Bai’ah Dan Kesetiaan Kepada Perjuangan!
[kemaskini] MEDIA harus perdana milik parti Umno Malaysia berjaya membawa satu lagi isu untuk memburukkan Pas. Kali ini isu bai'ah. Apa itu ba’iah...? Bai'ah janji yang bertaklik... atau janji yang bersandarkan kepada sesuatu risiko. Dalam konteks bai’ah dikatakan dilakukan Pas seperti mana didedahkan media massa, ialah ikrar ataupun persumpahan bahawa hubungan suami isteri akan terputus (cerai talak tiga) (aduhai....) sekiranya si suami (Pas) meninggalkan parti (Pas).
Nampaknya isu ini sudah mula menjadi sebutan dan perhatian, para agamawan yang jauh dari birai politik juga sudah mula jadi gatal bibir hendak bercakap.
Manakala Pas sendiri nampak ‘bergeliut’ untuk menjawabnya. Ada rasa malu pada Pas! Secara umum Pas menafikan bahawa parti itu ada mengamalkan bai’ah yang anih ini. Manakala ada individu tertentu mengakui berbuat demikian. Pengakuan jujur yang tidak bertempat inilah dijadikan bukti oleh media berkenaan.
Dari segi politik dan strategi, sekali lagi pendedahan ini menggambarkan ketidakbijaksanaan pemimpin Pas. Mereka tidak berhati-hati dan menjadi lurus bendul sehingga mudah dieksploitasikan musuh.
Inilah apa yang saya maksudkan kerahsiaan dalam parti sudah tidak ada lagi. Hal-hal yang sulit, bersifat abstrek, menjolok pemikiran ini seharusnya tidak diangkat ke tengah khalayak. Malang lagi ada yang merasa megah dengan acara bai’ah ini. Jawaban Ketua Muslimat Pas, Noridah Mohd Salleh dan naib ketuanya, Mumtaz Mat Nawi tidak bijak dan langsung menggambarkan mengenai kelemahan wanita sebagai pemimpin. Jadi tidak hairanlah kalau ‘penyakit’ latah ini banyak menimpa kaum wanita dari lelaki.
Dalam ‘geliut’ untuk menafikan mengenai bai’ah ini ada pula pemimpin Pas mengakui dan bangga disebabkan bai’ah itulah menyebabkan tiada wakil rakyat Pas yang keluar parti. (Bagaimana pun ada orang yang bertanding menggunakan lambang Pas meninggalkan Pas,) mungkin semasa lafaz bai’ah itu beliau tidak menyebut seperti mana calon-calon lain menyebutnya.
Persoalan di sini apakah bai’ah itu salah? Merendahkan kaum hawa dan menjadi isteri sebagai alat seperti mana digambar oleh pejuang feminis ala Barat? Dan benarkah juga wakil rakyat Pas tidak meninggalkan parti kerana bai’ah itu?
Kepada saya kalau bai’ah itu alat untuk memagar (protector) wakil rakyat dari meninggalkan parti tidak salah. Menjadi hak Pas mencari apa juga ikhtiar untuk menjamin ahlinya. Dan kalau ia ternyata utuh tidak salah, malahan itulah kebijaksanaan Pas. Adalah baik kalau parti lain juga berbuat demikian demi menjaga kemaslahatan parti?
Mungkin kerana tidak ada bai’ah, bertalik tiga, menyebabkan beberapa wakil rakyat PKR telah meninggalkan parti berkenaan. Pun dalam pada itu boleh dipertikaikan apakah bai’ah itu perlu? Kalau Pas tidak terpaksa menggunakan bai’ah untuk menjaga kekuatan parti ini bermakna Pas tidak yakin kepada kejujuran, kesetiaan dan ketulusan ahlinya. Ini juga boleh disimpulkan pemimpin itu tidak seluruh jiwa raganya bersama Pas kerana mereka ada kemungkinan akan bertindak keluar jika keadaan memerlukan.
Kalau ini berlaku, bermakna ia bukan satu kaedah yang tepat. Kerana wakil rakyat boleh melakukan ribaun tindakan yang jauh lebih buruk daripada itu. Kerana itu kalau konsep bai’ah ini hendak digunapakai biarlah secara menyeluruh. Misalnya, akan terjatuh talak kalau wakil rakyat berzina, rasuah, menipu rakyat dan menyalahgunakan kuasa.
Tetapi bila Pas gunakan untuk mengukuhkan parti maka jelas ia bukan satu tindakan yang syumul dan mutlak. Bai’ah itu hanya untuk menjaga kuasa politik saja yang sifatnya masih kebendaan. Lantaran itu bagi saya, bai’ah itu tidak perlu kalau tujuannya setakat terbatas untuk mengekalkan kuasa politik.
Pas bukan wadah perjuangan hakikit! Ia adalah parti politik, wadah memperjuangkan Islam dan bukan sebuah ad-den. Lainlah kalau perjuangan Pas mencakupi dunia dan akhirat yang kemas dan mantap persis agama, mungkin ba’iah itu dibolehkan. Tetapi kalau Pas sebagai parti politik hanya berprinsip Islam tetapi amalan, budaya, cara hidupnya masih jauh dari Islam, tidak wajar kalau bai’ah itu digunakan untuk menggugurkan hubungan lelaki wanita sebagai suami isteri kerana ianya hanya meninggalkan parti – organisasi.
Saya terdengar ada pemimpin mengatakan akan menyiasat kes bai’ah ini. Nampak semacam Pas hendak menafikan mengenai perkara ini. Apakah penafian ini kerana acara itu salah atau malu atas perbuatannya kerana diejek Umno? Wajar bai’ah dikaji akan kesan serta ketepatannya. Kalau acara itu bertepatan, kenapa ia harus dimalui? Teruskan saja. Sebaliknya kalau ia salah wajar ia ditiadakan.
Acara bai’ah diambil dari semangat dan roh berbai’ah dengan Rasulullah. Mereka yang baru bersama Rasulullah akan berbai'ah untuk bersama Rasulullah memperjuangkan Islam. Mereka diambil bai’ah kerana asalnya mereka diragui atau menentang Rasulullah. Tetapi dalam acara ini tidak pernah terjumpa dan terbaca oleh saya, bai’ah dengan Rasulullah ini ada cagaran-cagaran atau risiko-risiko seperti apa yang dilakukan Pas itu.
Namun saya yakin atas kesempurnaan Rasulullah yang maksum dan kehuluran (haq) perjuangannya kalau lelaki berpaling meninggalkan baginda maka bermakna dia meninggalkan Islam. Ketika ini tepatlah kalau talak digugurkan talak ke atas isterinya yang setia dan solehah dan taat kepada Islam kerana si pelanggar bai’ah itu sudah kafir atau kufur. Tetapi soalnya apakah kesucian Pas sudah sampai ke tahap agama, dan mewajarkan hukum bai’ah seperti itu digunapakai?
Ten.. tentenggggg... masih terawan-awan!
Cuma saya percaya acara bai’ah ini dikenakan ke atas sebahagian saja mereka yang baru menyertai Pas. Saya tidak fikir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang, Harun Taib, Muhamamd Iraq, Hashim Jasin, Hassan Shukeri, Haron Din atau arwah Mohd Fadzil Noor turut sama melapazkan bai’ah seperti mana difahami umum dan didedahkan oleh akhabar arus perdana itu.
Sekali lagi teng .. tentengggg... kalau mereka itu tidak berbuat demikian apakah logiknya calon-calon Pas yang lain. Mohon penjelasan! [d.kota kl. 11:30 am 09/11/09]
19 comments:
Khalid Samad kurang bijak dalam hal ni....kenapa hal rumah tangga perlu diheboh-hebohkan......?
maafla kalau tersalah cakap..sekarang pemimpin pas membuatkan org yg lemah agama seperti saya menjadi keliru dan lagi terkeliru dengan cara pas ni..em kesemua pemimpin pas perlu menjawab isu ini pada ilahi di padang masyar!!
Salam MSO.
Sebagaimana yang dikomentarkan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man tempohari bahawa serangan dari dalam memang amat berbahaya..
Apabila nukilan bekas ahli PAS yang berkemungkinan 'kecewa' & sekarang memegang title YB di Kulim mengutarakan isu sebegini sememangnya pemerhati politik dapat menghidu tujuan utama beliau...Dan dengan bantuan YB Khalid Samad yang tidak diketahui apa hajatnya telah menyerlahkan serangan bertali arus bagi mereka yang mempunyai tujuan politik peribadi...Persoalannya...
"Berapa bayaran yang YB-YB berdua terima dari UBN?"
Perkara ini pecah semasa perjumpaan blogger sebelum Mesyuarat Khas PAS Pusat baru2 ini.
Ana kurang faham kenapa perkara ini ditimbulkan semasa perjumpaan itu.
Semuga tuan boleh mendapatkan maklumatnya.....
Salam..
Tuan MSO...sejak dua menjak ini, saya dapati ada kecenderungan di kalangan pemimpin PAS [ bergelar YB ] seolah-olah seperti sengaja mencari nahas.Nahas yang saya maksudkan ialah membuka rahsia sulit parti atau apa-apa yang boleh dipandang sebagai senjata ampuh pihak lawan untuk menyerang PAS.Diumpamakan seperti membuka pekung di dada walaupun pekung ini selalunya merujuk kepada kelemahan atau keburukan tetapi "pekung di dada" dalam konteks yang ingin saya utarakan ialah ketidakcerdikan YB-YB dalam PAS yang sengaja ingin memusnahkan parti PAS.Menjadi gunting dalam lipatan seolah-olah satu budaya baru dalam PR sekarang ini.YB Khalid Samad contohnya, untuk apa dikeluarkan isu bai'ah di kalangan YB PAS,apakah beliau tidak tahu bawaha niat baik PAS belum tentu dapat 'dibaca' oleh pihak lawan ]UBN ]mereka akan menjadikan isu ini untuk memburuk-burukkan PAS.Bila keluar isu macam ni, pimpinan tertinggi begitu sukar untuk menangkis apatah lagi meredakan serangan.Malahan akan menyebabkan PAS berterusan dirundung masalah. Apakah Khalid Samad ada niat lain, umpama telunjuk lurus kelingking berkait.Kalau benar beliau berjuang atas nama agama, takkan perkara macam tu pun tidak dapat diurus dengan baik.Tidak setuju sepatutnya menyuarakan dalam mesyuarat...bukannya "memberi senapang, peluru dan siap diberikan cara-cara untuk menembak dengan lebih tepat ke dada PAS".Orang seperti Khalid Samad ni sudah menjadi satu beban pulak kepada PAS.Benarkah para isteri YB PAS ada yang menangis bila suaminya perlu berbai'ah?.Kenapa isteri mereka menangis?Apakah ada riak di kalangan YB PAS yang ingin melompat parti atau ingin menyeberang?Kalau ada niat sedemikian, kenapa tidak tunggu cukup tempoh perkhidmatan?.Andai melompat parti, kita sebagai pejuang atas nama Islam tentu telah mengkhianati prinsip perjuangan..dan jika itu berlaku, tidakkah mereka sedar itu suatu dosa .Entah apa lagi isu yang bakal dicipta oleh YB-YB PAS selepas ini.Sedangkan sokongan rakyat untuk PAS sudah makin berkurangan justeru kalau didedahkan dengan hal-hal yang boleh menghancurkan PAS maka makin awallah PR hancur.Sepatutnya bincanglah dahulu sesama YB lain sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.Jangan ingin menjadi hero dan akhirnya bertukar menjadi penderhaka kepada parti.Kelantan dengan Kedah, YB-YB mereka boleh mengurus diri dan keluarga,boleh urus politik mereka dengan harmoni tetapi YB PAS di Selangor[ tidak semua ] berebut-rebut mencipta isu, mengeluarkan kenyataan yang melemahkan PAS dan kerajaan Pakatan.Sedangkan UBN saban waktu melihat, merancang, menanti peluang dan setiasa komited untuk menghancur kerajaan Pakatan di Selangor.Tidakkah pemimpin PAS di Selangor ini terutamanya tidak menyedari keadaan tersebut?Apakah mereka sudah mabuk dengan sedikit kuasa yang diuji Allah untuk mereka?..Kesian kepada TGNA dan TGHH kerana mereka perlu bersilat dengan ilmu silat politik yang melebihi 'black belt' 7 DAN untuk menangani isu-isu yang tidak cerdik yang dimulakan oleh pengikut-pengikutnya.Nasib baik lah TOK GURU berdua itu orang yang memandang 'hakikat' melebihi apa yang tergambar di mata kasar.Mereka 'menelan' walaupun yang ditelan itu berbongol-bongol, silap-silap boleh membawa mati...menyesakan kerongkong.YB-YB PAS sepatutnya lebih cerdik, lebih sensitif terhadap isu-isu yang boleh memporak-perandakan, sepatutnya tidak didedahkan kepada umum.Perlu bijaksana kerana isu 'dalam selimut' tidak sepatutnya diceritakan untuk mereka yang bukan 'muhrim' dengan PAS.Mana ilmu agama, ilmu hakikat, ilmu makrifat, ilmu ketuhanan yang mungkin mereka tuntut selama ini jika isu yang boleh membunuh motivasi pendokong dan pengkagum PAS begitu mudah tiris dan dialirkan kepada pihak musuh?.Mana bai'ah mereka dalam perjuangan menegakkan agama selama ini?...saya cukup sedih dan kecewa, tak sudah-sudah YB-YB PAS
yang berkaitan mencalarkan keharmonian dalam PAS...ada ilmu tidak diguna, ada otak tidak berfikir, ada kawan tidak dirujuk dahulu, ada tok guru rasa lebih pandai dari guru...hancusssss.
salam pak MSO,
Semua komen sahabat2 di atas ana setuju....Kenapa isu dalaman parti di timbulkan oleh ahli parti sendiri.....semacam ada sesuatu mesej yg tersirat dari mereka2 ini...kalau kita melihat isu ini semacam tak puashati lagi mengenai UG yg telah oun di tutup buku oleh presiden..tetapi sengaja di timbulkan semula setelah ketiadaan isu dari kumpulan erdogen...khalid pula menjadi juara dalam hal ini...apakah khalid samad mempertikaikan Bai'ah kerana ada cita2 ingin menyertai PKR yang dilihat lebih baik dari PAS....SILAKAN kerana org seperti ini tidak di perlukan lagi dalam jemaah kerana mereka2 inilah yg memporak-perandakan PAS sekaran...dengan isu-isu yg remeh temeh,MUNGKIN isu yng di tulis oleh Aziz Bari juga adalah dari sumber2 yg di beri oleh mereka2 ini.....dan seminar memperkasakan prti sabtu lepas merupakan kemuncak kepada membelasah dan memperkecilkan Presiden.....apa sudah jadi ni.....kalau tk setuju atau sehaluan dengan presiden yg di pilih oleh muktamar....bukan presiden yg harus berundur tetapi sesiapa yg tak sehaluan dgn presiden patut berundur...jgn jadi gunting dlm lipatan....
SAYANGKAN PARTI MELEBIHI ISTERI?
Tidak selayaknya ditimbulkan, apakah tindakan sebegitu meletakkan kesayangan parti melebihi Isteri. Yang patut ditimbulkan adalah, mengkhianati amanah rakyat perlu dijaga berbanding menyayangi isteri.
Amanah rakyat bersifat umum, sedangkan sayangkan isteri bersifat khusus. Amanah rakyat, melibatkan individu-individu yang ramai, sedangkan sayangkan isteri melibatkan individu tertentu.
Mana yang perlu didahulukan, antara keuntungan individu tertentu, dengan keuntungan individu yang ramai?
Bukankah, Nabi SAW pernah bersabda;
وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ
Maksudnya;
“Sesungguhnya kelebihan orang alim berbanding ahli ibadat seperti lebihnya bulan yang mengambang berbanding seluruh bintang” (Abu Daud : 3157)
Hadis ini, Nabi SAW menggambarkan wujudnya kelebihan orang alim berbanding orang abid. Ini kerana, orang alim mampu memberikan manfaat ilmunya kepada ramai manusia, walhal perkara ini tidak dapat dilakukan oleh ahli ibadat, yang mana ibadatnya yang dimanfaatkan, hanya untuk dirinya sendiri sahaja.
Dengan kata lain, hadis ini, Nabi SAW ingin menyatakan bahawa manfaat untuk orang ramai lebih didahulukan berbanding manfaat yang tidak boleh dimanfaatkan oleh orang lain.
Maka, keadaan yang sama juga dalam perkara yang melibatkan lafaz ta’liq cerai isteri demi menjaga amanah rakyat.
KASIH SAYANG DAN AMANAH RAKYAT
Apabila ini difahami, nyata betapa amanah rakyat perlu dijaga. Pengkhianatan terhadap rakyat, perlu dibuang jauh. Justeru, bagi mereka yang menyayangi isteri, maka jangan sekali-kali melakukan tindakan yang boleh mengkhianati amanah rakyat. Jika mereka melakukan juga pengkhianatan terhadap amanah rakyat, bermakna dia tidak menyayangi isterinya sendiri.
Justeru, apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti isteri yang menyayangi suaminya akan sentiasa memberi peringatan kepada suaminya yang telah menjadi YB agar sentiasa menunaikan amanah rakyat, dan tidak mengkhianatinya.
Apabila keadaan ini wujud, sudah pasti terbukti wujudnya kasih sayang antara suami isteri; iaitu suami tidak mengkhianati amanah rakyat demi menyayangi isteri, dan isteri sentiasa memberi peringatan kepada suami agar tidak mengkhianati amanah rakyat, kerana isteri sayangkan suaminya.
Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti kasih sayang antara YB dan isterinya nyata wujud, disamping kedua-dunya mendapat pahala mempertahankan amanah rakyat dengan tidak mengkhianatinya.
Cumanya, mungkin isu ini akan dijadikan mainan musuh, lantaran itu, akan melahirkan satu persepsi buruk PAS tentang wanita. Justeru, pihak media PAS perlu bijak dan pandai bermain dengan mainan musuh, agar persepsi buruk PAS tentang wanita ini tidak terwujud sama sekali.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
Assalamualaikum,
Kepada semua sdr seislamku. Usahlah dipersoalkan lebih mendalam tentang siapa membayar siapa dan sebagainya sebab semua itu bukan berlandaskan fakta. Semua andaian. Berbaliklah kepada soal dasar yang dibahskan oleh MSO iaitu bai'ah itu jika tidak kena pada tempatnya adalah SALAh disisi agama. Dan jika ianya salah tetapi tetap mahu dipemutihkan juga maka lihatlah apa yang sedang berlaku sekarang ini kepada parti. Satu persatu ditelanjangi, luar dan dalam. Jadi...jelasnya berbai'ah dengan tujuan laba politik adalah jelas sama sekali salah. Be Practical and be clear. Wallahuallam.
salam... aku penyokong PAs sebelum nie.. bila aku baca berita nie aku mula ragu-ragu... patutkah aku terus dengan PAS.. rasanya mau sahaja aku tinggalkan politik yg serabut...
aku tak kisah la sesiapa pun yang bocorkan hal nie... Persoalannya, pekara (Bai'ah talak 3) ni betul-betul ke ada dalam PAS??
kalo ada... satu perkataan je aku nak bagitau.... mmg CELAKA!
kenapa sanggup mengadaikan Rumah tangga hanya kerna PARTI... Tolonglah, jangan terlalu Taa'sub dengan PAS.. tak jadi kafir pun kalau keluar PAS.. walaupun pas salah satu wadah perjuangan Islam... Jangan menidakkan usaha pihak-pihak/jemaah lain.. termasuk orang agama dalam UMNO..
Inagatlah, Cerai adalah pekara halal yang paling dibenci Allah..
bergegar arasy Allah..
Aku sokong bai'ah... TAPI BUKAN BAI'AH CERAI TALAK 3!!!
assalam'alaikum. pertama kali memberi komen di blog mso sebab sangat tertarik dengan isu kali ni.
jika saya nyatakan pendapat saya, mungkin ada yang akan kata saya ni orang umno/bn/dap dan sebagainya. tapi kenyataannya tidak sedemikian.
isu bai'ah sehingga melibatkan ta'liq jatuh talak 3 kepada isteri sungguh adalah isu yang besar. isu ini melibatkan pemutusan ikatan perkahwinan, sedangkan akad nikah adalah akad yang sangat besar sebagaimana yang ALLAh sebutkan dalam al-Quran (rujuk surah an-Nisa; 4:21).
oleh itu, memang sangat perlu isu ini diselidiki oleh sebuah jawatankuasa syariah atau individu yang berkelayakan, daripada sebilangan golongan yang memberikan pandangan berdasarkan logika akal tanpa sandaran quran dan hadith, atau pandangan hanya atas dasar emosi dan fanatik kepartian.
adakah PAS ialah parti yang sempurna sehingga tidak mungkin melakukan kesalahan? sedangkan rasulullah yang ma'shum saja boleh ditegur dan boleh menerima pendapat orang lain, apalagi kita manusia biasa yang hidup di akhir zaman dengan suasana sekeliling yang banyak unsur memuaskan hawa nafsu semata.
wallahu a'lam.
tak kisahlah bai'ah atau sebaliknya..
10 rakan2 Rasulullah yang berbai'ah telah melakukan tugas mereka dengan sempurna, tidak mengharapkan apa-apa balasan walau seposen pun !
hasilnya mereka-mereka inilah antara insan muslimin yang akan dijamin Allah terus masuk syurga.. diulang terus masuk syurga...
mengundi PAS memang masuk syurga, ya.. memang.. tetapi dengan syarat PAS perlulah membuktikan komitmennya bukanlah sekadar parti politik, bukan bai'ah soalnya, apa yang penting kebanggaan PAS sebagai parti berteraskan Islam dan sanggup berkorban apasaja jiwa dan raga hanyalah semata-mata untuk menuntut keredaan Allah dan sentiasa berada dalam jalan yang lurus dan sentiasa diberikan petunjuk..
tak mengapalah kalau nak tuduh kita fanatik kalau apa yang kita buat tu memang boleh mengamankan dunia ini..
bukankah itu wajar lebih wajar dari tindakan segelintir anak muda yang fanatik sehingga sanggup bunuh diri setelah begtiu sedih dengan kematian Allahyarham Michael@Mikaeel Jackson..
Salam semua pendokong perjuangan Islam...PAS For All!! Jangan mudah termakan hasutan musuh-musuh yang benci dengan kerukunan yang telah lama wujud di dalam PAS.. Memang telah menjadi kerja orang munafik & kafir untuk memecahbelahkan kesatuan Islam walaupun perkara ini ditimbulkan oleh mereka yang bersama kita...termasuk YB Shah Alam & YB Kulim. Dan ini juga berkemungkinan ditimbulkan setelah golongan ini gagal mempengaruhi TGNA yang sebelum ini kelihatan cenderung kepada mereka. Berkat ilmu dan kefahaman perjuangan Islam TGNA & TGHH telah menyerlahkan siapa sahabat & siapa musuh yang sebenarnya...
Saya sokong penuh Pas mengadakan Bai'ah utk ahlinya yg mahu bertanding didlm PRU.
Tidak perlu malu, sbb Umno juga akan meniru Pas di satu masa nanti........
bila ?
Apabila Umno sudah tidak lagi menguasai kerajaan persekutuan.
Apabila akibat lompatan wakil rakyatnya menyebabkan Kerajaan Negeri yg di kuasainya tumbang .
Diketika itu tanpa malu, Umno turut menggunakan kaedah Bai'ah tersebut.
Oleh itu Pas jangan jadi bodoh, membuang senjata yg sangat berkesan ini.
Malu biarlah bertempat.
Org politik ni....dari mana-mana parti pun, bukannya boleh di percayai sangat...
Hanya Bai'ah yg boleh menyelamatkan keadaan.
salam
setelah baca tentang bai'ah terbut saya amat yakin untuk undi pas
kerana sudah pasti pas tak mengkhianati undi kami.
Salaam MSO;
Bab hukum syarak boleh atau tidak baiah talak 3 dibuat, biarlah golongan yg lebih tahu menjawabnya. Namun tidak semua yang halal menjadi langkah strategik dalam sesuatu tindakan. Strategi berkait dengan masa, tempat, keadaan, siapa yang dilawan dll. Namun baiah talak 3 ini saya rasa boleh memberi kesan psikologi yang amat mendalam ke atas isteri dan keluarga. Tidak mustahil akan wujud rasa bimbang yang boleh membawa kepada stress, yang akhirnya boleh meruntuhkan rumahtangga. Masalah mungkin tidak timbul sewaktu keadaan adalah normal. Tetapi masalah akan timbul bila keadaan berubah (kita tidak tahu apa yang ada dalam simpanan masa depan) yang berkemungkinan menuntut si pembaiah melakukan apa yang dijanjikan tidak akan dilakukan. Jika kita tahu tentang adanya hukum kafarah kepada orang yang melanggar sumpah, ia bererti kemungkinan untuk keadaan sedemikian timbul memang ada. Sebagaimana setiap pemandu tidak mahu berlaku kemalangan jalan raya, tetapi keadaan kenderaan, keadaan jalan, halangan di tengah jalan dan lain-lain adalah faktor yang diluar kawalan pemandu yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Tidak mustahil boleh timbulnya suasana YB PAS 'terpaksa' melompat parti kerana tuntutan kepentingan umat yang dihalalkan oleh syariah. Masa itu, apa jadi dengan baiah? Apa kesannya?
Bolehkah saudara cari mereka yang boleh ulas tentang perkara ini? Saya hanya ingin mendapatkan penjelasan. TK.
Kepada En.Jalalhitam..dari ulasan dan kata-kata tuan, saya yakin tuan bukan ahli PAS.Sebagai seorang ahli PAS tak mungkin mengeluarkan perkataan 'celaka' kepada parti/pemimpinnya.Cara bersuara tuan nampak sangat tuan emosi, 'tak skolah' dan penuh kebencian...betul ke tuan ahli PAS.Kalau betul, elok juga tuan sokong UMNO.Tuan bukan pengikut yang berhemah.Tidak memahami isu...ikut rasa dan logik tuan semata-mata.Saya bukan ahli PAS tetapi menyokong perjuangan PAS sebab matlamat dan halatuju PAS lebih 'bersih', mulia dan nampak jelas aspek 'kebersihannya'..
Pemimpin tertinggi PAS orang alim, kita dapat tumpang berkat...Kuatnya sesebuah perjuangan kerana pengikutnya yang berhemah dan berilmu, berani dan kuat memegang prinsip perjuangan.SAtu kisah ingin dikongsi ' Pada zaman Sayyidina Ali-KW, beliau ditanya oleh pengikutnya kenapa pada masa pemerintahan Sayyidina Ali banyak masalah dan huru-hara?sedangkan pada masa sebelum beliau,aman, kuat dan digeruni musuh?.Sayyidina Ali menjawab 'kerana pada masa itu para pengikut khalifah adalah orang-orangnya seperti aku [ Ali ] tetapi pada zaman aku ini, pengikut-pengikut aku adalah orang-orang seperti kamu [ si yang bertanya ]" begitulah lebih kurang kisahnya. Pengajaran yang boleh diambil dari kisah di atas ialah kita jangan jadi seperti pengikut pada zaman Sayyidina Ali KW tetapi mesti menjadi seperti pengikut kepada khalifah sebelum Sayyidina Ali KW.wallahua'lam.Mohon mencadangkan.
setuju dengan anafakir,jalanhitam bukan ahli PAS yang sebenar.
Sikap suka membuat provokasi ni jarang dilakukan oleh ahli PAS.Mencelakakan pimpinan juga tidak pernah dilakukan oleh ahli PAS.
Biarkanlah dia dengan jalan hitamnya,itu pilihannya sendiri...
assalamualaikum.
banyak cara kalau nak setia pada parti.
pertama sekali, parti itu sendiri mestilah bagus. kalau parti sentiasa bagus, tak perlu khuatir orang nak cabut lari. tak perlu jadi kan isteri sebagai tebusan.
keduanya, jikalau sudah yakin akan matlamat perjuangan parti, maka jadikanlah diri sendiri sebagai tebusan. buat lah lafaz taklik yang berbunyik, 'jika aku khianat kepada parti, maka cabutlah nyawa aku, atau laknatkanlah aku, atau turunkan lah bala ke atas diri ku.'
tapi yang pi jadikkan orang lain seperti si isteri sebagai tebusan buat haper? ini bukan cara jantan.
cara taklik talak 3 ni pon boleh salah guna. hai, kalau matlamatnya adalah untuk ceraikan bini, dia pi gunakan lafaz taklik ni pulak sebagai alat, amacam? tak ke haruuuuu
Kepada sdr Fauzi Shafei 2.43PM,
Sdr kata =
Namun baiah talak 3 ini saya rasa boleh memberi kesan psikologi yang amat mendalam ke atas isteri dan keluarga. Tidak mustahil akan wujud rasa bimbang yang boleh membawa kepada stress, yang akhirnya boleh meruntuhkan rumahtangga............
Bimbang apa ? Ingat ! Dia di beri peluang bertanding kerana diyakini dia adalah pejuang kefahaman Parti yang di anutinya.
Pengundi mengundinya bukan diatas nama peribadinya,
Contohnya -
Ibrahim Ali pernah bertanding atas kapasiti peribadinya.......dapat undi 400 lebih sahaja dan hilang wang deposit, sesuatu yang sangat memalukan bagi org yg tahu malu.
Bila bertanding atas tiket Pas, dapat undi berpuluh-puluh ribu dan menang.
Apa maksudnya ini ?
Maksudnya org memberi undi, bukan untuk peribadinya, tetapi untuk Parti yg diwakilinya.
Maka adalah adil jika diadakan satu ikatan tali yg kukuh supaya dia tidak boleh melompat keparti lawan. (sayangnya Ibrahim Ali tidak diikat dengan tali ini )
Tali yg kukuh yg setakat ini di jumpai ialah tali Bai'ah inilah.
Soal dia tak bersetuju dengan parti yg diwakilinya,
Dia perlu bersabar sehingga penggal yg diwakilinya tamat, selepas itu lantak dialah nak bertanding parti apa pun, jika ada parti lain nak bagi dia peluang.
Cuma di kesalkan, kenapa kaedah Bai'ah ini tidak di libatkan sama kepada Ibrahim Ali.......
Oleh itu para isteri wakil rakyat Pas tidak perlu bimbang, sepatutnya siisteri turut mempastikan supaya si suami tidak belot dari amanah org ramai yg telah mengundinya.
Lagi satu, jangan lupa ramai lagi org2 di luar sana berebut2 nak jadi calon, saja je nak beri dia peluang.
Oleh itu tak timbul penginiayaan,
Yg betul2 teriniaya ialah org ramai, iaitu pengundi, yg di tipu hidup2 oleh si keparat ini......ada faham ?
Post a Comment