Kilang papan kepunyaan KPK yang bermasalah? |
Kesan daripada itu ia membawa kepada timbul persepsi kepada ketelusan dan kebersihan dalam kepimpinan kerajaan Pas Kelantan hari ini yang "diselawatkan" dengan kepimpinan Islam. Sudah pasti masalah itu juga akan mudah dikaitkan dengan ketiadaan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekaligus menjejaskan wibawa penggantinya, kerana ia dibangkitkan selepas ketiadaan murabbi ummah itu.
Senario itu memerlukan kepada satu penyelesaian atau jawaban yang tuntas daripada pihak kerajaan. Sikap mendiam diri atau menjawab dengan seribu penafian, apa lagi menganggap pendedahan itu berniat jahat tidak lagi membawa apa-apa erti bila mana isu yang berlaku sudah sampai ke pengetahuan rakyat. Apa lagi fakta dan dalil-dalilnya sudah dapat dilihat oleh umum dengan mata lender dan kepala sendiri.
Kepedulian terhadap KPK juga sangat penting kerana ia sebuah syarikat milik kerajaan yang diwujudkan dengan semangat dan aspirasi besar kepada rakyat. KPK bukan sahaja setakat diberi tanggungjawab mengilang kayu kayan menerusi kilangnya, (terletak di Dabong) memberi peluang pekerjaan, menguruskan penanaman semula balak, tetapi hakikatnya juga sebagai khzanah menjaga hutan rimba Kelantan yang merupakan eset kekayaan Kelantan sejak zaman berzaman. KPK bertindak menjadi institusi mengurus khazanah bernilai itu
Justeru sebagai pemangking pendapatan negeri, KPK diberi konsesi ratusan ribu ekar untuk diuruskan secara tertib, mesra alam dan profesional, sudah tentu ia diharap menjanakan kewangan kepada perbendaharaan negeri Kelantan. Sementara pembangunan atau projek hilirannya memberi ruang pekerjaan dan keselesaan kepada rakyat serta membangun kawasan penempatannya itu.
Bagaimana pun perjalanan KPK secara tersusun, bertanggungjawab beberapa dekad lalu sekaan tercemar, bila mana dilaporkan berlaku beberapa penyelewengan dan skandal menyebabkan syarikat itu dipertikaikan dan tercemar wibawanya. Apa yang berlaku itu menggambarkan kelemahan, ketidaktelusan pihak pengurusan KPK khasnya dan kerajaan amnya.
Isu-isu yang diperkatakan tentang KPK sekarang ini adalah seperti berikut;
1. Mengenai projek pembangunan bandar baru Dabong bernilai RM40 juta dimana projek itu dibangunkan secara usahasama di antara KPK dengan syarikat swasta bernama DSP Gorup Compenies. Projek itu dimula pada tahun 2012 tetapi hingga sekarang ia tidak menampakkan bekas.
Tidak ada pejelasan daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau KPK sendiri berhubung projek berkenaan, sedang nilai atau kos upacara perasmiannya dikatakan menelan jutaan ringgit. Paling menyedihkan ada juga tuduhan mengatakan projek bandar baru Dabong itu adalah projek gajah putih kerana matlamat sebenar di sebalik projek itu ialah untuk merimbat kekayaan KPK?
2. Tindakan pengurusan KPK yang memberi atau menyerahkan kepada syarikat lain ke atas konsensi yang diberikan kepadanya. Tindakan ini menyebabkan hasil yang sepatut dapat dikutip oleh KPK berkurangan atau pun dalam kata lain KPK kerugian. Proses penyerahan konsensi ini juga menimbulkan keraguan akan ketelusannya, kerana terdapat harga tawaran jauh berbeza dengan harga biasa dan makenisma penentuan harga juga tidak menyakinkan.
(Untuk penjelasan perkara ini boleh dirujukan kepada surat Adun Salor Husam Musa kepada MB Kelantan Ahmad Yaakub yang dikeluarkan hari ini 7 September 2015).
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
YAB Ustaz Dato Menteri Besar,
Kelantan Darul Naim,
merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK)
KEDUDUKAN KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN (KPK)
Pagi ini saya membaca berita mengenai KPK diperintahkan membayar sebanyak RM 2.3 juta kepada Encik Tien Chuan Sen.
Ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan KPK terhadap dua keputusan asal Mahkamah Tinggi Kota Bharu ke atas tuntutan yang dibuat oleh Encik Tien sejak 2013.
Ia menggerakkan saya untuk bertanya lebih lanjut beberapa isu mengenai KPK supaya saya selaku ADUN dan rakyat Kelantan keseluruhannya mengetahui kedudukan sebenar KPK sekarang.
A. Penyerahan Konsesi Tebangan KPK
Saya difahamkan kawasan konsensi KPK dengan kuota tebangan sebanyak 2,000 ekar setahun telah diserahkan kepada sebuah syarikat iaitu Souncern Timber Sdn Bhd.
Saya difahamkan Souncern Timber dikehendaki membayar pulangan kepada KPK hanya sebanyak RM 1,700 seekar. Ini bermakna, untuk kawasan konsensi seluas 2,000 ekar, KPK hanya akan mendapat RM 3.4 juta!
Ditambah sedikit dengan hasil sewaan kilang KPK kepada Souncern sebanyak RM 30,000 sebulan atau RM 360,000 setahun sahaja!
Pertanyaan saya ialah:
i. Adakah pemilihan syarikat kontrak tebangan konsensi penuh KPK ini dibuat secara tender terbuka atau tidak?
Jika tidak, apa kriteria yang digunakan untuk memilih syarikat ini?
ii. Kenapakah bayaran yang diterima oleh KPK hanya RM 1,700 seekar?
Adakah konsensi yang diberikan termasuk hutan dara?
Semakan saya di pasaran menunjukkan, bagi kawasan KPK yang dikira prime dengan sebahagian mengandungi kayu prime seperti meranti merah, ia boleh mencapai sebanyak RM 4,000 hingga RM 5,000 seekar atau lebih. Lebih-lebih lagi bila kawasan yang luas seperti itu diberikan.
iii. Adakah penilaian telah dibuat terhadap kawasan konsensi yang diserahkan kepada Souncern?
Berapa nilaian itu?
Siapa melaksanakan nilaian tersebut?
Jika nilaian tidak dibuat, mengapa?
iv. Memandangkan kedua-dua anak syarikat Souncern Timber Sdn Bhd yang berurusan dengan KPK dari segi tebangan, pengilangan dan penanaman ladang atas tanah KPK iaitu KPK Sk Timber Sdn. Bhd. dan KPK Sk Plantations Sdn. Bhd. dimiliki 70% oleh Souncern, siapakah pemilik 30% lagi saham bagi kedua syarikat tersebut?
Apa tujuan Souncern menubuhkan anak syarikat dengan kaitan nama KPK ini?
v. Memandangkan Souncern ada menubuhkan syarikat perladangan atas nama KPK Sk Plantations Sdn. Bhd., adakah Souncern juga akan diberikan konsensi membuka ladang atas tanah-tanah KPK?
Jika ya, berapa keluasannya? Apakah terma-termanya?
Adakah ini juga bermakna Souncern akan diberikan hak untruk menebang habis mana-mana kawasan yang diberikan kepadanya? Jika benar, tentulah bayaran hanya sebanyak RM 1,700 seekar akan menjadi teramat rendah berbanding jumlah balak yang dikeluarkan melalui tebangan habis.
Pohon penjelasan.
B. 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Rakyat Kelantan
Seingat saya, kerajaan telah memutuskan untuk KPK mendedikasikan kawasan konsensinya seluas 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Mampu Milik Rakyat Kelantan sekitar tahun 2012.
Kerajaan telah mengarahkan pengurusan KPK melaksanakan tender terbuka di mana dianggarkan harga tawaran antara RM 3,000 hingga RM 5,000 seekar. Dengan itu, KPK boleh mengutip anggaran antara RM 60 juta hingga RM 100 juta.
RM 50 juta adalah dikhususkan kepada Dana Perumahan berkenaan.
Saya difahamkan, hingga kini, sumbangan KPK dari kawasan berkenaan untuk Dana Perumahan adalah kosong sedangkan kelulusan kawasan berkenaan telah bertukar tangan dan segala macam telah didengar mengenai bagaimana ia diuruskan.
Melalui surat ini, saya mohon satu penjelasan terperinci apa yang terjadi kepada kawasan berkenaan.
Saya juga ingin tahu, selepas hasrat kerajaan gagal sepenuhnya bagi kawasan berkenaan, adakah pemeriksaan odit forensik telah dilakukan untuk mengesan kesilapan atau salah guna mungkin telah berlaku?
Apa hasil semakan odit itu?
Apa firma odit yang melakukannya?
Jika belum dibuat, adakah kerajaan bercadang berbuat demikian?
Jika odit forensik akan dilakukan, saya mencadangkan beberapa projek KPK yang terbengkalai dan membazir turut sama diperiksa. Seperti Bandar Baru Dabong yang terbengkalai dan berbagai perbelanjaan/pelaburan hangus KPK ke atasnya, pembinaan galeri pameran di Stong yang tidak digunakan dan pembinaan pejabat baru di Stong yang berakhir dengan VSS hampir semua staf kini dan lain-lain.
Pemeriksaan odit ini adalah penting untuk membersihkan nama baik Kerajaan dan kegunaan YAB untuk menapis mana-mana elemen yang merosakkan aset-aset Kerajaan negeri bagi mengelakkan kerosakan yang lebih banyak.
C. Saya difahamkan, ada satu lagi kes saman yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi sekarang dengan tuntutan RM 7 juta.
Saya berharap, Lembaga KPK dan Lembaga PKINK tidak memandang remeh tuntutan seperti ini. Jalan penyelesaian yang sebaiknya harus difikirkan supaya ianya tidak merugikan Kerajaan.
Saya difahamkan, baik kes yang sedang berjalan mahu pun kes di mana KPK telah kalah, semuanya adalah kes yang mudah dan lurus berkait jual beli pembalakan yang biasa.
Saya tidak faham mengapa KPK tidak boleh menguruskan dengan sebaiknya.
Jiika KPK tewas sekali lagi dan diperentahkan membayar RM 7 juta, pendapatan dua tahun KPK dengan menyerahkan konsensi kepada Souncern tidak cukup untuk membuat pembayaran itu!
D. KPK satu masa dulu adalah syarikat flagship kepada PKINK dan juga Kerajaan Negeri.
Dengan kawasan konsensi yang begitu luas, bernilai dan strategik, ia berakhir dengan menjadi kucing yang keletihan.
Kenapa ini boleh terjadi?
Saya difahamkan dengan perkembangan terbaru ini, semua kakitangan KPK kecuali kurang dari sepuluh orang, telah diberikan pemberhentian pilihan. Pemberhentian kerja pilihan ini akan menambahkan rakyat tanpa pekerjaan di negeri kita.
E. Saya yakin YAB berpegang kepada prinsip akauntabiliti sebagai satu dari teras UMI di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
Tentulah tidak keberatan untuk YAB menjelaskan beberapa persoalan yang saya bangkitkan ini.
Mengambil kesempatan ini juga, suka saya sebutkan dua surat saya masing-masing kepada YB Datuk Haji Hanipa Ahmad (surat kedua) dan Tuan Pengarah Jabatan Perhutan Negeri sejak pertengahan Ogos lalu mengenai isu tebangan haram di Ulu Sat masih belum berjawab.
Surat itu disalinkan juga sebelum ini kepada YAB.
Saya pohon YAB ingatkan mereka untuk bersikap telus dan bertanggung jawab dengan menjawab surat saya.
Perhatian YAB terhadap surat saya ini sangat saya hargai.
Saya menunggu jawapan balas dari YAB.
Sekian. Terima kasih.
YB Datuk Husam Musa
Adun Salor
23 Zulkaedah 1436/7 September 2015
Khabarnya untuk melunasi denda saman oleh syarikat itu kerajaan negeri terpaksa menjual tanah milik KPK berniali RM4 juta yang terletak di Lundang Kota Bharu Kelantan. Jika maklumat ini benar bermakna kerajaan Kelantan kini sudah ketiadaan wang untuk menampung kewangan KPK.
4. Paling mengejutkan dan ini mendukacitakan sekali ialah apabila ada syarikat diberikan konsesi 20,000 untuk selama 10 tahun dalam dua fasa, boleh menebang balak dimana mana sahaja kayu yang dikehendaki dan disukainya. Sudah tentu peraturan ini suatu tidak kurang cerdik dan merugikan KPK dan kerajaan Kelantan.
Justeru disebabkan berlaku kekeliruan dalam beberapa tindakan atau pun keputusan itu maka sangat perlu satu kertas putih dibentangkan di DUN Kelantan untuk penilaian dan maklumat para Adun. Apabila dibentang nanti semua Adun akan dapat maklumat terperinci mengenai kegiatan, kerugian atau pun permasalahan dalam KPK.
Dalam kertas putih itu juga nanti hendaklah disediakan pernyataan pendapatan dan perbelanjaan KPK dalam tempoh beberapa tahu ke belakangan ini. KPK yang dulunya sebuah syarikat berdaya maju tetapi kenapa hari ini perolehannya begitu susut sekali. Misalnya keuntungan bagi tahun 2014 selepas ditolak cukui pendapatan hanya RM700 ribu sahaja.
Dalam kertas putih juga perlu dijelaskan kedudukan atau status KPK sekarang ini. Khabasnya kilang kayu KPK kini sudah tidak berjalan seperti biasa dna banyak balak yang sudah ditebang dibiarkan buruk begitu sahaja.
Kakitangan KPK (pekerja kilang) seramai kira-kira 60 orang juga sudah diberi notis berhenti menerusi skim VSS. KPK kini hanya ada pekerja tidak sampai 10 orang. Beberapa kediaman pekerja juga terbiar tidak diuruskan dan ini merugikan. Demikian juga degan pejabatnya yang dibina kononnya untuk menempatkan pegawai pengurusan dari Kota Bharu ke pejabat baru bernilai RM800,000 tidak diguna sepenuhnya.
Kertas Putih juga perlu mendedahkan siapakah tiga orang wakil KPK dan tiga orang wakil syarikat yang diberi konsesi atau menguruskan KPK yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan KPK dan aktivitinya termasuk bertanggungjawab menentukan kadar tendar, sebut harga dan sebagainya.
Sehubungan itu juga kertas Putih itu perlu mendedahkan status dan kedudukan bandar baru Dabong yang dirancangkan itu. Persoalan yang sangat ditagih apakah projek bandar baru itu satu kontra dengan satu penggadaian kawasan balak milik KPK?
Jika kerjaan sudah mengambil tindakan atau jalan penyelesaian berhubung isu bandar baru Dabong dan KPK apabila masalah itu ditimbulkan sejak seminggu dua ini, solusi yang diambil oleh kerajaan hendaklah juga dibentangkan dalam kertas putih berkenaan.
Dan jangan lupa dan ini sangat mustahak siapakan individu yang berada di belakang projek bandar baru Dabong atau pun yang menjadi mastermindnya. Sudah tentu apabila ada kertas putih berkenaan semua yang berlaku dalam KPK dan bandar baru berkenaan akan terdedah.
Hanya dengan cara itu sahaja, - bentang kertas putih - masalah KPK dan kegagalan bandar baru itu dapat diselesaikan dan rakyat akan berpuas hati dengannya. Wakil-wakil rakyat dan pegawai tinggi kerajaan Kelantan juga perlu mengetahuinya dan bukan sahaja setakat mendengar cerita-cerita tidak rasmi di kedai-kedai kopi dan kedai-kedai gunting.
Kerajaan Pas Kelantan perlu mendedahkan kertas putih kerana kegagalan membuat demikian sudah tentu isu dan skandal dalama KPK dan bandar baru Dabong itu akan menjadi masalah besar kepada Pas dalam pilihan raya akan datang kelak.
Kegagalan bandar baru Dabong dibangunkan mengikut jadual juga sangat-sangat penting dijelaskan kerana projek berkenaan adalah disebut dalam manifesto Pas untuk pilihan raya ke-12. Projek bandar baru berkenaan penting dijelaskan dengan terang kepada rakyat agar ia tidak akan mudah dikelirukan oleh pihak musuh Pas.
Dakwaan mengatakan projek itu dibatalkan kerana kawasan dibangunkan itu tidak sesuai dan satu kawasan baru sedang dicari hendaklah dijelaskan dalam kertas putih berkenaan. Atau pun jawaban itu merupakan helah sementara sahaja? [wm.kl.11:20 am 29/09/15]
No comments:
Post a Comment