Thursday, November 12, 2009

Mengiringi Fajar Pulang

Kenapa Cemas Bila Anwar Nak Serang Najib?

BELUM apa-apa Umno nampaknya sudah kelam kabut dan beberapa soldadunya terpaksa melepaskan peluru sebelum pihak Anwar Ibrahim dan PKR memulakan perang. Baru saja terdengar PKR menyusun rancangan untuk menyerang Perdana Menteri, soldadu kelas tiga Umno sudah pun membedil. Kenapa begitu sekali? PKR belum pun lagi memulakan hanya baru berbincang mengatur strategi dalam mesyuarat. Entahkan betul ataupun tidak strategi itu.

Bila Umno bertindak sebelum wisel dibunyikan menampakkan Umno dalam keresahan dan kegelabahan. Keresahan ini menjukkan kurang cerdiknya parti berkenaan dan sekaligus menggembarkan betapa berbisanya Anwar Ibrahim. Biasanya pihak yang merasakan dirinya kuat tidak mudah panik.

Tindakan beberapa orang pemimpin parti itu yang mengecam Anwar bolehlah dianggap bedilan dari soldadu kelas tiga menggunakan peluru getah. Antara mereka yang sudah mengecam Anwar ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan, Noh Omar dan ketua puteri Umno, Rosnah Rashid Shirin.

Kata Mat Hassan, langkah PKR hendak serang Perdana Menteri itu menunjukkan parti itu sudah berpecah dan hilang tumpuan. Tindakan itu juga menurut Mat Hassan kerana Anwar ingin mengalihkan perhatian terhadap isu pendakwaanya di mahkamah.

Manakala Noh Omar pula Anwar terpaksa berbuat begitu kerana sudah merasai dengan dengan perubahan dibawa Najib. Kata Noh, rakyat sudah menerima kepimpinan Najib dan rakyat sudah mengenali Anwar Ibrahim?

Benarkah apa yang digambarkan kedua soldadu kelas tiga ini? Bahawa pentadbiran Najib diterima rakyat? Najib dapat memulihkan keadaan ekonomi negara dan dasar dan polisi Najib diterima rakyat?

Kalau apa yang mereka katakan itu benar kenapa harus rungsing dengan strategi yang diaturkan itu? Rakyat tidak akan termakan dengan apa yang akan dilambungkan oleh Anwar terhadap Najib. Kalau rakyat sudah memerut dengan Najib, Anwar bilang apa pun rakyat tidak akan peduli.

Bimbangnya, apa yang Mat Hassan dan Noh Omar katakan itu hanya bayangan dan ilusi mereka saja. Ia tidak lebih daripada satu perasmian acara untuk membodek pemimpin atasan di mana di sebaliknya membawa niat tertentu. Mereka perlu mengatakan yang indah-indah kepada bos mereka untuk selamatkan diri. Umum orang tahu apa yang berlaku di sekitar Noh Omar dan Mat Hassan waktu ini.

Kedua pemimpin ini sedang diperhati oleh Najib. Indeks KPI mereka sedang dinilai. Jadi mungkin kerana nilai indeks mereka rendah maka ia perlu ditambah dengan acara bodek dan pujipuja kepada Najib?

Rakyat kini sudah cerdik dan bijaksana membuat penilaian. Baik terhadap apa yang akan Anwar dedahkan ataupun melihat apa yang Najib lakukan. Keduanya sedang diadili oleh rakyat dengan penuh prihatin. Rakyat juga bukan jenis soldadu kelas tiga. Mereka akan tetap memilih intan dari kaca.

Misalnya dakwaan Najib kini berjaya memulihkan keadaan ekonomi negara. Ia bukan saja boleh diucap tetapi rakyat mahu melihat realitinya. Mungkin Noh tidak perasaan hari ini boleh dikatakan setiap hari ada perniagaan ditutup? Kalau ekonomi pulih perniagaan tidak akan ditutup. Ukuran rakyat tersangatlah mudah.

Rakyat pula diberikan subsidi beras RM30 dibawah skim Raskin - beras untuk orang miskin. Apakah erti skim itu kalau bukan kerana negara ini berada di tahap membimbangkan? Seumur hidup belum ada skim sebegini tetapi ia diwujudkan di zaman Najib. Apakah ini melambangkan negara maju ataupun negara susah.

Begitu juga dengan ketelusan dan intergriti Najib sebagai seorang pemimpin. Iltizam dan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan Najib bukan saja didengar dan diterima rakyat, tetapi ianya dinilai rakyat dari semua sudut. Rakyat mengcongak apakah slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan itu dipraktikan ataupun hanya retorik semata-mata. Bukan itu saja natijah kepada slogan itu juga sedang dikaji apakah ia menguntungkan nasib bangsa dan negara.

Diluar mungkin indah dan menarik slogan berkenaan. Tetapi dari dalam, di kalangan nasionalis, ahli akademik dan pejuang bangsa merasakan amat pahit untuk menghayati slogan itu apa lagi menelannya. Slogan ini sedang memakan diri Umno dan Najib. Ia umpama racun yang membunuh konsep awal dijana Umno.

Yang nyatanya dalam konteks ini slogan Najib itu masih boleh dipertikaikan. Masih ada sudut-sudut yang jelas, Najib belum merealisasikan. Beliau lebih mendahulukan Umno daripada rakyat. Maknanya masih ada diskriminasi yang diwarisi oleh Najib dari dasar aparteid Umno.

Apa yang berlaku di Kelantan dengan wang royalti minyak yang ditukarkan kepada wang ehsan, menampakkan akan kecanggungan dan kemungkaran ini slogan Najib.

Di sini bukan persoalan royalti ditukar kepada wang ehsan, tetapi apakah wang itu kelak terjamin akan sampai dan dinikmati rakyat Kelantan seluruhnya? Seperkara lagi, sekiranya Najib telus sepatutnya beliau bukan saja memberi wang ehsan kepada rakyat Kelantan tetapi menyerahkan kepada kerajaan untuk menguruskannya. Inilah baru tepat slogan rakyat didahulukan.

Najib sering kali mengkhabarkan dia terbuka dan akan berlaku adil. Tetapi dalam isu royalti minyak Kelantan ini nampak beliau tidak dapat melaksanakan keadilan seperti mana diharapkan.

Mungkin orang akan melihat cara Najib melayan Pas berbeza berbanding dengan perdana menteri lain sekiranya beliau tidak kedekut dengan menyerahkan semua wang ehsan (royalti) itu kepada kerajaan Kelantan. Kalau Najib tidak bersedia berbuat begitu bermakna beliau juga dua kali lima saja dengan bekas PM terdahulu.

Tetapi apakah Najib rela dan ikhlas berbuat demikian? Inilah yang sedang diperhati dan dinilai oleh rakyat.

Sekiranya serangan peribadi yang hendak dimulakan Anwar seperti mana didakwa itu, Umno tidak dapat mempertahankan Najib. Sebab jelas dan nyata Najib tidak berbuat seperti mana yang dikatakan. Khusus bagi rakyat Kelantan pula akan melihat apakah Najib ikhlas dengan mengunakan wang royalti minyak itu untuk rakyat atau untuk Umno.
Perilaku Najib terhadap ini merupakan ujian pertama buatnya setidak-tidaknya oleh rakyat di Kelantan. Lulus atau gagal slogan Najib itu juga terjawab di sini. [wm.kl. 7: 30 12/11/09]

3 comments:

dato' said...

KOMEN SIKIT...

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menjelaskan berita mengenai Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco seperti disiarkan Siasah sebelum ini ada sedikit kekeliruan.

Katanya, apa yang dimaksudkan ada peluang tersebut apabila mereka meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

“Ini yang saya maksudkan biar pun perkataan itu tidak disebut semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dun baru-baru ini.

“Ekoran itu menyebabkan beberapa penulis blog mengulas lanjut isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan ramai apabila cuba dikaitkan pula dengan unity government,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar oposisi berkenaan melaporkan Husam sebagai berkata, tiga Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco kerajaan negeri.

Malah katanya, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco dengan Menteri Besar (nada seloroh).

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun.

Oleh itu, kata Husam, peluang yang dimaksudkan tersebut apabila mereka menyertai PAS, biar pun perkataan itu tidak disebut secara terus terang ketika menggulung perbahasan.

Katanya, peluang yang dimaksudkan tersebut tidak ada sekarang kalau mereka masih lagi Adun Barisan Nasional tanpa menyertai PAS.

anafakir said...

Saya amat-amat bersetuju, mungkin juga senada dengan pandangan Tuan MSO.Kalau kita hebat dan gagah perkasa, apa takut dengan sebarang perancangan dan tindakbalas lawan...buat bodohhhhhh je la.Buat macam biasa, apa nak digerunkan? Lihat USA dan Regim Laknatullah Israel,apa yang dia telah lakukan kepada dunia Islam?.OIC macam-macam buat rancangan dan pelan, mesyuarat beratus-ratus kali, ada USA dan Isreal gerun?Bimbang?..jauh sekali.Mereka lagi ganas dan kejam ada la,kenapa begitu? Sebab mereka tahu mereka boleh buat apa sahaja, boleh bermaharajalela sebab mereka tau OIC dan negara yang simpati cuma sekadar bermesyuarat sahaja.Sekadar tindakan mengecam, tak kemana pun.

Begitulah juga dengan UMNO, kalau betul mereka kukuh dan kuat kenapa tetiba melatah dan semacam menunjukkan kegerunan dengan apa yang bakal 'dilancarkan' oleh pihak PKR?...Itu menunjukkan mereka dari luar sahaja nampak elok dan harmoni,dari dalam mereka juga umpama retak menanti belah.Sebenarnya...kini giliran UBN pula akan berkocak dan bergelombang...hati-hati UBN.Masa sudah tiba untuk pihak UBN pula menerima musibah kepimpinan terutama bila wang ehsan Kelantan disalurkan.Sah, dan pasti wujudlah 'cah keting' di kalangan pemuka-pemuka UMNO Kelantan.Rekod mereka kalau melibatkan duit atau pitih ni, jarang boleh tawaduk dan zuhud...pasti berebut dan bergaduh melobi projek dan tender....kita tunggu siapa yang kena...

Isu royalti dan wang ehsan,jika benar minyak yang disedut dari pantai Kelantan itu berada di luar 3 batu nautika seperti didakwa DS Najib, maka Kelantan tidak layak menerima wang royalti,ok kita terima. Tetapi betulkah begitu?Lihat Sarawak dan Sabah, mereka dapat royalti tetapi telaga minyak mereka terletak lebih dari 7 batu nautika dari kawasan perairan negeri kenapa mereka dapat royalti?...Kenapa begitu?.Di sini jelas menunjukkan pembohongan yang nyata.UBN memang berniat tidak baik dengan negeri Kelantan.Jika benar lah katakan, memang telaga minyak di Kelantan di luar perairan negeri, kenapa mengikut perjanjian antara Petronas dengan Kelantan dahulu, mengakui bahawa Kelantan berhak mendapat royalti dan bukan wang ehsan, sedangkan termaktub dalam perjanjian tersebut.Jika mungkir perjanjian, UBN boleh disaman.Malahan Kelantan boleh membatalkan perjanjian tersebut kerana UBN jelas ingkar dengan persetujuan yang dicapai.

Mengapa UMNO tergamak menipu rakyat 'atas darat',terang-terang berbohong dengan rakyat Kelantan.Sedangkan langkah tersebut [ menafikan wang royalti ] sebenarnya mengundang padah dan menjadi isu dalam PRU akan datang.Tidakkah UMNO tidak menyedari keadaan tersebut.Mungkin salah satu 'serangan; dari PKR nanti adalah menggunakan peluru 'wang royalti' yang dinafikan untuk Kelantan.Hal-hal lain,tunggu masa.Sebenarnya seronok juga melihat UMNO pula menjadi panas.Gerakan telah reda, MIC reda,PPP reda, MCA masih gegar lagi, cuma UMNO di bawah DS Najib belum mula...makanya pasti ia akan bermula tidak lama lagi.Kita tengok drama yang bakal 'ditayangkan' di 'TV3 1Malaysia' selepas ini.'Jam waktu' sedang berdetik menghampiri tempoh untuk drama UMNO mendapat sambutan hangat' penonton'...

"Kita berhenti seketika untuk memberi laluan kepada iklan.."Kita jumpa 'selepas ini'..jangan kemana-mana.

Sekian. mohon mencadangkan.

Zuan said...

Orang rancang nak serang kita, nak buat persediaan pun salah ke. Kalo kita dapat tahu ada cubaan singapura nak serang malaysia, takkan kita buat tak tau jer. Ekonomi antarabangsa memang tak stabil, tapi malaysia dapat mengiringi pemulihan tu jika dibandingkan dengan ekonomi antarabangsa kira berjaya lah tu. Takkan ekonomi antarabangsa merudum teruk tapi ekonomi kita memuncak naik melawan arus tak logik. Kalo kita ada produk banyak mana pon tapi orang lain tak mampu beli mana kita boleh melawan arus. Yang kita perlu tidak dihanyutkan arus kira berjaya lah tu. Kalo dah jadi pembangkang tu, tak perlu ludah ke langit. Kata yang pemimpin sekarang dinilai rakyat, begitu juga penulis blok dinilai rakyat. Mula dulu memang ramai terpengaruh dgn blog sebab benda baru, Pakat seronok mengata jer. Sekarang tak lagi.Mintak maaf. Assalammualaikum.