Wednesday, August 11, 2010

Menjelang Berbuka

Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah

ASSAMUALAIKUM ... Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Kak Wan), didoakan Kak Wan sekelurga diberikan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Saya dan keluarga terlebih dahulu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431. Semoga puasa kita tahun ini diterima Allah sebagai amal ibadat yang membahagiakan.

Saya baru saja membaca berita berkaitan Kak Wan dalam sebuah portal yang memetik laporan dalam portal lain. Laporan itu kononnya Senator Boy, Ezam Mohamad Noor mengakui telah dihubungi Kak Wan semasa Kak Wan di Washington, US yang memesan kepadanya (Ezam) kono supaya menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim,( Pak Sheikh). Ketika itu Ezam berada di rumah lama Kak Wan di Bukit Damansara. Begitulah dakwa Ezam seperti mana dilaporkan oleh portal berkenaan.

Cerita ini sudah lama dibawa dan disebarkan Ezam sejak beliau berputas harap dengan PKR. Sejak beliau menyertai Umno. Menurut perbualan saya dengan Nurul Izzah di Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu, Mei lalu sebab kenapa Ezam meninggalkan PKR ialah kerana dia gagal untuk memujuk papanya (Anwar) menyertai Umno.

"Dia gagal pujuk papa menyertai Umno, itulah sebabnya dia meninggalkan PKR," begitulah kata Izzah yang turut meluruhkan rasa kecewa atas tindakan Ezam yang membelasah dan menyerang bapanya.

Kak Wan ada mengatakan tidak mahu melayani Ezam. Tetapi terlayan juga sebab kerap sangat Ezam menimbulkan perkara itu, itu alasan Kak Wan. Kak Wan patut bijak melayan 'adik' Kak Wan ini. Dia sengaja mahu memerangkap Kak Wan ke dalam kancah dihadapi Pak Sheikh kini. Kenapa dia berbuat begitu kerana dia sudah dapat cium bahawa penjelasan dan pendedahan yang dibuatnya kini untuk memburukkan Pak Sheikh tidak dimakan dan diterima rakyat. Jadi dia kena membantainya dari sisi Kak Wan.

Malahan makin didedah dan makin di tayang "kisah benar" yang tidak benar, rakyat makin kemas menyokong Pak Sheikh. Malahan setitik kebenaran pun diucapkan Ezam semuanya sirna dek kerakusan itu.

Kak Wan, usah bimbang... walaupun Ezam dan sesiapa saja nak bilang apa dengan Anwar rakyat tidak akan percaya. Rakyat punya mata hati dan mata batin menilai setiap apa yang dikatakan itu. Rakyat kita bukan Jakun zaman dulu. Kemenangan Pak Sheikh meraih majoriti lebih besar dari Kak Wan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menceritakan segala-galanya.

Pada saya mudah saja. Dalam konteks perjuangan antara Ezam dengan Pak Sheikh boleh diukur dengan apa yang berlaku kini. Sesiapa juga begitu saya rasakan. Siapa yang meninggal rakyat dan mengkhianati perjuangan rakyat? Tahun 1998 dulu yang mengajak rayat berdemonstrasi ialah Ezam. Kini yang meninggalkan rakyat ialah beliau juga. Apakah erti dan makna semua ini? Dulu kita mengeji dan menyula Zahid Hamidi, kerana murtad dari perjuangan akhirnya apa yang dilakukan Zahid terikut oleh Ezam.

Takdir yang telah memenjarakannya tidak mampu untuk beliau membayar dosa beliau kepada rakyat. Beliau sering mendabit dada, dia sanggup mempertahankan Anwar sehingga masuk ke penjara. Beliau bangga dengan pengorbanan yang sebesar tahi cicak itu. Tetapi dia lupa pengorbanan Anwar untuk membela rakyat sebesar gunung dan pengorbananya untuk membela Anwar hanya sebesar busut anai-anai.

Oi... Ezam... sdr hanya mempertahankan Anwar yang berbelit harapan kebendaan beberapa tahun saja. Tetapi masih ada refomis mempertahankan Anwar sampai kini. Masih ada yang luka didahinya masih belum pulih dan pedih masih terasa dan hati diladuni darah merah. Mereka ternyata lebih hebat dari kamu yang bercakap hanya dengan pembesar suara. Kandatipun mereka tidak pernah dibayar dengan jawatan senator oleh Anwar mereka masih utuh sebab perjuangan mereka adalah hakiki bukan kerana huminsime dan materialis.

Dalam menjejaki liku-liku hipokrasi Ezam, Kak Wan kena bijak dan cekap membaca kilau dalam kilat. Ezam hari ini telah terperangkap dalam jerat yang beliau sendiri pasang. Beliau kini kehilangan populariti yang beliau raih semasa era refomis dan dalam PKR dulu. Jadi beliau akan melakukan apa saja untuk mendapat populariti itu. Dan percaya populariti itu hanya dengan menghentam dan mefitnahkan Pak Sheikh sedang kepercayaan itu ternyata meleset.

Percayalah, seseorang itu akan disokong rakyat dan menjadi poluar kalau ia menghentam orang jahat. Dulu Ezam menghetam Mahathir Mohamed, sebab itu beliau popular. Hari ini bila beliau mengambil alih tempat Mahathir menghentam Anwar bila Mahathir tiba-tiba rehat. Kegagalan Ezam meraih populariti itu bermakna dia menentang orang yang baik!

Orang macam Ezam akan melakukan apa saja. Dia akan mengheret Kak Wan macam mengheret bangkai ke rumahnya. Demi masa depan politiknya dan mencari populariti. Kak Wan jangan merasakan hairan dengan sikap orang macam Ezam. Jangan mudah menyangka orang yang makan semeja, ulang alik ke rumah, boleh masuk ikut pintu dapur atau panjat pagar waktu malam itu, adalah orang baik. Dia masuk (menceroboh) ada maksudnya yang amat sulit difahmi oleh bahasa Kak Wan senbagai seorang kakak kepadanya. Dia bukan pejuang dan penyokong Pak Sheikh sejati.

Tetapi saya faham dan maklum cerita itu.

Hari ini Ezam sedang mengelisik bulu untuk jadi MB Selangor. Bulu romanya sudah mengiring bila disebut demikian. Niat itu terpendam jauh dalam lubuk hatinya. Para nujum juga tidak mengetahui, tetapi yang makrifat boleh membaca keazaman Ezam yang satu ini. Kenapa beliau diberi jawatan senator boy?

Sekali lagi sebagai orang yang ingin merebut tempat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor dia akan melakukan apa saja. Ezam terperasan. Percayalah Ezam tidak akan masuk Umno tanpa bayaran kebendaan. Akaun boleh disembunyikan dan boleh dinamakan dengan nama orang lain. Lokman Adam pernah mendedahkan sikap dan sifat Ezam sebenarnya. Hamdan Taha pernah bercerita segala-laganya. 10 budak hitam yang berlari ke Putrajaya kerana merebut kacang butir berhara RM20 ribu satu supik ada buku karangan mengarang tentang Ezam. Kisah itu termasuk juga jambangan bunga dan perfume.

Kebencian Ezam kepada Pak Sheikh bukan kerana perjuangan Pak Sheikh sudah melencong. Bukan kerana Melayu atau apa-apa. Bukan juga kerana Pak Sheikh peliwat atau diliwati, bukan dan bukan! Saya yakin kalau Pak Sheikh sudah jadi perdana menteri, semua isu dan fitnah itu akan hilang. Malahan Ezam akan berdiri macam Hang Kebun untuk mempertahankan Anwar. Bukankan sebelum ini Anwar sudah dituduh liwat tetapi kenapa Ezam masih bersamanya? Kerana Ezam merasa masih ada harapan. Begitukan...?

Munafik besarlah kalau seorang kawan, adik yang akhirnya menikam kawan dan kakak dari belakang kerana kepentingan diri. Paling celaka lagi apabila Ezam tidak membataskan dan menghormati hubungan suami isteri Kah Wan dengan Pak Sheikh.

Jadi ringkasnya, Kak Wan usahlah berwalang dan bersedih dengan gelagat Ezam. Jangan sampai membawanya ke muka pengadilan. Biarkan dia lakukan apa saja. Anggaplah dia seorang budak gila. Orang gila mahkamah tidak menerima keterangan dan mahkamah juga sesekali tidak akan membicarakan orang gila. Bahkan orang gila dikecualikan dari berpuasa. Usaha Kak Wan untuk membawanya ke mahkamah sia-sia saja. Dan Ezam mengharapkan itu kerana sudah tidak ada siapa hendak dijadikan punch bag bagi menunjukkan kejantanan kecuali Kak Wan. Orang lain sudah pun tidak melayan Ezam.

Kak Wan, selamat berbuka puasa dan mengerjakan solat terawih. [wm.kl 6:00 pm 11/08/10]

2 comments:

anafakir said...

Saya begitu keliru..dari seorg manusia yg berjihad mati-matian mempertahankan Anwar tetiba sekelip mata bertindak menjadi 'munafik' dlm perjuangan membela rakyat.Apa isu,apa kes,apa kerenah dan apa punca tetiba Ezam berpatah kemudi dgn Pakatan dan PKR hanya dia yg tahu.Jika benar dibeli,dijanjikan sesuatu, atau diugut dgn sesuatu,kita serah kepada masa dan takdir.Andai dia mmg berpaling tadah dari jalan kebenaran maka dia sengaja menempah 'maut'.Rakyat akan menghukum sesiapa juga yg selama ini membohongi dan memperdaya rakyat.Berpura2 berjuang mencari kebenaran walhasil mereka berjuang utk memenuhi tembolok nafsu semata2akan tumbang.

Masa semakin hampir,isu Pakatan di Johor menjadi keliru siapa yg perangkap siapa sehingga akhirnya raja menjadi murka.Andai hujah Chua Jui Meng benar maka sahlah ada pihak yg baling batu sembunyi tangan.Andai terbukti ada pihak yg melagakan istana Johor dgn Pakatan Rakyat,necaya mereka yg berkaitan sengaja menyumbang kepada kejatuhan kepada pihak yg membayarnya..kebenaran walaupun lewat,walapun di dasar lautan,walau di mulut naga,sampai masa ia akan menjelma jua.PRU 13 makin hampir..segala2nya bernokhtah di situ...

ahmadnafiah said...

Salam encuk MSO,
Tulisan tuan amat bagus, kami pengundi Ulu Klang minta Ezam bertading disini pada PRU ke 13 nantikita akan kuburkan di di AU 4
TKaseh