Saturday, February 21, 2015

Duhai ulama Pas jangan jadi macam ular Tedung

ULASAN MULTAQA                                                                      

Ahmad Yaakub: Mamai kata Najib.
Dewan Ulamak Pas telah mengadakan Multaqa Ulamak se-Malaysia II, semacam persidanganlah, sehari suntuk di Serdang Selangor hari ini. Persidangan itu katanya disertai kalangan ulama dan agamawan, yang mendominasinya dewan ulama dalam Pas.

Saya tidak mengikut keseluruhan isi serta hasil dicapai dalam Multaqa berkenaan. Saya hanya membaca laporan dalam protal berita mengenai ucaptama berserta beberapa resolusi dan butiran perbincangan (perbahasan) di sekitar Multaqa tersebut. Boleh tahan juga lidah para ulama apabila bersuara, ia persis seperti "lawi ayam" berkarat.

Yang jelasnya Multaqa itu bukan membincangkan atau membuat ijtihad mengenai hukum hakam (syariah) yang kabur sebelum ini dan masih "berjibuh" dalam pemikiran ummah, atau pun mencari solusi bagi menyelesaikan berbagai masalah ummah yang kian bercelaru dan hiru biru muasir ini disebabkan disodor pelbagai isme dan pemikiran.

Isu-isu berkaitan ekonomi, politik, pendidikan, budaya, bangsa dan sebagainya yang boleh melemahkan agama masih banyak bergeliwat di sekeliling kita, tetapi sayang ia tidak menjadi tumpuan atau dimasukan dalam rangka perbahasan dalam Multaqa berkenaan.

Sebaliknya Multaqa itu lebih kepada forum satu pihak dalam Pas untuk "mengetik" dan "mengekah" satu pihak lain dalam parti itu. Sedar atau tidak berlaku penyalahgunaan ruang dan forum di sini, dan juga perogolan terhadap istilah-istilah Arab yang kelihatan berunsurkan agama, tetapi dibelangi dengan elemen politik jalang. Justeru jadilah Multaqa itu sebuah halaqah kosong yang merugikan masa dan ia sebuah muzakarah sempit.

Lebih malanglah majlis itu satu himpunan untuk memadukan suara yang retak agar Presiden parti itu dihormati sampai ke langit. Saranan pengagungan (kultus) kepada sesama manusia atau semacam memuja busut jantan telah dilakukan dalam Multaqa itu. Ada acara hendak mengkeramatkan busut jantan dalam Pas ke belakangan ini.

Betapa tidak Multaqa itu membuat ketetapan supaya Pas mengambil tindakan kepada mana-mana ahli dan pemimpinnya yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa). Cadangan ini dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Ulamak, Ahmad Yaakub yang juga MB Kelantan.

Tidak cukup itu, beliau juga mencadangkan agar ketetapan diambil terhadap pelanggaran ketetapan MSU dan keputusan-keputusan dibuat Presiden secara peribadi sebagai kesalahan mandatori mengikut perlembagaan Pas. Pas juga nampaknya hendak wujudkan Akta Hasutan dalam parti agama itu. Kedua-dua cadangan Ahmad itu yang disarankan dalam ucaptamanya kemudian menjadi resolusi kepada Multaqa berkenaan dan diterima sebulat suara.

Apabila dicadangkan ahli Pas yang mengkritik presiden dipecat, memberi gambaran seolah-olah dosa besar kepada mereka yang mengkritik presiden. Dalam kepala Ahmad Yaakub presiden tidak boleh dikritik dan secara tidak langsung beliau meletakkan presiden sebagai "lembu suci" dan tiada terkhilaf dalam aktiviti politiknya. Atau pun Ahmad sudah begitu "semabul" melihat segala tindakan Abdul Hadi itu sebagai satu sunnah yang perlu diikuti tanpa ada batas kerana ia dijelmakan menerusi wahyu?

Tidak sangka peluang Ahmad memangku Ketua Dewan Ulamak telah memberi kesempatan kepadanya untuk menaikkan darjat dan martabat seorang presiden sebuah parti politik setiggi itu. Apakah Abdul Hadi sudah memberi jasa besar buatnya dan tindakan beliau itu sebagai membalas jasa? Ini kena disiasat sebab sebelum ini ada terdengar maklumat-maklumat berbau demikian, bahawa penggantian Nik Aziz sebagai MB dibuat secara persekongkolan.

Atau pun juga apakah mesej beliau berbuat begitu agar kedudukan beliau sebagai MB Kelantan juga haram dikritik? Ada kemungkinan sebab belum sampai lima tahun mentadbir Kelantan sudah berbakul-bakul kritikan dilempar kepadanya. Dalam diam MB ini juga alergik dengan kritikan.

Paling ketara sekali kelemahannya menguruskan bah emas (banjir) yang melanda Kelantan baru-baru. Kelemahan Ahmad ini kalau mengikut Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat diperkatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Dalam satu taklimat banjir menurut Alwi, Najib merunggut dan kesal atas "kebodohan" Ahmad Yaakub dalam menangani masalah banjir. Najib merunggut selepas mendengar taklimat daripada Ahmad sebagai MB.

"Saya tidak sangka MB Kelantan begitu sekali "mamainya", begitulah kata Najib beritahu Alwi. Mamai yang membawa maksud tidak tahu apa benda. Dalam bahasa bombastiknya "bodoh".

Ucaptama Ahmad Yaakub itu diulas oleh timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah. Mohd Amar memberi penekanan dan peringatan bahawa Putrajaya bukan matlamat Pas. Pas mahukan kemenangan yang diredha. Ertinya kalau Pakatan Rakyat memperolehi Putrajaya tetapi ia tidak mendapat keredhaan Allah, maka itu tidak penting bagi Pas.

"Pas tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. Pas merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredhaan Allah. (Aduh sombong dan penuh retorikanya Nik Amar).

"Itulah perbezaan jelas Pas antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredhai Allah," tegas Nik Amar seperti mana dilapor. Nik Amar seakan mahu pandangannya itu menjadi satu  "dogma" kepada ahli-ahli Pas. Maksudnya kalau Pas gagal untuk menguasai Malaysia, menjadi kerajaan, tidak menjadi kesalahan dan kerugian kerana perjuangan Pas ialah mengharap keredhaan Allah.

Sayang Mohd Amar tidak menyebut apakah kemenangan BN (Umno) selama ini tidak mendapat keredhaan Allah dan desas desus yang Pas Kelantan tergila dan pelahap hendak berbaik dengan Umno itu sebagai satu keredhaan Allah? Sekiranya kemenangan BN (Umno) tidak mendapat keredhaan Allah bererti semua rakyat Malaysia kini termasuk Nik Amar sendiri berada dalam kekufuran?

Selain dari resolusi itu, sehari sebelum berlangsung Multaqa itu, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah menghuraikan mengenai ba'iah dan wala' dalam perjuangan menerusi klik video yang dimuat turunkan dalam Facebooknya.

Kata Abdul Hadi, apabila menyebut tentang bai'ah ia berkaitan dengan janji kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasul bagi mengukuhkan seseorang ahli jemaahnya dan kesetiaanya.

Apa yang terpenting dalam bai'ah itu menurutnya memelihara yang tersirat dalam hati, keimanan dan keikhlasan kepada Allah dan perjuangan menegakkan Islam.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Abdul Hadi itu ialah agar ahli Pas istiqamah berpegang kepada bai'ah, janji untuk berjuang bersama Pas serta mentaati pemimpin itu. Ia adalah mesej sebagai memberi iktibar kepada perkembangan yang berlaku dalam Pas kini yang ada hubung kait dengan kritikan diterimanya.

Kerana klik video itu dibuat awal, tujuannya adalah memberi isyarat kepada para hadirin Multaqa itu agar memfokuskan dan memberi perhatian kepada soal bai'ah dan wala.

Ini dibuat mungkin kerana beliau merasakan kepimpinannya kini sedang diperkatakan umum dalam Pas terutamanya mengenai kemampuannya memimpin Pas. Integritinya sebagai presiden sebuah parti agama yang mendapat sanjungan ramai dua tiga tahun lalu, kini sudah terjejas apabila beliau bersikap "kluk klik"... macam ikan keli dalam besen. Bukan sahaja tidak istiqamah dengan keputusan diambil bersama tetapi berdolak dalih dengan keputusan yang dibuat. Abdul Hadi mempunyai air liur seperti pelangi.

Dan mesej diberikan Abdul Hadi itu seakan disambut apabila Ahmad Yaakub menekankan kepada soal wala' kepada pemimpin sehingga mencadangkan agar mereka (PasMa) yang mempertikaikan Abdul Hadi dipecat daripada Pas. Cadangan Ahmad itu disambut pula oleh golongan "IS" di dalam Pas yang bersiap sedia melakukan perang terbuka dalam Pas termasuk membakar.

Apa yang berlaku dalam Multaqa itu serta resolusi yang diambil seperti melancarkan perang kepada PasMa satu tindakan yang tidak bijak, jauh sekali bersikap "rangsang politik."  Ia lebih kepada membuka medan perang sesama sendiri dalam Pas. Multaqa seperti itu yang dikayuh secara emosional boleh memecah belahkan Pas serta menimbulkan keadaan skeptikal sesama sendiri.

Sebagai majlis dianggotai oleh orang merasakan mereka ulama dan agamawan, berkopiah tebal dan serban panjang, janggut secekak, seharusnya mencari jalan murni bagi mengheningkan keadaan dalam Pas kini. Pas tidak seharusnya bergomol dengan PasMa, atau mana-mana individu yang vokal dalam Pas (menegur untuk kebaikan secara profesional) sebaliknya menerima PasMa dan mereka sebagai rakan proaktif dalam menampung Pas menuju ke Putrajaya atau mencapai keredhaan Allah.

Daripada apa yang berlaku dan terpamer, tidak boleh dinafikan Multaqa itu membawa agenda politik tertentu khasnya dalam kalangan mereka yang menganggap diri mereka agamawan dan ulama. Multaqa itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengukuhkan kedudukan dan penguasaan mereka dalam Pas pada muktamar Jun nanti. Mereka ini juga adalah orang yang tidak yakin dan dikejar bayangan sendiri. Kerana kalau mereka bersikap "tasamuh" dan "tawakus" mereka akan memiliki dua kecemerlangan sekaligus, agama dan ilmu profesional.

Multaqa itu juga tidak mencerminkan majlis dianjurkan agamawan kerana ia disualmi dengan kecaman dan perlontaran idea dibenihi syaitan. Misalnya ada yang tanpa berlapik mencadangkan supaya para pemimpin kanan Pas yang mempersoalkan Abdul Hadi Awang keluar sahaja daripada Pas. Suara itu menunjukkan tahap pengkultuskan kepada Abdul Hadi sudah melampau dan meletakkan Abdul Hadi sebagai maksum yang tidak boleh dikritik. Ia juga menggambarkan mereka yang membuat cadangan itu sudah dirasuk fanatisma dan egoisme Baduwiah.

Hal ini wajar kalau ada pemimpin parti rakan Pas melebelkan Abdul Hadi sebagai "lembu suci". Penghinaan ini sesuatu yang dikesali dan ia tidak akan terjadi kalau ia bukan kerana rakusnya sesetengah ahli Pas sendiri khasnya yang bernaung dibawah Dewan Ulama bersikap taksub kepada pemimpin sehingga tidak nampak apa yang ada di hadapan mata lagi.

Diingatkan mereka yang taksub kepada mana-mana pemimpin, doktrin citapaan manusia, dan sebagainya ia samalah dengan ular Tedung yang apabila kepalanya mengembang menyebabkan kedua belah matanya tidak kelihatan apa-apa lagi. Ketika itu usah ceritalah sebisa mana si Tedung itu ia akan mudah dicekup kemudian dimasukkan ke dalam guni dan dijual kira kati.

Nah, ada ciri-ciri Tendung dalam parti agama itu kini. Kedua-dua matanya telah tertutup oleh keegoan yang tinggi. Si Tedung inilah yang akan memporakperandakan parti agama itu. Saatnya jika muktamar Jun nanti mereka berjaya takluki parti Pas, maka parti akan mengulangi tragedi menyedihkan yang dialami tiga dekad lalau.  [wm.kl.6:47 pm 21/02/15]
Justeru itu, katanya, tindakan harus diambil dengan segera ke atas mereka yang cuba menggoyah kekuatan PAS.
‎"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa.
Antara lain, usul tersebut menetapkan sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS. – Februari 21, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.

Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf

7 comments:

Unknown said...

bila kaldai menulis...

ubaid said...

Pertahankan kelantan dan menang di trengganu juga tidak penting.....

Airperigi said...

Sdr MSO, Ambo bersetuju sangat dengan ulasan yang dibuat oleh tuan. ambo yang dok di Kelantan ni dah tau sangat perangai-perangai "mereka yang mengaku ulamak" persis ular tedung dalam semak...!!Gerakan untuk menjatuhkan kumpulan bukan ulamak dalam kepimpinan PAS Kelantan ini telah disedari sejak tahun 2010 lagi.Gerakkan ini menjadi kuat setelah kematian Allahyarham Tok Guru Hj Lah lubok Tapak pada awal tahun 2008.Arwah Tok Guru Hj Lah diketahui umum memberi sokongan yang kuat kepada beberapa individu dalam pengurusan PAs Kelantan yang bukan dari golongan ulamak.

Unknown said...

Saya teringin jugak membaca ulasan dari pelabel seperti saudara... mungkin boleh d buat perbandingan utk melihat yg mana satu 'kaldai' sebenar...

Hisyam Bukhari said...

Keldai manakah ini, tulisan yang padat, hangat, melekat. Ular dalam semak sudah kepanasan...

bat8 said...

Tuan

Saya sering menulis di ruangan komentar blog tuan bahawa kecelaruan di dalam PAS yang berlaku sekarang sdalah kelemahan peribadi TGHH sebagai Presiden. Sebelum ini, semasa TGNA memainkan peranan aktif diperingkat nasional, kelemahan ini dilindungi oleh keampuhan TGNA. Setelah TGNA berehat dari politik perdana,(sesetengah orang kata TGNA dihelahkan supaya berehat), kepimpinan yang lemah TGHH mula teserlah kerana cover selama ini sudah dipencenkan. TGHH tidak berupaya untuk preside over different groups in PAS under his leadership like Almarhum Dato Fadhil Nor and TGNA. Sebaliknya dia pula diguna oleh kumpulan berkepentingan didalam PAS untuk kepentingan mereka sekarang.

Dari apa yang berlaku di dalam Muttaqa, jelas kepada umum bahawa ada kumpulan didalam PAS tidak mahu TGHH melepaskan jawatan Presiden dan menjawat jawatan Mursyidul.Am yang kosong kerana akan me ghancurkan kepentingan mereka. Mereka akan kehilangan tempat bersandar atau senjata paling ampuh jika TGHH melepaskn jawatan Presiden dan menjadi Mursyidul.Am. Sedangkan itulah jawatan yang paling sesuai dgn beliau kerana keilmuannya. Jawatan Presiden berstatus eksekutif sedangkan jawatan MA hanya advisory tanpa kuasa ekseiutif. Dgn muasa eksekutif yang ada ditangan Presiden senanglah bagi pihak bermepentingan ini menggunakan TGHH untuk melaksanakan agenda mereka.

Gelagat Ahmad Yaakob dan Nik Amar juga diatas butir ini. Selagi TGHH menjadi jawatan MB dan TMB mereka akan selamat walaupun mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Jika Presiden PAS diganti dengan orang lain, kemungkinan mereka diganti adalah besar kerana menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan dari berkubur dalam PRU 14 adalah lebih penting. Jika kerajaan PAS Kelantan jatuh maka lengkaplah kitaran usaha menghancurkan PAS dari dalam kerana PAS hilang kesemua negeri yang diperintahnya.

zaffar said...

Sedap demo dok gelar ore kaldai...
Demo tu? Baghal... Bodoh punya orang... Orang menegur ni untuk kebaikan. Terima dan fikir la dulu...
Bhaso Nate Bengong..