Malam tadi entah jam berapa saya tertidur. Mata jadi sangat berat untuk tidur kerana mengenangkan nasib negeri Kelantan yang ditenggelami air. Terkenang dan teringatkan kepada mangsa banjir terutamanya yang terperangkap di Manek Urai. Saya tidak mempunyai apa-apa kuasa dan kekuatan untuk membantu mereka. Jauh sekali sebagai Superman.
Husam tidak tidur.. |
Saya percaya hampir semua pemimpin yang bertanggungjawab tidak dapat melelapkan mata mengenangkan banjir. Cuma kerana malam pergerakan dan pemantauan mereka terbatas, mungkin operasi terhenti seketika.
Apa yang saya banyangkan benar, apabila pagi ini saya menerima beberapa kiriman SMS dan email menceritakan bagaimana pemimpin politik dan Ketua-ketua Jabatan dan Pasukan Keselamatan di Kelantan terus berusaha membantu mangsa banjir tanpa mengira waktu dan keselamatan diri sendiri.
Dalam satu kirim print skrin Facebook Mustapa Mohamad beliau mencatat malam tadi dia bersama Ketua Polis Kelantan, Ketua 8 Briged, Pegawai Jajahan telah menijau keadaan banjir di Kuala Krai dan cuba untuk memasuki ke pusat pemindahan dimana rausan mangsa terperangkap.
Ahnad dan Mustapa Pas dan Umno. |
Mereka kini berlindung di tingkat empat bangunan sekolah berkenaan. Menurut Mustapa pagi ini pihak tentera akan cuba memasuki ke kawasan berkenaan. Masih tertanya-tanya mengenai nasib mangsa banjir yang melarikan diri ke atas bukit juga di Manek Urai. Mustapa tidak menceritakan dalam catatan berkenaan.
Sementara itu malam tadi, Naib Presiden Pas Husam Musa juga tidak tidur, telah membuat lawatan ke Pusat Gerakan Banjir di Kota Darunaim yang dikelolakan oleh kerajaan Kelantan. Menurutnya paras air di beberapa sungai utama di negeri Kelantan meningkat dengan ketara keadaan ini akan menambahkan keadaan kritikal di Jajahan Kuala Krai yang sudah kritikal.
Bagaimana pun hujan pada ketika ini sudah agak reda, katanya. Sebaliknya cadang Husam kalau hujan berterusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bagi membantu mamngsa-mangsa banjir.
Keperluan bot-bot yang lebih besar dan juga helikepotor kerana Kelantan kini terputus hubungan dengan semua kawasan luar. Semua jalan darat ditutup kepada lalu lintas satu-satu jalan hanya di udara sahaja.
Sesuatu yang membanggakan bekas Exco Kelantan itu begitu mengambil berat untuk merengan mangsa banjir di Kelantan dan juga kerajaan sendiri. Beliau tidak mengira apakah beliau mempunyai kuasa dan jawatan, tetapi yang perlu diutamakan keselamatan rakyat. Menurut kenyataannya yang dikeluarkan yang dikirimkan kepada saya jam 12:25 tengah malam, Adun Salor itu telah menghubungi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali agar menghulurkan bantuan kepada Kelantan.
Husam melawat rumah yang dimasuki air. |
Menurut Husam beliau juga telah menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendapat bantuan sama untuk Kelantan. Sehingga ini belum ada jawaban daripada Guan Eng kerana beliau masih berada di luar negara. Usaha dan inisitiaf Husam itu sesuatu yang patut dipuji dan pihak kerajaan Kelantan sendiri perlu berterima kasih.
Apakah sebelum ini mana-mana Exco atau Timbalan Menteri Besar atau Menteri Besar sendiri tidak terfikir untuk memohon bantuan luar? Apakah bekalan dan kemudahan yang ada di Kelantan kini mencukupi. Atau pun tidak terbuka ilham?
Bencana banjir yang merempuh Kelantan pada masa kini nampaknya mendapat perhatian baik semua pihak. Apa yang berlaku menunjukkan sikap prihatin para pemimpin dan ahli politik Kelantan. Kesatuan dan gandingan bahu itu pasti merengankan beban mangsa banjir.
Mustapa Mohamed berusaha menerusi instrument yang dimiliknya sebagai menteri pusat, manakala Husam pula walaupun tidak ada jawatan di Kelantan, tetapi terus menggerakkan minda kreatifnya untuk membantu negerinya. Pemimpin seperti inilah yang didambakan oleh rakyat sebenarnya.
Cuma di sini sedikit terkilan kenapa rombongan peninajau banjir ke Kuala Krai yang diketuai Mustapa itu tidak ikut sama menjemput MB Kelantan Ahmad Yaakob. Sepatutnya tinajauan dan lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir haruslah dibuat secara bersama sebagai menggabungkan solidariti kepada rakyat. Kalau pemimpin dapat menijau bersama sudah tentu keadaan itu tambah melegakan perasaan mangsa banjir.
Dalam pada itu elok kalau Ahmad Yaakoub menubuhkan Jawatankuasa khas, Operasi Menyelamat dan Membantu mangsa banjir dan kalau boleh serahkan jawatankuasa itu kepada Husam sebagai ketua operasi. Saya jamin dengan kebolehan dan hubungan luas beliau sebagai Exco sebelum ini jawatankuasa itu dapat berfungsi lebih baik dan bermakna lagi daripada jawatankuasa-jawatankuasa yang ada sekarang. [wm.kl.9:42 am 25/12/14]
No comments:
Post a Comment