Sunday, May 16, 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu

BN dan DAP Saling Lintas Melintas!

[terkini] 9:10 malam - Keputusan pilihan raya Sibu sudah pun diperolehi. Kini menunggu masa saja untuk mendengar pengumuman dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pegawai SPR katanya sedang mundar mandir di atas pentas dalam dewan Suarah, semacam ada keresahan yang membelenggu mereka. Apakah petanda ini menunjukkan calon BN kalah?

Beberapa pemimpin utama DAP juga sudah mula tiba seorang demi seorang ke pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah, Sibu. Melihat kepada mood dalaman seperti mana dimaklumkan sekejap tadi, DAP akan menang.

Kesemua 110 peti undi sudah dibuka kecuali undi pos. Undi pos yang keluar mengundi sebanyak 2,571. Seandaianya kesemua undi pos ini menjadi milik BN ini bermakna DAP akan memperolehi 19 undi saja. Sebaliknya kalau lapan atau 10% undi pos diberikan kepada DAP, mungkin DAP akan menang lebih 100 undi. Malam ini tanpa keajaiban yang berlaku dan dilakukan, DAP akan menang pilihan raya kecil Sibu. - MSO

8:50 malam -
Apakah ada penipuan dalaman yang dilakukan SPR sendiri? Berdasarkan fakta dan angka tidak rasmi DAP sudah pasti memenang pilihan kecil Sibu. Bagaimana pun SPR mempunyai seribu kerenah. Tidak mustahil setelah undi pos dibuka dan undi Kampung Nangka Hilir menjadi penyelamat sepanjang zaman BN, 'kemenangan' DAP kini akan bertukar menjadi sebaliknya.

Maklumat dalaman kini berlaku pertikai antara wakil parti berhubung undi Pos. Sebanyak 2,800 undi pos masih dalam perkiraan. SPR katanya ingin menerima kesemua 2,800 undi pos walaupun dalam undi berkenaan ada yang rosak disebabkan tidak disertakan Borang 2, iaini borang penyaksian undi.

Pemimpin DAP sedang mempertahankan hal ini. Kalaupun kesemua 2,800 undi pos diberikan kepada BN, DAP katanya masih menang sekitar 250 undi saja. - MSO.


8:25 malam -
Masih keputusan tidak rasmi. DAP terus mengungguli dengan menambah majoritinya dengan mendapat sebanyak 3,944 undi. DAP mendapat 18,211 manakala BN memperolehi 14,267 undi. Calon bebas juga menambah satu undi lagi menjadikan 139. Sebanyak 103 daripada 110 peti undi sudah pun dibuka.

8: 20 malam -
Menurut pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusuf masih banyak lagi kotak undi yang tidak dibuka. Beliau berkata kalau kesemua dibuka peratus mengundi mungkin sampai 62% atau 63%. Sebelum ini keputusan keluar mengundi diumumkan sekitar 59.86% sahaja.

Apakah ertinya semuan ini? Perubahan dan pertambahan peratus keluar mengundi ia selalunya akan mengancam kedudukan parti pembangkang. Apakah ada usaha-usaha diluar moral demokrasi sedang atau akan berlaku di Sibu? Sama-sama kita menunggu keputusan muktamad.


8:15 malam -
Calon bebas menambah satu undi lagi menjadi 138 undi manakala DAP masih mengungguli dengan majoriti bertambah 3,279. Keputusan tidak rasmi DAP mendapat 17,120 manakala BN 13,841. Nasib BN kini bergantung kepada undi pos dan undi dari kawasan Melayu Melanau di Kampung Nangka Hilir.

8:10
malam - Analisa - Kira-kira 10% undi yang masih belum dikira adalah undi pos dan undi dari Dun Kampung Nangka. Dun ini merupakan kawasan Melayu/Melanau yang terkenal dengan penyokong kuat PBB. Seramai 6,000 pengundi di kawasan ini. Sementara undi pos pula sekitar 2,600. Sekiranya kesemua undi pos dan undi Melanau/Melayu ini berpihak kepada BN ini menyebabkan majoriti DAP raih kini sekitar 3,000 akan ditimbus undi berkenaan, dan DAP akan kalah.

Bagaimana sekiranya peratus menugndi rendah yang keluar mengundi turut terlibat pengundi Kampung Nangka ada tanda-tanda DAP akan menang tipis! - MSO

7:52 malam - DAP masih terus mendahului BN dengan majoriti sebanyak 3,048. DAP meraih sebanyak 16,538 manakala BN 13,490 dan Bebas 136 tambah satu undi lagi. Berdasarkan perkiraan peti undi yang telah dikira, sebanyak kira-kira 2,500 undi lagi yang belum dikira. Kedudukan ini memberi harapan DAP - Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.

7:45 malam - D
engan hanya kira-kira 10% saja lagi undi yang belum dikira, DAP kini terus meninggalkan BN dengan majoriti 3,000. DAP kini mendapat 16,178 manakala BN memperolehi 13,156. Bebas masih belum berubah mendapat 135. Keadaan terus mengsuspenkan?

7:30 malam
- Calon penyibuk Narawi menambah 3 undi lagi apabila beputusan tidak rasmi kini beliau mendapat 132 undi. DAP pula terus mendahului BN dan menambah majoriti sebanyak 2,900 undi. DAP kini mendapat 15,900 undi manakala BN 13,00. Setakat ini sudah 88% & undi dikira.

7:25 malam - Dari 80% undi yang dikira setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP masih mendahului dengan majoriti 2,226. DAP meraih 14,283 meninggalkan BN yang mendapat 12, 047 undi. Bebas menambah satu undi menjadi 129.

7: 15 malam - DAP masih mendahului BN dengan majoriti lebih 1,500. DAP perolehi sebanyak 12,966, BN 11,389 dan Bebas 126. Apakah fenomena di Hulu Selangor turut berlaku di Sibu di mana peringkat awal PKR mendahului BN, tetapi menjelang jam 8: 00 malam BN meninggalkan PKR dengan majoriti lebih 1,500 undi.

7:5 malam
- Sebanyak 66 daripada 110 saluran mengundi telah dikira. Dari jumlah itu DAP terus medahului BN dengan majoriti lebih 2,000 undi. Manakala menurut SPR jumlah keluar mengundi hanya 32,742 atau kira-kira 59.86%.

PILIHAN raya kecil Sibu sudah selesai. Peti undi di lebih 40 pusat pengundi sedang dibawa ke pusat penjumlah undi di Dewan Suarah, Sibu. Keputusan tidak rasmi seperti mana dilaporkan oleh beberapa portal menunjukkan kedua parti, DAP dan BN saling lintas melintasi antara satu sama lain.

Dari 22 saluran yang selesai dikira jam 5:30 petang tadi BN mendahului DAP dengan kelebihan
1,985 undi. Bagaimana pun setelah 44 saluran dikira DAP pula ke depan dengan meraih sebanyak 7,026 undi manakala BN sebanyak 6,243 undi. Calon bebas mendapat 52 undi.

Apakah momentum ini berterusan dan ini mendebarkan para peminat politik. [*** 7:00 pm 16/05/10]

2 comments:

sribuat said...

salam tuan,
saya cadangkan supaya dalam mana-mana pilihanraya, undi pos dikira dahulu dan diumumkan untuk mengelakkan ianya dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
tq...

anakzaman said...

TUAN MSO,

Kesanggupan tuan memberi laporan dan maklumat pilihanraya SIBU amat saya kagumi.

Kerja-kerja percuma seperti ini tak semua manusia boleh melakukan.

Syabas dan terima kasih dari saya semuga Allah mengurniakan kesihatan
yang baik untuk tuan.

Blog tuan akhbar saya.