Monday, August 30, 2010

Sebelum Berbuka

Modal Dan Tektik Lama
Fitnah Kebangsaan Oleh Zainuddin Maidin


LAMA tak kedengaran nama Zainuddin Maidin, wajahnya juga lama tak timbul di kaca tv. Begitu juga kelibatnya di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor juga sudah tidak nampak lagi.

Menjelang waktu Maghrib selalunya beliau akan bersendirian di sebuah kedai mamak di situ minum tea tarik. Walaupun ramai 'ahli kelab Maghrib" di kedai itu, tetapi tak ada siapa yang sudi duduk dan berbual dengannya. Kenapa? Tahulah sendiri. Wajahnya sudah cukup menggerunkan orang untuk bersapa dan berbual dengannya. Itu tidak lagi mendengar kenyataan dan kritikan dan hemburan kebenciannya kepada Pas dan Anwar Ibrahim.

Sebulan lepas baru saya tahu kenapa Zainuddin jarang muncul di Melawati, rupanya dia sudah berpindah ke kawasan baru. Di rumah banglo baru di Putrajaya. Wah... lepas bersara secara kalah dalam pilihan raya umum ke-12 lalu Zainuddin sudah membina banglo. Melarikan diri meninggalkan rumah lama di Taman Melawati. Itulah nikmat menjadi menteri kabinet. Nikmat inilah yang menjadi rebutan ramai.

Alih-alih hari ini suara 'cengel' Zainuddin kedengaran semula. Nada dan maksudnya sama iaitu untuk memburuk dan menghina Pas. Kali ini dia melempar fitnah kononnya Pas menyuruh Tunku Abdul Rahman Al Haj merampas harta orang Cina. Tidak cukup itu Zainuddin mendakwa Pas berpihak kepada Indonesia sewaktu berlaku konfrontasi Indonesia - Malaysia.

Kalau dengar, tuduhan itu teruk juga. Ia memberi gambaran Pas sebuah parti yang jahat, ekstrim dan tidak cintakan negara. Kalau mengikut hukuman dalam kitab lama orang yang membuat fitnah harus dipotong lidahnya. Tujuan Zainuddin membuat pendedahan itu bagi merenggangkan hubungan Pas dengan masyarakat Cina waktu ini. Mungkin Zainuddin sendiri merasai bahawa orang Cina sudah tidak menyokong Umno lagi maka beliau kena berkorban masa rihatnya kini membantu sama Umno.

Sambil menafikan kenyataan Zainuddin itu, Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad meminta bekas Menteri Penerangan itu memohon maaf kepada Pas. Nampak marah betul Idris. Tetapi sebenarnya Idris atau Pas tidak payah sibuk melayan Zainuddin Maidin. Layanan akan memberi markah kepadanya, bahawa suaranya masih keramat dalam memburukkan Pas.

Apa yang baiknya diamkan saja. Anggaplah Zainuddin tidak wujud. Kenapa dikatakan begitu sebab pendedahan itu tidak memberi apa-apa bekas pun kepada rakyat. Rakyat sudah tahu dan kenal siapa dia Zainuddin Maidin. Seorang oportunis Melayu - mamak terakhir! Rakyat yang sihat dapat menilai sendiri sejauh mana kebenaran kata-kata Zainuddin itu.

Zaninuddin boleh bercakap lebih dan menggerunkan dari itu. Beliau boleh melemparkan Pas bersekongkol dengan komunis atau apa-apa gerakan subversif lainnya. Sebagai seorang pengarang, wartawan Zainuddin boleh mereka citpa apa saja kejutan demi kejutan. Atau sebagai orang yang termakan budi dan air ludah Umno beliau boleh mengatakan apa saja yang dia kira kerjanya itu akan menguntung Pas dan dikira sebagai pahala syurga oleh Umno.

Mungkin pendedahan karut Zainuddin itu boleh dijadikan umpan kepada Umno, tetapi bukan kepada pihak lain. Itu pun terbatas kepada orang Umno yang sudah menghidap kencing manis, darah tinggi ataupun sempuk yang melampau. Orang-orang Umno yang perut buncit dan kepala botak juga mungkin percaya. Tetapi kalau Melayu yang bebas dari sindrom bodek, ampu dan tidak taat membuta tuli tidak mudah menerimanya.

Kita menuntut Zainuddin mengemukakan bukti atau dokumen bersurat mengenai apa yang beliau tuduhan itu. Dalam hal ini ia tidak absah kalau hanya digunakan andaian ataupun hipotesis senget sebelah saja. Kalau Pas benar menyuruh Tunku Abdul Rahman rampas harta Cina, ia perli dijelaskan siapakah tokoh Pas yang bercakap itu? Mungkin audio video sukar untuk dikemukakan tetapi mungkin wajah atau atau lakaran muka tokoh itu boleh dikemukakan.

Begitu juga dengan tuduhan Pas memihak kepada Indoneisa dalam peristiwa Gayang Malaysia itu. Siapakah tokoh itu dan apakah bentuk bantuan yang diberikan Pas. Apakah Pas memberi maklumat, melindungi tentera Indonesia ataupun Pas membekalkan senjata?

Kalau orang waras dan tidak berhati busuk dengan Pas, bukan mudah Zainuddin Maidin melemparkan tuduhan itu. Ia mungkin terlebih dahulu berfikir kerana ianya ada implikasi buruk. Kegagalan menyediakan bukti menyebabkan orang akan menganggap beliau bercakap mengikut putaran lidah tidak bertulang semata-mata. Dan apa yang disuarakan itu merupakan fitnah kebangsaan oleh Zainuddin Maidin.

Apapun seperti dikatakan tadi, orang ramai bukan menelan begitu saja pendedahan dan air liur basi Zainuddin Maidin itu. Mereka tidak seperti Zainuddin yang tanpa memikir panjang menjadikan pendedahan itu sebagai modal untuk merenggangkan Pas dengan orang Cina. Saya percaya pendedahan dan modal Zainuddin itu bukan mengurang sokongan Cina kepada Pas sebaliknya akan bertambah kerana orang Cina benci kepada Melayu - mamak yang masih berpegang kepada mitos menganggapkan Umno sebagai pejuang Melayu.

Sepatah pertanyaan untuk Zainuddin Maidin, setelah Umno merdeka membawa ke hari ini, berapa banyakkah harta Melayu yang Umno rampas? Apakah dengan mencadangkan supaya dirampas harta Cina (itu pun tidak betul) lebih kejam daripada parti bangsa yang merampas hak-hak bangsanya sendiri. Tak percaya tanya Mat Maslan. Mat dah berbuka ke atau hari ini tak puasa, kerana uzur syarie? [wm.kl.6:15 pm 30/08/10]
Post a Comment