Thursday, November 19, 2009

Menjelang Malam

Bila Najib Dan Anwar Minum Teh Bersama (2)

BEBERAPA hari lalu sebelum Najib dan Anwar minum teh bersama di parlimen saya telah duduk dan minum tea dengan seorang bekas ahli Parlimen bergelar Datuk. Datuk ini berasal dari Malaysia Timur. Perbualan kami berlegar politik semasa dan untung nasib bangsa. Dia ternyata begitu kecewa dengan keadaan orang Melayu dan juga kemelut politik hari ini.

Apa yang disuarakan Datuk itu juga menjadi perhatian saya sejak lama. Jadi topik petang itu topik yang terpendam di jiwa. Saya juga bimbang dengan nasib orang Melayu di negara ini. Keadaan orang Melayu di negara ini berpecah belah dan berpihak kerana sentiman yang berlebihan.

Saya memberi tahu Datuk itu saya sudah habis ikhtiar untuk memulihkan perpaduan orang Melayu. Sudah bertimbun tulisan saya menyeru agar orang Melayu kembali bersatu demi masa depan tetapi sia-sia saja. Seruan perpaduan baik oleh saya dan orang lain sia-sia saja.

Katanya, dia juga mengalami masalah demikian. Sudah habis ikhtiar bagaimana hendak memperkuatkan kedudukan orang Melayu. Dalam perbualan mencari formula dan kunci untuk menguatkan Melayu dan menstabilan negara, Datuk itu berpendapat keadaan politik orang Melayu dan negara ini tidak akan stabil kalau Najib dan Anwar tidak bersama.

Saya setuju 100 peratus dengan pendapat Datuk itu. Selagi keduanya tidak duduk sekali membincangkan nasib dan masa depan negara maka selama itulah politik orang Melayu khasnya akan berombak. Keadaan negara tidak akan stabil. Dan selama itulah orang Melayu dibahagikan kepada dua kumpulan besar.

Lantas itu saya bertanya kepada beliau, apakah tidak ada usaha untuk temukan mereka berdua? Persoalan saya inilah yang memecahkan cerita yang saya kira belum tersebar ini, iaini mengenai pertemuan antara Anwar dan Najib. Menurut Datuk itu memang Najib dan Anwar sudah pun bertemu.

Saya terkejut mendengar penjelasan itu. "Saya sudah dengar sebelum ini, Datuk, tetapi saya tidak percaya...," balas saya memberi reaksi atas apa yang berlaku. Sudah ada beberapa bloger menulis mengenai pertemuan Anwar dengan Najib. Tetapi ceritanya dangkal menyebabkan saya tidak mempercayainya.

"Tetapi cerita itu tidak betul, Datuk. Tak logik. Masakan Nurul Izaah yang pergi hantar ayahnya ke rumah Najib?" kata saya menceritakan perihal cerita pertemuan Anwar dan Najib yang tidak logik sebelum ini. Sengaja saya mempromok Datuk berkenaan.

"Betul, mereka ada bertemu. Saya diberitahu oleh rakan yang rapat dengan kedua orang itu?" jelas Datuk itu serius.

"Saya tidak fikir mereka bertemua sendiri, mungkin menerusi proxinya saja, kot?" kata saya masih ragu-ragu.

"Betul, mereka bertemu berdua sahaja," tekannya. Kali ini agak serius. Kemudian Datuk itu memberi tahu alasan-alasan atau gambaran menunjukkan memang berlaku pertemuan itu. Bagaimana pun bila saya bertanya tarikh dan lokasinya dia keberatan untuk menjelaskannya.

"You tahu kenapa Anwar gertak nak serang Najib habis-habisan,?" tanya Datuk itu. Saya menggelengkan kepala saya. "Tak tahu, kenapa?" saya serius.

"Katanya masa pertemuan itu mereka sudah mencapai kata sepakat. Najib ada berjanji untuk melakukan sesuatu kepada Anwar. Anwar bersetuju. Tetapi bila Najib lambat laksanakan, maka Anwar terpaksa buat kenyataan nak serang Najib," katanya.

"Maksudnya, kenyataan Anwar itu mahu mendesakkan Najib supaya menunaikan janjinya," telah saya. Datuk itu menagngguk-angguk sambil tersenyum.

Saya tidak bertanya apakah persefahaman antara Najib dengan Anwar. Cuma apa yang dapat saya simpulkan sudah pastilah persefahaman atau janji itu untuk kebaikan kedua pihak. Win-win situasi. Yang boleh saya tebak dan teka di senja hari ini, mungkin saja Najib meminta Anwar tidak menyerangnya, dan Anwar meminta Najib melepaskannya. Tafsirlah sendiri apakah maksudnya!

Apapun sekiranya pertemuan itu berlaku atau tidak berlaku, bagi saya wajar orang Melayu kena menyokong niat yang baik itu. Baik Najib maupun Anwar tidak ada gunannya terus bertelagah antara satu sama lain. Langkah, persefahaman mereka ambil itu bagi saya satu pengorbanan besar yang mereka lakukan dan perlu dipuji.

Dan kalau pun pertemuan seperti mana dikatakan Datuk yang bersumberkan kawannya yang rapat dengan Najib dan Anwar itu tidak berlaku, elok kalau ianya dilakukan, diusahakan agar benar-benar berlaku. Biarlah pertemuan untuk mencari persefahaman itu menjadi kenyataan. Saya tidak kira mereka berdua tidak pernah mencongkak mengenai masa depan negara dan bagaimana mereka perlu bekerjasama untuk mengatasinya.

Kesimpulannya bagi saya gambar Najib dan Anwar minum teh di parlimen itu mungkin penzahiran awal mengenai perjumpaan sulit mereka seperti mana diceritakan oleh Datuk itu. Jika Datuk itu dibohongi oleh kawannya maka saya juga membuat sepekulasi yang tidak tepat, mengenai gambar berkenaan. Begitu pun spekulasi seperti ini tidak menjadi kesalahan kerana ia membimbing ke arah kebaikan. Mereka yang tidak mahu melihat Najib dan Anwar bekerjasama adalah musuh negara! [wm.kl. 6:30 pm 19/11/09]

3 comments:

batunisan said...

eloklah kalu mereka bertemu dan berbaik.. tapi perpaduan melayu takkan berlaku juga tanpa penglibatan pas. tetapi agenda perpaduan yang dibawa oleh tghh dengan mudahnya dibetah oleh orang pas sendri.
keadaan mungkin berbeza sekiranya agenda perpaduan ini dibawa oleh dsai. natijahnya mungkin lain..sebahagian pas dan umno akan menyokong. sekiranya disambut oelh najib maka akan lebih kuat..

apapun jangan terperangkap dengan isu gambar ni..maklumat yang saya dapat, najib dah merancang konspirasi yang lebih besar termasuk menawan kelantan..

kapal selam dah sampai di malaysia bermakna wang komisyen juga dah dapat dan mungkin telah diagih2kan. sebabtu lah najib jadi mesra kelantan dengan menawarkan wang ehsan tetapi kepada jpp bukannya kerajaan negeri..
tgna diserang dengan hebatnya dengan pelbagai isu..

entahlah melayu dengan melayu bergaduh.. nasib baik mca pun sama bergaduh..

ps.. minta mso ulas sikit perang antara kickdefella dengan say no to munafiqeen.

ANAFAKIR said...

Pertemuan dua sahabat lama yang kini menjadi sekadar kawan-kawan politik mengukir seribu pengertian...Apakah mereka sedang bermain teka teki untuk komponen BN dan pakatan rakyat?..Cuma kehadiran DSNA sebagai 'saksi' cukup molek sebabnya DSNA ni seorang manusia yang berpijak di bumi yang nyata..dia akan berkata putih kalau itu memang putih, dan dia juga akan berkata hitam jika benar itu memang hitam.

Lagipun DSAI dan DSN adalah pemimpin utama dalam Pemuda UMNO suatu ketika dahulu, dah DSNA pernah 'bernaung' dengan mereka semasa memimpin Pemuda...oleh itu, ada sesuatu yang tersirat di sebalik yang tergambar dalam potret di atas...

Pemimpin hari ini memang bijak berlakon dan bermain teater..penonton tergelak dan ketawa, sedangkan belum tentu watak-watak yang memainkan peranan dalam lakonan dan teater itu tersenyum..sekadar menghayati watak belum tentu mereka mampu menjadikan waktu itu diri mereka yang sebenar.

Sama-sama kita membuat tafsiran...kerana sekeping gambar itu memang benar menyimpan seribu erti.

Unknown said...

salam MSO

saya mula terdetik di hati dan merasa sedikit pelik bila mana Muhyidin menyerang anwar secara tiba-tiba. Anwar di panggil pengkhianat ketika itu.....

dengan tidak semena-mena, serangan ke atas Najib baik oleh Anwar atau blogger beralih arah...

kalau lah ini memang di rancangkan untuk kebaikan negara, syabas dan tahniah kepada Anwar, Muhyidin dan Najib atas pengorbanan

dan kalau ini benar, kerajaan perpaduan yang di laungkan oleh segelintir pemimpin pas jugak mungkin datang dari "arahan" dari projek ini.. test market saja.. mungkin utk mengCheck Tuan Guru Nik Aziz...kerana pengikut PAS kebanyakan lebih mendengar TGNA dari pemimpin PAS yang lain...