Hanya Perempuan Bernama Isteri Mengenali Lelaki Bernama Suami
GERAM campur terharu saya membaca berita kisah seorang isteri bernama Mek Wook Kundur berumur 107 yang sanggup berkorban segala-galanya termasuk wang simpanan dan maruah diri kerana demi cinta kepada suaminya, Mohd Nor Che Musa, 38. Wook sanggup mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin suaminya yang ditahan polis kerana terlibat dengan dadah. Agaknya selama mana Wokk dalam usia lebih satu abad itu membuat simpanan itu.
Sebelum ini suami Wook itu pernah ditahan polis dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah. Wook menanti pembebasan suaminya dengan penuh setia dan pasrah.
Bayangkan dalam usia selanjut itu, Mek Wook terpaksa hadapi liku-liku hidup yang tidak sewajarnya dialami isan sepertinya. Beliau sepatut sudah hidup aman bersama cucu dan cicitnya. Namun nasibnya demikian beliau masih lagi terpaksa melalui ulah suaminya yang gelenger.
Sesiapa yang membaca berita atau mengikut kisah hidup Mek Wook akan merasa geram dan marah kepada suaminya, yang bukan saja tidak bertanggungjawab, tetapi turut menyusahkan hidup si isteri yang sudah lanjut usia.
Seperti mana kata Mek Wook dia malu dengan kejadian itu. Tetapi kasih sayangnya kepada Mohd Nor mengatasi segala-galanya. Baginya biarlah orang mencemuh suaminya, tetapi tidak baginya. Dalam dunia hari ini yang sudah tandus dengan kasih sayang, remaja buag anak, sex bebas dan sebagainya tetapi Mek Wook kebal dengan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur dan tulen.
Sepatah kata Mek Wook apa boleh buat, dia sayang kepada suaminya. Suaminyalah tempat berganutung hidup. Jadi suka duka, jahat atau baik, Mek Wook menerima suaminya seperti adanya. Biarlah tahi kepada orang namun suaminya tetap bunga buatnya. Kejahatan Nohd Nor satu hal yang lain tetapi kesediaan Mohd Nor memperisterikan Mek Wook satu keluarbiasaan.
Mek Wook mungkin dicemuh dan dituduh melindungi pendosa, penjahat, lelaki tidak bertanggungjawab, lelaki yang mementingkan dirinya, hipokrit, pengkhianat negara namun dia tidak pedulikan kerana nilai kasih sayang dan cintanya sebagai isteri tidak dapat dibayar oleh sesiapa. Tidak siapa tahu susah mereka laki bini. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hanya hati isteri yang luhur saja yang tetap mengagungkan suaminya dalam keadaan apa sekalipun.
Syabas dan tahniah kepada Mek Wook kerana memiliki sekeping hati yang mulia, di zaman manusia yang kini sudah ketandusan dengan nilai-nilai dan kasih sayang tetapi Mek Wook masih memiliki nilai-nilai murni itu. Zaman dunia politik cabuk kini sedikitpun tidak mengugah adat, dan budaya yang menjadi amalan Mek Wook.
Jadi kepada mereka yang cuba memutuskan ikatan sutera cinta antara isteri dengan suami atau sebaliknya atas apa juga alasan, cubalah menyelami kemurnian hati dan cinta Mek Wook itu. Tinggal emak tinggal saudara kerana kasih aku turutkan. [wm.kl. 5:45 pm 17/08/10]
2 comments:
diri terasa kerdil bilo baco pengorbanan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami.
Dunia bertuah kerana memiliki "Kisah cinta suci si Wook ... Moga2 Allah merahmatinya
Post a Comment