Monday, December 7, 2009

Pandangan Dari Jauh

Tutup Sementara KB Mall, SPRM Perlu Siasat

KEJADIAN kereta terjatuh di tingkat tiga di Kota Bharu Mall petang semalam menyebabkan dua penuntut kolej Jururawat Masterskill Kota Bharu mati, adalah satu kejadian yang malang. Pelajar yang mati itu ialah, Siti Noramira Shamsuddin dan Siti Nordiana Azman. Seorang lagi pelajar dan pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera parah.

Kejadian itu seperti mana kata MB, Nik Abdul Aziz Nik Mat diluar dugaan. Katanya enginner sendiri tidak dapat berfikir macam mana tembok yang begitu kuat boleh pecah. Hanya Allah saja yang tahu katanya.

Nik Aziz berkata demikian mungkin tanpa rujuk kepada keadaan tembok berkenaan, bagaimana ianya dibina. Manakala menurut Ketua Polis Kelantan, Abdul Rahim Hanafi tembok setinggi 1.8 meter itu dibina tanpa tulang (kerangka besi) didalamnya sebab itulah ia tidak kukuh dan pecah apabila berlaku rempuhan kuat.
Siasatan awal polis ini sedikit sebanyak menjawab persoalan di sebalik kejadian itu. Sudah pasti kalau tembok itu dibina mengikut spesifikasi yang betul kemungkinan untuk runtuh semudah itu sukar berlaku.

Persoalan sekarang ini timbul apakah pembinaan tembok berkenaan (KB Mall) itu mengikut spesifikasi yang ditentukan? Apakah kemungkinan wujud penyelewengan di dalam pembinaan kompleks yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu itu?

Sekiranya kejadian jambatan gantung yang runtuh di Kampar, Perak dan membunuh tiga orang dibawa ke siasatan SPRM, apakah kejadian di KB Mall petang semalam juga akan turut di bawa ke siasatan SPRM? Rasanya elok kalau SPRM membuat siasatan menghalusi berhubungi pembinaan kompleks beli belah yang dikira canggih di Kota Bharu.

Jika untuk menyiasat pembinaan jambatan gantung di Perak itu apabila kejadian itu melibatkan kehilangan nyawa, maka kejadian di KB Mall itu juga turut meragut nyawa.

Dengan berlakunya tembok runtuh semalam, kemungkinan ada bahagian-bahagian lain yang dibina tanpa ada tulang besi yang menjadi struktur mengukuhkan kompleks berkenaan. Bukan prejudis, tetapi sebelum kejadian lebih buruk berlaku elok siasatan segera dilakukan demi keselamatan nyawa manusia.

Sejajar itu adalah elok kalau kerajaan negeri mengambil tindakan menutup sementara peremis berkenaan dan mengarahkan jurutera atau badan bebas membuat siasatan dan kajian menyeluruh ke atas ke atas pusat membeli belah itu. Bukan apa kita bimbang apa yang menimpa dan berlaku di Terengganu satu demi satu bangunan yang baru dibina runtuh, tercabut bumbung atau patah serambi juga akan berlaku di Kelantan.

Langkah kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian itu rasanya tidak cukup. Langkah lebih komprehensif perlu dilakukan. Sebelum berlaku kejadian lebih buruk elok ambil tindakan segera. [wm.kl. 2:30 pm 07/12/09]

7 comments:

Unknown said...

Tuan mso...
persoalan sy..seandaikannya ade kereta terbabas dan melanggar rumah mso...adakah mso juga memanggil sprm utk siasat?

Pada saya, apa yang berlaku di terengganu dan di kelantan adalah 2 perkara berbeza. 1 runtuh dengan sendirinya. 1 lg runtuh akibat rempuhan.

Perlu di ingat bahawa kereta itu merempuh dr dpn di kala kelajuan tinggi. malah kereta itu juga berkuasakan turbo dimana yg memandu itu adalah perempuan yg bukan pemilik kereta itu. Kes sebenarnya kereta itu tak dpt di hidupkan. yang menolaknya kereta itu adalah lelaki yg juga pemilik kereta itu. Semestinya gear 2 akan digunakan utk menolak kete itu utk menghidupkan enjin(sekadar mencuba). Saya sebagai pemilik kereta berkuasakan turbo(bukan riak) sedikit sebyk faham tekanan kuasa yg dtg dr gear 2 itu.(untuk pengetahuan, enjin ford laser itu sama dgn enjin saya iaitu enjin mazda B8 turbo).

Pada saya perkara itu berlaku di luar jangka. Semasa konco2 osama laden bawak jet pegi rempuh bangunan WTC kt US sampai runtuh teruk, takkan la nak kena siasat jugak kot. Perkara macam ni kena adil dlm memberi komen. Runtuh dgn sendiri dan runtuh dgn rempuhan adalah 2 perkara yg amat berbeza.

Apa2pun, saya hormati pandangan tuan mso dan semua org berhak memberi pandangan. sekian.

Mazda BG Subaru

Unknown said...

kemalangan tersebut mungkin mencetuskan kepada pelbagai kemungkinan yg lain...pembinaan yg tak ikut spec sepatutnya merupakan suatu penyelewengan yg perlukan siastan...sy setuju dgn tuan MSO...

is said...

mohd hishamdin, apa beza runtuh nya tembok KB Mall dengan runtuhnya jambatan kuala dipang, perak? bukankah kedua duanya angkara manusia yang menerjah 2 perkara tersebut. Di kuala dipang, anak anak keling hindraf yang dok menghinguk macam beruk bila dapat naik atas jambatan, manakala di KB Mall adalah hentaman kuat oleg objek berkuasa kuda. Disini kita bukan nak mencari salah atau mencari silap siapa, cuma kita nak pengadilan yan sebenar, Kenapa nak pertahankan KB Mall, sedangkan pembinaan nya Mungkin tidak ikut spec. Ini adalah tempat awam, sama dengan atadium, jambatan kuala dipang namun rumah MSO bukan dibuat untuk dilanggar oleh kereta. faham betul betul dan akui lah realitinya. Usahkan kenarempuh dengan kereta, tuan hishamudin pergi la sendiri tengok banggunan KB Mall tu macam mana retaknya, cuba renung pada bahagian luar dekat dengan tukisan KB Mall dan wau bulan, tu menunjukkan kontraktor tak ikut spesifikasi. Siapakah kontraktor tersebut? orang UMNOKah? PAS kah? tepuk dada tanya selera.

jiwakita said...

salam.....


Ini adalah kesilapan manusia yg bernama
arkitek bangunan...sensiviti terhadap
keperluan yg berbeza bila membina tembok
tidak diambil kira untuk menjamin keselamatan dan kekukuhan sesuatu binaan.

yg pertama yg harus diberi pertimbangan
adalah adakah tembok di KB MALL ini
untuk tujuan menghalang rempuhan kuat
atau sekadar seperti hadangan (sekatan
pada koridor) semata.

Jika di lihat pada tembok konkrit (dikhabarkan)..ia sebenarnya tembok
batu-bata yg sememangnya ia tidak disertakan dengan tetulang besi
sama sahaja seperti didinding rumah
kita sahaja....

Sebenarnya sesuatu tembok konkrit
yg dibina sebagai penghalang
seperti parkir kenderaan di setiap tingkat bangunan diwajipkan konkrit
padu (pasir + simen) diperkukuhkan
dengan tetulang besi.

Saya boleh jamin bahawa setiap binaan
dinding penghadang di setiap bangunan
bertingkat yg dikhaskan sebagai parkir
tidak mengikut spec yg sewajarnya untuk
menjamin kekukuhan jika berlaku rempuhan
kuat.

Tiada peruntukan undang-undang atau
spec yg jelas dari pihak berwajip
sebenarnya untuk mengkategorikan
tembok konkrit atau tembok batubata
yg bagaimana harus dibina berlainan
tempat dan situasi!

wan haniff said...

benda luar jangkaan saya yakin bangunan kb mall kukuh,masalahnya dia langgar tempat sisip angin yang dibuat dari batu blok semata2 tanpa besi,cuba dia langgar penghadang tepi saya yakin takkan jatuh sbb dia bt dari besi,apa2 pun tempat sisip angin kena bubuh besi la dalam tu pas ni

melikapakjangak said...

Isu yang berlaku di KB Mall jangan tengok degan mata politik. Tengok dari sudut kepentingan keselamatan. Dua nyawa melayang, satu lagi masih di hospital. Kalau keluarga mangsa boleh terima apa yang berlaku adalah kerana suratan takdir, mujurlah.

Kalau dilihat dari sudut sebelas bekas perhentian bas Jalan Hamzah, banyak nampak retakan dan bekas tampal menutup keretakkan.

Syukurlah kerana apa yang berlaku kerana junaman sebuah kereka, bukan runtuh. Tetapi bila kejadian meragut nyawa begitu berlaku, eloklah keseluruah struktur bangunan dibuat pemeriksaan. Jangan sampai ranap baru nak buat cari puncanya.

KB Mall dekat dengan rumah saya. Ketika pergi meninjau tempat kejadian setelah menerima telefon kata KB Mall runtuh, saya tengok ada makcik yang hanya berkembag gantung resah bertanya khabar setiap orang yang lalu. Dia mahu tahu apa nasib cucunya yang baru seminggu bekerja di KB Mall.

Selepas kejadian itu saya yakin ianya akan menggerunkan para pekerja, malah ada pekerja yang berada di luar setelah bergegas larikan diri tanpa mendapat tahu punca sebenar kejadian kata beliau tidak mahu kerja lagi.

Kononnya banyak retakkan berlaku dalam bangunan. Sejauh mana benarnya dakwaan itu saya tidak pasti kerana saya tidak ada authority dan kepentingan untuk menegesahkan dakwaannya.

Saya agak cemas bila menerima telefon kata KB Mall runtuh kerana kebetulan anak prempuan saya dan adiknya (anak lelaki bongsu saya) pergi ke KB Mall. Saya lega bila bergegas ke sana, mereka berdua berada di luar bangunan dalam keadaan agak cemas. Mereka pun turut lari keluar dari bangunan bersama orang lain yang lari keluar dan ada yang menjerit kata bangunan runtuh.

Anak perempuan saya kata lupa ak telefon maklumkan kaepada saya kerana dia dalam keadaan terkejut. - Ramli Abdul Halim

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Takizah dan Al-fatihah buat keluarga dan mangsa terlibat. Semoga kejadian ini kita ambil pengajaran dan sempadan terutama melibatkan keselamatan orang awam. Siasatan menyeluruh seharusnya di ambil bagi bertindak adil untuk mengesan, mengetahui dan mengambil sebarang langkah atau tindakan bagi memastikan pekara seumpama ini tidak berlaku lagi kemudian.

Saya mencadangan pihak berkuasa tempatan seharusnya melaksanakan penguatkuasaan menwajibkan keseluruhan bangunan yang melibatkan kemudahan dan kegunaan orang awam disaring dan dijalankan "Specification Inspection" untuk tempoh 1-2 tahun sekali sebagai syarat baru memperbaharui kelulusan keselamatan bangunan terbabit bukan sekadar untuk kali pertama semasa mendapat CF. Penilaian "Specification Inspection" seharusnya dijalankan oleh pihak profesional terlibat untuk mendapatkan kelulusan baru pihak berkuasa tempatan bahawa bangunan terbabit adalah selamat.

Mungkin cadangan ini dilihat melibatkan kos, namun nyawa manusia dan orang awam adalah kos yang paling bernilai yang tidak mampu dibandingkan dengan nilai kos berjuta atau berbillion bangunan terbabit.

Wasalam.