Tuesday, August 31, 2010

Selepas Subuh

Dun Semerak Catat Sejarah Milik Radio Sendiri

KATA orang kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan disitulah ada jalannya. Selalunya mereka yang berkemahuan tinggi akan berjaya mencapai apa yang dihajatinya. Begitu juga kejayaan bukan saja milik kalangan ahli ilmuan dalam bidang tertentu, tetapi mereka yang tidak keahlian juga akan berjaya, asal ada keazaman yang tinggi.

Begitulah apa yang boleh dipadankan dengan kejayaan Pusat Khidmat Adun Semerak, Pasir Puteh Kelantan, khasnya kesungguhan Adunya, Wan Hassan Wan Ibrahim. Kejayaannya mewujudkan siaran radio internet sungguh mengejutkan saya. Saya tidak pernah terfikir sebuah Dun seperti Semerak yang berada di luar Kota Bharu Bandaraya Islam (KBRI) memiliki siaran radio berkenaan.

Siaran radio yang dinamakan Radio Ore Semerak (ROS) itu kini dalam tempoh percubaan. Ia dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut pengarah operasi Pusat Khidmat Masyarakat Adun Semerak, merangkap pengawal siaran dan operasi, ROS, sdr Ibrahim, siaran itu dilancarkan beberapa bulan lalu dan ia mendapat sambutan menggalakkan.

Setiap hari radio itu dilanggani kira-kira 800 hingga 1,200 dalam satu-satu masa.

Difahamkan bahawa Dun Semerak merupakan satu-satunya memiliki siaran radio seumpama itu. Ini sekali gus menjadikan Dun Semerak mencatat sejarah sebagai perintis radio internet dan meninggalkan 45 Dun lain di seluruh Kelantan.

Jelas sekali kejayaan mewujudkan radio itu membuktikan kesungguhan dan juga keazaman tinggi Wan Hassan dan para petugasnya. Kejayaan mewujudkan radio dalam talian itu (internet) menolak persepsi dan gelaran yang dilekatkan kepada Adun berkenaan sebagai Adun barangan Purba.

Wan Hassan memang seorang peminat barang-barang purba. Beliau memiliki barangan purba ada yang berusia lebih 500 tahun dengan nilain ratusan ribu ringgit.

Berbalik kepada kejayaan mewujudkan radio itu, ia dikendalikan oleh tiga orang DJ dan dua juruteknik yang berkerja secara sukarela dan bergilir-gilir. Antara pengisiannya ialah menyiarkan lagu-lagu, menyampaikan maklumat dan dalam masa sama ia menjadi penghubung antara masyarakat Semerak yang berada di mana-mana saja.

Penduduk Semerak juga boleh menggunakan siaran radio ini untuk menghebahkan berita atau maklumat di sekitar Semerak dan Pasir Puteh.

Semasa kunjungan saya bersama dua rakan, Lawyer Md Radzi Mustapa dan bekas Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Zaki Abdul Rahman saya sempat bersiaran secara langsung menerusi radio berkenaan.

Dalam pada itu menurut Wan Hassan beliau mengalu-alukan cadangan, kritikan untuk memperbaikkan lagi radio berkenaan. Beliau juga berhajat akan mempertingkatkan lagi mutu siarannya. "Kalau boleh kita mahu jadikan ROS ini sebagai radio alternatif kepada rakyat," jelasnya bangga.

Dalam pada itu beliau mengalu-alukan sebarang derma ataupun bantuan teknikal dari sesiapa saja demi meningkatkan siaran ROS itu. ROS boleh dikuti menerusi htpp://semerakloni.listen2myradio.com. Syabas dan tahniah kepada Dun Semerak khususnya Wan Hassan. [wm.kl.1:00 pm 31/0/10]

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Petama sekali saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada kewujudan siaran radio internet ADUN Semarak itu. Sesungguhnya ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Listen2myradio.com adalah sebuah pengendali web radio yang memang bermutu dan reliable. Sepatutnya banyak pihak harus menggunakan kemudahan yang disediakan oleh listen2myradio.com ini lebih-lebih lagi dalam menghadapi suasana media yang cukup terbatas.

Untuk makluman semua, dua persatuan cacat penglihatan iaitu Pertuhuhan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Semalaysia (PERTIS) dan Society Of The Blind OF Malaysia (SBM) telah menggunakan perkhidmatan radio yang disediakan oleh listen2myradio.com ini sejak tahun lepas lagi dan kemuncaknya adalah apabila SBM telah membuat siaran langsung Mesyuarat Agung dui tahunannya di Sungai Petani Kedah yang dirasmikan oleh Ustaz Azizan Razak.

Selain itu terdapat juga teman-teman yang cacat penglihatan telah mewududkan radio peribadi mereka dan ada di antara mereka mengambil kesempatan untuk menyiarkan ceramah-ceramah agama dan politik dari tokoh agama serta pimpinan PAS sebagai sumbangan kecil mereka ke arah mendukung dan menyokong perjuangan PAS seperti http://kenanga.listen2myradio.com yang telah wujud selama lebih setahun.

Jadi, kesimpulannya setiap kita punya peranan untuk berda'wah dan kita harus mencari kelebihan dan kebolehan untuk melakukan kerja da'wah itu.

KedahLaNie said...

begitu juga kami di KedahLanie

alhamdulillah siaran radio dari kami juga dapat disiarkan dengan jayanya semenjak diawal ramadhan dahulu...

sesungguhnya kegunaan siaran FREE ini amatlah mudah dan senang sahaja kepada pihak yg ingin menggunakan kaedah siaran langsung ini...

p/s: kawan sedih laa tengok kerajaan negeri kawan... takan benda FREE nie depa tak nak guna... team kami yg dok ada skrg nie tak mampu nak eksesss sampai ke wisma negeri... jika kerajaan negeri kaan guna siaran FREE nie utk penyebaran dan ceramah2 MB perghhhhh mantop punya....

mso.im said...

KedahLani... begitulah adatnya kalau boleh free semuanya nak free. Kekadang pengorbanan para penyokong tidak pun dihargai. Anihnya kalau hal-hal lain boleh dilayan dengan baik termasuk membantu dari segi kewangan. Nampaknya terbiah agar mengenang budi orang, menilai pengorbanan orang kena diajarkan. Entah salah.