Esok Najib Ke Kelantan Perkemas Tiga Kawasan
Esok Ha Najib Razak akan mengadakan kunjungan ke Kelantan dengan menggunakan kemudahan kerajaan untuk berkempen memastikan Umno Kelantan menang. Dalam kunjungan itu beliau dilaporkan akan menyampaikan bantuan BR1M kepada penduduk di tiga kawasan poarlimen Jeli, Kota Bharu dan Pasir Mas dan juga berjumpa dengan komuniti guru.
Pagi beliau akan berada di Jeli kemudian di Pasir Mas dan Kota Bharu. Signifiken kunjungan beliau ke tiga daerah ini untuk melihat perkembangan dan sambutan rakyat kepada Umno di tiga kawasan berkenaan.
Nampaknya daerah ini mendapat layanan istimewa daripada Najib. Jeli di ketuai Mustapa Mohamed, Pasir Mas, Hanafi Mamat dan Kota Bharu Fatmi Che Salleh. Tidak pelik kalau Najib memberi layanan istimewa kepada Jeli dan Kota Bharu kerana ketua bahagianya pengerusi perhubungan Umno Kelantan dan Kota Bharu ketuanya setiausaha politik beliau, tetapi kenapa Pasir Mas juga jadi tumpuan?
Pemergian Najib menjadi sedikit tanda tanya. Ada pendapat mengatakan majlis Najib di Pasir Mas disponsorkan oleh ahli Parlimen bebas Inchek Ibrahim Ali. Esok akan memberi jawaban apakah benar atau tidak. Sekiranya Inchek Ibrahim Ali hadir, jelas bagaikan disuluh bahawa Salentia itu akan bertanding menggunakan tikit dacing dalam pilihan raya akan datang.
Peristiwa yang bakal berlaku esok akan menjadi indikator kepada Pas bagi menentukan calon mereka dan mengaturkan strategik untuk memilik kerusi Pasir Mas.
Bagaimana pun ada pendapat bukan kalangan jumhur politik, pemergian Najib ke Pasir Mas adalah untuk menguatkan kedudukan Hanafi Mamat sebagai ketua bahagian. Hanafi dikatakan akan melarikan diri dari Pengkalan Pasir ke Dun Tendong dalam pilihan raya akan datang. Kebetulan Hanafi adalah bendahari Umno Kelantan.
Seandainya majlis esok mendapat sambutan hangat tanpa campur tangan Inchek Ibrahim Ali ia akan merubahkan pandangan Najib yang dikatakan kini ditekan oleh Mahathir Mohamad supaya Pasir Mas diberikan laluan kepada Inchek Ibrahim Ali. Sama-sama kita tenguk apa yang berlaku esok apakah ada orang mencium tangan Najib selepas mencium tangan basuh kencing baru-baru ini.
Berbalik kepada mauduk asal tadi, bahagian-bahagian lain yang ketuanya tidak ada kedudukan seperti Kuala Krai, Rantau Panjang, Machang, Gua Musang, Ketereh, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Pengkalan Chepa seperti ditinggalkan oleh Najib. Bahagian Kuala Krai yang diketuai oleh ahli Umno import dari Tumpat seperti langsung tidak dipedulikan Najib.
Bahagian Pengkalan Chepa juga tidak pernah disinggahi oleh Najib cuma lalu saja sebaik turun jet eksekutif di lapangan terbang Sultan Ismail Petra atau sewaktu hendak pulang ke Kuala Lumpur. Pengabaian ini menunjukkan betapa kecilnya jiwa Najib untuk tidak memasuki kubu Pas.
Yang sepatut Ha Najib memberi keutamanya ialah kawasan-kawasan selain dari itu termasuk juga Bachok yang diketuai oleh Awang Adek Hussein. Kalau hanya tertumpu kepada empat kawasan sahaja ini bermakna seolah-olah Umno yakin untuk menang di kawasan itu saja manakala kawasan lain sukar dirampas.
Boleh jadi juga Ha Najib diberi maklumat hanya kawasan itu saja akan mampu dimenangi UBN dalam pilihan raya nanti. Manakala kawasan lain masih kelabu asap? [wm.kl.10:09 am 01/03/12]
1 comment:
Pergi sebagai presiden umno tapi menggunakan dana seorang PM. Pemimpin umno sudah tidak pandai membezakan 2 perkara ini. Terlalu lama sangat berkuasa.
Post a Comment