Strategi Silap Atau Taktik Melampau
KEMPEN Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada awalnya berjalan lendik, lancar dan bersih nampaknya berakhir dengan suasana tidak begitu menyenangkan ekoran dakwaan Pas kononnya penyokongnya ditetak oleh penyokong UBN, walhal berita itu hanya lebih kepada satu gimik dan provokasi saja.
Keadaan ini sudah pasti ia meninggalkan kesan tidak baik kepada keputusan pilihan raya berkenaan. Kejadian yang berlaku di hujung kempen ini juga turut menjejaskan nama baik Pas sebagai parti yang berlandaskan akhlak al-Quran. Apa yang berlaku sebenarnya, dan di manakah silapnya?
Diawal lagi ketika meneliti gambar dikatakan seorang penyokong Pas yang dimuatkan dalam portal berita Pas yang dikatakan ditetak ia menimbulkan pertanyaan kepada saya. Sebab itu saya tidak sedia copy gambar berkenaan dan dimasukkan dalam posting saya mengenai kejadian itu. Beberapa penjenguk blog saya mempertikaikan kenapa saya tidak selitkan gambar mangsa berkenaan, dan ada yang menuduh saya sebagai tidak peka!
Ada yang mengirimkan kepada saya gambar berkenaan yang dicopy daripada portal berita parti itu dan ada juga yang dikirimkan ke dalam FB saya. Kenapa saya tidak teruja dengan gambar itu ialah kerana ia agak melampau. Si mangsa juga nampaknya releks sahaja dan tidak menunjukkan keperitan atas apa yang berlaku. Entah kenapa perasaan saya kurang yakin dengan penampilan gambar berkenaan.
Sepatutnya jurugambar lebih bijak dan kreatif mengambil wajah mangsa berkenaan. Seharusnya di close-upkan di tempat luka. Biar nampak jahitan atau tulang. Lagi real. Dan sudah tentu dalam kes jenayah seperti itu memerlukan bukti laporan polis. Nama mangsa dan detik-detik kejadian serta saksi. Saksi juga tidak disertakan dalam laporan berkenaan.
Kalau setakat laporan rambang dan penuh dengan rekaan untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan, ia bukan pemberitaan yang tepat. Bersalahan dengan etika kewartawanan dan Islam juga marah melakukan provokasi demikian. Sesuatu yang tidak benar adalah fitnah walaupun siapa yang melakukannya.
Apakah dalam konteks ini kalau fitnah itu dilakukan oleh sesama kita ianya boleh dihalalkan dan kalau fitnah dilakukan di pihak lain ia haram perlu dikutuk siang dan malam? Inilah sikap berat sebelah yang tidak baik diamalkan.
Ada peringatan dari cerdik pandai berbohong jangan lebih daripada dua kali. Kalau lebih daripada dua kali maka akan naaslah jawabnya!
Seperti dikatakan tadi laporan tanpa usul periksa atas kejadian yang menimpa mangsa tidak bernama itu menjejaskan Pas yang dianggap bersih selama ini. Barang kali benar juga kata orang sejak berkawan dengan PKR, Pas kini sudah pandai melakar strategi dan taktik di luar kerangka pemikiran dan landasan hukum diamalkan parti itu selama ini. Apa-apa yang diajar dan ditunjukkan oleh PKR dan DAP tidak seharusnya Pas mengambil semuanya. Ingat juga kemenangan yang mutlak itu kemenangan yang melalui kaedah yang dihalalkan! Pada saya biarlah kita kalah dengan kebenaran daripada menang dengan kebatilan!
Tidak dinafikan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan dengan penuh kepincangan dan kekotoran. Bukan bermakna orang Pas tidak dipukul dan dibelasah sebelum ini, ada. Sudah beribu orang Pas dan penyokong Pas yang menjadi mangsa. Bukan saja setakat berlumuran darah, tetapi ada yang maut dan syahid semasa kempen. Ayah saya dan sepupu saya juga pernah menjadi mangsa pemuda tahan lasak Umno tahun 60an.
Bagaimana pun kejadian-kejadian dan kezaliman itu tidak boleh diambil sebagai lesen untuk mengatakan pihak musuh jahat. Kalau benar mereka jahat, kejam dan zalim buktikan apa yang mereka lakukan. Biarlah kejahatan itu mereka lakukan dan bukan kita mencipta dan membayangkan kejahatan mereka.
Kalau tidak ada bukti maka terjadilah seperti hari ini, ia menyusahkan dan menyebabkan Pas terjejas dengan apa yang berlaku. Kini orang mulai mempertikaikan mengenai wibawa Pas dengan apa yang berlaku itu. Gara-gara pembohongan itu juga menyebabkan kalau sesuatu kejadian seumpama itu benar-benar berlaku di masa akan datang ia boleh menjadikan orang keliru sama ada hendak percaya atau tidak.
Dalam hal ini saya tidak mahu menyalahkan Pas khasnya jentera pilihan raya kempen di Bagan Pinang seratus peratus. Mungkin apa yang berlaku itu diluar pengetahuan dan kawalan pengarah pilihan raya berkenaan dan mungkin juga ia helah pihak musuh. Tetapi yang terlepas pandang dan ghairah untuk membantu Pas, perlu dipersalahkan.
Dalam hal ini portal berita parti berkenaan serta blog yang pro Pas, individu penyokong Pas harus dipertanggungjawabkan sama kerana menyiarkan berita, menghantarkan SMS yang tidak sahih dan dari sumber yang tidak tepat. Malang bagi mereka yang melaporkan kejadian itu kerana tidak menggunakan ilmu serta bijak mencongakkan apa yang berlaku. Kerana kelalaian itu telah menimbulkan risiko, kini mereka perlu berikhtiar dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul daripada laporan atau catatan yang tidak tepat dan melampau itu.
Portal berita parti berkenaan seharusnya profesional sesuai ianya dirujuk oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Sepatutnya ia tahu menilai mana yang baik mana yang buruk. Mana yang boleh menjejaskan Pas dan mana yang menguntungkan Pas. Di sini mereka yang mengendalikannya perlu daya kepengarangan yang tinggi, strategis dan bukan hanya tahu politizekan apa-apa saja yang dihumbankan kepadanya.
Di masa akan datang penyiaran berita bersifat jenayah ini harus lebih berhati-hati dan tidak pakai tangkap muat sembarangan. Ingat, pembaca hari ini bukan mudah diputar belit. Mereka akan mengkaji disetiap sudut. Apa yang penting kebenaran dan bukannya provokasi. Kebenaran yang akan kekal manakala provokasi akan terlerai juga dijalanan bila sampai masanya. Kebatilan akan padam.
Apa yang paling penting dan perlu dijaga ialah wibawa portal berita berkenaan dan blog-blog pro pembangkang lain juga. Kita tidak mahu satu masa nanti wibawa portal berita dan blog pro pembangkang tidak akan dipercayai oleh pembaca kerana terlalu memuatkan berita yang hampas. Bagi memastikan wibawa blog dan portal berita ini terjamin kualiti dan peranannya ia hendaklah diawasi bersama dan bentuk pemberitaan atau provokasi juga perlu dinilai semula.
Dalam masa tidak sampai 48 jam saya tidak fikir Pas dapat memperbaiki keadaan berhubung berita provokasi berlebihan itu. Kalau pun ada pendapat mengatakan kejadian itu didalangi oleh pihak musuh yang sengaja mahu memburukkan Pas, rasanya pembuktiannnya bukan mudah. Tuduhan itu tidak lebih daripada cuba menyembunyikan garam dalam laut sahaja.
Penjelasan Pengarah Pilihan Raya Bagan Pinang, Sallahuddin Ayub (foto atas) mengenai berlakunya beberapa kesalahan termasuk orang Pas diganggu tidak mudah untuk menimbuskan berita provokasi mengenai 'mangsa Pas' yang teruk dibelasah itu. Kecualilah Sallahuddin dapat mengesahkan mangsa yang berjujusan dengan darah itu bukan ahli Pas dan penyokong Pas. Bahawa dia hanya sengaja menahan mukanya dengan sebalan darah dipotretkan untuk dijadikan bahan kempen bagi memburukkan Pas.
Apakah Sallahhdin boleh jelaskan hal ini dalam masa 48 jam? Bagi Sallahuddin sendiri kena ingat kegagalan atau kelemahan jentera pilihan raya Bagan Pinang dipertanggungjawab ke atas bahunya. Pilihan raya itu adalah ujian pertama baginya selaku Naib Presiden Pas. Kalau Pas kalah tidak mengapa ia tidak menjejaskan Sallahuddin, tetapi kesilapan yang berlaku di sepanjang pilihan raya itu boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin! [wm.kl. 10:00 am 10/10/09]
8 comments:
salam...
komen yang berani dan bernas....pada pandangan saya,perjuangan PAS semenjak join dalam PAKATAN dah terlalu terpesong...banyak yang menggambarkan negetif dari yang sepatutnya...tak payah bergantung sangat dengan PKR & DAP...contoh, kalau ada demonstrasi, maner perginya supporter DAP & PKR???yang nampak berkopiah je,bertudung je...bagi saya, amat memalukan...nampak supporter PAS dipandang negetif...kerja penat-penat, orang lain dapat hasil...
sepatutnya PAS terus memperjuangan ape yang sepatutnya dengan mencerminkan visi & misi parti ini..dalam pakatan masing-masing ada perjuangan tersendiri...kena berhati-hati sikit dengan DAP, mereka ada maksud terselindung untuk hancurkan umat islam...kalau saya salah, tolong betulkan...
satu lagi, penggunaan ayat-ayat suci AL-qurran oleh penceramah KAfir, tidak sepatutnya berlaku...kalau salah sebut, kan dah jadi lain maknanya...memang bila dengar dalam ceramah meriah, tapi kesannya, islam dah senang-senang boleh dipermainkan...depan kita memang cakap ok, belakang kot ayat qurran diludah je...
tak payahlah bergantung dalam PR...
wassalam
Aku pulak bila melihat dalam Tivi3suku...KETUA MATA2 Negeri Lapan campur SATU tu BERBOHONG...pakar MOTIVASI ada beri tanda2 orang bohong bila bercakap...banyak tanda2 itu ada bila KETUA MATA2 itu bercakap...SIAPA BOHONG tak penting...yang penting siapa paling banyak berbohong paling lama berbohong paling banyak tempat berbohong...jawapannya UMNGOK BN sejak merdeka...
Salam tuan MSO
senang apabila membace tulisan yg terhasil selepas melalui akal,
jika semua blogger x kira dr
PR mahupon BN macam ni, pasti Malaysia akan ke tahap "kehidupan yang lebih baik".
salam hormat!
waduhh...gimana bisa terjadi begini ya pakk? ini berita yang mengemparkan satu dunia tiba tiba telah dirosak dan dimalukan olih segelintir mereka yang kurang bertanggungjawab....!
jika kita sama dua kali lima membawa berita sama dengan pemuda umno yang kononnya telah dipukul, ini ertinya kita juga telah terikut dengan rentak tari mereka. Kita adalah kita yang sudah tentu berbeza....kita sudah ada daya penarik tersendiri walaupun tanpa provokasi,jadi awas bila merancang strategi jangan sampai termakan diri dan hilang krebiliti diri... jadi fikirkan betul betul...!
Ulasan yang menarik dan bijak tidak seperti kebanyakkan blogger yang mengambil kesempatan terutama Al Bakistani yang menambah keruh suasana.
Itulah benar-benar memalukan dan menjatuhkan kredibiliti PAS dan org non muslim akan ketawakan kebejatan yang berlaku ini.
PAS, harus bertaubat dari membuat fitnah dan provokasi.
salam...padasaya takde yang silap dan takde yang melampau kecuali tindakan azeez ketu putra mendakwa dirinya dibelasah 9 lembaga berpakaian pas.
kemusykilan saya terhadap artikel ni adakah pak mso tidak mengesahkan insiden in dengan KPP pas Saudara Nasharudin Tantawi? saya rasa saudara mesti ada no. hpnya. saya cuma konfius dengan sms yang di hantar oleh beliau? adakah sms itu wujud?...
saya rasa kalau pak mso boleh mengesahkan insiden ini dengan beliau mungkin artikel ini akan lebih bermakna. atau adakah pas dengan strateginya yang hanya berdiam diri walaupun dianiaya?..
Assalamu alaikum. Memang sukar untuk kita menilai sejauh mana kebenaran dan ketidak benaran akan dakwaan-dakwaan yang dibuat ke-2 belah parti tentang dua peristiwa yang melibatkan keganasan fizikal. Bagi saya, walau pun kita kurang mempunyai fakta yang tepat mengenai kejadian yang sebenar, ditambah pula dengan sikap pihak berkuasa kgususnya polis yang seolah-olah tidak berfungsi sama sekali dalam berhadapan dengan kedua-dua peristiwa itu, sebenarnya kita mempunyai rasa dalam hati untuk membuat keputusan bertitik tolak dari keikhlasan dan keterbukaan dalam menerima sesuatu perkara. Inilah yang amat berguna dan harus digunakan oleh para pengundi di Bagan Pinang setelah secara undang-undang dan peraturan jenayah negara gagal untuk kita mendapat penjelasan yang setepatnya mengenai sesuatu peristiwa\. Cumanya gerak hati kita tidak boleh dijadikan hujah dan alasan untuk memujuk orang lain agar mengikut keputusan yang kita buat. Gerak hati ini juga boleh dikuatkan dengan amalan istiharah dan semoga kita melakukannya untuk mendapat petunjuk Allah SWT.
Post a Comment