Tuesday, March 20, 2012

Ulasan Parlimen

Pakatan Tolak PSC
Kerajaan Gagal Heret PR Ikut Subahat

Kerajaan hari ini gagal menggunakan parlimen untuk memerangkap pembangkang (Pakatan Rakyat) menerusi perwujudan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk memperakui projek nadir bumi (Lynas) di Gebeng Pahang sebagai selamat dan tidak merbahayakan alam sekitar apabila Pakatan menolak menyertai jawatankuasa berkenaan.

Wakil Pakatan Rakyat yang turut membahas keperluan PSC ditubuhkan akhirnya sepakat menolak jawatankuasa berkenaan dengan menyifatkan jawatankuasa itu hanya sandiwara serta hendak memperdayakan rakyat.

Dengan keputusan pihak Kerajaan yang sudah terjempit dengan isu Lynas kecewa dan hampa kerana tidak berjaya mengheret Pakatan Rakyat menyokong projek itu untuk kepentingan politik mereka.

Dakwa mereka keperluan mewujudkan jawatankuasa berkenaan juga 'songsang kalak' apabila setelah projek itu sudah pun berjalan baru hendak diminta pandangan umum apakah ia selamat atau tidak. Tindakan kerajaan itu menjelaskan ia sudah terdesak dan takut dengan desakan rakyat terhadap projek berkenaan.

Ironisnya lagi projek itu dimaklumi rakyat dari sumber luar setelah 95 peratus pembinaan kilangnya siap.

Bulan lepas lebih 30,000 rakyat berhimpun di Pahang dan lebih 15,000 di Penang mendesak supaya Lynas itu dibatalkan.

Semasa membahas mempersoalkan keperluan perwujudan PSC wakil Pakatan Rakyat mempertikaikan dan kesal dengan kenyataan diberikan perdana menteri Ha Najib Razak dan menteri dicadangkan jadi pengerusi PSC Khalid Nordin yang dianggap sebagai mendedahkan motif disebalik perwujudan jawatankuasa berkenaan iaini untuk mengabui rakyat.

Najib kata mereka telah membuat perakuan akan pihak kerajaan tidak semestinya akan patuh kepada PSC, manakala Khalid Nordin yang bakal dilantik menjadi pengerusi pula dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbunyi bermaksud perwujudkan PSC untuk menangani isu Lynas supaya tidak mengelirukan rakyat.

Ahli parlimen PR menterjemahkan kata-kata Najib dan Khalid Nordin itu sebagai jawatankuasa khas terpilih itu hanya menjadi alat untuk menyelamatkan kerajaan semata-mata yang kini ditekan rakyat dengan pembangunan projek berkenaan.

Dalam pada itu wakil PR memberi beberapa syarat sekiranya jawatan kuasa berkenaan hendak ditubuhkan dan mengharapkan penyertaan mereka; antaranya,

* Kerajaan perlu menghentikan kerja-kerja yang dimulakan sekarang sementara PSC membuat keputusan.

* Lesen sementera (TOL) yang diberikan selama dua tahun juga perlu ditarik balik.

* Hentikan pengimportan nadir bumi dari Australia.

Antara ahli Parlimen Pakatan yang mengambil bahagian membahas cadangan penubuhan PSC itu ialah Fauziah Salleh, (Kuantan), Khalid Samad (Shah Alam), Dzulkefli Ahmad (Kuala Selangor), Salehuddin Ayub (Kubang Kerian) Yusmadi Yusuf (Balik Pulau), Dr Micheal Jeyakumar (Sungai Siput) Charles Anthony Santiago (Klang) dan lain-lain.

Sudah pasti selepas jawatankuasa itu ditubuhkan ia akan mengambil pandangan dari semua lapisan masyarakat termasuk pakar dalam pelbagai bidang. Setelah itu dirumuskan nanti akan menyimpulkan jawaban kononnya PSC mendapati Lynas selamat untuk diteruskan. Inilah yang dikehendaki kerajaan.

Apakah selepas itu atau dalam masa PSC bersidang ini akan diadakan satu lagi Himpunan Hijau sebagai membantah PSC itu?

Sementara itu semasa perbahasan cadangan perwujudan PSC itu dewan menjadi kecoh bagaikan kandang babi waktu pagi dengan gelagat ahli parlimen di kedua-dua pihak yang saling tuduh menuduh di antara satu sama lain. Beberapa kali berlaku gangguan ucapan sesama mereka menyebabkan speaker Wan Junaidi dan Ronald Kiandee gagal mengawal keadaan dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Perkataan-perkataan yang tidak wajar diucapkan memburuk di antara satu sama kedengaran dilaungkan. Ahli parlimen kerap mengeluarkan kata-kata huduh dari Seri Gading, Kuala Krau, Tangga Batu, Kota Belud dan Kulim Bandar Baru yang lagaknya tidak ubah macam kera ekor kena api. [wm.kl.6:54 pm 20/03/12]

1 comment:

Bosan said...

Salam Tuan MSO,

Nampaknya isu lynas masih menarik perhatian tuan dan saya. Saya masih meragui bangkangan PR atas dasar alam sekitar dan keselamatan. Walaupun tuan pernah mengatakan kaum cina lebih terkedepan dalam memperjuang dan mempertahan alam sekitar berdasarkan kepada bantahan yang berlaku di penang. Cuma persoalan yang berlegar di fikiran saya, adakah ketidak hadiran YB Hulu Langat di parlimen semasa perbahasan. Adakah ia disengajakan (mungkin atas arahan parti) untuk mengelak beliau dari turut serta dalam memberi pendapat.