Tengku Razaleigh Pun Tidak Yakin Dengan Umno
HAMPIR setahun juga saya tidak mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah atau mengadakan interviu dengannya. Kalau dulu dikira kerap juga Tengku Razaleigh 'disutning' oleh Siasah dan banyak aktiviti beliau dilaporkan oleh Siasah. Tapi akhir-akhir ini agak kurang.
Saya rajin mengikut beliau ke mana saja, terutamanya sewaktu beliau 'berkempen' untuk lawan Najib Razak sebagai PM dan sekaligus memenuhi undangan pelbagai majlis memperkukuhkan Melayu.
Tengku Razaleigh walaupun pada masa itu kurang yakin bahawa beliau akan mendapat pencalonan kerana sistem kouta dalam Umno, tetapi terikut juga bila mana para penyokong setianya memberi keyakinan. Orang yang bersungguh menyakinkan Tengku Razaleigh akan dapat lebih 20 pencalonan kemudian layak bertanding jawatan presiden ialah orang yang tinggal di Hulu Kelang.
Beberapa kali orang Hulu Kelang ini 'berselehen' dengan saya, bercanggah pendapat mengenai sokongan terhadap Tengku Razaleigh. Dalam pengamatan saya yang melihat kepada ketatnya Najib dan Rosmah kawal Umno sukar untuk Tengku Razaleigh mendapat pencalonan. Saya kata kepada seorang taukeh Tengku Razaleigh yang sangat mempercayai orang Hulu Kelang ini; kalau Tengku dapat 10 pencalonan pun kira sudah besar.
Orang Hulu Kelang ini memang beriya mahukan Tengku Razaleigh bertanding. Dia mahu tumpang dua tiga mangkuk saja untuk survive politiknya. Maka diarahlah kerja-kerja kempen kepada budak-budanya, di Penang, Perak dan Kedah. Semuanya tidak menjadi. Apa yang dapat, kenyang perut kerana bila Tengku Razaleigh turun dapatlah minum air setitik dua.
Ternyata apa yang saya ramalkan itu benar. Tidak ada satu pun bahagian yang berani mencalonkan Tengku Razaleigh. Walaupun ada ketua bahagian sudah berikrar dengan meletakkan tangan dekat telinga sambil menyatakan pendirian mahu menyokong Tengku Razaleigh, namun akhirnya kecut nperut juga.
Selepas persidangan Umno tamat dan sah Tengku Razaleigh tidak mendapat cukup pencalonan saya menjarakkan sedikit darinya. Tidak banyak majlis beliau saya hadiri. Kerana permainan itu dikira sudah selesai. Apa yang saya nak tengok sejauh mana kebaijaksanaan orang Hulu Kelang mencatur nasib Tengku Razaleigh. Namun perkembangan dan pemikiran politiknya, kritikan dan tindakan menyokong Kelantan mendapatkan royalti minyak saya perhatikan penuh minat.
Bagi saya Tengku Razaleigh masih hidup dan masih diperlukan. Dia masih dikunjungi bukan saja untuk meminta bantuan kewangan tetapi idea juga baik dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan. Penyokongnya masih ada dan mereka tetap setia. Kesetiaan ini kerana pendirian tegas dan istiqamah Tengku Razaleigh.
Mereka yang menyokongnya semasa zaman Parti Semangat 46, masih ada hingga kini kecuali dia tiga kerat yang sudah terjumpa guni gandung berisi wang telah melupainya. Jelas mereka ini berkawan dan bersahabat buat atas erti persahabatan sejati tetapi mahu mengambil kesempatan saja. Samalah apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim, hampir separuh sahabatnya termasuk ayam didiknya sendiri terbang keluar tingkap dan berkokok membahamnya balik atas jula jambu! memang dia jambu!
Isin lalu saya menemui Tengku Razaleigh untuk adakan interviu, bagi mendapat pandangan beliau mengenai beberapa isu. Saya merasakan perlu mendapat pandangannya terutamanya dalam beberapa isu agak mendesak waktu ini seperti masalah perpaduan Melayu dan juga masalah dalaman Umno.
Kenapa saya memilih untuk mencungkil ini semua daripada beliau, sebab Tengku Razaleigh bercakap dengan fakta. Pada saya dia juga seorang yang tulus dan ikhlas dan tidak tahu bermain 'ilat' dalam politik. Tengku Razaleigh seorang yang menghormati undang-undang dan punyai adat hidup yang tinggi. Beliau juga berani akan mengkritik sesiapa saja termasuk partinya sendiri. Keberanian ini kerana beliau memilik wisdom - kemuliaan tersendiri.
Dalam beberapa topik yang dibualkan itu, yang menarik ialah mengenai nasib dan masa depan Umno. Bagi Tengku Razaleigh Umno seakan sudah tidak ada masa depan lagi. Makin lama makin lemah. Usaha membangunkan Umno tidak menjadi. Umno dianggap persis 'barang' yang sudah tidak berdaya. Tidak bersemangat dan hanya nafsu saja kuat dan hidup pun bergatung kepada 'renyukkan' saja.
Selain itu beliau juga bercakap soal perpaduan, dan paling menarik saya rasa ialah mengenai kedudukan politik Melayu yang kritikal. Beliau berpendapat baik Pas maupun Umno mungkin tidak dapat membentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang jika tidak bergabung dengan mana-mana pihak. Kedua-duanya gagal membunuh antara satu sama lain. Beliau tidak mahu mengajak Pas dan Umno duduk sekali, tetapi katanya untuk menyelamatkan Melayu ianya harus ada kuasa ketiga. Siapa atau pihak mana akan jadi kuasa ketiga? Ikutilah interviu penuh dalam Siasah terbaru. [wm.kl.3:20 pm 25/08/10]
No comments:
Post a Comment