Alvin Tan bukan masalah bagi Malaysia. |
Zahid bercadang akan mengarahkan tindakan membatalkan pasport remaja Cina ini secepat mungkin. Alasan Zahid dengan pembatalan pasport remaja Cina ini menyebab dia tidak ada hak untuk tinggal di mana-mana negara kerana tidak ada apa-apa dokumen mengesahkan dia sebagai warga negara mana-mana.
Pasport adalah dokumen perjalanan untuk seseorang warganegara ke mana-mana negara yang dibenarkan negara asalnya.
Kononnya apabila pasport remaja Cina itu dibatalkan dia akan dihalau keluar dari negara yang didudukinya kini dan akan pulang ke negara asalnya.
Apakah apabila dibatalkan remaja Cina itu akan pulang ke Malaysia macam itik pulang petang dan KDN boleh mendakwanya di mahkamah? Segampang itukah? Apa kata kalau setelah dibatalkan remaja ini terus menghilang dan sesekali terus muncul mengkritik Malaysia melalui media sosial dari mana-mana lokasi? Tidakkah cara itu tambah menyakit hati dan menggeramkan perasaan. Perbuatannya itu laksana nyamuk yang mengian-ngian dicuping telinga sahaja.
Remaja Cina itu juga yang merupakan blogger pernah didakwah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama pasangannya Vivian Lee, 25 dibawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Islam di bulan Ramadhan. Perbuatannya menjadi viral di media sosial dan dikutuk oleh berbagai lapisan umat Islam negara ini. Gara-gara itu dalam sekejap masa sahaja nama Alvian Tan menjadi sebutan dan nyanyian.
Ekoran itu pula mahkamah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir diri ke mahkamah.
Menurut lokasi pada catatan terbarunya remaja Cina ini dikatakan berada di Los Angeles Colifornia Amerika Syarikat. Alvin membuat catatan terbaru yang menambahkan geramkan hati Zahid dan rakyat Malaysia juga apabila mempertikaikan tindakan Sultan Selangor yang menarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri daripada Anwar Ibrahim.
Remaja Cina ini bersenda mengatakan sultan tidak ada hak untuk memberi dan menarik balik darjah kebesaran. Itu sahaja. Ternyata persendaan terbaru Tan itu menimbulkan keberangan Zahid sehinggakan mahu membatalkan pasport remaja Cina ini. Mungkin Zahid juga sebagai anak Jawa ingin menunjukkan taring dan kebengkangannya walaupun ia tidak sepadan.
Betulkah tindakan Zahid itu dan juga pihak berkuasa terhadap remaja Cina itu sebelum ini?
Bagi saya sepatutnya kerajaan tidak melayan kerenah remaja itu sebegitu sekali. Sepatut ia dibiarkan sahaja atau angap dia seperti kerenah "mat-mat rempit" sahaja yang ditegur tetapi tidak diambil tindakan begitu serius. Biarlah kalau dia hendak melalak atau melolong. Jiwa anak mudanya sepatutnya difaham dan tidak diberi layanan lebih. Apabila dia diberikan penghormatan dengan mengambil tindakan mengheretnya ke mahkamah, menyebabkan remaja Cina itu merasa hebat dan kerenahnya memberi kesan kepada negara. Sebagai anak muda yang hidup penuh dengan sora sore dan tidak hadam sejarah itu yang diamhui.
Dengan tindakan berlebihan itu, baik-baik orang tidak tahu dan kenal siapa dia, Tan Jye Yee, kini semua orang kenal siapa dia Tan Jye Yee. Tindakan pihak berkuasa ini di sini kurang bijak, kerana kerana telah memberi publisiti mewah kepada remaja Cina itu dan pasangannya. Gara-gara publisiti itulah menjadikan dia besar kepala dan merasakan dia berjaya menganggu kepala sesetengah orang dalam kerajaan. Tambahan lagi ada pihak yang bertepok tangan memberi sokongan dan semangat kepada perbuatannya.
Mulanya mungkin aksinya (menaik turun klik video itu) sebagai gurauan dan bersahaja saja, tetapi apabila ia salah ditanggapi ia menjadi serius dan inilah menyeronokkannya. Kerajaan sebelum bertindak seharusnya mengkaji dahulu akan kesan dan implikasinya. Mungkin kerana terikut sangat sentimen dan perasaan rasis maka berlakulah apa yang berlaku kini. Butir gatal telah menjadi pekong besar.
Saya percaya kalau kelakuan biadapnya menerusi klik video itu tidak diperbesarkan, isu itu akan berlalu begitu sahaja. Masih banyak isu-isu lain yang dikira boleh merosak dan menganggui kerajaan tetapi kerana ia ditangani dengan ceramat dan penuh taktikal dan psokologus maka isu itu berlalu begitu sahaja. Sebagai contohnya pembunuhan wanita angguan Mongolia, Altantuya yang menjadi isu politik negara ini. Isu itu boleh menganggu pemikiran dan jiwa Najib Razak. Tetapi Najib mengambil pendekatan lunak tidak melayan isu secara berlebih-lebihan, akhirnya ia berlalu begitu sahaja. Kini walaupun kes itu masih ada dalam ingatan ia tidak menjadi viral dalam masyarkat.
Nah, sepatutnya isu remaja Cina bernama Alvin Tan ini dan juga beberapa kes lain yang mudah disabitkan di bawah Akta Hasutan, termasuk isu-isu menyentuh soal agama tidak dilayan secara begitu serius bagi mengelakkan ia dilihat penting dan kemudian menjadi fokus dan terheret pula ke luar negara sehingga Malaysia disuluh negara yang primatif.
Mengenai remaja Cina ini yang kini dianggap tidak ada kelayakan lagi untuk berada di Amerika apabila pasportnya dibatalkan, bukan satu perkara mudah untuk membwa baliknya. Saya tidak kira Amerika akan mudah memberi kerjasama untuk mengirimkan balik. Dua tiga hari lepas ada pemimpin negara itu bersuara mengkritik tindakan Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948. Bagi saya sinisme pemimpin Amerika itu sedikit sebanyak ada hubung kait dengan apa yang berlaku ke atas remaja Cina itu. Apakah Amerika tidak tahu yang Alvin Tan bermukim di buminya?
Kita marah dan membedal Amerika apabila pemimpinnya bersuara mahu campur urusan dalam negara kita. Apakah negara itu dengar dan kecut perut dengan kritikan kita? Amerika sebagai kuasa besar dianggap Police State tidak akan peduli apa yang dunia memperkatakannya, apa yang dia mahu dia ingin memburuk dunia lain. Mengkrik Amerika samalah dengan kita cuba menjadi tikus untuk mengerit (gigi) paha belakang gajah.
Sekali lagi saya nyatakan, cadangan untuk batalkan pasport remaja Cina itu jangan diteruskan. Elok difikir 10 kali lagi. Biarkan dia dan jangan sibuk memberi ulasan apa lagi mengecamnya. Tindakan remaja Cina itu laksana budak memangis mahukan perhatian, apabila dia puas menangis maka akan berhentilah dia.
Lagipun persendaan dia tidak memberi apa-apa bekas pun kepada negara. Sultan Selangor tidak pun turut daulat dan agama Islam yang disendakan menerusi klik video itu tetap juga utuh. Kemurnian dan kedaulatan agama itu tergatung kepada kita sebagai penganutnya. Kalau kita kuat beriman dan bertakwa maka kuat dan terjagalah Islam kita. Kecemaran bangsa dan agama Islam di negara ini bukan kerana persenda orang lain, tetapi adalah kerana kebabilan kita sesama kita. Faham dan jangan jadi bodoh.
Untuk memadam api yang sedang menyala itu caranya bukan dengan mengatak-ngatak atau memukul-mukul kayu menjadi unggul api itu, tetapi dengan menutup ruang pernafasan agar pucuk api tidak dapat menyambar udara. [wm.kl. 6:01 pm 07/12/14]
1 comment:
Satu lagi contoh. Pesendaan Tukar Tiub @ Isham terhadap Najib dan Rosmah yang melampau menurut susila Melayu tidak diambil tindakan oleh Najib, maka pesendaan itu hanya berkisar dikalangan penjenguk blog itu saja. Andainya diambil tindakan mahkamah maka seantero Malaysia akan menjenguk blog tu. Makin meletup lagi cerita sampingan yang akan keluar di mahkamah.
Post a Comment