Thursday, December 18, 2014

Banjir di Kelantan teruk, Rantau Panjang paling parah

PERKHABARAN                                                                                              

Salah satu pemandangan banjir di Rantau Panjang.
Saat ini negeri Kelantan sedang parah dilanda banjir kedua. Beberapa buah bandar khasnya berdekatan dengan sungai utama sudah ditenggelam air. Antara kawasan yang teruk dilandar banjir ialah di Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Kawasan lain yang turut dilanda ialah Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan terbaru Kota Bharu.

Bagaimana pun Rantau Panjang yang berdekatan dengan Sungai Golok paling teruk. Menurut maklumat dari kampung saya, keadaan banjir kali ini antara terteruk, ada yang menyamakan ia sama penat dengan bah tahun 1967.

Beberapa gambar yang dikongsikan dalam facebook di sekitar Rantau Panjang menunjukkan apa sebenar berlaku di Rantau Panjang kini. Masjid Beijing antara salah satu destinasi pelacongan di Kelantan telah ditenggelami air.

Puluhan buah kereta yang diparking di perkarangan masjid berkenaan ditenggelami air. Bandar Rantau Panjang ditenggelami air dari segenap jerung. Semua jalan untuk memasuki ke Pasar Besar atay pusat bandar tidak dapat dilalui.

Menurut seorang rakan, keadaan menjadi parah dan banyak penduduk mengalami kerosakan barangan rumah termasuk kereta ditenggalmi air apabila air naik secara mendadak. Mereka yang tidak menjangka keadaan itu menyebabkan gagal menyelamatkan harta benda.

Selain itu kemudahan lain seperti eleterik, hubungan telefon juga terputus sama sekali. Saya cuba menghubungi seorang rakan menerusi handset, tetapi gagal, ada nada ring ring tetapi bila diangkat, ia berbunyi macam air sedang bergelegak berdesir dan berdesing.

Sehubungan itu memandangkan bencana bajir kedua yang sedang melanda Kelantan ini parah, wajar kalau kerajaan Putrajaya mengistyharkan bencana alam di Kelantan bagi membolehkan peruntukan khas disalurkan untuk merengankan mangsa banjir.

Kerajaan Kelantan juga sepatut berbuat sesuatu yang lebih signifiken bagi menghadapi bencana banjir serta paling penting menangani masalah itu tidak berulang. Misalnya ketegasan kerajaan menuntut kerajaan Persekutuan membena penebat banjir di sepanjang sungai Golok perlu diutamakan.

Sebelum ini sudah beberapa kali pengumuman dibuat oleh Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed mengenai projek berkenaan tetapi masih tidak menjadi kenyataan. Setiap kali banjir tiba maka akan kedengaranlah pengumuman projek berkenaan akan dibina dan sebagainya. Kalau projek itu dibina setiap kali ianya diumumkan mungkin ianya sudah lama siap dan panjang hingga ke Mersing di Johor.

Apakah masalah menyebabkan projek tebatan banjir itu tidak dapat dibina ke hari ini. Sekiranya ia ada kena mengena dengan masalah pengambilan tanah dan apa-apa peremis membabitkan kerajaan negeri, ia hendaklah dirunding. Jangan hendaknya kerana masalah politik projek mahal penting untuk kepentingan rakyat itu tertangguh dan gara-garanya menyebabkan rakyat mengalami kerugiaan.

Dalam pada itu bagi merengankan mangsa banjir bantuan kemanusiaan jangan sahaja diserahkan kepada agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Pertahanan Awam dan sebagainya, tetapi badan-badan swasta, Ngo, pertubuhan dan parti politik Pas, PKR dan Umno juga perlu aktif.

Apa dilakukan Pertubuhan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) yang baru bersusia "seminggu lobak" telah membuka bilik gerakan banjir di Lubuk Jong untuk membantu mangsa banjir perlu diteladani dan dimalui. [wm.kl.12:30 pm 18/12/14]

No comments: