Kata Sepakat Sudah Ada: Ahmad Yaacob Ganti Tok Guru Nik Aziz
SAYA tidak mahu mendahuli takdir dan keadaan. Apa yang bakal terjadi esok adalah dalam pengetahuan dan ketentuan Tuhan. Kita hanya boleh berdoa, merancang dan berikhtiar tetapi Dialah juga yang akan menentukannya. Dan bila Dia sudah menentukan maka tidak ada pilihan selain daripada menerimanya dengan menyakini apa-apa yang Dia tajallikan itu penuh dengan rahmat dan hikmah.
Cuma firasat saya kuat mengatakan bahawa kegoncangan politik Kelantan ekoran berlakunya Perang di PMBK dua minggu lepas sudah pun menunju ke jalan penyelesaian. Sudah ada tanda-tanda kemelut itu yang ikut terkena ke batu jemala Tok Guru Nik Aziz sudah mahu berakhir. Jalan penyelesaiannya sudah pun mula kelihatan.
Kalau pergolakan bermula dua minggu lalu itu dilihat ada agenda untuk menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan kini sudah ada calon yang dipersetujui akan mengambil tempat itu. Nampaknya sudah sepakat untuk memilih calon berkenaan. Orang itu tentulah bukan individu yang terlibat dalam 'konspirasi' memalukan Tok Guru itu sendiri kalau ianya boleh disifatkan sebuah mini konspirasi.
Apakah ini dikatakan erti kebenaran, di mana kebenaran itu akan tetap menang di mana-mana dan bila-bila masa saja? Betapa hebat kemungkaran dengan putar belit di jaring dan dijalin dengan pelbagai teori namun ia akan musnah juga. Kebenaran sentiasa berada di sisi Rabbi.
Alhamuduliah nampaknya sudah ada persepakatan kecil di kalangan Pas Kelantan supaya pengganti Nik Aziz diserahkan kepada timbalannya sekarang, Ahmad Yaacob (foto). Sekurang-kurang tiga Exco negeri berkenaan menyatakan persetujuan dengan cadangan itu. Masing-masing mengakui dari segi kelayakan, Ahmad paling layak dan paling munasabah.
Kata sepakatan ini juga sesuai dengan kenyataan dikeluarkan Nik Aziz mengatakan pengganti beliau ialah mengikut hirerki parti. Makannya tidak ada pelangkauan atau pun calon bidan terjun.
Hari ini seorang Exco yang sebelum ini dilihat orang yang dipuja dan layak mengganti Tok Guru telah membuat kenyataan dia tidak akan bersedia untuk jadi MB. Katanya seperti mana dilaporkan kalau jawatan itu ditawarkan kepadanya ia akan menolaknnya. Syukur Alhamdulilah,. jawatan bukan menjadi buruan dan matlamat yang dicita-citakan.
Semua pihak perlu menerima penjelasan Exco itu sebagai ikhlas dan benar. Mungkin dia membuat ketegasan itu sebagai pengorbanannya demi parti. Hendaknya tidak ada apa-apa prejudis kepadanya apabila dia membuat pengakuan yang dilihat mengendur dan mengangkat bendera putih.
Selain Exco itu, Mohd Amar Abdullah dan Takiyuddin Hassan juga menyatakan hal yang sama. Mereka berdua bersetuju kalau Ahmad Yaaob mengganti Tok Guru. Dari segi kelayakan dan senioriti dalam parti Ahmad Yaacob mengatasi lain-lain tokoh.
Dipercayai sokongan ke atas Ahmad Yaacob ini menyeluruh dan sehingga ini tidak ada suara sumbang yang mengatakan Ahmad Yaacob tidak layak. Kesesuaian Ahmad mengganti Tok Guru juga memandangkan beliau seorang pemimpin yang merendah diri dan tidak suka kepada kontroversi. Jadi sekarang ini Tok Guru tidak perlu bersusah hati dan berducita lagi, sampai masa umumkan saja nama Ahmad Yaacob habis cerita. [wm.kl. 4:00 pm 26/11/09]
1 comment:
Salam I'dul-Adha...
Tuan MSO...hari ini[28/11/2009] dalam Utusan Malaysia TGNA sekali lagi menimbulkan isu berkaitan spekulasi dalang yang memainkan peranan untuk menjatuhkannya sebagai MB Kelantan.Itu hak TGNA.Cuma saya agak terkilan kerana TGNA menamakan batang tubuh dalang tersebut dengan nama 'Kolonel Mat'.Walaupun itu mungkin hanya sekadar perlambangan atau secara mantiknya sahaja namun dalam barisan EXCOnya [TGNA] kalau tidak silap saya ada seorang EXCO yang memang bekas pegawai tentera.Isunya di sini, kalaupun EXCO tersebut [bekas pegawai tentera itu ] bukan dalang yang dimaksudkan tetapi persepsi yang mungkin timbul ialah akan ada orang yang lemah akal budi politiknya akan menuding jari kepada EXCO berkenaan.Sementelahan pula EXCO terbabit adalah adik kepada salah seorang Bekas Ketua UMNO Bahagian di Kelantan.Secara logiknya, adalah tidak adil jika TGNA menamakan dalang tersebut pula adalah juga bekas pegawai tentera dan ini akan menampakkan EXCO berkenaan adalah orang yang dimaksudkan.Andai memang dia [EXCO]
yang menjadi dalang tersebut, itu memang berpatutan la tetapi bagaimana jika orang lain, bagaimana perasaanya?.Kesianlah kepada EXCO berkenaan.
Saya 'melihat' besan TGNA juga seperti lebih sudu dari kuah.Ingin terlibat sama dalam persepsi yang ditimbulkan.Dalam saat-saat begini sepatutnya mana-mana ADUN di Kelantan perlu pandai membawa diri.Jangan sesekali terpalit sama dalam kancah yang semakin kusut tersebut.Walaupun mungkin dengan niat yang ikhlas tetapi jika bukan pada masanya maka lain pula 'bacaan' orang ramai terhadap apa yang diperkatakan.
Begitu juga berkaitan 'dalang' yang TGNA maksudkan itu, jika dia adalah benar-benar bekas pegawai tentera dan bukan salah seorang dari EXCOnya maka tidak sepatutnya TGNA secara mantiknya menamakan dalang itu 'Kolonel Mat', atas alasan, isu lain pula akan timbul dan menimpa EXCO berkenaan.Mungkin ada yang beranggapan EXCO itulah orangnya.Tidak salah menggunakan 'Kolonel Mat' jika tidak ada ADUN atau EXCO Kelantan yang bukan dari bekas pegawai tentera..
Aduuuiiii...lepas satu, satu isu yang timbul.Lain yang dipanah, lain yang terkena dan terasa.Pelbagai persepsi pula akan timbul nanti terutama melibatkan ADUN atau EXCO yang dari kalangan bekas pegawai tentera.Jika memang TGNA bermain ilmu mantik dalam hal ini, selamatlah tetapi bagaimana jika memang itulah 'mantiknya'.
Sekian, mohon mencadang.
P/S : Mohon maaf jika bekas pegawai tentera tersebut bukan lagi EXCO di Kelantan,kerana suatu masa dahulu dia memang EXCO.Terkini saya tidak mengikuti secara dekat, rasanya masih EXCO.
Post a Comment