Tuesday, December 23, 2014

Kelantan perlu diistyharkan darurat

BANJIR                                                                                                              

Air bah mengenangi jalan Gua Musang - Kuala Krai.
Keadaan banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur sejak seminggu lalu semakin teruk dan mencemaskan. Kelantan merupakan negeri paling parah. Hampir semua bandar-bandar utama di negeri berkenaan ditenggelami air. Hanya Kota Bharu sahaja selamat.

Terbaru bandar Gua Musang ditenggelami air malam tadi. Hingga kini jalan menghubungkan bandar berkenaan ke daerah luar, Kuala Krai - Kota Bharu dan Kuala Lipis tidak boleh dilalui.

Menurut perangkaan rasmi dilaporkan, jumlah mangsa banjir yang dipindah ke pusat-pusat pemindahaan banjir di seluruh jajahan negeri Kelantan berjumlah 20,468 orang dimana ia meningkat berbanding kelmarin yang sudah menurun 16,081. Sebanyak 70 buah pusat pemindahan dibuka.

Angka mangsa banjir itu adalah tertinggi dalam sejarah banjir di Kelantan dalam tempoh 40 tahun.

Jajahan terbaru dilanda banjir ialah Gua Musang dimana setakat ini seramai 3,692 mangsa berbanding 179 orang malam kelmarin.

Pasir Mas jajahan yang paling teruk dimana mangsa yang dipindah seramai 10,575 orang. Daerah paling parah ialah di Rantau Panjang. Manakala di Tumpat seramai 3,956 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Manakala mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat kepada 1,328 orang berbanding 495 orang yang ditempatkan di 14 pusat, di Pasir Puteh 556 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan, Tanah Merah seramai 141 orang, Machang seramai 19 orang/manakala di Jeli seramai 211.

Dengan keadaan banjir yang kini bertahan dan telah memusnahkan banya harta benda, baik persendirian dan awam sewajarnya kerajaan Persekutuan mengistyharkan Kelantan sebagai darurat. Walaupun ada berbagai agensi dan juga pihak kerajaan negeri dan Pusat membantu tetapi dengan jumlah mangsa yang ramai itu ia tidak mencukupi.

Ada laporan dan catatan mengatakan mangsa banjir mengalami kekurangan makanan apabila ada kawasan banjir yang tidak dijelajahi oleh pasukan pembantu. 

Dengan keadaan kewangan terhadap dan sesetengahnya bergantung kepada peruntukan dan ikhtiar wakil rakyat ia menyulitkan keadaan.

Di Pasir Puteh dilaporkan sebilangan mangsa mangsa termasuk kanak-kanak katanya tidak makan sehingga jam 4 petang apabila bekalan makanan tidak sampai. 

Apaklah yang ditunggu oleh kerajaan Persekutuan lagi untuk mengistyharkan darurat. Apakah menunggu banjir itu menelan korban atau mangsa kebuluran baru darurat hendak distyharkan? Kalau pengiustyharan daruat dilakukan sejumlah peruntukan membantu mangsa-mangsa banjir itu dapat digunakan.

Jangan tunggu di saat akhir atau keadaan sudah menjadi lebih parah dan buruk baru darurat hendak diistyahrkan. Kita selalu sahaja lambat bertindak dan suka menanti saat-saat akhir yang kritikal. Lebih menyedihkan lagi kita menjadi mudah perasa dan dimpati kalau berlaku bencana alam ke tempat lain, di mana setiap orang daripada kita akan menghulurkan derma walaupun satu sen. [wm.kl.3:30 pm 23/12/14]

5 comments:

Unknown said...

Tampaknya Sdr MSO antara kalangan kecil yang sangat prihatin akan rakyat Kelantan yang sedang dirundung malang serius dek banjir besar sehingga menghimbau agar Kelantan diisytiharkan darurat.
Jika kita ikuti laporan media dari pelbagai saluran tv akan perkembangan banjir di Kelatan tak nampak langsung akan level keseriusan banjir itu bagaikan semuanya dalam status dalam kawalan dan seperti biasa saluran tv itu akan menyiarkan yang mangsa banjir selama ditempatkan di pelbagai pusat dan mack atau pakcik akan ditemuramah yang mereka sangat berterima kasih an syukur banan yang sedang dibuat memperkukuhkan persepsi yang hanya UMNO/Kerajaanlah yag akan membantu mangsa banjir selama ini dan tiada pandangan atau reaksi mangsa banjir yang mau menegur pihak kerajaan UMNO yang satu rencana koheren harus dibuat bagi mengatasi masalah banjir ini baik untuk jangka pendek, tengah ataupun jangka panjang.
Kita tahu Kelantan negeri miskin dan hampir semua rakatnya orang Melayu dan kedua-dua ciri itu tidak menarik perhatian kepimpinan elit UMNO untuk memberi perhatian utama seperti memberi bantuan istimewa jika diisytiharkan darurat.
Hairannya orang Melayu tak nampak sikap UMNO pada kes seperti di Kelantan kini, mungkin Sdr MSO saja yang nampak.

cs yahya said...

Saya berpengalaman mengalami .musibah dahsyat seperti ini dalam tahun 1967 banjir terburuk di Kelantan. Berlapar sepanjang hari sebelum bertemu nasi merah beras hancur dg garam. Semoga tindakan segera dapat dilakukan untuk menyelamatkan penduduk negeri Kelantan.

Unknown said...

Tuan hj mso baso kerajaan pusat dok tunggu gapo lagi istihar lah darurat nak tunggu ada hok mati dulu ko.....kalu tempat lain cepat pulok hantar bantuan

Dee said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, kenapa perlu diisytiharkan darurat? Apa fungsi isytihar darurat? Saya ada baca dalam wiki tetapi tidak faham. Apa kemungkinan yang akan berlaku jika tidak diisytiharkan darurat? Jawapan tuan amat saya hargai. Terima kasih.

mohd sayuti omar said...

SdrDee, ada beberapa kelebihan dan keuntungan kalau darurat di istyharkan. Darurat bencana membolehkan bantuan langsung dari kerajaan pusat dan semua agensi kerajaan akan bertungkus lumus membantu. Sejumlah peruntukan juga boleh diluluskan. Kemungkinan juga dengan peruntukan menerusi darurat itu mangsa akan diberi pampasan untuk meringankan bebanan mereka. Walahu'alam.