Wednesday, December 3, 2014

Kerjasama Pas - Umno sedang dirintis di Kelantan?

IKTISAR                                                                                                            

Semalam dilaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Annuar Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas MB Kelantan Ahmad Yaakob yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan. Kunjungan itu dalam rangka mencari jalan untuk memantapkan bola sepak Kelantan.

Ahmad ada kuasa melakukan sesuatu.
Kunjungan tersebut disertai pemimpin tertinggi Kafa. Turut sama ialah Exco Belia dan Sukan Kelantan Ramli Mohamad dan juga ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang juga sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.

Tampaknya Ahmad Yaakob menerima baik kunjungan itu dan memberi jaminan kerajaan negeri akan berkerjasama dengan Kafa untuk mempertingkatkan kemajuan bola sepak Kelantan. Sebelum ini pun katanya kerajaan senantiasa membantu Kafa. Mengapa tidak, kecemerlangan Annuar Musa memimpin bola sepak Kelantan sedikit sebanyak boleh ditumpang "tui" oleh Ahmad Yaakob.



Signifiken kepada kunjungan itu, sebuah jawatan kuasa penyelaras di antara Kafa dengan Perbadanan Stadium Kelantan akan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Exco Ramli Mohamad. Sudah pasti pembentukan jawatankuasa penyelaras itu akan dapat memajukan lagi pembangunan sukan di Kelantan khasnya bola sepak.

Idea penubuhan jawatankuas ini bagus dan ia dilihat satu usaha ke arah menjalin kerjasama untuk kepentingan bersama secara lebih bermakna lagi. Pembentukan jawatankuasa sukan itu dilihat sebagai kesenimbungan kepada pembentukan beberapa jawatankuasa bersama sebelum ini. Ini mencerminkan bahawa kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob mesra Umno dan berbaik-baik sesama Melayu dan Islam.

Seperti sedia maklum sebelum ini telah dibentuk jawatankuasa khas berhubung pengagihan royalti Petroleum di Kelantan. Kemudian diikuti dengan pembentukan jawatan kuasa teknikal mengenai perlaksanaan Hukum Hudud. Yang menjadi persoalannya, apakah kerajaan negeri memperolehi manfaat besar daripada penubuhan dua jawatankuasa berkenaan? Atau pun kerajaan negeri terayun-ayunan dengan angan-angan sahaja dengan penubuhan komiti tersebut.

Misalnya apakah kerajaan negeri sudah menerima wang royalti Petroleum yang sepatutnya diterima. Khabarnya pemberian wang royalti itu pun diberi menerusi badan tertentu. Apakah wang itu telah digunakan untuk tujuan pembangunan termasuk menampung tabung pendidikan, kegiatan agama dan sosial di Kelantan, atau ia dimanfaatkan oleh institusi tertentu sahaja yang bersifat peribadi?

Kerajaan Kelantan perlu mengumumkan perkara ini kerana rakyat ingin mengetahui kalau tidak secara mendalam tetapi secara "gabah" pun tidak mengapa. Adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahuinya. Saya yakin hari ini rakyat Kelantan masih belum mengetahui secara sahih mengenai pemberian wang itu dan eceran perbelanjaanya.

Dari sudut lain kerancakan menubuh jawatankuasa bersama antara kerajaan Pas Kelantan dengan Umno itu sesuatu yang menarik dan menimbulkan persoalan. Apakah selepas ini banyak lagi jawatankuasa bersama meliputi semua aspek akan bentuk dan akhirnya wujud kerajaan campuran yang dimbangi sesetengah pihak dalam Pas di Kelantan.

Ada kemungkinan telahan ini menjadi kenyataan. Keadaan kewangan Kelantan yang tidak begitu kondusif kini ia membuka ruang baru kepada Umno untuk membantu kerajaan Kelantan. Tidak jadi masalah, asalkan Umno ikhlas dan tidak bermain politik. Dan kerajaan negeri seperti orang miskin yang mudah hormat dan terpesona dengan orang kaya lebih bersifat menadah tangan sahaja.

Secara peribadi molek juga kalau Pas mengadakan kerjasama politik dengan Umno untuk kebaikan umum. Cuma apa yang perlu diingatkan janganlah Pas terperangkap dan terpesona dalam janji-janji muluk Umno. Misalnya dengan adanya jawatankuasa penyelaras antara Kafa dengan Perbadanan Stadium Kelantan itu jangan pula sampai Kafa lebih bersar daripada Perbadanan Stadium dan Annuar Musa lebih berkuasa dna terkedepan daripada Exco Sukan Kelantan.

Satu langkah bijak bagi Ahmad Yaakob dan Exconya kalau diwujudkan kerjasama peringkat jawatankuasa dengan Umno dari semua aspek kerana ia boleh membantu kerajaan negeri yang kini kekurangan kewangan. Sumber kewangan waktu ini sangat terhadap dan kerajaan negeri sudah sampai ke peringkat kritikal. Dengan adanya kerjasama kemajuan bersama, ia merengankan beban kerajaan negeri.

Sebuah lagi jawatankuasa bersama yang sangat diperlukan ialah jawatankuasa pembangunan pendidikan di Kelantan. Sudah sampai masanya kalau kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang bertanggungjawab membangunkan pendidikan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Kelantan atau pun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kerjasama itu bukan sahaja menyelaraskan korikulum pendidikan agama dan akademik tetapi juga dari segi ekonomi, prasarana dan bantuan kewangan.

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Kota Bharu berhubungan status dan kapasiti sekolah-sekolah YIK sebelum ini boleh diguna pakai. Kajian itu boleh dirujuk untuk menyegerakan penubuhan jawatankuasa pembangunan pendidikan bersama yang dimaksudkan itu.

Kerjasama Pas dengan Umno lebih baik dan perlu bagi mengelakkan kerajaan Kelantan hari ini berada dalam keadaan parah dan kritikal disebabkan masalah kewangan dan beberapa masalah lain yang sukar dilengsaikan. Kekurangan pelabur asing masuk ke Kelantan menjadikan pendapatan negeri berkurangan. Ini pula ditambah dengan kekurangan pengeluaran dalam industetri tanah, balak dan mineral (biji besi, emas dan sebagainya) menjadikan tabung kewangan Kelantan semakin kering.

Adalah langkah bijak kalau kerjasama politik itu dipercepatkan. Perbincangan ke arah itu yang sudah bermula perlu diteruskan tanpa mempedulikan sunggutan dan kebimbangan yang tidak berasas. Ahmad Yaakob sebagai MB berhak dan berkuasa untuk menentukan nasib dan masa depan kerajaan yang dipusakai daripada Nik Aziz. [wm.kl.12:49 pm 03/12/14]

3 comments:

MATAHARI BULAN said...

Berita inisiatif PAS Kelantan nak kembali mesra dengan UMNO tidak sesekali menyenangkan puak'progresif' dalam PAS.PAS dah lama dek dihimbau UMNO untuk kembali bersatu dengan alasan yang ikatan padu PAS-UMNO boleh menjaminkan keutuhan perpaduan 60% populasi Melayu Islam, pemeliharaan Institusi Raja-raja dan meneruskan pengekekalan keistimewaan orang Melayu tanpa disedari yang umpanan itu sebenarnya adalah untuk mengkuatkan lagi cengkaman elit UMNO terhadap kawalannya terhadap sokongan orang Melayu majoriti.
Pas memang tiada konsep sekular tata kelola atau urus tadbir negara yang pada terasnya bermakna urustadbir negara harus menghapuskan korapsi, menyediakan infrastruktur bermutu baik dari segi perubatan, pendidikan, pengangkutan mahupun perumahan bagi majoriti rakyat. Tapi PAS lebih hebat mahu perjuangkan 'negara Islam', hudud, syiar Islam, aqidah Islam dan mungkin bom Islam yang semua itu jika dapat direalisasikan tak mungkin tak dapat menyumbang kepada cita-cita sekular urus tadbir yang baik lagi pro-rakyat. UMNO lebih bermaksud mahu PAS untuk memusnahkan DAP dan PKR dan akhir membunuh PAS sendiri. PAS tak akan belajar pengalaman pahit dulu kerana kepimpinan PAS yang konservatif masih tidak upaya melihat bagaimana nak membawa negara ke hadapan melainkan beretorik banget perkara abstrak mengenai agama mengikut tafsiran sunnah wal-rasuah.

Abdhamid Din said...

Jangan jatuh lubang yang sama untuk kali kedua pesan tgna.

bat8 said...

Tuan MSO

Terkejut ambo bila tuan hintkan yang keadaan kewangan kerajaan negeri tenat. Apa sudah jadi? Kerajaan negeri sekarang baru berusia 1 tahun 8 bulan, takkan duit doh abih blako? Sedih dengar......baru 1 tahun 8 bulan tuan! Kalau 3 tahun kita paham...

Ambo tok tahu secara detail apa masaalah kerajaan negeri sekarang. Jadi ambo pakai sifir dari zaman UMNO memerintah dan zaman TGNA. Kita tahu masaalah pendapatan negeri yang kecil dan kebergantungan hasil dari balak. Saya percaya ini juga masaalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri sekarang. Apa yang barunya. Mungkin keadaan ekonomi negara dan global memberi kesan tetapi ambo raso semua negeri merasainya.

Berat benar tuan. Tokguru menghadapi masaalah kewangan jauh lebih getir diperingkat awal mengambilalih pemerintahan negeri Kelantan dari UMNO. Ni yang buat ambo lagi tak faham mengapa tokrok begitu namo MB dan TMB kito? Sapa nak gadai negeri ke UMNO? Baru 1 tahun 8 bulan dokrok doh?

Takkan kerajaan TGNA dulu serah kuasa dalam keadaan kerajaan kelantan bangkrap kepada Ahmad Yaakob? Tok berapo nok masuk akal.

Jadi, pandangan s3layang pandang ambo, ambo dok berat kepada kelemahan Ahmad Yaakob sebagai MB. Nik Amar kito toksoh ambik kira lah, kita tahu doh dia ni lagu mano. Jadi, Ahmad Yaakob kena berterus terang bakpo dio dengan Nik Amar nok gadai mandat kerajaan negeri yang diberi oleh rakyat kelantan kepada PAS kepada UMNO? Kalau rakyat Kelantan mahu kepada UMNO, rakyat Kelantan dah menangkan UMNO lah.

Ahmad Yaakob dan PAS Kelantan kena paham, negeri Kelantan ini bukan milek peribadi dia dan PAS Kelantan. Rakyat tidak beri mandat memerintah secara peribadi kepada Ahmad Yaakob tetapi kepada PAS Kelantan. Kalau Ahmad Yaakob raso dokrok, dia serah balik jawatan MB kepada PAS Kelantan. Biar PAS Kelantan selesaikan apa jua taik yang ada hari ini. Ahmad Yaakob tak bol3h pandai-pandai nok gadai mandat rakyat kepada PAS Kelantan didalam PRU 13 lalu kepada UMNO!

Dalam hal ini, ambo minta maaf kepada Tuan MSO kerana ambo tidak bersetuju dengan cadangan supaya usaha nak gadai mandat rakyat dibuat segera tanpa persetujuan rakyat. Apa lagi jika Ahmad Yaakob d3ngan galakan Nik Amar berpakat nak gadai mandat itu kepada UMNO. Mereka takde hak dan mereka tiada mandat peribadi dari rakyat untuk buat begitu!

Jalannya mudah sahaja. Kalau Ahmad Yaakob dan Nik Amar rasa dokrok, serah balik jawatan kepada PAS Kelantan . Biar PAS Kelantan dan PAS Pusat cari jalan untuk sel3saikan masaalah sekarang.

Kalau PAS Kelantan dan PAS Pusat juga rasa dokrok nak pikul mandat itu, serah balik mandat tersebut kepada rakyat Kelantan dengan membubarkan DUN agar satu PRN dapat diadakan segera untuk memilih siapa yang berhak diberi mandat baru daripada rakyat kelantan! PAS takpayah la masuk bertanding lagi didalam P4N ters3but kalau hanya mempunyai pemimpin utama berkualiti seperti Nik Amar atau Ahmad Yaakob.

nota kaki:

Ambo kecewa dengan Ahmad Yaakob. Puluh tahun jadi TMB dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Dia mendapat tarbiyah istimewa dari TGNA sebagai ulamak dan pemimpin politik. Timbul pertanyaan - gapo hok belajar? Maaf kalau bunyi kasar. Tapi itulah hakikatnya.