Sunday, December 14, 2014

Umno Pulau Pinang kuat mengampu

KATA PAGI                                                                                                      

Mungkin orang berfikir secara profesional dan standard berasa pelih dan anih dengan sikap Umno Pulau Pinang berhubung laporan polis dibuat oleh seorang pimpinan Umno bahagian negeri itu terhadap 1MDB.

Umno Pulau Pinang marah-marah dengan laporan polis itu dan menyifatkan ia dibuat tanpa persetujuan Umno negeri berkenaan. Sepatutnya Umno Pulau Pinang kalau tidak tergamak dan kecut perut untuk membuat laporan polis, tetapi menyokong laporan polis oleh pemimpin bahagian berkenaan.

Laporan terhadap 1MDB bukan apa-apa hanya meminta polis menyiasat kedudukan syarikat pelabor luar negara itu yang berdepan dengan masalah pulang itu seperti mana yang didedah dan didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat hari ini. Perkembangan dan masalah dalam 1MDB perlu diketahui oleh rakyat sebab pelaboran dibuat ia melibatkan setiap sen wang rakyat.



Siasatan itu untuk menjelaskan kedudukan dan situasi sebenar. Seperti mana kata pemimpin yang membuat laporan itu dia tidak mengheret Umno dalam laporan polis itu tetapi mahu syarikat 1MDB disiasat, dan syarikat itu tidak pun ada kena mengena dengan Umno.

Jadi untuk apa Umno Pulau Pinang menjadi takut tidak tentu fasal. Inilah yang dikatakan kalau kuat sangat mengampu hingga terlupa dan tidak nampak apakah yang diampu itu benar atau pun tidak. Sikap yang diambil oleh Umno Pulau Pinang itulah antara faktor mengapa Umno menjadi makin mundur dan dilihat bukan sebuah parti yang progresif dan makin hilang kepercayaan. Pendirian Umno Pulau Pinang itu seolah-olah menudung kebusukan.

Hendaknya jangan pula pendirian Umno Pulau Pinang itu diambil sama oleh Umno negeri-negeri lain. Umno sebagai parti yang diharap membela rakyat dan negara sepatutnya bukan sahaja sedia menyokong tindakan pemimpin Umno bahagian itu tetapi membuat seberapa banyak laporan polis mengenai kepincangan baik dalam kerajaan atau parti itu sendiri.

Yang jelasnya mereka yang sayang agar isu 1MDB itu didedahkan adalah mereka yang ada kepentingan atau pun kerana terranggah budi dengan si pelaku dalam 1MDB itu. [mw.kl.10:16 am 14/12/14]

1 comment:

Unknown said...

Madey sedar bahawa tindakan strateginya seperti yang digunapakai terhadap penyisihan Pak Lah dulu tidak menjadi terhadap Najib, namun dia guna strategi lain seperti antara lainnya memasang proksi seperti Perkasa, Zainudin Maidin, AKadir Yasin dan termasuk mengguna seorang pimpinan UMNO bahagian Pulau Pinang bagi memperlekehkan kepimpinan tak berkualiti Najib, tapi buat pekak sehingga kini. Madey masih belum mengalah dan akan terus mencari strategi yang boleh membuat Najib akhirnya mengangkat bendera putih. Madey masih benggong kenapa Najib masih liat nak ditendang pada hal Madey adalah pakar dalam menendang Tungku AR, Tun Abdul Razak, Hussein Onn, T. Razaleigh, Musa Hitam, Anuar Ibrahim dan Pak Lah. Atau Madey dah hilang taringnya cuma sebagai 'toothless atau injured tiger" dan hanya syok membebel dan merepek saban hari bagi memesongkan perhatian rakyat yang negara kita yang kaya sumber alam ni sedang sakit tenat dek kepimpinan UMNO menerajui negara yang berciri pelbagai pluralisme tetapi elit UMNO tak faham langsung akan realiti itu.