pas. Mereka sendiri tahu betapa buruknya kalau membelah al-Quran di dalam sebuah jemaah. Dalam jemaah harus ada satu Quran yang qadim sahaja dan ia tidak boleh dibelahduakan oleh sesiapa jua.

Saya sendiri secara peribadi tertarik dengan apa yang berlaku di sekitar Pas khasnya mengenai kemelut yang timbul sehari dua ini. Ternyata isu yang kelihatan rumit itu dapat diselesai dengan baik dan tuntas. Nik Aziz dan Abdul Hadi tidak mudah termakan dengan hasutan syaitan. Ini menandakan Pas masih dibimbangi oleh Allah s.w.t. sepenuhnya dalam menyelesaikan apa juga isu yang timbul di sekelilingnya. Kejayaan itu juga menjelaskan Pas berjaya mengurus diri sendiri dan membuktikan bahawa semua pemimpin Pas seiya sekata. Di sini juga terserlahnya keberkatan pimpinan ulama.

Makanya Pas tidak perlu kepada pakar-pakar atau ahli motivasi daripada luar untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Mungkin dalam mesyuarat khas yang panjang lebar itu juga timbul beberapa idea baru ataupun formula bagi Pas mengukuhkan lagi jemaah itu dan merapatkan saf mereka. Barangkali di sinilah hikmahnya mesyuarat khas yang diadakan atas cetusan idea Nik Aziz itu. Tanpa mesyuarat khas semalam mungkin cetusan idea dan semangat baru Pas tidak akan berlaku. Telahan sesetengah pihak kemelut yang timbul itu akan memadukan Pas nampaknya menjadi realiti.

Eloklah kalau bermula malam tadi Pas menghentikan politiking sesama sendiri dengan memperkuatkan iltzim untuk menumbangkan UBN. Bukankah itu hanjat Pas sejak ia mula ditubuhkan 1951 sehingga hari ini? Hajat Pas bukan untuk kuat diawal dan berpecah di akhir?

Untuk itu saya rasa elok kalau semua jenis manusia dalam Pas bersikap tawakus, bersangka baik antara satu sama lain. Mulai saat ini Pas hendaklah membuangkan tanggapan-tangapan negatif yang ada dalam kepala masing-masing. Ahli, penyokong dan pemimpin janganlah termakan dengan gelaran-gelaran yang dilabelkan oleh mereka oleh mana-mana pihak.

Besar harapan seminar politik yang akan diadakan pada 7 November nanti akan menghuraikan lagi mengenai mustahaknya Pas berpadu dan menghindarkan fikiran negatif. Dalam konteks ini tragedi yang berlaku semasa muktamar lepas hendaklah dilupuskan sama sekali. Lupakan peristiwa yang tercetus di sepanjang menjelang moktamar itu. Kesemua pemimpin Pas harus mandi sunat membersihkan diri dan muncullah ke tengah masyarakat sebagai bayi yang baru lahir.

Sallahuddin Ayub yang diberi tanggungjawab menjayakan seminar berkenaan diharap dapat memainkan peranan untuk menterjemahkan hasil seminar itu dalam jemaah Pas. Kepercayaan ahli mesyuarat kepada Sallahuddin seharusnya diterima dengan penuh insaf dan di sini menyerlahkan akan wibawa Naib Presiden itu sebagai pemimpin masa depan. Sudah tentulah pemilihan Sallehuddin ini merupakan satu kredit untuknya.

InsyaAllah kalau ini dapat digapai, Pas akan menjadi bertambah kuat, dihormati dan tidak mustahil maksud atau tagline Pas yang berbunyi Pas Memimpin Ummah akan menjadi kenyataan. [wm.kl. 10:15 am 29/10/09]

7 comments:

Ahmad Hazry said...

Alhamdulillah....
Semoga Allah memberkati & merahmati kesemuanya...

Adie said...

Blog sampah ni

firdaus said...

terus terang saya sokong UG, tetapi apabila semua ahli terutamanya TGHH sebulat suara mengatakan akan tiada pakatan sedemikian kira bersyukur dan legalah...

lega kerana kedua-dua tok guru terutamanya TGNA tidak perlu memendam rasa lagi akan hal tersebut..

mungkin kedua-dua tok guru yang dihormati harus mengadakan road show bersama-sama ustaz Nasha untuk menguatkan PAS dan PR..

berbalah dan bertengkarlah selepas menang, bukannya berbalah dan bertengkar sesudah kalah...

warisan tmk said...

Sdra MSO,

Saya merasa amat kekok untuk memberikan pandangan berbeza dengan sdra memandangkan sdra seorang penganalisa politik bertaraf 'negara'.

Namun, apabila sdra menggambarkan yang Mesyuarat Khas PAS menyerlahkan 'keberkatan' kedua tokoh ulama PAS, saya curiga sedikit samada sdra ikhlas di dalam memberikan reaksi sedemikian, terutama apabila membaca 'ramalan-ramalan' sdra sebelum Mesyuarat Khas tersebut.

Saya menjangkakan sdra akan membuat kesimpulan bahawa Nik Aziz seorang yang PONGOH dan MUDAH MENERIMA FITNAH, persis Sultan Mansor Shah Melaka yang menghukum Hang Tuah TANPA USUL PERIKSA, dan Sultan Mahmud Shah yang telah menghukum bunuh keluarga Tun Fatimah.

Sebaliknya sdra telah MEMUJI Nik Aziz dan Hj Hadi, kerana telah bersalam mesra dan tidak BERGOCOH dalam Mesyuarat tersebut.

Persoalan saya, apakah AIR MUKA Hj Hadi, Nasharuddin Isa, Mustafa Ali dan Hassan Ali begitu rendah di mata Nik Aziz, sehingga sanggup menyebut nama mereka melalui blognya. Apakah Nik Aziz ingin MEMBUDAYAKAN fitnah dan tuduhan melulu di dalam PAS.

Sewajarnya Nik Aziz MEMOHON MAAF kepada Hj Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali dan Hassan Ali, kerana MENGAIBKAN mereka. Lagipun, apakah salah Hassan Ali di Selangor? Bukankah Hassan Ali BERJIHAD menentang budaya minum arak oleh muda-mudi Selangor, dan BERJIHAD menentang kemungkaran lain seperti KHALWAT.

Apakah kerja-keja 'Amar maaruf nahi mungkar' sudah BERTENTANGAN dengan dasar perjuangan PAS.... sejak PAS mula BERKHALWAT dengan DAP?

Unknown said...

BILA DAP KEDAH KELUAR PR, PEMIMPIN DAP PUSAT SOKONG MEREKA. TETAPI BILA HASAN ALI TEGUR PR SELANGOR, PAS AKAN AMBIL TINDAKAN DISIPLIN. PERKARA SEPERTI INI AKAN MEMBUATKAN PAS DIPANDANG RENDAH DALAM PR. PEMIMPIN DAP & PKR AKAN MENGANGGAP PAS TERGILA-GILAKAN MEREKA. SEBAGAI AHLI LAMA DALAM PAS, SAYA SEMAKIN SEDIH KERANA ORANG ISLAM DIMALAYSIA SEMAKIN KURANG PERCAYA KEPADA PAS, MEREKA MENGANGGAP PAS SAMA SAHAJA DENGAN UMNO SANGGUP MENGGADAI PRINSIP KERANA GILAKAN KUASA. INGATLAH WAHAI AHLI PAS KITA BUKANLAH SEBUAH PARTI POLITIK SAHAJA TETAPI KITA ADALAH SEBUAH BADAN DAKWAH.

aju said...

Smoga smua kembali baik spt sebelumnya. Yang tersilap dan tersalah insaf dan sedarlah. Ingatlah yang terpenting kita cari dlm apa jua, hatta dlm berparti adalah redha Allah, kemenangan adalah yang ke......Smua ada kelemahan & kekurangan.

Tranungdaily said...

Buat Bashir Rahim,
ISU DALAMAN YG TIMBUL HENDAKLAH DIURUS DGN PENUH HIKMAH OLEH PIMPINAN. KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES DR HASAN ALI KPD LEMBAGA DISIPLIN TELAH MENUNJUKKAN KEBIJAKSANAAN PIMPINAN PAS SECARA KESELURUHANNYA KERANA IA TELAH DISEPAKATI. IA BUKAN BERMAKNA KITA MENGHUKUM BELIAU KERANA BELIAU AKAN DIADILI SEBAIKNYA SETELAH MENGAMBIL KIRA HUJJAH DAN BUKTI. SEBAGAIMANA SABDA NABI البينة علي المدعي و اليمين علي من انكرر. yg bermaksud, " Bukti hendaklah dikemukakan oleh pendakwa dan sumpah boleh dibuat oleh yg didakwa sekiranya beliau tidak bersalah". Kita tunggu dan lihat siapa yg betul kerana tuduhan itu sangat serius. Isu Dr Hasan Ali tidak akan selesai sekiranya pimpinan pusat menyokong beberapa tindakan Hasan Ali menangani isu di Selangor tanpa menguruskannya melalui Lembaga Disiplin kerana orang akan beranggapan bahawa Pimpinan Tertentu membela Hasan Ali kerana adanya puak. Ini sudah tentu tidak betul.
Jangan dilayan provokasi Umno yg mahukan perpecahan dlm Pas. Mereka dengkikan Kesatuan Fikrah dan Amal dlm Pas. Jangan pula kita jadi ejen tidak bertauliah kpd Umno utk hancurkan Pas tanpa sengaja.