Monday, November 2, 2009

Eksklusif Malam

Saham Dr Asri Naik Melambung
"Cuma Anwar Yang Belum Hubungi Saya"

TINDAKAN pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sedang menyampaikan kuliah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Ampang kemudian membawa beliau ke balai polis Hulu Klang tengah malam tadi benar-benar menggemparkan negara.

Malam ini semua saluran televisyen menyiarkan berita serbuan yang dianggap kurang sopan itu sebagai berita utama. Media massa cetak hari ini pula turut sama 'memainkan' kejadian itu sebagai laporan muka depan. Dalam sekelip mata sahaja 'saham' Dr Asri naik melambung.

Sehingga kini orang ramai masih terpinga-pinga untuk mengetahui apakah tujuan dan maksud di sebalik kejadian malam tadi. Kini timbul berbagai-bagai telahan dan spekulasi termasuk juga andaian politik. Kes serbuan oleh Jais itu telah menjadi isu politik.

Sebelum ini bukan tidak ada tangkapan terhadap individu yang menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di Selangor. Sudah banyak. Tetapi kenapa kes membabitkan Dr Asri menjadi gempar dan perhatian negara ialah kerana cara Jais membuat serbuan sampai membawa 30 orang pegawai disertai dengan berpuluh anggota polis.

Isu penangkapan Dr Asri juga turut sama diperkatakan di parlimen hari ini. Sementara Dr Asri sendiri telah dihubungi berbagai jenis orang bertanyakan keadaan beliau. Masing-masing melahirkan rasa terkejut, hairan, ganjil, pelik dan aneh dengan kejadian itu.

Saya sendiri yang terlepas berita panas ini malam tadi, mencari ruang terbaik untuk berjumpa dengan Dr Asri bagi mendapat gambaran sebenarnya. Alhamdulilah kira-kira jam 7:50 tadi (malam ini) saya berjumpa dan bersalam dengannya di rumah yang beliau digiring malam tadi di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor.

Bukan itu saja, Dr Asri juga sudi memberi penjelasan serta menjawab beberapa persoalan yang saya timbulkan. Rakaman perbualan saya dengan beliau dirakam oleh video. Saya juga sempat merakam audio visual percakapan beliau ketika menjawab persoalan saya. Di sini saya postkan sebahagian audio visual itu untuk tontonan penjenguk setia blog ini.

Saya tidak dapat mengulas lanjut berhubung apa yang berlaku dan menyimpulkan penjelasan atau pun pertikaian Dr Asri mengenai serbuan pihak Jais itu. InsyaAllah esok selepas membuat sedikit kajian dan tinjauan saya akan ulas dan memberi beberapa pandangan berhubung kejadian itu.

Persoalan yang berbingkai dalam kepala orang ramai ketika ini apakah kejadian itu ada motif politik? Kalau ianya bermotif politik siapakah yang memainkan peranannya dan untuk apa?

Sedangkan menurut Dr Asri dia diterima oleh semua orang dan semua parti politik. Umno, PAS, DAP, badan bukan kerajaan dan lain-lain turut atau pernah menjemput beliau memberi syarahan agama. Jika dilihat kepada undangan ini bermakna tidak ada parti politik atau pihak yang kurang senang atau irihati dengan beliau.

Sebelum saya menyarung kasut untuk pulang, Dr Asri baru hendak menjamah makan malam bersama beberapa orang sahabatnya yang juga merupakan pengikutnya. Sebagai kata-kata pengiring kepulangan saya, sekali lagi Dr Asri menjelaskan hampir semua golongan yang mengenalinya termasuk orang politik dan kedua bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Dr Mahathir Mohamad menghubunginya dan memberi kata-kata semangat. Katanya kedua bekas PM itu akan cuba menyelesaikan isu berkenaan dengan bertanya khabar pihak teratas mengenai hal ehwal agama di Selangor.

Cuma menurut Dr Asri seorang saja yang tidak bertanya khabar mengenainya setakat ini, iaitu Anwar Ibrahim. "MSO seorang sahaja yang belum menghubungi bertanyakan hal saya, Anwar Ibrahim," begitulah jelasnya sambil ketawa.

"Boleh saya blogkan?" tanya saya. Dr Asri hanya mengangguk memberi keizinan. Harapnya selepas membaca catatan di blog ini, Anwar akan segera menghubungi Dr Asri untuk bertanyakan khabar dan penjelasan ringkas agar Anwar tidak akan dikelirukan berhubung insiden semalam. [wm.kl. 10:50 pm 02/11/09]


video

10 comments:

kembara putih said...

Najib ada hubungi beliau ke? Kenapa pula Najib awal2 lagi isytihar bahawa kerajaan persekutuan tidak terlibat. Ada yang makan cili ke? Kenapa pula tangkap di Selangor, kenapa tidak di negeri2 lain?

JAIS pula bukannya 100% dikuasai PR, di situ juga ada peranan sultan dan di situ juga pegawai2 yang berkiblatkan UMNO ramai sekali. Dalam kes2 terdahulu pun, Pengarah JAIS lebih berkuasa dari EXCO yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Hijau said...

ASm..
Salam sejahtera buat MSO..
Komen saya pertamanya propaganda utk melarikan isu perbicaraan saudara DSAI bermula hari ini

Kedua rasanya nak memalukan kerajaan PR Selangor terutama Dato Hassan Ali.

Ketiga isu ini nak dimanupulasi seolah UMNO pembela ulamak

KORBANDEMOKRASI said...

Salam Tuan MSO,

Manusia yang berbangkaikan politik undi memang selalunya akan melihat dari pandangan mata yang telah dimayatkan oleh racun undi.

Jika kita melihat hal ini sebagai makar Allah swt kepada pemain-pemain makar kita akan melihat dari perspektif yang berbeda.

Ini adalah salah satu ujian bagi membersihkan karat-karat jahiliyyiah dalam ummat.

Teruskan analisis politik tuan.

Salam,
TokPakirKD

Mocha Ghost said...

salam MSO,
Hairan juga ke mana pegi DSAI di saat semua orang heboh memperkatakan tentang hal ini. Mungkin beliau terlalu sibuk agaknya.

tapi MSO, saya ada satu perumpamaan, selalunya bila ada kereta terlanggar seekor lembu, semua orang tak mengaku tuan kepada lembu (mungkin sebab tak mahu byr ganti sebab melepaskan binatangnya merata-rata). Dan selalunya tuan lembu yang tak mengaku itulah duduk paling rapat dengan lembu dan kalut nak cari tuan lembu itu.

anafakir said...

Salam buat semua...
Tn MSO, pada pandangan saya isu penangkapan Dr.MAZA ini seolah-olah suatu perangkap untuk mengenakan kerajaan PAKATAN di Selangor, cuma niat jahat pihak tertentu tersilap disebabkan dalam majlis tersebut YB Parlimen dan YB Adun Pakatan ada bersama.Justeru untuk menunding jari kepada Kerajaan Selangor memang tidak logik dan mustahil kerana kalau benar kerajaan Selangor yang merancang takkan membiarkan dua YB mereka turut sama mengikuti ceramah tersebut.Malahan kedua2 YB berkenaan pun turut sama mempertahankan Dr MAZA dari ditahan pada malam tersebut. Benarlah kata Dr.MAZA ada tangan ghaib yang terlibat dalam penangkapanya.Dan saya yakin tangan ghaib itu bukan dari PAKATAN RAKYAT berdasarkan dari apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas peristiwa tersebut...
Mungkin perancangan ini lebih menjurus kepada usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan PAKATAN di Selangor seperti mana berlaku di Perak..

Hero said...

Mocha Ghost, perumpamaan anda tidak berkualiti dan tidak jelas. Cubalah jangan andaikan yang semua orang dapat menelah apa yang anda siratkan tu. Perjelaskan di mana punchline analogi anda.

Atau.. sibuk sangat kot.

anafakir said...

Saya heran, apa masalahnya kalau DSAI tidak menghubungi Dr.MAZA tu?Perlu ke?...dan kenapa Dr. MAZA menyebut nama DSAI yang belum menghubunginya?..ingin populariti dan nama juga Dr. MAZA ni?.Kalau betul dia pejuang agama kenapa perlukan kepada gembar gembur media?.Perlu pemimpin negara bertanya khabar?..kalau itu ujian Allah, hadapilah dengan redha dan berlapang dada dan bukannya mengharapkan ehsan manusia yang semakhluk dengan kita.Kalau ada yang bertanya khabar, baguslah dan kalau ada yang tidak menghubungi beliau, untuk apa dipersoalkan?...kenapa macam tu?

mudirmadrasah said...

Pada pendapat saya, perbistiwa yang berlaku tiada kaitan dengan politik pada asalnya. Tetapi setelah berlaku, baharulah ada unsur politik untuk menunjukkan simpati atau sokongan.

Yang jelas ialah puncanya bukan sebab politik kepartian. Hujah saya, jika ini mainan kotor pihak kerajaan maka kenapa Ustaz Mahfoz ada sekali pada malam tersebut, dia memerhatikan dari luar rumah tanpa masuk campur seolah2nya dia sebagai pemerhati sahaja. Kemudian pada pagi esoknya, dia agak kelam kabut seolah2nya sedang mengumpul bukti dakwaan terhadap Dr.Asri.

Sebaliknya jika ia mainan kotor dari pihak pembangkang maka ia lagi tak masuk akal sebab TGNA pun membantah tangkapan tersebut dan MB Selangor pun menegur pihak JAIS supaya lebih berhati2 dalam bertugas.

Oleh sebab itu, ana pasti peristiwa tersebut hanya berkaitan dengan beberapa orang yang tidak bersetuju dengan fahaman Salafi yang dibawa oleh Dr.Asri. Musuh beliau dalam hal tersebut lebih terserlah dibandingkan dengan musuh politik.

Wallahu a'lam bissowaab.

koWahida2U said...

Assalamu 'alaikum,

Adakah ini ada kaitan dengan ura-ura nak lantik Dr Asri sebagai pengganti dato Nakha'ie menerajui YADIM? Kemudian ditangguhkan.

Wallahualam.

mso.im said...

Kepada anafakir, saya harap tidak salah anggap dengan catatan saya. Maksud Dr Asri berkata demikian hanya memberi tahu saya, bukan untuk membanggakan diri. Atas pertanyaan saya juga beliau menceritakan begitu. Yang mendedahkan perihal itu bukan beliau tetapi saya. Saya kongsikan 'rahsia' ini dengan penjenguk blog ini saja. Saya sangat mengharap penjenguk tidak mudah membuat tafsir negatif terhadap siapa tokoh yang saya sorot dalam setiap tulisan.
Dengan penjelasan ini semoga sdr anafakir memahami situasinya. Wassalam.