Berbuka Dengan Lim Guan Eng
JARANG saya berbuka puasa di luar. Hanya jemputan terpilih saja akan dipenuhi. Itu pun kerana tidak ada helah ataupun kerana ada sebab-sebab yang tertentu. Hari ini pertama kali berbuka di luar. Di sebuah restoran di Petaling Jaya. Majlis ini dianjurkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Saya memilih untuk menerima jemputan ini, bukan apa sebab orang bukan Islam yang mengundangnya. Walaupun Guan Eng ada tujuan tersendiri, tetapi saya terliur untuk hadir. Bukan nak makan sangat, nak tengok suasana saja di samping bertemu kawan-kawan media. Kiranya penting juga pelawaan Guan Eng ini kerana saya terpaksa membatalkan satu perjalanan jauh.
Jemputan hari ini nampaknya khususnya kepada wartawan, penulis blog dan juga orang kanan media alternatif. Semua wakil media alternatif, protol, penulis blog, akhbar ada.
Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Naib Pengerusi Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Exco, Teresa Kok dan beberapa wakil rakyat lain turut sama hadir.
Saya tidak pasti saya termasuk dalam golongan mana, bloger atau sebagai ketua pengarang Siasah. Sebelum ini saya tidak pernah hadir pada mana-mana majlis Guan Eng secara eksklusif, melainkan hadir pada majlis ceramahnya saja.
Kali pertama saya mendekati beliau ialah semasa demonstrasi Protes kenaikan harga minyak tahun 2007 dulu. Itu, gambar Encik Ibrahim Ali dengan Guan Eng di KLCC yang saya postkan beberapa hari lalu itu, adalah gambar pada hari demonstrasi berkenaan.
Jadi hari ini kali pertama saya duduk semeja, bersapa dan bertanya khabar mengenai politik di Pualu Pinang. Saya datang agak terlewat sedikit kerana jam dan tersesat jalan. Sesampai Guan Eng sedang rancak berbual dengan rakan di satu meja ada bersama Tengku Abdul Aziz dan beberapa orang rakan media.
Cara Guan Eng, boleh tahan juga. Macam Zahid Hamidi PRnya. Saya tidak pasti dia perasaan saya atau tidak. Tetapi masa berjumpa di Sibu, Sarawak tempoh hari, dia macam perasaan saya adalah saya.
Di meja itu dia sedang menjelaskan mengenai politik orang Melayu. Tentang provokasi Umno untuk menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan DAP. Macam-macam yang dilakukan Umno, mengenai pemilikan tanah, ruang niaga dan terbaru katanya mengenai fitnah kononya imam masjid dalam khutab jemaah telah mengganti namanya dengan nama sultan.
Perkara itu didakwa oleh Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi. Guan Eng dalam reaksi itu biasa saja seolah sudah mengetahui atau arif dengan permainan Umno.
Majlis tadi khasnya untuk media alternatif. Tidak ada wakil akhar arus perdana.
Selepas solat Maghrib saya terus meninggalkan majlis berkenaan tanpa berbasa basi dengan Guan Eng dan tetamu lain. Mungkin sebaik saya keluar majlis itu juga bersurai kerana wartawan Islam perlu bekerjar ke masjid untuk solat terawih.
Terima kasih kepada Guan Eng kerana mengudang dan mengadakan majlis berbuka puasa untuk wartawan Islam. Nampaknya Guan Eng mendahului MB kerajaan-kerajaan Pakatan lain. Sanggup datang dari Pulau Pinang untuk meraikan wartawan. Jadi tidak hairanlah kalau berita Guan Eng dan DAP mudah kedapatan di mana-mana media alternatif, blog dan juga portal berita kerana beliau seorang tokoh mesra media. [wm.kl.11:00 pm 10/08/10]
No comments:
Post a Comment