Petang semalam saya hadir majlis bicara buku Kembara Umrah merupakan sebuah buku advanture (kembara) bersama motosikal berkuasa tinggi untuk menunaikan umrah di Makkah. Majlis semalam diadakan pengkisahan buku berkenaan, mengenai pengalaman dilalui oleh Zamri Mohamed yang dikenali sebagai King Rider Malaysia serta kerenah dihadapi penulis dan penerbit.
Noraini mengautograf bukunya. |
Perlancaran pengkisahan buku tersebut dilakukan oleh bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Sabaruddin Chik. Jarang saya menghadiri majlis seumpama itu. Tetapi kerana kesungguhan penulis dan penerbitnya Noraini Nordin mengajak saya, menjadikan hati saya terselak untuk hadir.
Majlis itu sedarhana sahaja, tetapi ekslusif. Ia dihadiri oleh rakan dan sahabat penulis dan juga para petugas media massa. Turut sama hadir Presiden Perkasa Ibrahim Ali. Saya sebagai seorang rakan dan kenalan lamanya diberikan undangan khas. Beberapa hari sebelum itu Noraini sudah mengirimkan buku berkenaan untuk tatapan saya. Tidak pula terfikir yang saya diminta memberi pandangan dan komenter buku berkenaan.
Zamri, Noraini bersama penalis. |
Corak penulisan yang berbentuk neratif dan imiginatif menyebabkan kita semacam berada bersama rombongan kembara berkenaan. Merasai sendiri keperitan dan kesusahan di sepanjang kembara itu. Kehebatan buku ini adalah daya imiganasi penulisnya Noraini bersama rakannya Norimanah Seman, kerana dapat mengangkat suasana di sepanjang pengembaraan berkenaan secara tuntas.
Apa yang mengkagumkan, mereka berdua tidak ikut sama dalam pengembaraan itu, tetapi menggarapnya berpandukan kepada catatan diari Zamri, mengamati foto-foto, klik video serta temu bual Zamri dan rakan-rakan lain. Sudah tentu juga penyelidikan yang banyak dilakukan untuk menyiapkan buku berkenaan.
Namun dalam pada itu ada sesuatu kecacatan kecil yang ditemui mengenai capiton gambar Dome of the Rock dimuka surat 226 dan 267 yang dicatat sebagai masjid Al Aqsa. Sebenar gambar yang tertera itu As Sakhrah atau Dome of The Rock bukannya masjid Al Aqasa.
Semoga kecacatan kecil ini dapat diperbetulkan dalam edisi ulang cetak kerana ia boleh mengelirukan pembaca yang tidak arif mengenai masjid Aqsa dan As Sakhrah.
Sabaruddin Chik, Zamri dan Ibu Rokiah. |
Kehebatan ini, atau buku ini berjaya menyampaikan mesejnya, terbukti apabila seorang pembaca yang dijemput untuk mengisahkan pembacaan buku berkenaan, menjelaskan beliau menangis di sepanjang membaca buku setebal 331 muka surat dan berharga RM39 di Semenanjung dan RM50 di Sabah dan Sarawak itu. Semasa mengisahkan buku itu petang semalam juga pembaca itu tidak dapat menahamkan sebak dan kesedihannya serta kekagumananya kepada ahli kembara.
Segmen-segmen yang menyayatkan hati dilalui oleh pengembara khasnya Zamri termasuk ditahan, polis, digari pihak berkuasa dan menghadapi kesukaran lain sehingga mengancam keselamatan nyawa menyebabkan pembacan berkenaan tersayat dan tidak dapat menyekang air matanya.
Pembaca itu tidak melihat sendiri keadaan Zamri dan keseksaan serta perit pedih di sepanjang merentasi 12 buah negara itu, tetapi dia berjaya menghayatinya dari lakaran dan suasana yang dipoterailkan bahasa Noraini dan Norimanah. Inilah kehebatannya.
Buku ini baik untuk dibaca oleh semua peringkat umur, terutamanya anak-anak muda yang suka kepada sukan lasak dan mencabar. Pengalaman dilalui Zamri dan rakan-rakannya boleh dijadikan panduan dan iktibar. Ia juga sebagai perintis jalan kepada lahir banyak lagi buku seumpama itu. Semoga selepas ini akan ada lagi kumpulan kembara anak muda dengan motor berkuasa tinggi, melakukan kembara sambil mempromosikan kehebatan negara kita. Dan kembara itu akan dibukukan.
Majlis pengkisahan buku itu juga semalam menampilkan tetamu istimewa Ibu Rokiah Zainal 82, yang pernah ke Mekkah tahun 1970 menerusi jalan darat. Beliau adalah wanita pertama yang memasak nasi menggunakan salji kerana ketiadaan air. Apa yang merujakan saya juga semalam, bukan kehebatan dan kegigihan Ibu Rokiah bersama suaminya dan empat rakan lain, tetapi Ibu Rokiah juga adalah merupakan ibu mertua kepada Ibrahim Ali. Rupa-rupanya Ibrahim ada menyimpan khazanah, seorang bonda yang hebat. [wm.kl.12.33 12/12/14]
No comments:
Post a Comment