SUSUPAN TENGAHARI
Sikap tidak bijak dan prejudis di kalangan sesetengah pimpinan parti Pakatan Rakyat menyumbangkan masalah dan keadaan tidak tenteram dalam pakatan tersebut. Persepsi berlebih-lebihan juga membawa kesan buruk. Sebab itulah sebaiknya pemimpin kurang bercakap dan mengulas isu-isu politik yang kemudian akan membawa kerugian bersama.
Kalau gatal mulut sangat ulaslah isu-isu umum yang tidak menyentuh sulbi masing-masing.
Persoalan yang dibangkit oleh seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya mengenai rancangan kerajaan Kelantan hendak mengadakan sidang DUN pada 29 Dismber ini bagi mengemaskini Enekman Kanun Jenayah Syariah II, sebagai hendak mengalihkan isu 1MDB, sebagai satu kenyataan kurang bijak dan sensitif.
Untuk apa dan kenapa Latheefa mengheretkan isu hudud dengan 1MDB? Beliau sepatutnya tidak cuba mengaitkan hasrat kerajaan Kelantan itu sebagai hendak menudung isu 1MDB yang kini sedang hangat diperkatakan. Rasanya tidak ada maksud kerajaan Kelantan khasnya dan Pas amnya cuba menindih isu berkenaan. Hudud dan 1MDB adalah dua isu berbeza yang bileh dikayuh serentak.
Cadangan kerajaan Kelantan itu bukan sehari dua, tetapi sejak lama dulu. Sebelum isu 1MDB meletus kerajaan Pas Kelantan sudah pun menyediakan rangka untuk melaksanakan hudud. Salah satu rangka itu ialah membaiki kanun berkenaan bagi membolehkan satu privet bil dibawa ke Parlimen. Apakah Latheefa tidak mengikut kronologi hudud di Kelantan?
Sama ada hudud memberi kesan politik negatif kepada Pas atau sebaliknya itu soal lain. Apa-apa tindakan Pas sesuai dengan perjuangannya perlu dihormati yang mungkin tidak penting dari segi politik parti Latheefa. Seperti mana kata Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar semua pihak kena hormat hak demokrasi masing-masing.
Apabila Latheefa berspekulasi demikian soal-soal Pas ingin menenggelamkan isu yang sedang menghambat UBN itu. Lebih buruk lagi dengan tanggapan ahli pimpinan PKR itu juga menyebabkan ada orang beranggapan seolah-olah Pas ingin membela Najib Razak. Kalau ini berlaku keadaan hubungan Pas dengan PKR akan tambah buruk.
Sebaiknya berlaku adillah dalam membuat ulasan dan persepsi antara satu sama lain. Kalau Latheefa tidak mempersoalkan kejujuran kerajaan Kelantan hendak laksanakan hudud itu pun tidak apa-apa, ia tidak menjejaskan reputasi Pakatan Rakyat. Sebaliknya apabila Latheefa mempersoalkannya ia akan dijadikan modal oleh musuh yang melihat hubungan Pas dengan PKR semakin retak.
Saya yakin sejam dua lagi akan ada pula kenyataan balas daripada pemimpin Pas yang tentu akan menghentam dan menolak perhitungan politik Latheefa itu. Bila ini berlaku keadaan yang tidak berombak akan mula beralun.
Jadi seeloknya kuranglah menzahirkan rasa ragu dan curiga sesama sendiri. Sepatutnya apa yang perlu dipupuk ialah semangat persefahaman yang tinggi. Jangan timbulkan prejudis kerana perasaan sebegitu akan menjarakkan jiwa sesama sendiri. [wm.kl.12:30 t/hari 16/12/14]
2 comments:
salam tuan, saya setuju. Jikalau sudah tinggi pelajarannya maka sepatutnya tinggi juga pemikiran dan pertimbangannya. Lebih baik digantikan masa yang rasa terbuang itu dengan kupas dan perjuang isu-isu rakyat yang KIAN TIDAK TERBELA. BELA RAKYAT TERBELA PAKATAN RAKYAT!!!
Memang iya Latheefa Koya dan ramai lagi pemimpin senior PKR termasuk Rafizi Ramli akan terus 'bersuara sumbang/membuat komen kritikal' atau gatal mulut apabila mereka melihat isu keutamaan digerhanakan oleh isu agama, bahasa, raja-raja Melayu, patriotisma, perpaduan UMNO-PAS Melayu yang berkaitan dengan perjuangan parti PR. Bagi parti dalam PR seperti PKR dan DAP sememangnya sangat prihatin dengan isu urus tadbir negara yang sedang ditunjangi dek UMNO. Negara kini semakin gawat dengan isu ekonomi, 1MDB, keruntuhan RM dan banyak lagi isu sekular ekonomi yang berat yang mana impaknya terhadap rakyat majoriti adalah berat juga, yang pasti mutu hidup rakyat akan merosot kerana ekonomi negara sedang terjun dalam keadaan tidak menentu. Mungkin kepimpinan PKR yang ditunjangi oleh PKR dan DAP tidak nampak isu kegawatan ekonomi boleh diatasi atau diselesai dengan semua orang Melayu/Islam menerima terapi HUDUD yang konsepnya pun dipertikai malah domentasinya yang teratur jelas dan jernih belum tuntas dibereskan oleh ulama dari pelbagai mazhab atau kecenderungan.
PR melihat segalan usaha nak mendongengkan agama, bahasa, raja-raja Melayu,pendatang, orang Kristian, keistimewaan Melayu, aqidah Hassan Ali, keafdalan Shafee Perlembagaan antaranya adalh untuk memesongkan minda rakyat kepada isu utama negara iaitu isu urustadbir, rasuah dan mutu hidup atau kesejahteraan rakyat adalah lebih penting dan segera diatasi.
Bukan Lateefa saja malah ada pemimpin PS yang progresif, NGO yang progresif dan individu progresis, bekas mufti, intelektual dan pemimpin pelajar progresif turut akan gatal mulut jika isu utama negara sengaja dipesongkan secara sedar atau tidak.
Post a Comment