SELEPAS Jumaat baru lalu dua kumpulan penyokong Pas dan penyokong anggota ahli parlimen bebas Pasir Mas mengadakan himpunan menyatakan sokongan masing-masing. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia kekuatan himpunan itu 1,000 bagi pihak ahli parlimen bebas dan hanya 100 orang bagi penyokong Pas.
Bagi pembaca yang celit huruf dan sudah mengetahui bentuk pemberitaan berat sebelah akhbar berkenaan awal-awal lagi tidak percaya dengan perangkaan itu.
Selalunya Utusan menjadi mereng ataupun berat sebelah dalam membuat laporan mengenai pihak lawan Umno. Ia tidak menghairankan kerana Utusan adalah akhbar Umno.
Saham awam akhbar berkenaan dimiliki oleh ahli Umno. Manakala kerajaan UBN pula menyokong dalam memastikan jangka hayatnya panjang. Kalau kerajaan tidak membantu mungkin sudah lama akhbar berkenaan berkubur. Jadi tidak peliklah kalau ia menjadi tidak siuman, berat sebelah dalam laporan-laporannya.
Di sini saya ingin memberi formula khasnya kepada pembaca terhadap akhbar berkenaan dan juga terhadap akhbar yang menjadi lidah mana-mana parti. Di sini saya merujukkan kepada laporan Utusan mengenai perangkaan.
Misalnya kalau sesuatu majlis dianjurkan parti Pakatan Rakyat, Utusan akan memperlekehkan. Jumlah kehadirannya diminiumkan seboleh mungkin. Misalnya kalau jumlah yang hadir 20,000 ianya akan dicatat hanya sekitar 3,000 sahaja. Sebaliknya kalau dipihak Umno atau BN kalau kehadiran 5,000 akan ditambah sebanyak 50,000.
Penambahan berkali gandanya ini sudah tradisi akhbar berkenaan. Ia berbuat begitu untuk pywar pembaca bagi menunjukkan majlis parti berkenana mendapat sambutan, manakala jumlah majlis PR pula dikecilkan bagi menandakan majlis PR kurang mendapat perhatian.
Jadi dengan mengambil formula ini maka pembaca dapat mengagak jumlah atau situasi sebenar sesuatu acara atau angka yang terlibat dalam sesuatu himpunan yang dilaporkan oleh akhbar itu. Selamanya Utusan akan tidak akan berkata benar dalma hal ini. Sebagai akhbar yang menggunakan tagline Penyebar Fikiran Rakyat, Utusan akan terus menyebarkan fitnah minda dalam masyarakat.
Jadi tidak hairanlah juga kalau tindak tanduk pemimpin Umno juga macam Utusan. Bercakap bohong, memutarkan fakta dan juga menipu rakyat sepanjang zaman. Sebab mereka belajar daripada apa yang akhbar utama mereka lakukan. Selagi tindak tanduk akhbar itu tidak diubah dan bertindak secara professional maka pemimpin Umno juga akan bersikap begitu kerana akhbar itu adalah kitab muktabar mereka.
Peringatan yang diberikan oleh wartawan terkenal Subky Latif boleh diguna pakai. Menurut Subky hanya ada satu maklumat atau fakta sahaja yang dilaporkan oleh Utusan yang boleh dipercayai iaitu keputusan nombor ekor. Maknanya kalau fakta dan maklumat lain tertakhluk kepada pindaan dan penyelewengan oleh editornya.
Mengenai angka yang menghadiri himpunan dua kumpulan di Pasir Mas selepas Jumaat kelmarin dulu, seperti mana dilaporkan akhbar itu saya tidak mahu mencatat berapa angka yang sebenarnya. Sebaliknya menyerahkan kepada penjenguk blog ini untu membuat penilaian sendiri.
Bersama ini saya serta dua keping gambar yang dikirimkan kepada saya baru sekejap tadi oleh seorang penjenguk blog ini dari Pasir Mas, Kelantan. Satu gambar menunjukkan himpunan oleh penyokong ahli parlimen berkenaan dan satu lagi himpunan penyokong Pas.
Bagi saya perbandingan ini juga tidak mutlak untuk mengatakan siapa yang kuat dan siapa yang lemah. Hakikat yang tidak dapat ditolak, kalau Pas tidak memberi laluan kepada ahli parlimen berkenaan mungkin beliau kini sudah berada di Tanjung Rambutan atau di hospital Bahagia di Tampoi kerana mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut.
Sebelum menang dalam pilihan raya lalu atas tikit Pas beliau kalah dalam pilihan raya kecil sehingga mampus deposit dan kalah dalam pilihan raya umum 2004 yang menggunakan lambang payung dengan mendapat hanya 6,198 saja. [wm.kl. 8:00 pm 04/10/09]

2 comments:
salam buat semua..
Terima kasih atas usaha MSO untuk terus mendedahkan isu YB Bebas dari Pasir Mas tu..saya memang teruja untuk mengikuti perkembanganya. Begitu juga isu Utusan Meloya yang sentiasa menyebarkan fitnah untuk rakyat..
Saya ada seorang sahabat yang berkebetulan solat Jumaat di masjid Bandar Pasir Mas sewaktu ada kempen mengutip tandatngan mendesak YB Bebas tu letak jawatan..katanya memang ramai sangat yang menyokong hasrat tu.Sejak akhir-akhir ini, desakan itu makin hebat....saya mendoakan agar gerakan tu menjadi lebih besar, kalau boleh orang-orang UMNO Pasir Mas pun turut sama mendesak supaya YB tu letak jawatan.Kalau PRK diadakan, UMNO boleh bersaing dengan PAS je..orang bebas tu sekadar pemerhati je la..kalau sudi bolehla menjadi pengundi...sapa yang nak dipangkahnya, terpulang la. Isu Brahim Ali ini..orang UMNO pun meluat dengan kerenahnya.Kalau dia diterima masuk UMNO,sah-sah UMNO Pasir Mas membantahnya.Dalam isu macam ni,takkan UMNO Pusat nak mennerima Brahim Ali kalau Bhg.UMNO Pasir Mas membantah keras..Brahim Ali ni pulak, kalau dia menjadi ahli UMNO, dia akan kacau Bhg.UMNO Pasir Mas, menuntut agar jawatan Ketua Bhg dikembalikan padanya....Dia fikir dia mendapat sokongan. Kalau ada sokongan daru UMNO Pusat sekali pun kita sebagai ahli politik kena lihat sokongan dari tempat tinggal kita sendiri,wpun dia tinggal di Taman Melawati, tetapi dia bertanding di Pasir Mas..mesti melihat sambutan orang-orang di sana.Dulu dia memang berpengaruh bukan sebab dirinya ada aura, tetapi sebab dia ahli UMNO.Orang mendekatinya kerana aura UMNO, aura wang ringgit, aura projek, duit poket..tu je.Bukan ikhlas pun orang menyokongnya.Kalau betul-betul dia berpengaruh..mengapa sudah 2 kali kalah pilihanraya?...maknanya dia tu tiada apa-apa.Sebab itu terus berdegil tidak mahu meletak jawatan, kalau dia letak jawatan dan dibolehkan bertanding semula pun..sah dia akan kalah dan mungkin hilang deposit.Dia sudah baca itu semuaaaaa...malu la dia.Ada juga rasa malu rupanya?...buat rakyat Pasir Mas..teruskan perjuangan anda sehingga Brahim Ali meletak jawatan.Dalam Malaysia ini..semua parti Melayu dia telah masuk..tetapi tidak kekal lama.Memang begitu perangainya kot?...
Ibrahim Ali kena belek semula apa Utusan Malaysia tulis pasal dia sepanjang tempoh PRU12 Mac 2008 lalu. Itulah karakter akhbar itu juga.
Post a Comment