Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk merengankan beban kerajaan Kelantan yang kini berhadapan dengan bencana banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.
Azmin perlu bantu.. |
Paling mencemaskan katanya terdapat lebih 1,000 mangsa banjir terperangkap di pusat pemindahan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh petugas banjir kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan air deras tidak dapat dimasuki dengan bot maupun helikopter.
Jumlah mereka yang yang berada di pusat pemindahan di beberapa Jajahan itu tidak termasuk mereka yang terlibat dengan banjir dan memerlukan bantuan keperluan seharian terutamanya makanan kerana sukar untuk mendapat bekalan. Berpuluh-puluh dapur banjir telah dibuka oleh kerajaan Kelantan.
Dalam masa sama juga berbagai agensi kerajaan Pusat dan badan sukarelawan, NGO serta kumpulan bersendirian turut sama membantu mangsa banjir, memindah dan juga menghantar bantuan makanan, pakaian dan peralatan tidur. Pos-pos punggutan derama dan bekalan makanan dan pakaian dibuka diserata tempat termasuk di Kuala Lumpur.
Adalah lebih manis sekiranya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang turut menghantar bantun ke Kelantan bagi merengankan bebanan yang dipikul oleh kerajaan Kelantan. Baik Azmin atau pun Lim Guan Eng tidak perlu mengambil hati sangat kepada sikap dan telatah sesetengah pemimpin Pas yang terus berpolitik dengan PKR dan DAP dalam isu hudud dan perlantikan MB Selangor baru-baru ini.
Dalam pada itu saya mendapat maklumat sudah ada pemimpin Pas menghubungi Azmin untuk memohon bantuan banjir di Kelantan dan Azmin khabarnya telah bersetuju untuk menghantar bantuan.
Pemimpin itu juga sedang berusaha untuk mendapat bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dimana sedang berhubung dengan Lim Guan Eng. Inisiatif pemimpin berkenaan perlulah disambut dengan baik dan jangan pula dilempar dengan tuduhan-tuduhan yang buruk. Dalam situasi gawat semua pihak di Kelantan baik Pas sesama Pas dan Pas dengan Umno atau PKR dan DAP harus bersatu.
Bantuan daripada Selangor dan Pulau Pinang itu dijangka akan tiba ke Kelantan selewat-lewatnya Jumaat. [wm.kl.11:02 pm 24/12/14]
No comments:
Post a Comment