Tuesday, December 9, 2014

Bukan mudah untuk lucutkan taraf warganegara seseorang

RAKUS SORE                                                                                                    

Semalam kerajaan Malaysia yang dipimpinan oleh parti Umno telah membatalkan pasport dua rakyat Malaysia seorang Cina dan seorang Melayu. Rakyat berbangsa Cina bernama Alvin Tan atau Tan Jye Lee manakala rakyat berbangsa Melayu bernama Ali Abd Jalil.

Tindakan itu diambil kerana kedua-duanya dianggap telah menimbulkan masalah kepada negara ini apabila dikatakan menghina agama Islam dan juga menyentuh perihal sultan.

Pembatalan pasport kedua mereka itu tidak menjadi bekas kepada kedua-dua warga negara Malaysia itu. Alvin Tan malahan mencabar agar tindakan membatalkan pasportnya dibuat dengan segera sebaik menteri KDN membuat cadangan untuk menarik balik pasportnya. Manakala Ali pula mendedahkan yang beliau telah pun mendapat suaka politik di Swedan.



Kata Ali dia kini tidak terikat lagi dengan undang-undang Umno.

Kerajaan menerusi Jabatan Imigresen ada hak dan kuasa untuk membatalkan dokumen keluar negara kedua warganegara Malaysia itu. Apabila ia difikirkan begitu, (walaupun kepada saya tidak sampai ke tahap itu), maka tindakan dibuat. Dan ia telah dibuat.

Kata Ketua Pengarah Imigresen (lupa nama) eh baru ingin Ibrahim, tindakan itu sebagai memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka yang lain agar tidak menimbulkan suasana tidak baik, hina agama dan sultan. Persoalannya kini apakah, atau sejauh manakah tindakan seperti itu boleh memberi kesan dan pengajaran kepada mereka yang lain.

Apakah selepas ini tidak akan ada lagi aksi-aksi sebegitu yang dibuat menerusi media massa ataupun apa-apa saluran lain oleh rakyat negara ini yang tidak senang dalam sesuatu perkara? Hari ini kita sedang berhadapan dengan dunia langit terbuka. Orang boleh katakan apa sahaja yang tidak disukainya menerusi media massa. Orang sudah tidak takut lagi untuk meluahkan perasaan dan emosinya. Dunia langit terbuka seperti rumah ada jejala dimana angin boleh masuk ikut perabung rumah.

Corak berfikir masyarakat kini terutamanya generasi muda sudah jauh berubah. Jiwa mereka penuh dengan pemberontakan dan ingin kepada perubahan. Undang-undang yang tidak bersandarkan kepada liberalisme bagi mereka adalah sebuah negara.

Manakala kebebasan adalah perkara pokok yang mereka dambakan. Ia adalah fitrah dunia anak muda. Ertinya fenomena ini tidak mudah dibendungi, selagi negara ini terus melahirkan generasi baru. Lainlah kalau negara ini semuanya warga negara bergigi dua batang.

Justeru usaha membendung kehendak atau citarasa anak muda dengan mewujudkan pelbagai akta, sekatan, tindakan menerusi peraturan yang sedia ada seperti membatal pasport itu bukan caranya. Hatta kalau mereka dilucutkan kewarganegarawan sekalipun ia tidak menuntaskan masalah ini, bahkan mereka akan bersorak.

Ada cadangan yang bengis agar pesalah atau mereka yang sengaja menimbulkan huruhara dalam negara ini termasuk oleh orang politik ditanggalkan warganegara mereka. Cara mereka menyuruh dan gesaan kerajaan itu begitu "semesik" sekali seperti suruh menanggalkan seluar dalam dalam tandas. Kadang kala seluar dalam pun liat untuk ditanggalkan.

Kadang-kadang kita terlupa kepada ketata-negaraan sesebuah negara dan hubungan negara dengan negara lain. Kewarganegaraan seseorang rakyat bukan senang untuk dilucutkan, ia lebih mudah kalau seseorang itu memohon sendiri untuk berhenti menjadi warganegara.

Seberat mana mereka yang derhaka kepada raja dan sultan bukan boleh dilucutkan warganegaranya. Mereka terlebih dahulu akan dihadap ke mahkamah mengikut undang-undang yang sedia ada. Kalau mereka bersalah atas tuduhan itu, mereka tidak dilucutkan warganegara sebaliknya mungkin akan dihukum bunuh. Apakah ada dalam Perlembagaan tentang kewarganegaraan seseorang akan lucut? Lawyer boleh beri penjelasan.

Kadang-kadang kita bercakap muda belaka. Sesuatu yang sudah termateri dan diamalkan payah untuk ditanggalkan semula. Bukan itu sahaja kalau mengikut maksud sesetengah golongan yang rasis dan mahu memiliki dunia ini secara bersendirian, mereka mahu semua orang dinyahkan dari negara ini dan tinggal dia dan kelompokkkan sahaja.

Saya tidak fikir kerajaan BN-Umno hari ini sedia mengikut pandangan yang rasis dan penuh emosional begitu? Ba lah. [wm.kl.5:17 pm 09/12/14]

No comments: