Awang Adek dan Husam: Dolak Dalih Siapa Lebih Besar?
CALON Umno yang kalah serentak di kerusi parlimen Bachok dan Dun Perupuk dalam pilihan raya umum lalu, Awang Adek Hussein minta supaya Husam Musa tidak berdolak dalih mengenai jumlah RM4 juta peruntukan untuk menjalankan saraf menyekat kemaraan Umno di Kelantan seperti mana didedah seorang bloger.
Kata Awang Adek jawaban diberikan Husam berhubung perkara itu banyak menimbulkan tanda tanya. Katanya mula-mula Husam diam, lepas itu jawab dengan mengatakan beri RM40,000. Menurut Awang Adek jawaban Husam itu bertentangan dengan penjelasan pemimpin Pas yang menafikan parti terlibat membiayai projek itu.
Awang Adek juga mempersoalkan jawaban dan penjelasan Husam itu seolah-olah Husam mahu melindungi parti mengenai perkara itu.
Kalau Awang Adek faham bahasa, dia tidak perlu mengungkitkan lagi tentang kewujudan badan saraf itu. Ini kerana ianya sudah pun jelas. Penubuhannya tidak ada kena mengena dengan parti. Maksudnya bukan atas biaya parti. Bagaimana pun parti Pas suka dengan kewujudannya kerana ia boleh membantu kemenangan Pas Kelantan dan menyekat kemaraan Umno di Kelantan.
Mungkin kalau tidak ada syarikat itu (GMC) yang menjalankan saraf boleh jadi Awang Adek menang dan kini sudah jadi MB Kelantan. Rakyat Kelantan perlu bersyukur dengan adanya syarikat berkenaan. Apabila Awang Adek mengungkitkan itu mungkin beliau marah kerana badan itu telah membunuh cita-citanya.
Persoalan dari mana wang itu diambil tidak perlu dipertikaikan. Pas Kelantan untung besar dengan adanya GMC. Tidak payah keluar duit, tetapi dapat manfaat. Macamlah orang yang boleh makan telor tanpa pelihara ayam. Itu ertinya Pas Kelantan bijak.
Tindakan bloger berkenaan yang cuba menjadi alim selepas telan duit satu tindakan songsang. Kenapa saya kata begitu kalau dia mempersoalkan kebersihan wang itu kenapa dia menerimanya sebelum ini. Jika benar kita alim dan warak kita tanya sebelum menelannya. Sikap bloger itu samalah seperti orang yang pergi Makkah atas tajaan tetapi tidak dapat tawaf. Balik-balik dia persoalkan dari mana wang yang membawanya ke Makkah!
Di sini saya tidak mahu memberi jawaban kepada persoalan Awang Adek dari mana wang itu didapati untuk membiayai syarikat berkenaan. Cuma saya nak katakan orang Kelantan juga pandai dan kreatif mencari wang. Begitu juga orang yang ingin melihat Pas menang dan Nik Aziz terus jadi MB Kelantan juga ramai.
Senarai pemberian wang itu akan terjawab kalau hasrat bloger berkenaan yang mahu damagekan Pas Kelantan dan Husam diperkenan oleh SPRM. Tetapi apakah dalam kes ini ada keperluan bagi kepentingan umum untuk SPRM menyiasat wang berkenaan. Adalah lucu kalau SPRM bersedia menjalankan penyiasatan dalam kes-kes bersifat peribadi seperti itu. Siasatan itu nanti akan membuka peluang kepada orang lain untuk mendesak SPRM turut sama membuat siasatan ke atas setiap agensi dan syarikat yang diragui.
Saya percaya ahli dan penyokong Pas khususnya di Kelantan bersama kerajaan negeri dan Husam dalam kes ini. Perbuatan yang sengaja menganiayakan orang pasti akan ditolak dan dibenci oleh semua orang.
Mengenai dolak dalik tadi, Awang Adek perlu melihat kepada diri sendiri. Saya rasa Husam tidak berdalih dalam soal ini. Cara beliau membuka sedikit demi sedikit adalah stail politik beliau. Bukan dalam kes ini saja dalam kes-kes lain juga beliau lebih suka mendiamkan diri dari memberi jawaban dan ulasan. Begitulah sifat orang yang tidak suka membazir masa.
Saya percaya beliau juga suka kalau isu ini terus diungkitkan kerana akhirnya saya yakin ia akan memerangkap orang yang menimbulnya termasuk Awang Adek. Husam seorang yang bijak dan licik memasang jerat!
Awang Adek sebelum mengatakan orang lain berdolak dalih beliau kena ingat apa yang beliau lakukan berhubung dengan wang royalti minyak. Saya tidak mahu menghurainya di sini. Kalau Awang Adek masih waras dia ingat apa yang beliau ucapkan berhubung perkara itu. Kecuali Awang Adek sudah gila mungkin dia sudah tidak mengingati apa yang pernah dituturkan.
Kedua-duanya saya nampak berdolak dalih. Jadi Awang Adek tidak payah tuduh orang berdolak dalih kerana dolak dalihnya lebih besar. Husam hanya 'kluk klik' berhubung kehadiran wang RM4 juta tetapi Awang Adek cuba menafikan RM1 billion wang rakyat Kelantan. Jadi dolak dalih Awang Adek lebih besar dari dolak dalih Husam. [wm.kl. 5:10 pm 10/04/10]
4 comments:
Betul kata Sdr MSO. Awang adek banyak dolak dalik dalam isu wang royalti minyak kelantan..
Baru-baru ni beliau kata akan mengkaji semula pemberian wang ehsan kepada pelajar. Ini kerana katanya, wang KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin)akan diberi semula setelah kerajaan menghentikan sebelum ini diatas faktor ekonomi. Lagi pun tak elok pelajar dapat banyak duit.
Ini satu kenyataan bodoh dari seorang Timbalan Menteri. Apa salahnya budak2 sekolah dapat duit tu? Paling tidak ianya dapat meringankan beban ibu bapa.
Dia ingat menteri dan Pemimpin UMNO sahaja yang layak dapat duit banyak. Orang lain semuanya kelabu asap. Ini mentaliti seorang pemimpin UMNO yang menghina taraf pemikiran rakyat marhaen yang hidup dalam serba kekurangan.
Kepada orang Bachok teruskan lingkup keturunan Mamak Bendahara ni.. Jangan bagi kemenangan kepada Beliau dalam PRU-13 nanti.
Tuan MSO
Kesimpulan apa yang kita dapat dari perangai orang politik ini, adalah seperti sifat seekor binatang yang dinamakan sesumpah.Warnanya akan berubah apabila diusik atau dipukul.
Perangai orang politik ini akan menjadi normal bila keadaan biasa dan berubah-ubah bila ada orang mencari atau cuba memecahkan tembelangnya.
Disamping itu orang politik yang seperti tuan tulis ini tidak pernah muhasabah diri dan mengaku kelemahan masing-masing.
Sikap ego orang politik sentiasa mendabik dada.
anzam2009
Sepatah kata dari Y.B Haji Che Abdullah Mohd. Nawi Exco Pertanian semasa merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Ketereh di Wakaf Tok Wali baru baru ini...
Kita kena faham kita sekarang sedang 'berperang' dan musuh kita dihadapan ialah UMNO so segala keperluan dan kelengkapan yang sediada perlu digunakan secara maksima mungkin. Dalam hal GMC nie katanya sekiranya kita mengaku memang betul kita terima 4 juta itu untuk gerak saraf melemahkan musuh apa salahnya dan duit itu bukan nya masuk poket org2 tertentu. Sekiranya ada 40 juta kita akan gunakan juga itu lebih baik. Dengan hanya 4 juta kita dapat menurunkan panglima perang nya pada masa tu yaitu Tun Abdullah adalah hebat berbanding dengan jumlah belanja yang menceacah ratusan juta oleh UMNO bagi melumpuhkan PAS negeri Kelantan sahaja tapi tidak berjaya sampai ke hari ini...
Congak mudah, stiapa kali berlaku pilihanraya kecil berapa jumlah yang UMNO belanjakan? itu tak termasuk duit yang dibayar cash kepada pengundi pengundi...ada yang terima 50,100,1000...masa pilihanraya.
Dalam hal nie siapa yang lebih bijak?
Salam Sdr MSO. saya tersenyum sendirian bila Sdr. buat u-turn terhadap tomahan kepada Husam. Saya dulu pun benci kepada Husam tetapi sejak akhir-akhir ni selepas menghalusi strategik cara Husam berpolitik saya kini penyokong Husam.
Kepada EXCO-EXCO Kelantan dan kepimpinan PAS, ubahlah cara anda berpolitik dan cara kehidupan anda. Tak usahlah tunjuk kemewahan anda kerana apa yang anda miliki sekarang adalah bermula dari kutipan derma melalui tadahan kopiah buruk ahli-ahli PAS yang ikhlas berjuang.
Apa yang saya amati, bila ada peluang untuk hentam Husam maka EXCO-EXCO dan pemimpin PAS seperti tidak ada belas kasihan terhadap Husam.
Post a Comment