Markaz Pemuda Pas Diserang, Seorang Cedera Parah!
Malam tadi sekumpulan orang telah menyerang markaz pilihan raya yang dikendalikan Dewan Pemuda Pas di Bagan Pinang. Dalam kejadian yang berlaku jam 3:00 pagi itu seorang telah cederah parah.
Menurut sumber tidak rasmi sekumpulan penyerang itu datang dengan kereta dan motor dengan bersenjatakan benda tajam dipercayai parang.
Motif kejadian masih belum diketahui. Pengarah pilihan raya Pas, Sallahuddin Ayub ketika dihubungi jam 9:00 pagi berkata pihaknya belum mendapat penjelasan lanjut tetapi mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.
Laporan akan menyusul. [wm.kl.12:00 t/hari 08/10/09]
4 comments:
salam hormat !
Beberapa jam yang lalu saya menerima sms dari seorang sahabat yang memberi komen tentang kejadian ala samseng yang dilakukan olih umno kepada petugas pas dibagan pinang.katanya tindakan "main kasar" yang dilakukan olih pemuda umno ini mencerminkan mereka sudah semakin terdesak seolah sudah merasakan akan kalah dan kecundang pada kali ini.
walaupun pendapat (komen) itu hanya satu andaian sahaja, namun sahabat tersebut bercadang akan pergi seberapa segera keBP untuk meninjau sendiri keadaan disana kerana sebagai seorang pejuang parti sudah tentu beliau juga merasa tidak senang untuk duduk berdiam diri apabila sudah ada terdengar berita kemalangan seperti ini,sokongan semangat perlu digembelingan bersama katanya, "syabas"....!
salam.
ni lah masalahnya.
kalu kawasan miliknya yg panas dan bakal hilang; mereka akan melakukan sabotaj, provokasi dan sesuatu boleh menimbulkan geger serta kecoh. silap2 gaya akan berlaku pergaduhan besar.
bayangkan kalau ubn kalah!... tak mustahil ada org2 akan mengamuk. tenaga dah habis, wang dah banyak out tiba2 resultnya kewek atau kiok..mereka takleh terima kenyataan. apa2pun boleh berlaku. kalu masuk hiblis, org2 akan hilang agama dan akal. waspada berjuang atau berhadapan dengan manusia yg berotak di kepala lutut.
..... dah menjadi lumrah,.. sebuah perjuangan mesti melalui pengorbanan... lagi tinggi nilai perjuangan lagi besar harga pengorbanan yang perlu dilunaskan ...... para rasul AS telah melalui proses yang sama sebagaimana dirakamkan didalam alquran .... sekarang, ... keringat, air mata dan darah para pejuang, aktivis Islam menjadi taruhan diakhirat nanti ... kita perlu teguhkan iman, ikhlaskan amal dan bersabar bertawakkal atas cubaaa seperti ini.... surah al-Baqarah-249: .....
"Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. "
QS.
bn sudah gila kut.....insyallah nyawa bn akn mati bersama kekalahan dibaganpinang...
Post a Comment