Monday, November 23, 2009

Tiga Berita Cemas

Nasarudin Masuk IJN, Abdul Hadi dan Sallehudin Jumpa Nik Aziz

[terkini 3:00 Keadaan Nasharuddin dalam keadaan stabil. Menurut rakan rapatnya beliau hanya mengalami stress semasa di Parlimen tadi. Menurut rakan itu yang memaklumkan sekejap tadi, beliau diminta rehat semalaman dan dijangka keluar besok. ]

SELEPAS Zohor tadi saya menerima tiga panggilan yang semuanya mencemaskan. Pertama Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dikatakan dikejar ke IJN, Kuala Lumpur setelah mengadu sakit dada ketika berada di Parlimen. Perkembangan selanjutnya tidak dapat diketahui macam mana perkembangan beliau.

Panggilan kedua mengenai Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama Naib Presiden, Sallahudin Ayub akan menemui Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini. Tidak dipastikan apakah pertemuan itu berlangsung petang ini ataupun malam ini.

Ada laporan menyebut Abdul Hadi dan Sallehudin akan mengunjungi Nik Aziz malam ini di rumahnya.

Kunjungan itu ada hubungkait dengan kemelut yang berlaku dalam Pas Kelantan sehari dua ini terutamanya desas desus mengatakan Husam Musa akan meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Apakah kehadiran kedua mereka itu membawa rahmat ataupun sebaliknya. Sama-sama kita tunggu.

Panggilan ketiga pula berhubung dengan satu laporan berita dalam New Straits Time, yang melaporkan sagtu sumber rapat dengan Husam Musa dikatakan telah memberi kata dua kepada Nik Aziz sama ada beliau perlu kekal sebagai Exco ataupun CEO, PMBK Abdul Ariffahmi Abd Rahman dan dua Exco lain dipecat.

Berita NST itu dianggap benar-benar mencabar Nik Aziz dan merimaskan Pas. Sehingga ini belum ada penjelasan ataupun komen dari Nik Aziz berhubung laporan akhbar berkenaan. Semalam Nik Aziz membuat kenyataan tidak ada cerita Husam nak letak jawatan dan beliau menegaskan kalau Husam nak lepas jawatan sekalipun beliau tidak akan menerimanya. [wm.kl. 2:50 am 23/11/09]

2 comments:

lapuria said...

Memandang kepada keadaan TGNA yang terlalu uzur dan kenyataan-kenyataannya sejak akhir-akhir ini sering mengelirukan, beliau patut meletak jawatan selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS secara terhormat.

Biarlah tugas berat itu dipikul oleh Timbalannya.

Selama ini pun banyak tugas beliau itu diserahkan kepada orang lain.

sai said...

Mungkin juga TGNA patut fikir utk letak jwtan sbgai MB dahulu. Kekalkan Mursyidul AM. Sekurang-kurangnya dah kurang satu beban. Atapun lepas jwtan Mursyidul Am kekalkan jwtan MB. Saya tak nampak pun tntg mslh ketokohan pada diri Haron Din. InsyaAllah Haron Din pun berkemampuan sprti TGNA. Cuma tentang MB Kelantan, saya pun tak pasti siapa yg lbh ketokohannya. Mungkin TGNA patut ada pelan peralihan supaya rakyat Kelantan blh terima pengganti beliau sebagaimana menerima beliau. Wallahua'lam