Friday, August 6, 2010

Tafsiran Isu

Fahami Politik Chua Soi Lek

SEMASA berucap di konvensyen MCA Kedah semalam Chua Soi Lek membawa pemikiran orang Cina supaya menilai politik dua parti Melayu Umno dan Pas yang kini bercakaran sesama sendiri. Kata Soi Lek kedua-dua parti itu kini dominan menggunakan agama sebagai isu untuk meraih seokongan pengundi Melayu.

Katanya Umno semakin koservetif. Mungkin apa yang dimasudkan ialah apabila Umno kini dominan menonjolkan nasionalismenya. Pas pula disimpulkan sebagai parti yang tidak boleh dipercayai walaupun parti itu berlandaskan Islam. Sinis Soi Lek, rasuah tidak akan jamin bebas kalaupun Pas menerajui negara ini. Tafsiran itu menyebabkan orang Melayu baik dari Pas maupun Umno mempertikaikan keikhlasan politik Soi Lek.

Maksud di sebalik kata-kata itu ia menghina Pas dan Islam. Kerana Pas memperjuangkan Islam. Apakah beliau melemparkan pandangan itu kerana beliau bimbang kepada pendekatan dan sikap terbuka Pas hari ini dalam melayani bukan Islam termasuk Cina menyertai parti berkenaan? Jika difahami kata-kata Soi Lek itu satu penghinaan besar bukan kepada Pas tetapi kepada Islam.

Mungkin begitu. Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas dirasai ancaman kepada MCA. Kerana dewan itu menyebabkan ada orang Cina yang kurang chauvenisnya rela bersama Pas. Orang Cina yang membenci rasuah dan kerakusan kuasa di kalangan pemimpin Cina lebih rela bersama Pas. Apa yang berlaku dan menimpa Soi Lek dalam skandal blue filem dan pendakwaan bekas presiden MCA, Ling Liong Sik mengenai isu menipu kerajaan menjadikan orang Cina jenis itu tidak mempercayai kepada pemimpin Cina.

Mereka ini adalah yang percaya kepada kebaikan dan keadilan Islam. Jadi Soi Lek kena tuba pemikiran orang Cina supaya tidak terpesona dengan Pas. Dan Pas pula kalau Soi Lek beranggapan Pas dan Umno menggunakan agama untuk meraih undi orang Melayu tidak perlu merasa kesal malahan patut mengiyakannya. Seharusnya Umno dan Pas memperjuangkan Islam dan Melayu.

Kata Soi Lek disebabkan keadaan itu - perbalahan Pas dengan Umno yang kepadanya untuk kepentingan Melayu dan Islam menyebabkan timbul suasana tidak progresif. Beliau mahu orang Cina memikir perkara ini. Tidak progresif itu ialah dalam konteks politik orang Cina. Sebaliknya ianya sesuatu yang sangat progresfit bagi orang Melayu. Bagi orang Melayu ada dua intipati perjuangan mereka mendualatkan agama dan bangsa negara.

Nah di sinilah licit dan bijaknya pemimpin Cina itu. Beliau tidak sekali-kali melihat perbalahan kedua parti itu adalah perbalahan sebenarnya melainkan memberi impak kepada orang Cina di negara ini. Tujuan Soi Lek menimbulkan suasana tidak progresif itu boleh difahami beliau menyeru orang Cian supaya mengambil kesempatan baik pada pergentingan itu untuk membaiki kedudukan orang Cina agak lebih baik lagi.

Aduhai Mat Maslan kenapa Felda bankrup? [wm.kl. 8:30 am 08/08/10]

1 comment:

firdaus said...

seperti kata tuan dahulu politik oransg cina, kerasionalannya lebih berpijak kepada bumi yang nyata berbanding politik Melayu

setiap Melayu berharap dapat menjadi rakyat Malaysia yang baik begitu kepada cina dan India, semuanya bergantung kepada pengharapan kita kepada ilusi yang kita mahu nampak bahawa ia bukanlah satu ilusi

apapun biarlah politik dengan sketsanya yang tersendiri, kita berhak mendapatkan kedudukan selesa dengan harapan tidak menyusahkan sesama kita

bercakap tentang nasionalisme, TGNA tidak percaya kepada itu semua sedangkan tuan mengkritik ideanya dan secara tersirat tuan lebih mementingkan ketuanan Melayu yang sedia ada, sekiranya Melayu mesti dikekalkan walau UMNO yang sudah karat mesti dikekalkan harus lah juga dibiarkan walaupun sememangnya sudah karat dan tak berguna, biarkanlah asalkan melayu tak hilang....

rasanya semasa perhimpunan di padang Masyhar nanti, Allah tak kata pun yang Melayu himpun dalam satu baris yang cina himpun dalam satu baris yang rakyat Malaysia duduk dalam satu barisan yang rakyat China duduk dalam satu barisan.... semuanya diletak.. boomm... sama dalam satu longgok....

Allah Maha Mengetahui segalanya...

* apakah chua soi lek marah kerana dia tak dilahirkan Islam atau dengki dia tiada keyakinan/FAITH yang diharap-harapkan