Siti 4 dan akhir
Kolek atau perahu kecil sedang menunggu tetamu. |
Kalau sesebuah negeri itu mempunyai modal semula jadi itu, tetapi pemimpinnya kering idea bagaimana untuk menjanakannya, ia tidak akan memberi apa-apa manfaat. Sia-sia sajalah apa-apa yang dianugerahkan itu.
Terdapat negara yang tidak memiliki aset semula jadi, tetapi maju dan berjaya kerana pemimpinnya komited dan mampu mengeluarkan berbagai idea atau rajin menciplak apa-apa yang disaksi dan dirasai dari mana-mana ceruk rantau yang dikunjunginya.
Sungai ini kalut bagaikan sebuah jalan raya. |
Negara itu tidak mempunyai apa-apa aset semula jadi atau mereka bukan negara pengeluar. Mereka tidak ada komoditi laksana sawit, getah, timah atau minyak seperti negara kita.
Dari satu segi kedudukan dan pencapaian ekonominya lebih baik dari negara kita. Tetapi kenapa mereka maju dan berjaya. Kenapa? Jawabanya kerana pemimpin dan rakyat mereka berdaya kreatif, inovatif dan pandai mengambil kesempatan dari keadaan yang ada.
Kegiatannya macam sebuah pesta air. |
Mengambil kira apa yang berlaku di Singapura itu membuktikan sejauh mana kemampuan berfikir dan daya kreativiti itu penting.
Satu selikuh yang memerlukan kemahiran mengayuh. |
Hal ini terbukti, misalnya macam mana mereka memanfaatkan Sungai Mekong sebagai daya tarikan pelancong dan sekaligus aktiviti pelancongan yang diusahakan bagi menambah ekonomi rakyat setempat.
Dari pengkalan berakhir di pengkalan bot untuk pulang. |
Perahu akan menghantar penumpang ke bot. |
Misalnya sebuah anak sungai kecil yang membelah sebuah pulau di muara sungai Mekong dijadikan daya tarikan pelancong menarik. Kawasan yang dipenuhi dengan pohon nipah itu dijadikan kawasan hilir mudik pelacong dari pulau itu ke muara Sungai Mekong sepanjang kira 1 km. Setiap hari difahamkan ratusan pelancong akan berkunjung ke situ dan menikmati aktiviti pelancongan di sediakan.
Di sini, disediakan ratusan perahu kecil. Pelancong yang terbiasa dengan kehidupan dalam kota batu akan terpegun sampai di sini. Pemandangan semula jadi di kiri kanan, di mana dipenuhi dengan pokok nipah semak samun lain serta pokok buah-buahan benar-benar meruja dan menyenangkan emosi.
Melalui anak sungai ini bagaikan berada dalam sebuah fantasi yang sering kita lihat dalam filem-filem Melayu kalsik. Kalau ingin merasai keaslian sebuah kehidupan tradisi datanglah ke sini.
Semasa berkolek menyusuri sungai itu saya terfikir kepada negeri Kelantan Darunaim. Pemandangan atau suasana seperti di sungai itu juga terdapat di Kelantan, misalnya di Bachok, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa atau Tumpat. Suasan atau alam semulajadi begitu di Kelantan tidak kurang juga indahnya. Barang kali boleh difikirkan untuk mewujudkan aktiviti pelancongan sebegitu di Kelantan.
Bila sungai dimajukan dengan aktiviti begitu, persekitaran sungai juga terjaga, bersih dan terurus dengan baik. Ia juga melancarkan laluan air dan ini mengurangkan berlaku 'sebakan' apabila berlaku air pasangan. Bukan itu saja, Kelantan juga mempunyai khazanah alam semulajadi yang indah tetapi terbiat begitu saja. Misalnya di sepanjang sungai Kelantan terdapat banyak jeram atau pun air terjun yang cantik dan indah. Apakah aset ini tidak boleh dimanfaatkan sebagai lokasi pelancdongan.
Mungkin sebuah cruise yang siap dengan restoran boleh diwujudkan untuk menyusuri sungai Kelantan. Kalau pun tidak sampai ke hulu di Kuala Krai mungkin cukup dari Kota Bharu ke Machanag atau Tanah Merah sahaja.
Barang kali elok juga agensi pelancongan negeri Kelantan berkunjung ke Vietnam dan mencuba menaiki kolek di anak sungai Mekong itu kemudian berfikir macam mana untuk membawa balik aktiviti pelancongan itu ke Tumpat, Pengkalan Chepa, Bahok atau Pasir Puteh. Rasanya daripada mengadakan kunjungan ke Dubai, Qattar atau pun Casablanca, Tokyo atau pun New York dan Milan di Italy, baik ke sungai Mekong sahaja. Ia juga dekat dan murah. [wm.kl.12:20 t/hari 16/02/14]
2 comments:
Salam...
Saya bersetuju benar dgn pandgan MSO ini....kadang2 terfikir jgk dlm hati....apa yg ada dalam petak pemikiran pimpinan kita diKelantan...kalau mereka tidak blh berfikir..tidak salah meminta idea dari anak2 kelantan yang ramai...rasanya tidak sedikit rakyat kelantan yg pernah merantau keserata dunia..
Mungkin platform ttemu mata aidilfitri bersama perantau blh diguna sebaik mungkin utk permulaan kearah tujuan ini..
Betul pak MSO! Saya sokong cadangan tuan. Ambil lah yang terbaik dari negara orang untuk negeri sendiri. Tapi janganlah buat lawatan teknikal/belajar mcm baru2 ni ke Milan. Lawatan ke tempat teknikal nya sekejap tp selebihnya sibuk ke Seravallie, florance dll.....dah macam lawatan kerajaan org dari parti sebelah sana...tak ada bezanya!
P/s: Tuan MSO, best jugak travel dari Paris ke Milan menaiki bas, iye ker?
Post a Comment