KEDUA-DUA makhluk ini, burung cak raya (panggilan orang kampung Murai kepada burung tempua) dan hantu raya adalah makhluk peliharaan. Burung cak raya makan padi dan bunga-bunga rumput saja. Dia boleh terbang dan mengeluarkan bunyi mengasyikkan. Kalau di desa sarangnya di atas pokok kelapa.
Manakala hantu raya makanannya darah, bangkai dan barangan mahal memerlukan perbelanjaan yang besar. Hidupnya berprestij dan punyai taste yang tinggi. Dia tidak tahu makan beras atau padi.Hantu raya tidak ada sayap, tetapi ia boleh membantu kerja-kerja tuannya untuk mencapaikan hajat. Misalnya untuk menganggu anak bini orang, memecahkan perpaduan, meretakkan hubungan menanti dan mertua dan sebagainya. Semua kerja terkejut ini dia boleh melakukannya. Inilah kelebihannya.
Hantu raya ni dia akan duduk diam dan sentiasa menurut perintah tuanya kalau perutnya memboyot. Selamanya keperluannya makan minum, etntertainment dan sebagainya dipenuhi dia akan jadi baik.
Banyak yang Murai dengan kisah-kisah mengenai hantu raya. Kononnya bila dia sudah lapar, dia akan mengganas. Dia akan merayau-rayu masuk bandar ke ke luar bandar dan juga masuk kampung ke luar kampung. Dia akan merampas dan membaham apa saja yang ada untuk mengisi perutnya. Dia tidak ada etika dan kenal etika hidup.
Bukan itu sahaja dia juga jahat. Dia akan khianat dan mengugut sesiapa yang dia mahu. Dia tidak kira siapa, termasuk tuannya sendiri. Semua ini berlaku kerana tuan tidak pandai menjaganya. Tidak peduli akan kehendaknya. Bahayanya juga kalau sudah terdesak si hantu raya ini akan sanggup memakan tuannya itu. Dia apa peduli yang penting perutnya buncit.
Di sini inginlah Murai nak ingat kepada anak cucu kalau nak pelihara, baiklah pelihara burung cak raya. Biarlah dia kecil, tidak dapat dijadikan alat menganggu dan tahu buat kacau. Kalaupun dia tidak diberikan padi atau bunga rumput dia akan mati sendiri. Dan kalau dia dilepaskan dia tidak akan ganggu sesiapa. Paling-paling dia akan terbang jauh macam Murai meninggalkan kampung halaman untuk memasuki kloni baru buat cari makan di tempat orang.
Murai: Suka berkawan dengan burung cap raya.
No comments:
Post a Comment