Tuesday, November 17, 2009

Susupan Malam

Kemungkinan Besar Pilihan Raya Kecil Kota Siputeh

[kemaskini] SEMALAM Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur telah memutuskan kerusi DUN Siputeh, Kedah dimenangi Abu Hassan Sharif telah kosong. Serentak itu Hakim Azizatul Khair Osman mengarahkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan.

Spekaer DUN Kedah telah mengistyharkan kerusi itu menjadi kosong apabila Abu Hassan tidak hadir persidangan sebanyak dua kali tanpa memaklumkan sebab-sebab ketidakhadirannya. Bagaimana pun pengistyharan itu dibatalkan oleh SPR yang mengekalkan Abu Hassan sebagai Adun Kota Siputeh.

Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail telah mengemukakan semakan keputusan SPR itu di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas). Keputusan mahkamah itu hari ini berpihak kepada speaker dan membatalkan keputusan SPR.

Walaupun Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) itu telah memutuskan demikian namun ramai yang kurang yakin pilihan raya kecil akan diadakan. Ini kerana Adun, Abu Hassan dan partinya (UBN) telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa) Kuala Lumpur.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menerima rayuan, UBN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu ini bermakna kerusi itu tidak menjadi kosong dan kekal kepada penyandangnya sebelum ini, Abu Hassan.

Apa menyebabkan ada yang membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan kerana berpandukan kepada apa yang berlaku di Perak terhadap kerusi Behrang dan Changkat Jering tidak lama dulu. Kedua kerusi itu telah disityharkan kosong oleh speaker tetapi Mahkamah Tinggi telah mememutuskan sebaliknya. Keadaan itu menyebabkanb tidak ada pilihan raya kecil di kedua Dun berkenaan.

Berpandukan kepada apa yang berlaku di kedua kerusi itulah menyebabkan ada sesetengah pihak tidak yakin pilihan raya kecil bakal diadakan di DUN Kota Siputeh.

Dalam hal ini perlu diingat apa yang berlaku di Kedah itu berbeza dengan apa yang terjadi di Perak. Adun, Changkat Jering, Mohd Othman Jailu, dan Adun Behrang, Jamaluddin Md Radzi disiytharkan kekal sebagai Adun di kedua kerusi itu kerana mahkamah mendapati pengistyharan dibuat speaker Dun Perak tidak sah.

Perlu diingat kes di Kedah ini berlainan dengan kes di Perak itu di mana ia berhubung ketidakhadiran tanpa memaklumkan kepada speaker. Sebalinya apa yang berlaku di Perak dulu ialah mengenai kesahihan surat perletakan jawatan oleh kedua Adun itu yang dibuat tanpa tarikh.

Mahkamah mendapati surat kedua Adun itu tidak terpakai kerana ia menghalang hak asasi dan kebebasan bersuara di negara ini. Keputusan itu juga dibuat berpandukan terhadap apa yang berlaku di Sabah sebelum ini.

Memandangkan perbezaan yang jelas itu menurut seorang pengamal undang-undang di Kuala Lumpur, besar kemungkinan pilihan raya di DUN Kota Siputeh akan diadakan kerana kemungkinan Mahkamah Persekutuan akan menolak rayuan dikemukakan Abu Sharif dan UBN. Mahkamah akan mendengar rayuan Abu Hassan itu Jumaat ini. [wm.kl. 9:40 pm 17/11/09]

4 comments:

ANAFAKIR said...

Ralat :

Mana satu yang betul ni?..kejap Abu Sharif Osman, kejap Abu Sharif Hassan, yang sebetulnya..Datuk Abu Hassan b. Sharif... nak cekapt kot.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

kata nordin ahmad dalam filem seri mersing "jika pesan diturut,kalau berhutang dituntut",siapa yang masih berhutang kekalahan dalam P/raya kecil? fikir fikir kan...

Muara said...

Satu cabaran besar bagi PAS. Apa tidaknya? Dalam keadaan PAS dilanda krisis sekarang mampukah parti itu memenangi pilihanraya kecil berkenaan?

Harapnya kredibiliti PAS Kedah mampu meyakinkan para pengundi untuk menukarkan kerusi DUN itu daripada BN kepada PAS. Insyaallah.

mohd sayuti omar said...

Terima kasih kepada Anafakir kerana peka terhadap kesilapan dalam posting ini. Begitulah nasib penulis, tidak dapat terelak dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Berbeza dengan pembaca dan penjenguk yang akan terus memerhati dan membuat teguran. Apa-apapun terima kasih banyak. MSO.