Friday, October 23, 2009

Tazkirah Jumaat

Hendak Singkir Pemimpin
Tidak Perlu Adakan Muktamar Khas

SAMA seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz, hati saya jarang sekali merasa gundah gulana dan cemas dalam memerhati tingkah laku politik Pas seperti muasir ini. Sejak dari tahun 70-an sebaik saya mengenali erti politik, jarang sekali nubari saya berkeadaan gundah gulana seperti hari ini. Ada persamaan saya dengan Tok Guru dalam hal ini.

Kalau hati beliau pernah bergolak di zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham), maka hati saya juga bergolak di zaman itu. Tetapi dari sudut berlainan, difarakhkan oleh status kami berlainan. Beliau sebagai orang parti dan pemimpin, (Ustaz) saya sebagai pemerhati dan penyokong kerdil pelari gambar cogannya mengeliling kampung.

Kata Tok Guru hatinya bergolak masa itu kerana tidak senang dengan politik Asri. Sebaliknya hati saya bergolak dan kesal kerana Pas mengalami kekalahan sehingga hilang kerajaan negeri Kelantan selepas pilihan raya umum 1978.

Sebahagian rentetan malang Pas hilang kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai selama 18 tahun itu, saya ada kisahkan dalam buku saya berjudul “Kelantan Selepas Pantang,” terbitan tahun 1991. Semua itu dijadikan rekod sejarah dan bahan kajian.
Seperti apa yang Tok Guru ingat (tanggungjawab) itu juga, maka saya juga teringat akan tanggungjawab itu; mengenai teguran Tuhan ke atas Muhammad. Saya mengambil semangat dan teladan itu. Kalau Muhamad boleh ditegur Allah, apalah lagi dengan orang lain yang tidak maksum, bertambah-tambah boleh ditegur.
Bertolak dari amanah itulah saya mengambil tanggungjawab sebagai hamba politik, rakyat, orang awam, penulis dan pengamat kerdil membuat teguran-terguran bila mana perlu waima kepada sesiapa saja tanpa kompromi.

Saya tidak perlu menyertakan hujah, nas atau dalil dari Quran dan Hadith untuk menegakkan pendirian saya ini. Cukuplah kalau dirujuk apa yang disebut Tok Guru dalam tulisan terbaru dalam blognya itu. Atas prinsip itulah maka saya membuat teguran dan kritikan kepada sesiapa sahaja tidak kira Tok Guru, perdana menteri atau sultan Kelantan.

Apa mauduknya di sini? Mauduknya ialah mengenai sokongan Tok Guru ke atas beberapa bahagian tulisan Prof Abdul Aziz Bari yang meminta Pas menyingkir beberapa pemimpin Pas khasnya, Abdul Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali, Mustapa Ali. Apabila Tok Guru menyokong saranan Abdul Aziz itu bererti beliau mahukan mereka ini dinyahkan dari Pas. Perdamaian dan jabatan tangan sebelum ini hanyalah sandiwara saja.

Pun begitu Tok Guru masih sopan dan berlapik untuk menyingkirkan mereka itu dengan mencadangkan supaya diadakan muktamar khas. Katanya untuk melakukan Tajdid (perubahan) harus dibincang dalam muktamar Pas. Apakah membuang pemimpin itu sebagai satu Tajdid? Dan apakah untuk berjaya bersama Pakatan Pas harus bertindak sampai ke situ sekali? Ini menarik untuk direnungi bersama. Dan saya akan cuba mengupas hal ini dalam tulisan lain.

Adapun keperluan mengadakan muktamar khas itu Tok Guru Nik Aziz domankan kepada apa yang berlaku dalam MCA, Umno dan PKR. Katanya kalau MCA dan Umno boleh mengadakan AGM – kongres khas kenapa tidak dengan Pas. Di sini Nik Aziz menerima pakai mesyuarat khas itu boleh digunakan untuk melakukan perubahan, rombakan dan pernyingkiran di kalangan sesetengah pemimpin Pas.

Saya terperagah membaca alasan ini. Bila pula Pas atau Nik Aziz sedia mengikut peraturan dan tektik Umno? Selama ini Tok Guru begitu liat untuk menerima apa-apa pembaharuan, pendekatan dan dogma politik Umno, tiba-tiba, alih-alih kini ingin menuruti Umno pula. Apakah beliau mengambil mana-mana yang baik saja dari Umno? Nampaknya begitulah...

Saya menghormati pandangan Tok Guru kalau ianya merupakan pandangan dan ilham asli beliau. Saya yakin sebagai Mursyidul Am Pas, beliau mahu membawa ahli Pas ke Syurga dan bukan ke Neraka. Sebagai Mursyidul Pas beliau kepingin meninggalkan legasi yang penuh kecemerlangan dalam Pas sebagai parti Islam. Justeru Tok Guru tidak akan tergamak untuk menimbulkkan apa-apa keburukan dalam Pas. Saya tidak terfikir kalau ada sejambak pemikiran jahat dalam mindanya.

Alamiahnya begitu. Tetapi di sini banyak yang mengelirukan mengenai ‘pemikiran, sikap dan telatah Tok Guru sejak ke belakangan ini yang bolehlah dikatakan sebagai ‘gelenyar”. Tambah mengelirukan bila beliau tidak semena-mena bersetuju dengan idea dari luar. Ada simpang siur yang tidak diketahui ke mana arah tujunya. Seolah beliau kini hanya menggunakan satu kompas saja untuk mencari jalan benar dalam sesat tanpa membuat pemeriksaan petunjuk kompas itu dengan kompas lain. Tidak ada double check? Tok Guru hanya menggunakan nasihat dari seorang sahabat saja dan mengabaikan sahabat-sahabat lain.

Nampaknya Tok Guru juga sudah melompat jauh ke hadapan mengatasi siasah Muhammad s.a.w. yang sering mengambil kira pandangan Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali serta para sahabat lain. Nampaknya teladan Muhammad dalam hal ini ditinggalkan Tok Guru. Kenapa? Inilah keanihan yang berlaku di sekitar diri Tok Guru. Keanihan ini juga menyebabkan wibawa Tok Guru semakin hari semakin dipertikaikan.

Bukan hendak mengatakan tetapi setiap ahli Pas boleh merujuk realiti ini dengan apa yang berlaku di Kelantan baik dalam parti atau kerajaan negeri. Siapakah orang-orang yang dirujuk atau pun diterima nasihat Tok Guru? Kalau awal dulu Tok Guru dinasihati oleh tiga orang sahabat dari kumpulan Tiga Abdul, tetapi kini Tok Guru dinasihatinya oleh seorang pengembara yang haus saja.

Di sinilah kesilapan menyebabkan timbul kekeliruan dan keganjilan Tok Guru akhir-akhir ini. Menyebabkan keputusan dan kenyataanya menimbulkan persoalan sehingga orang mencari apakah ia dari ‘minda’ Tok Guru atau dari mana. Sebab itulah politik Pas di Kelantan bercelaru biru dalam tempoh 10 tahun ini. Keputusan pilihan raya kecil di Manik Urai tempoh hari ada sangkut paut dengan wibawa Tok Guru, tetapi nampaknya ia cuba dinafikan oleh manusia berkepentingan. Tok Guru terlalai akan kelemahan itu kerana diselindungi dengan pujian bermadu.

Kecelaruan politik Kelantan ini tidak terzahir tetapi bagi mereka yang bernafas di Kota Bharu sangat merasai kesesakkan suasana politik di sana. Berpetak-petak dan ia sudah berbau bau. Apa yang berlaku di Kelantan ia membengkak dari dalam yang mana akhirnya memburaikan kohongnya nanti. Saya tidak tahu apakah Tok Guru sedar keadaan ini ataupun terus terlena dengan pujian dan pengagungan melampau oleh sesetengah pihak?

Mengenai saranan Abdul Aziz Bari itu, disebalik logik dan benarnya, rasanya elok kalau Tok Guru meneliti dari sudut-sudut lain dan tidak mudah menerima apa saja keratan akhbar yang sesetengah perkataannya diboldkan yang diletakkan di atas mejanya. Beliau harus menyelidiki dari mana setiap cadangan dan idea yang keluar itu dan sumbernya. Dalam hal ini beliau harus mendengar dan memberi perioriti suara dari dalam daripada suara luar?

Kenapa saya berkata begitu kerana cadangan itu jelas sekali bertentangan dengan aspirasi muktamar Pas yang lalu. Cadangan itu membelakangkan kehendak muktamar lepas yang baru membuat pemilihan pemimpin. Apakah di sini Tok Guru juga tidak akur dengan keputusan muktamar yang diputuskan oleh ahli itu? Yang bersuara dalam muktamar itu bukan dari satu golongan sahaja. Tetapi ia adalah kombinasi dua kumpulan yang dikatakan kontras. Ada bau-bau seperti Tok Guru juga terikut dengan malaun yang enggan menerima hakikat yang diputuskan dalam muktamar tempoh hari.

Apakah sikap ini menunjukkan muktamar Pas sudah tidak mempunyai intergriti lagi? Bukan menjadi forum menyelesaikan segala permasalahan termasuk proses memilih pemimpin? Cadangan itu mencerminkan ketidakpercayaan Nik Aziz kepada konsesus berkenaan.

Malanglah kalau keputusan muktamar pun turut diragui Tok Guru. Ini bermakna Tok Guru sendiri tidak percaya kepada mesyuawarah di dalam parti berkenaan yang menjadi amalan dan tradisi menurut perlembagaan sejak berpuluh tahun lalu. Atau apakah cadangan itu untuk membolehkan Tok Guru berlawan dengan Abdul Hadi disebabkan dalam muktamar lepas beliau hanya mendapat satu pencalonan saja di mana itu tidak melayakkan beliau bertanding jawatan presiden?

Kalaulah itu yang menjadi impian Tok Guru rasanya beliau tidak perlu terpanggil dengan cadanagn Aziz Bari itu.Sebagai tokoh berwibawa dan agung naiflah kalau Tok Guru terpalit dengan air ludah sarjana duniawi itu. Kalau beliau benar ingin Abdul Hadi, Nasaruddin Mat Isa, Mustafa Ali dan Hassan Ali – yang dituduh pro- Umno oleh Aziz Bari itu, tidak berada dalam barisan kepimpinan Pas, ia tidak perlu kepada muktamar Pas. Cukup kalau Tok Guru memanggil mereka dan menyatakan isihatinya meminta dengan hormatnya mereka melepaskan jawatan dan meninggalkan Pas!

Saya berani jamin, kalau Tok Guru berani meminta mereka melepaskan jawatan secara dari hati ke hati mereka akan akur walaupun Pas itu bukan hak Tok Guru secara sendirian berhad. Siapalah mereka untuk bantah kata-kata Tok Guru. Untuk ini silalah Tok Guru panggil dan beri kata dua kepada mereka. Apa yang dilakukan kepada Asri tahun 1982 dulu boleh diulang sekali lagi. Kalau orang sehebat Datuk Asri boleh Tok Guru turunkan hanya dengan kata-kata, apalah Abdul Hadi, Nasarudin, Mustafa Ali atau Hasan Ali. InsyaAllah saya sedia untuk menjadi tukang padah tanpa dikenakan apa-apa komisyen.

Untuk mengadakan muktamar khas tidak guna kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah bahkan lebih buruk lagi. Tertakdir muktamar itu masih mengekalkan mereka, apakah Nik Aziz akan akur? Tentu tidak! Apa yang berlaku kepada muktamar lepas boleh dijadikan iktibar. Ada orang yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan dan mencari seribu alasan untuk mengatakan dia adalah pemenang. Helah itu juga termasuk mempersoalkan wibawa jawatankuasa pemilih.

Kerana itu pada saya kalau diadakan muktamar ia tidak akan menamatkan masalah yang dikira sudah berulamkan perasaan dan bernasi amarah itu.

Cuma satu Tok Guru kena ingat. Atas sejarah yang akan tercatat selepas itu beliau harus bertanggungjawab di dunia dan di akhirat. Saya percaya dengan kedudukan dan ilmu setaraf dengan jawatan itu Mursyidul Am, Tok Guru sudah mendapat ilham direct dari Tuhan. Kalau tidak masakan dia berani untuk mengemukakan cadangan demikian yang bertentangan sama sekali dengan lunas-lunas demokrasi dan semangat ukhwah dalam Pas.

Apa yang menjadi harapan saya semoga Tok Guru tidak tertipu. Jangan pula suara Tuhan yang didengari itu adalah suara Tuhan palsu seperti mana yang ditunjukkan dalam filem-filem Hindustan. Maksudnya cadangan itu bukan dari dhamirnya tetapi dari nafsu orang lain yang tergilakan kuasa dan kini dalam keadaan kepanasan!

Adalah dipohonkan kepada Tok Guru apabila beliau sudah tidak menyukai Abdul Hadi wajarlah kalau beliau menamakan seseorang yang sesuai dan cocok untuk menjadi presiden Pas. Jangan hanya tahu mencadang tetapi tidak menyiapkan calonnya? Dalam muktamar lalu saya sudah mencadangkan calon kesukaan Tok Guru agar menentang Abdul Hadi tetapi kenapa takut untuk berbuat demikian?

Bila Tok Guru sudah tunjuk calonya boleh sama-sama kita nilai dan tilik apakah ianya lebih mampu ataupun tidak untuk memimpin Pas? [wm.kl. 12:00 t/hari 23/10/09]

42 comments:

Anonymous said...

Bagaimana mungkin seorang mursyidul am yang dirasakan penuh hemah dan luas pengalaman politiknya boleh termakan dengan kenyataan seorang pakar undang-undang yang tidak pun terlibat secara jelasnya dengan perjuangan Islam yang menjadi darah dagingnya selama ini.

Apakah jemaah PAS sudah terlalu bermasalah sehingga perlukan satu mesyuarat Khas untuk memilih pem impinnya kembali walaupun ahlinya telah membuat keputusan majoriti dan muktamad didalam muktamar PAS yang lalu.

Apakah keadaan PAS sekarang terlalu teruk sehingga tidak boleh dibaiki kembali sama dengan MCA yang mempunyai dua puak Tee Keat dan Choi Lek atau pun dengan keadaan UMNO yang penuh rasuah dan politik wang sehingga PAS perlukan satu mesyuarat khas membuang kepimpinannya tertingginya seperti yang dicadangkan oleh hanya seorang prof undang-undang yang tidak pun bergerak di grass root dalam perjuangan ISLAM.

Apakah dengan mengambil iktibar teguran Allah swt daripada beberapa ayat Al Quran yang dikemukakan ke atas Rasulullah s.a.w maka Tok Guru dengan mudah mengesyorkan satu mesyuarat agong khas diadakan yang bukannya dalam kaedah menegur kepimpinan malah meng-nyahkan kepimpinan ISLAM itu sendiri.

Apakah Teguran Allah swt ke atas Rasulullah s.a.w sehingga Allah swt menutup kerja nubuwwah Rasulullah s.a.w itu. Teguran adalah teguran ianya bukan satu hukuman. Apakah Tok Guru yang alim ini tidak faham iktibar yang dikemukakannya menerusi ayat Allah swt yang dirujuknya.

Adalah jelas bahawa Tok Guru masih lagi dipengaruhi oleh lingkungan puak erdogan yang masih tidak berpuashati disebabkan mereka tidak berjaya meletakkan calon mereka dalam saf kepimpinan yang ada.

Apabila puak Erdogan yang berada dalam kepimpinan PAS ini masih lagi tidak mendapat sokongan padu dari kalangan majoriti ahli PAS maka mereka telah mempergunakan orang di luar parti untuk menyatakan pendirian mereka iaitu menolak kepimpinan ulamak yang ada.Mereka seolahnya membaling batu sembunyi tangan.Namun bagi ahli PAS yang matang , kejijikan strategi mereka dapat dihidu dengan aromanya yang sangat busuk.

Apakah kekalahan di Bagan Pinang sehingga kita perlukan satu mesyuarat Agung Khas meng-nyahkan kepimpinan tertinggi kita.Apakah PAS tidak pernah kalah sebelum ini dan apakah menjadi tradisi PAS untuk meng-nyahkan kepimpinan pas hanya dengan kekalahan satu kerusi yang dipertandingankan ?

Betapa dangkalnya pemikuran seperti ini.

Saya dalam banyak keadaan melihat banyak kenyataan Mursyidul Am sangat tidak konsisten dan merugikan Parti dan saya mengesyorkan beliaulah yang seharusnya mengundurkan diri dan berehat sebelum dijemput ilahi.

blogresipi.com said...

salam tuan,

saya berpandangan Pas boleh karam jika belum mencapai konsensus terhadap permasalahan yang timbul. ramai yang memberi komen idea muktamar khas bukan datang dari tuan guru nik aziz sebaliknya bisikan daripada individu lain yang berkepentingan.

hati presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung kena jaga juga. mereka dipilih secara syura.

wallahu'alam.

RBF Online said...

jarang saudara mso menggunakan bahasa keras. tapi saya terkejut bila mso menggunakan perkataan MALAUN. nampak sangat marahnya.

MSO,masih ingat tal lagi perkataan ini 'PENASIHAT AYAHANDA' ?

dan saya juga masih ingat coretan mso di blog ini semasa mula2 nik aziz hendak melancarkan blog dulu. mso ada mengunkitkan siapa yang bakal memegang kata laluan blog beliau.

sekarang coretan mso dulu sudah hampir2 menjadi kenyataan. cayalah mso ! nampaknya mso lebih arif tentang sepak terajang politik kelantan. saya tabik u mso.

mujahid al-jundi said...

pas baru kalah sekali prk dah kelam kabut habis sekalian alam. terus menyalahkan pimpinan sehingga nak gugurkan daripada barisan kepimpinan jamaah..
bagaimana kejayaan prk sebelum ini, apakah tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada???

inilah dasar manusia yang tidak dapat menerima Qada & Qadar

Nor Azman bin Sukerman said...

Tuan, mungkin ada benarnya keikhlasan dan kesungguhan itu nampak bulat ketika di bawah tapi bila kita di atas seolah keikhlasan amat teruji sedang kesungguhan tampak ditujukan ke arah yang boleh menghancurkan parti dan perjuangan. Sejak PAS berjaya menumpangkan dirinya di dalam beberapa kerajaan negeri, PAS seolah-olah gagal mengurus kemenangan. Yang menjadi msalah adalah kalangan pemimpin yang mungkin boleh mendapat keuntungan politik dari apa yang sedang terjadi. Ahli di bawah amat mengharap PAS akan kekal dengan dasarnya dan istiqamah dengan perjalanan perjuangannya. Sesungguhnya ahli tidak mengharapkan perpecahan dan pertarungan seperti ini berlaku dalam jemaah tetapi kepahitan inilah yang terpaksa ditelan oleh ahli. Kalau inilah sikap yang ditunjukkan oleh "golongan profesional", yakinlah ahli yang juga datang dari kalangan petani, nelayan, buruh, guru, jururawat, polis, tentera, pemandu bas/taksi/lori, pekerja kilang, peniaga pasar malam, peniaga pasar, orang-orang oku, peruncit, suri rumah, mungkin juga orang-orang gelandangan, peguam, doktor, akauntan, jurutera, guru KAFA, pensyarah danprofessor, pemain bola dan banyak lagi untuk disenaraikan akan mengajar mereka dalam muktamar 2011. Tak mustahil peristiwa hitam 1978 dan 2004 yakni kalah teruk dalam pilihanraya akan berulang sebagai tarbiyah terus dari Allah. Saya tidak pernah mengharap itu berlaku tapi kalau itu yang terbaik dari Allah untuk menyelamatkan kita maka redhalah kita untuk ia berlaku. Saya sama sekali tidak meletakkan Tok Guru dalam kandang orang salah tapi andai ada yang cuba mengkhianati Tok Guru tunggulah masa anda. Sekali pun saya tak kenal Tok Guru, hati saya terlalu sayang padanya dan terasa tersinggung sungguh kalau ada yang cuba untuk mengkhianatinya. Terima kasih tuan kerana mendedahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dalam perkara sebegini kerana dengan pendedahan ini ahli dan penyokong akan dapat membuat pertimbangan yang terbaik dalam mempertahankan parti dan perjuangan islam ini. Insya Allah PAS dan Islam akan tetap mendapat perlindungan Allah walau pun mungkin akan hilang kerajaan dalam PRU ke-13.

Unknown said...

AKUM KEPADA SEMUA. Salam kasih kepada pendokong perubahan minda dan daya usha untuk menjadikan parti PAS adalah untuk semua dan menjadikan PAS sekaligus pilihan utama pengundi diMALAYSIA agar keadialn sejagat serta kebajikan dapat dilaksanakan dibumi MALAYSIA yang harmoni ini.Saya melihat tokoh-tokoh yang diungkap dengan kata2 yang penuh sopan santun oleh TOK GURU menteri besar kelantan itu amat kena pada tempatnya sebagai orang lama dengan pengalaman serta urutan peristiwa yang dialami oleh PAS itu sendiri menjadikan TOK GURU amat bimbang dengan keadaan yang dialami oleh PAS masa kini.3 TOKOH yang disebutkan mungkin lebih memikirkan bangsa melayu dari memikirkan perjuangan agama dan keadilan sejagat yang mesti diperjuangkan oleh PAS tetapi sebaliknya mereka memikirkan bangsa untuk dijadikan asas perjuangan mereka inilah yang menjadikan PAS sama sahaja macam UMNO juga fikirkanlah wahai para pemimpin PAS yang sangat saya kasihi. Kemablilah kepada pokok perjuangan yang termaktub dalam asas agama dan hindarkan kemudaratan yang akan memusnahkan PAS itu sendiri.Doaku semoga kita tetap disaf yang benar dan diredai ALLAH . Sekian wslm

Muara said...

Pengundurun Tok Guru Nik Aziz adalah langkah terbaik, sebab...sudah beberapa kali kes sorong papan tarik papan ni berlaku. Saya bimbang papan itu patah. Lebih-lebih lagi kalau sampai tahap papan itu dibuat congek cakdong. Papan itu patah...orang yang bermain itu jatuh bededuk. Apa lagi...UBN akan pakat tunggeng dan tepuk punggung!!!

Unknown said...

MSO,

org PAS mudah lupa, dulu masa anwar nak tubuhkan k'jaan 19sept, siapa yg beria2 dgn cadangan tu dlm PAS..?? jawapannya tuan guru nik aziz.

tapi nasib baik diredakan oleh mustapha dgn fakta 16sept parliman tak bersidang. siapa yg faham politik dan siapa yg main politik??

pimpinan PAS cuba nak slamatkan PAS. mereka tahu siapa anwar. tapi penasihat tok guru dah berbaiah dgn anwar dan terus nak tunggang tuan guru.

mso npk, ramai org PAS npk, kita tak boleh tipu diri kita dan sembunyikan kebenaran. berdosa besar.

Unknown said...

saya sangat bersetuju dengan penulis dan komentar sidang faqir...persoalan2 dan tanda tanya itu harus di jawab oleh MB kelantan...

Unknown said...

SEDIH & PILU PAS SEMAKIN BERPECAH. INI SEMUA ANGKARA TELAMPAU GILAKAN KUASA. TERLAMPAU PATUH KEPADA LIM KIT SIANG & ANWAR IBRAHIM HINGGA AL-QURAN & SUNNAH DIKETEPIKAN. SAYA SAYANG KEPADA TGNA, TETAPI KENYATAAN BELIAU INI MELAMPAU. RASA SAYANG DAN HORMAT KEPADA BELIAU SEMAKIN KURANG. TGNA HARUS LETAK JAWATAN.

andakmaon said...

Segala kenyataan dan tindak tanduk Nik Aziz adalah untuk kepentigan peribadinya dalam Pas. Ini adalah kesilapan parti Pas itu sendiri yang meletakkan diri Nik Aziz itu terlalu tinggi martabatnya kepada ahli-ahli Pas. Nik Aziz dibiarkan mengangkat dirinya sehingga ke tahap maksum. Apa sahaja yang diucapkan oleh Nik Aziz walaupun pada tahap yang sangat melampau seperti mengatakan Allah mencarut dalam Al Quraan pun tak berani disanggah ! Maka inilah masalah yang akan ditanggung oleh parti Pas sekarang.
Nik Aziz sebenarnya menganggap dirinya pemimpin nombor satu dalam Pas dan bukannya presiden ! Apa yang berlaku kepada orang melayu baginya tak penting kerana kononnya beliau berpegang kepada perjuangan Islam bukannya bangsa.
Tidak mengherankan sekiranya ada di kalangan ahli Pas yang telah begitu taksub kepada Nik Aziz hingga sanggup melakukan apa saja sekiranya diminta oleh beliau. Ini sangat bahaya bukan sahaja kepada keselamatan negara bahkan kepad agama Islam sendiri. Waspadalah.

PondokDungunTerengganu said...

Salam Tuan MSO,

Ambe ning dari dulu lagi dok berape berkenang dengang nik aziz ning. Ambe dok berkenang ning bukang kerana amaroh ambe yang saje-saje nok beci ke dia. Tapi, sebab memang firosat ambe tentang nik aziz ning yang ke aroh negatif kerana sebenornya ade banyok lagi hal laing terutamenya akidoh dan fiqoh hok ambe rase dia ning doh lari dari faham yang sebenor.

Jadi, bende-bende hok berlaku sekarang ning hanyelah cetusang dari masaaloh di atas. Susoh doh nok berubat ning. Tamboh pulok dengan kelemahang dia untuk mengawal nafsu amarrotun-bissu', pengaruh hasutang iblis jelmaang manusia dan peranga gopoh-gapoh dia. Pelek sungguh guane dia tak boleh kawal penyakit-penyakit tu semua, pah tu boleh pulok orang panggil dia ulamok. Ulamok ning sebenarnye dan sepatutnye doh settle doh bende-bende gini.

Biapung ambe ning beci demokrasi, ambe tetap nok tengok orang islam same islam yang satu bangse pulok bersatu hati menghadapi kapir. Jadi, hok ning yang nik aziz suroh buat ning tak perlu diikut sebab datang dari godaan syaitang iblis jelmaang manusia.

Gitulah pendapat ambe hok bodo ning.

PondokDungunTerengganu

Unknown said...

saya bersetuju dgn pandangan tuan sayuti omar dan persoalan2 yg ditimbulkan oleh sidangfaqir perlu difikirkan oleh MB kelantan...jgn seolah2 hanya melihat org lain sahaja yg perlu di tegur tetapi tuan guru jugak perlukan teguran dan nasihat yg baik dari semua,,bukan org2 tertentu dikelantan sahaja..syukran

LA said...

Nik Aziz sebenarnya nak tutup kes exco tumbuk orang di rumah terbuka PAS Pusat.

Dengan timbulnya isu Muzakarah khas ni, terus cerita pasal exco gedebe ni hilang.

Sayang betul Nik Aziz kat exco ni.

Apa komen MSO?

cicitHJHASSANu said...

salam awal pagi...
ada yang anakanda setuju dan ada yang setuju.
muktamar khas mungkin perlu bukan hanya kerana peristiwa picisan,tapi hendaklah membincangkan perkara yang lebih luas...
kalau hendak diperbaiki pun mungkin dari segi pelaksanaan dan pengurusan dasar samada ianya dipenuhi oleh setiap pemimpin dalam menyampaikan wadah atas nama Islam...anakanda setuju!!!
tapi kalau duk berdebat isu sapa yang layak memimpin,memang kita ini adalah khalifah di muka bumi ini,ada apa masalah???
takut nanti setelah bermuktamar,dan dipilih plak beberapa pemimpin mungkin yang lama atau baru....
tidak menepati citarasa beberapa pihak,amacam???perlukah dibuat lagi EGM ini????sehingga memuaskan hati beberapa pihak,tambah plak diluar Pas masing-masing menawarkan diri untuk menjadi jaguh....

takde punca....fuh!!!

Kasih Ayah said...

hahah... malas aku nak komen dalam blog MSO nie. Kalau komen kutuk TGNA dia akan publish, tapi kalau komen kutuk Nasha dia x publish.

Memang bijak politik MSO nie... Bila time susun ayat... pergh... tak adalah orang yang paling adil dan tidak berat sebelah melainkan dia. Padahal, dalam berhalus tu lah dia makan. Sayang, ramai orang Melayu sekarang tak pandai lenggok bahasa...

Unknown said...

Tuan MSO,
Ini adalah kisah duka. Saya murid yang terlalu dekat dengan tuan guru. Juga dekat dengan persekitaran yang melingkungi tuan guru. Saya yakin pada pengamatan saya orang yang paling kenal, sayang, benar dan taat pada tuan guru adalah anaknya yang itulah. Yang kalah kerana mempertahankan ayahnya dengan menyerang pembantu - pembantu malaun ayahnya.

Malangnya, perubahan lambat berlaku kerana satu perkara. Tuan guru terlalu dihormati. Jika tidak salah, saya katakan ia hampir secerita ketakutan sesetengah sahabat pada Umar radhiaLlahuanhu kerana haibah dan rasa hormat mereka terhadapnya. Jarang rakyat yang berani selain yang memang terlalu berani. Malang, dalam Pas tiada seperti itu.

YAng ada hanyalah penyokong yang sokong tak kira masa,tempat dan keadaan.

Semua tahu kesimpulan tuan guru adalah salah. Merumus benda besar dengan sekadar menerima pakai pandangan orang luar yang bersifat terjah keting adalah kedangkalan yang sukar diterima.

Tetapi percayalah kumpulan Erdogan yang kalah yang mengatakan anak tuan guru tak kenal ayahnya itu sedang ketawa besar.. sedang mereka tahu Tuan Guru berhujah lemah.

Sebaik - baik manusia ialah yang menyeru kepada perdamaian. Tuan Ibrahim sebagai anak saudara dan Nik Abduh sebagai anak, kedua - duanya adalah contoh.

Tahniah pada Dato Tuan yan tak tertipu dengan puak malaun Erdogan yang tak habis - habis nak tunjuk hero sebagi perancang kemenangan Pas.

Anonymous said...

menitik air mata saya membaca kenyataan tokguru nik aziz.

saya masih cuba meyakinkan diri saya bahawa bukan tokguru yg saya sayang yg membuat kenyataan yg begitu berat terhadap tuan guru presiden.

tolonglah tokguru nafikan bahawa itu bukan kenyataan tokguru.

dusunraja said...

Salam MSO, saya sendiri agak pelik apabila Tok Guru Nik Aziz menjadikan tulisan Dr. Aziz Bari sebagai rujukan dan panduan beliau untuk mencadangkan satu EGM bagi PAS.
Ilham tersebut lahir dengan tulisan Dr.Aziz Bari.
Apakah juga tulisan Aziz Bari itu lebih baik pertunjukanya dari terus memanggil AJK PAS Pusat lalu mendapatkan penjelasan sebenar?
ATAU ada orang tertentu yang cuba mencetuskan isu ini bagi menutup kejadian di Taman Melewar semasa majlis rumah terbuka baru-baru ini.Kalaulah betul telahan ini, maka usaha mengsesensasikan kejadian Di Taman Melewar perlu diteruskan oleh Tuan.

Unknown said...

Nampaknya TGNA telah terperangkap dgn mainan politik DSI melalui Prof Aziz. Berhati2lah TGNA, kerana PAS akan tersungkur kebumi dgn mainan mereka ini. Kemenangan yg Allah beri merupakan ujian terbesar kepada PAS dan kemenangan ini mula menjadi racun kpd perjuangan roh islam.

pemudacakna said...

Tidak terlintas dihati saya bahawa TGNA mencadangkan mesyuarat khas perlu diadakan dalam PAS merujuk kepada UMNO dan parti-parti komponen BN (MCA dan MIC) seolah-olah Tok Guru menerima apa yang dibuat oleh parti berkenaan. Mengapa tok guru merujuk kepada parti politik berkenaan sedangkan pada masa lalu tok guru menyanggah apa yang dibuat oleh parti politik berkenaan atas alasan ia bukanlah berdasarkan tuntutan Islam malahan tindakan ahli parti itu tidak akan masuk syurga pun.
Adakah dengan merujuk kepada tindakan parti berkenaan itu membayangkan TGNA menerima apa yang dibuat oleh parti berkenaan?
Saya terkeliru lagi dan
satu lagi pertambahan koleksi keliru saya dengan kata-kata TGNA.

Fatimah Zuhri said...

MSO...tak tahu la saya kenapa nik aziz dengar sangat cakap si husam itu? Kepada si husam pula, kalau u ketagih sgt nak berpolitik pergi la join PKR and join your boss. Tak malu ke si husam @ malaun ini sampai sanggup mempergunakan orang tua semata-mata untuk menjamin masa depan politiknya? Golongan pro-erdogan spt malaun itu la yu naik fedup.....tetapi....akak rasalah kalaupun muktamar tergempar diadakan, golongan pro-erdogan ini tidak akan berani utk buat undi tak percaya pd hadi.....jadi apa plan pro-erdogan ini? Cuba baca blog akak part 1 and part 2...pasall campurtangan asing dlm hal ehwal PAS..........http://fz.blogsite.org/blog/

Unknown said...

"Sebagai tokoh berwibawa dan agung naiflah kalau Tok Guru terpalit dengan air ludah sarjana duniawi itu."
Begitulah ayat yg ditulis oleh MSO.

Kasihan Prof Aziz Bari, saat pendapatnya pro kepada PAS, beliau diarak ke hulu ke hilir di dalam program PAS.
Ketika sedikit kontra berlaku,beliau dicemuh dan dihina.

Tidak kurang daripada itu, tok guru juga tidak boleh memberikan kritikan kepada parti yang dimursyidnya.

Adakah demokrasi dan kebebasan bersuara dalam PAS sudah mati?

Aneh sekali... Andai ditakdirkan PAS memerintah Malaysia, sudah tentu Prof Aziz digam atau di ISA.

Patutlah Pas ditakdirkan tuham tidak memerintah Malaysia, jika tidak nescaya mendatangkan fitnah kepada Islam akibat kefanatikan penyokong2nya.

Menyoroti pandangan Tok Guru Nik Aziz, EGM ini bukan untuk menjatuhkan siapa2.

Bagi saya, ia bagi menutup mulut2 dan menghentikan persepsi dan cakap2 yang berlaku pasca muktamar supaya EGM ini menghasilkan jawapan kepada spekulasi yang timbul dan kembali mewujudkan permuafakatan yang mapan setelah muktamar menzahirkan PAS terbahagi kepada 3 fraksi (lepasan agama, professional, aktivis)
Usahlah menafikan perpecahan ini kerana ia memang zahir dan kelihatan.

Kata Tok Guru, kalau EGM melantik semula tokoh2 berkenaan yang dikatakan bermasalah, kita pakat2 sokonglah...

Jadi, EGM ini tiada lain hanya untuk menyusun semula saf PAS agar kesatuan fikrah, wala' dan gerak kerja dapat diperkukuhkan agar tidak tersungkur terjelepuk seperti di terengganu.

ARIFA said...

Asalamualaikum dan salam sejahtera...

Dengan kata lain, Pas sekarang dalam proses menghadapi hukuman dari Allah SWT.

Ingat kpd fatwa2 sesat
Ingat kepada mengkafirkan sesama islam

Anda tanya, anda jawab...dulu Org2 pas boleh menegur pemimpin mereka diluar maupun dalam muzakarah,tetapi kini pagar2 kekebalan menjaga pemimpin seolah2 mengalahkan "tembak besar negeri cina". Hussam dgn Nik Aziznya,Mustapa Ali dgn Haji Hadinya...sehingga tercetus idea EGM, kalau dah nekad tdk suka kpd geng Hj Hadi baik Nik Aziz panggil dan beri kata dua. Melalui EGM lebih konplik masalah dan jln penyelesaian semakin sukar apa tah lagi kalau Hj Hadi tdk terbuang!

Sy sokong kebenaran kata2 Tuan MSO...

malaysian sabahan said...

Saya Cabar para penyokong UG supaya membawa PAS keluar dari PR.TGNA merupakan tokoh Politik yang dihormati,sementara bagi saya MSO ini adalah MOLE UMNO dalam PAS. Saya Cabar kau MSO untuk meneruskan agenda kau dan kumpulan engkau untuk membawa keluar PAS dalam PR secara teran terang bukan disebalik tabir.

Unknown said...

berpuluh tahun dari zaman remaja hingga ke tua bangka nik aziz berusaha melawan umno, melenyapkan ajaran islam ala umno, menjauhkan diri orang melayu islam daripada umno, berusaha membawa orang melayu kepada ajaran islam yg syumul tetiba di hujung usia orang tua itu, anak buah anak didik beliau berusaha untuk mendakap umno kembali. dalam terang dalam gelap.

along7275 said...

salam,
abg MSO siapakah 'MALAUN' yg dimaksudkan tersebut......saya nampak byk ulasan hanyalah menyalahkan Tok Guru aje pasai ape ye.....lepaih tu dicampurkan pulak dgn DSAI & LKS....entahlah.....
yg saya baca cuma Tk Guru ajak buat EGM khas aje bincangkan & muktamadkan aje dgn sepenuh hati akan hala tuju PAS dgn PAKATAN...hat lain tu berkenaan kepimpinan bincangkan dgn hati yg terbuka.....aura Tok Guru masih diperlukan lg oleh PAS....sebenarnya jgn ambik peduli sgt pun dgn tulisan Prof Aziz tu...itu cuma pandangan dan pendapat dia ajepun ....kan kalau sokong PAS dlm ulasan dia...kita semua senyum meleret asal kena hentam langsung mencuka kita siap kata org tu "air ludah sarjana duniawi"pulak tak cantik la camtu.

hafiz said...

salam...
ni bukannya antata pro umno atau pro pas, tapi pro anwar ngan pro pas. Allah Taala bau menguji dengan member sedikit kuasa dgn kemenangan dan kekalahan di Bgan Pinang... sudah kelam kabut.

Macam mana Pas nak lead Malaysia, kalau dah jadi macam ni dah nak buang pemimpin2 tertentu.

pada yg pro anwar, masuk PKR la, toksah dok nak menyemak dalam PAS la kaual dah rasa diri ni xmendpat sokongan dari akar umbi Pas.

mencemarkan nama Pas sahaj.

mns said...

merasa sedih dengan tindak tanduk sekarang . Kalau dulu cukup marah dengan kenyataan yang dikeluarkan TGHH dan Timb Pres sehingga ramai blogger yang mencerca mereka dan meminta mereka diam dan x perlu terlibat . TAPI sekarang bila TGHH dan NASA diam maka bertaburlah hinaan mengatakan itu ini .
Percayalah sekiranya Bagan Pinang dimenangi oleh PAS maka berhamburanlah pujian untuk Dr Zul - Salehuddin dan mereka akan mengatakan tanpa keterlibatan TGHH dan NASA , PAS dapat menang besar .. hahaha .

Lihatlah di Terengganu walaupun KT dimenangi PAS mereka masih mengungkit sekiranya diletakkan Syed Azman PAS boleh menang dengan majoriti lebih besar lagi .

Sampai bila baru golongan ini hendak melihat dengan mata keredhaan atas apa yang berlaku . Barangkali buat masa sekarang ketentuan kemenangan itu bukannya didalam kekuasaan ALlah tetapi ditangan pengundi2 yang akan meletakkan pangkahan mereka .

Barangkali mereka sudah lupa siapa yang menggerakkan hati pengundi2 ini . Sesudah usaha dijalankan marilah kita bertawakal ....

deepblue said...

Tuan MSO sendiri bagaimana? adakah tuan sendiri menggunakan kesemua sumber yang ada hatta mendengar penjelasan sendiri dari Tok Guru atau hanya pemahaman emosi dari tulisan Tok Guru sahaja.
Tuan bukan orang sebarangan kalu sekadar hendak mendail butang phone utk bercakap dan mendapat penjelasan sendiri dari Tok Guru.
Saya membaca juga tp pemahaman tulisan beliau berlainan pada saya.
Menjadi retak perpecahan jika Tuan sendiri pun melihat hanya dari satu kanta. Hendak lagi pada diri penulis besar yang menjadi rujukan peminat politik.
Renung dalam dan fikirkan.

risz said...

salam sauadara mso...

kenapalah hati nie berasa sayu bl mengenangkan x hbs2 permasalahan timbul dlm jemaah PAS..saya secara peribadi tidak bersetuju dgn cdgn tok guru utk mngadakan EGM wpun sy seorg penyokong kuat tok guru.sy berasa ade sesuatu yg tidak kena dlm penjelasan tok guru kali ini..

sy berasakn seolah2 tulisan itu ditulis oleh org lain dan tanpa membaca kandungan tersebut,tok guru trs tnda tngan utk disiarkan dlm blog beliau..(itu fikiran bodoh sy la)...

secara peribadi tidak perlulah diadakan EGM untuk singkirkan mana2 pemimpin.kita terima dgn hati terbuka keputusan ahli yg memilih pemimpin pd muktamar lps..tnggu sje pemilihan akan dtg..kalau hendak adakn jg EGM,biarlah utk tetapkan kptsn mngenai UG..dan selesaikan hal itu dan kunci rapat2..jgn ada lg pihak2 yg keluarkn knyataan slps EGM itu lg..

dalam hal ini sy bersetuju dgn sdara MSO...

salam..

ORE KIT0 said...

tak salah pandangan TGNA..beliau juga rela disingkirkan jika itu kehendak ahli..baliau bukan nak singkirkan pemimpin lain tetapi mengambil kata sepakat...tak kira dia atau orang lain malah katanya dia tidak akan berkecil hati jika beliau juga ditolak oleh ahli pas..renung-renungkanlah..walau macamnapun..apo nak jadi niii

syphoon said...

Salam...

Mungkin tuan MSO boleh hubungi terus TGNA atau anak-anaknya terutamanya Ust Nik Abduh untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu ini.

Wallahua'alam.

Mamat Ali said...

Kalau beginilah keadaannya, betullah tindakan ambe bercuti dari segala aktiviti PAS dan melepaskan semua jawatan dalam parti disemua peringkat baru-baru ini selepas TGNA meminta Ust Nasa "KELUAR PAS" dalam isu UG baru-baru ini.

Cuma yang belum bagi saya ialah merasakan keterlibatan saya dalam PAS selama ini semenjak dibangku sekolah sehingga sekarang adalah sia-sia, kerana telatah kepimpinan PAS yang ibarat mendengar guruh dilangit maka habis air ditempayang dicurahkan malah dengan tempayang-tempayangnya hendak dipecahkan.

Sedih sungguh.

Ahli PAS No 321035, peserta TKB sesi 1990 (Dibawah bimbingan Almarhum Ust Wan Jamil)

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat!

sejak tercatatnya keputusan pemilihan kepimpinan dalam muktamar yang lepas,saya perhatikan seolah telah terdetik rasa terpendam dan terdendam dihati kepada sesetengah pehak, satu demi satu siri perang dingin ditonjolkan,yang ketara dalam prk manek urai sehinggakan ada diantaranya tidak dibenarkan datang untuk membantu berkempen begitu juga dibagan pinang ada diantaranya memberi komitmen yang dingin,malah dalam majlis ijtima' dihulu Terengganu baru baru ini ada yang tidak sudi datang untuk berceramah walaupun poster telah mengistiharkan kepada umum pemimpin tertentu yang sepatutunya hadir akan tetapi hanya yang datang wakilnya sahaja yang dihantar ganti.

samada ada sedar atau tidak jawapannya retak rentak ini adalah satu cabaran yang perlu ditatang bagaikan minyak yang penuh didulang atau seperti menarik rambut dalam tepung....yang penting selamatkan PAS FOR ALL,fikir fikir kan !

Unknown said...

buat la EGM.... tukar mursyidul am PAS. habis cerita. dari dulu pun..mursyidul am ini la yang sorang2 lawan induvidu2 tertentu dalam PAS. Buang dia, semua yang di belakang tak akan angkat muka sikit pun.

baik hilang sorang dari 3 orang turun takhta.

MSO leh jadi s/u akhbar presiden PAS

Unknown said...

Saya sokong TGNA dipecat dari PAS, untuk menyelamatkan PAS dari terus diperguna Anwar Ibrahim yang gila kuasa. Sesungguhnya TGNA telah digunakan dan puak Erdogan. YA ALLAH SELAMATKAN PAS.

Pak Mat Tempe said...

Salam hormat Pak MSO,

Kalau gini lah gamaknya sikap pemimpin PAS dan PR yang bertelagah sesama sendiri sehingga nak membuang Presiden, Tim. Presiden dan Setiausaha Agung nya maka PRU 13 nanti nampaknya peluang agak muram nak pertahan kerajaan PR apalagi keputra jaya.
Jawatan tersebut diperolehi secara demokrasi dan bukan ketua ranting atau cawangan yang boleh ditendang. Mereka ada pengikut tersendiri dan yang penting jaga lah maruah jawatan tersebut.

Sikap label melabel orang TGNA, TGHH, pro Anwar dan pro UMNO akan menunjukan sikap curiga mencurigai diantara pemimpin dan pengikut yang boleh memecah perpaduan parti. Jika sikap saling tidak percaya ini tumbuh subur maka jawapannya mereka tak kemana sesuai jadi pembangkang je lah mungkin ini boleh mengamankan mereka.

Kenapa ada yang mengutuk Anwar, beliau ada jasanya dalam menyatukan parti yang berlainan haluan duduk semeja dan mengatur strateji satu lawan satu sehingga PR dapat kemenangan besar. Sayangnya sudah berkuasa nampak banyak pulak masalahnya. Rakyat terutama bukan islam memerhati kita dan membuat pertimbangan memberi undi nya kepada pihak mana pada PRU13 nanti.

Sepatutnya tidak timbul orang siapa yang penting setiap anggota PR disemua peringkat berkewajipan menguatkan parti dan mendukung
cita2 PR menuju matlamatnya terutamanya matlamat kePutra Jaya. Jika tidak walasil balik asal seperti dulu lah PR . Kita mesti ada kebijaksanaan didalam berpolitik. Buatlah keputusan yang betul dan tidak beremosi, memilih keputusan yang paling kurang mudaratnya kepada ugama, negara dan bangsa.

Wassalam

RBF Online said...

sekarang hassan ali yang disalahkan kerana kekalahan pas di bagan pinang.

akan dtg pas kalah teruk dalam pru 13,nik aziz yang harus disalahkan

NH Shah Alam said...

Kadang - kadang saya dah menyampah dengan politik tak habis2. Lepas 2 tahun PRU-12 dok bising tak habis2 lagi. Hentam sana, hentam sini. Rakyat bermasalah tak dipedulikan. Nun di kelantan masalah Tabung Kifallah Warga Tua, dah nak masuk 2 tahun meninggal sampai la ni wasi (waris) tak dapat lagi duit. Tabung ni di wujudkan oleh kerajaan negeri untuk meringankan beban waris simati... dah 2 tahun meninggal tak dapat lagi. Apa ke hal ni?

Siang malam dok bergaduh pasal politik. Rakyat bagi mandat kat hangpa 5 negeri (sekarang tinggal 4). Jaga lah negeri baik2. Jagalah kebajikan rakyat. Kata "Negara Berkebajikan"...

Kalau hangpa dok lagu ni, PRU-13 alamat lebur lah PR..

Kepada Pemimpin-Pemimpin Pusat baik PAS, PKR & DAP udah-udah le tu dok bertelagah sesama sendiri.
Show your performance kepada seluruh rakyat malaysia. Kalau dok berpolitik tak habis-habis bila masa hal rakyat nak diselesaikan?

* NH Shah Alam *

Rosle Azmi said...

Salam Saudara MSO,
Satu ulasan yang bernas dan saya bersetuju dengan saudara. Apapun adalah menjadi harapan saya maruah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Tuan Haji Mustapha Ali dan Dr. Hassan Ali perlu dijaga dan jangan diaibkan dalam memenangani kemelut inikerana mereka dipilih dalam muktamar PAS.

Dalam pada itu, saya juga amat berharap imej Tok Guru Nik Aziz juga perlu dijaga supaya tidak tercalar dalam meneruskan perjalanannya yang boleh dikira telah sampai ke penghujung sebagai pemimpin yang telah membina kekuatan PAS yang akhirnya nanti dikenang sebagai pemimpin yang meruntuhkan PAS.

Kalau tidak silap saya jawatan Musyirdul Am Pas adalah jawatan lantikan bagi mengenang jasa berbeza dengan jawatan yang disandang oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharuddn Mat Isa, Datuk Mustapha Ali dan Dr. Hassan Ali.

Setidak-tidaknya hormatilah ahli-ahli yang telah memilih mereka dalam muktamar yang lepas.

akulah said...

Saudaraku... Kita sekarang ini seakan-akan berada di medan perang.Kita dah menang pada mulanya,kita dah bina kekuatan kita dan kita punya semangat yang tinggi untuk berjuang.Namun kita seakan terleka dengan kemenangan yang telah kita kecapi,kita lupa untuk memperkukuhkan saf kita,kita mula terleka dengan umpan dunia dan sekarang ini musuh hanya tersenyum melihat kita sedang memusnahkan diri kita sendiri... SEDARLAH SAUDARAKU... Perjuangan Islam takkan pernah selesai...