Ekoran catatan saya mengutik maklumat jalanan di Kelantan berhubung dengan desas desus barisan Exco Kelantan akan dirombak dan termasuk TMB Mohd Amar Nik Abdullah akan diganti ia menjadi pertuturan hebat di Kelantan. Catatan bersifat "pertanyaan" itu juga dikutip oleh beberapa pemain media sosial.
Mohd Amar senyap. |
Orang tidak begitu yakin dengan jawaban oleh orang yang tidak ada autoriti dalam politik. Ahmad seharusnya tampil menjelas sendiri desas desus itu bagi mengelakkan "fitnah" itu melebar.
Ada beberapa perkara yang dinafikan dalam catatan berkenaan termasuk tempoh pembentukan barisan Exco oleh Ahmad Yaakob yang saya sebut 48 jam. Sebenarnya tempoh itu tersilap, bukan 48 jam tetapi dalam tempoh kurang 24 jam. Sebaik selepas PRU-13 dan Pas menang besar, kerajaan Kelantan dibentuk dalam masa 19 jam.
Hussein Ahmad |
[Sebelum ini dilaporkan satu pertemuan enam biji mata melibatkan Tokguru Nik Aziz, Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah berlaku. Dalam perbincangan itu Nik Aziz meminta Ahmad mengambil alih jawatan MB. Persoalan timbul kenapa pertemuan itu berlaku enam biji mata dan bukan lapan. Sepatutnya ia berlaku lapan biji mata sebab seorang lagi yang menjadi Timbalan Pesurujaya 2 tidak dipanggil. Kenapa? Kecacatan ini dibaca kemudian dirawikan sebagai pertukaran MB itu dirancang].
Ariffin Said |
Ketidak wajar ini menjadikan pembentukan kerajaan secara kilat itu dilihat sebagai merampas (kidnap) kemenangan Pas di Kelantan oleh pihak tertentu yang bernafsu untuk menjadi penguasa dan berada di belakang Ahmad Yaakob. Ahmad Yaakob juga mulanya cuba hendak dilangkahi tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana Ahmad terlalu "besar" dan pula menjadi kepercayaan Al Sultan Kelantan.
Penafian yang dibuat berhubung catatan saya mengenai desas desus itu tidak muktamad. Catatan itu dan berita mengenai desas desus itu akan terus beralun. Mungkin buat masa kini "rohok" dan tidak wajar untuk MB membuat susunan baru Exco Kelantan. Tetapi kedudukan Mohd Amar sebagai MB sedang meruncing. Ada pihak yang sudah tidak berkenan dengan Mohd Amar.
Ketidak hadiran Mohd Amar pada sidang DUN lepas menjadi tanda tanya. Tidak sepatutnya beliau sebagai TMB tidak menghadiri sidang DUN apa lagi ia membincang soal perbelanjaan negeri Kelantan untuk tahun depan. Khabarnya semasa sidang Dewan bersidang beliau berada di Makkah. Selaku timbalan MB, Mohd Amar harus menjadi pembantu MB sepanjang masa.
Yang ke Makkah hari itu bukan sahaja Mohd Amar, tetapi sekurang-kurang empat orang Adun menunaikan fardu Haji baru-baru ini. Yang berjumpa dengan saya Adun Temamgan Mohd Fadzli Hassan, (berjumpa ketika bersai, beliau bersama isterinya. [Entah yang tua atau yang muda walahualam]).
Selain itu Adun Bukit Bunga Adnan Kecik, dan seorang lagi Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad.
Setahun saya Adhan sempat menghadiri sidang Dun Kelantan. Ertinya beliau sudah membuat jadual memendekkan kerja Haji untuk membolehkan hadir sidang Dun bagi merealisasikan tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat. Dari segi komitmen ternyata Adhan lebih komited sebagai walik rakyat. Kenapa Mohd Amar tidak berbuat perkara yang sama.
Apakah tindakan Mohd Amar itu disengajakan kerana tidak mahu hadir sidang Dewan disebabkan ada perkembangan negatif di sekitar dirinya, atau bagaimana? Mungkin ada orang hampir dengan Mohd Amar boleh menjelaskan perkara ini. Tidak cukup kalau hanya mengatakan ketidakhadiran itu sudah dimaklumkan kepada Speaker dan Speaker memberi tahu dia bercuti.
Ini menjadi persoalan. Sehubungan itu ada desas desus mengatakan beberapa nama disebut-sebut untuk mengambil alih tempat Mohd Amar sebagai TMB. Desas desus ini agak berat bunyinya. Daripada beberapa nama itu ada dua nama yang sangat popular. Salah seorang anggota Exco yang ada kini dan seorang lagi Adun yang diluar barisan Exco.
Mungkin Ahmad Yaakob tidak menyedari atau mengetahui langsung perkara ini (desas desus) kerana beliau tidak diberi maklum. Tetapi maklumat yang sampai kepada saya, ada desas desus begini.
Mungkin sekali lagi berita ini dianggap dari orang fasik yang tidak boleh dipercayai. Toh, yang tidak percaya, boleh terus kekal dengan keadaan itu, tetrapi yang memahami dunia politik dan aliran haba dalam politik desas desus ini, menarik.
Sebagai rekod dua orang bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan dinasihatkan diberhenti dan MB (ketika itu Mohammad Yaacob, nama juga hampir sama), mencari calon baru apabila kedua bekas TMB itu tidak disenangi. Dua bekas TMB Kelantan itu ialah Ariffin Said dan Hussein Ahmad. Mungkin budak-budak baru makan putik politik lupa akan hal ini.
Apa pun harap ada pihak tertentu boleh menafikan mengenai keadaan Mohd Amar kini yang dikatakan tidak "sejelingah" dahulu. Mohd Amar kini dilihat banyak diam daripada bercakap atau pun mengumumkan projek-projek mega di Kelantan. Kenapa?
Sementara maklumat dari Kota Darulnaim, menyebut Mohd Amar ada masalah dengan pihak tertentu. Masalah itu katanya menjadi Mohd Amar dingin sedikit kini. Pemimpin dalaman dan orang di Kota Darul Naim sudah mengetahui akan masalah ini.
Apa didepani Mohd Amar meninggalkan masalah kepada Ahmad Yaakob. Jadi untuk selesaikan perkara ini elok kalau Ahmad Yaakob siasat duduk perkara kemudian kalau perlu mengambil tindakan menggantikan Mohd Amat dengan Adun lain, lakukan. Atau kalau masih dapat diubati, ubatilah agar ia tidak melarat dan menyebabkan keadaan makin rumit. Dan kalau apa yang dikutip di jalanan ini tidak benar, Ahmad Yaakob perlu bersuara, katakan TIDAK. Khalaf. [wm.kl.12:20 pm 04/12/14]
6 comments:
Tuan MSO
Ambo setuju dengan cadangan tuan agar MB sendiri membuat kenyataan. Jangan serah kepada orang lain. Ini tanggungjawab MB.
Kalau boleh tukar..maka tukarlah TMB yang kurang cerdik politik dan jenis pantang tengok mikrofon..sehingga mengekuarkan statement yang tok pouk!
Berubahlah kamu sebelum kamu dihukum rakyat dalam PRU14 nanti.
Tuan MSO
Bila tuan bercerita pasal pantasnya kerajaan PAS Kelantan dibentuk selepas PRU 13, ambo teringat lintasan fikiran yang datang tiba apabila Kedah diisytiharkan jatuh ketangan PR/PAS.
Lintasan fikiran itu adalah k3bimbimbangan Almarhum Ustaz Azizan akan menjadi MB Kedah.Kebimbangan itu kerana walaupun Almarhum mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang ugama, dari England pulok, tetapi dari tilikan ambo, dia xmempunyai ciri-ciri kepimpinan yang sesuai d3ngan suasana realiti hari ini ( kepimpinan stail lamo) untuk mengalas tugas MB Kedah.
Esoknya k3bimbangan ambo menjadi realiti. Almarhum pun "gaduh " nak gi booking jawatan MB sebelum PR melantik orang lain. Bahasa guranya- lepas subuh dia dah tunggu pintu Istana Anak Bukit buka untuk jumpa Tuanku Sultan untuk tuntut jawatan MB Kedah. Ini adalah persepsi ambo maso tu. (Yang pasti terbuktii Almarhum tidak sepatutnya dilantik menjadi MB Kedah.)
Akhi4nya k3bimbangan ambo m3njadi realiti seperti yang kita semua maklum.
Dalam kes kerajaan PAS Kelantan, ambo masih dengan pendirian ambo seperti komen di entri sebelum ini. Dato Ahmad Yaakob dan Nik Amar takde hak nak gadai/subkontrak mandat PAS kepada UMNO.
Mereka tak kenal UMNO dibawah Najib. Kalau UMNO dibawah Paklah kita tak cemas seperti sekarang. Bak hati kering, Najib lagi kering dari Mahathir. Contohnya banyak. Kes tipu peneroka Felda untuk kaut duit melalui penyenaraian FGV, kes beli undi dengan BRIM bila menang PRU 13 dia naikkan harga minyak dan letrik, dia sanggup tiru manefesto PR bulat2 tanpa rasa malu bila menang satupun dia tak tunai. Terbaru tentang apungan harga ron 95/diesel. Dengan harga dipasaran dunia yang rendah, kita ingat Ron 95/diesel akan diapung dengan harga antara RM 1.80 - RM 2.00. Rupa-rupa dok. Dia punya bayangan cukup cantik, rupanya itu hanya satu penipuan untuk tarik terus subsidi ron 95/diesel. Kita rakyat kena main kow2 dengan Najib! Cerita RCI Sabah pun skrip samo. Maso tu pemimpin BN dari Sabah pun dah tekan Najib menjelang PRU 13 pasal isu IC ni. Hari ni terbukti mereka dan rakyat Sabah kena tipu dengan Najib atah darat!
Dengan stail Najib kering totok lagu ni, Dato Ahmar Yaakob dan Nik Amar boleh termakan umpan UMNO najib hingga sanggup nak gadai mandat PAS? Supo ambo katolah, dok layak lagi nak pegang jawatan MB dan TMB. Serah balik la jawatan kepada PAS Kelantan. Rakyat Kelantan tak beri mandat peribadi kepada kedua mereka untuk gadai/subkontrak mandat PRU 13 kepada UMNO!
Kalau rakyat Kelantan nak bagi mandat kepada UMNO dalam PRU 13, UMNO tentu dah menang. Baca sifir ni getek......
Kalau lh Husam Musa yg mnjadi MB or TMB Klantan..sy yakin pas Klantan akn brtmbah kuat..Tmbahan dgn pngalaman beliau yg bnyk smasa mnjadi SU TGNA dn exco kanan sjak awl pemerintahan pas di klantan sdh tntu Husam blh menerajui Krajaan pas Klntan dgn baik. Bkn sy nk kata yg krajaan klantan di bwah Ahmad Yakob n Nik Amar tk bagus tp sbg rkyat klantan..sy tgk bnyk sgt kelemahan dr gandingan Mb dn TMB skg, tmbah dgn sikap mereka yg seolah2 brmusuh dn tk mmberi peluang kpd Husam utk trus mmbntu krajaan Klantan amat merugikan pas klantan khasnya dn rkyat klantan am nya..so jika pas hndak trus memerintah klantan pd pnggal sterusnya lbh baik barisan pemimpin krajaan klantan skg di rombak or di tukar sblm rkyat klantan sndiri menukar mereka dlm pru akn dtg.
Tuan,
Ketikamana puak Husam dan Nik Amar sedang cuit-cerapik(harap2 tidak akan bergomol)),Umno Kelantan bertindak bijak.Mereka senyum dalam sedar. cukup sekadar memerhati,mengintai,mencatat,merekod,mem'videotape'.Semua ini akan dimuntah dan diledakkan selepas penamaan calon PRU14 nanti.Ketika itu counter attack Pas sudah kesuntukan masa.Lebih parah lagi BR1M akan runtuhRM1K bagi setiap penerima.Bayangkan senario ketika itu-Pas bagaikan anak ayam kehilangan ibu disembar helang! Dapatkah Kelantan diselamatkan??
Jawapan peribadi ambo, dari tinjauan semasa,rata-rata berpendapat, jika gandingan MB dan TMB sekarang berterusan,AMAT sukar untuk menidakkan kemungkinan pemerntahan kelantan akan bertukar tanagan.Wallah hu'alam.
Post a Comment