GAMBAR (foto still) menunjukkan Anwar Ibrahim menghirup teh tarik bersama Najib Razak dalam keadaan santai di Parlimen seperti mana yang dipaparkan oleh media cetak dan internet hari ini memberi seribu makna. Kata orang, gambar boleh menceritakan berbagai maksud yang tidak terungkap dengan kata dan bicara.
Bagi saya gambar itu tidak saja-saja dipaparkan, dan tidak juga saja-saja untuk Anwar dan Najib duduk begitu. Saya memahami hati naluri, dan bagaiman peranan Editor di sesebuah akhbar yang menyiarkan gambar berkenaan. Yang jelasnya gambar itu tidak ‘haram’ kerana itu ia disiarkan. Dalam dunia surat khabar ada gambar yang ‘haram’ dan ‘halal’ walaupun realitinya ia adalah semua halal. Atas nama kebebasan apa juga gambar boleh dirakam dan disiarkan. Faham elok-elok.
Saya suka melihat sesuatu yang baik dan ceria. Sebelum berbicara lanjut, saya ingin memalingkan pandangan ini kepada pengkritik kecil yang berbuak-buak dengan beremosi dan sentimen kedirian. Macam mana kalau duduk dengan Najib bertemankan Nazri Aziz itu, bukan Anwar tetapi Abdul Hadi Awang atau Nasharuddin Mat Isa? Apakah persepsi anda secara jujurnya? Tentu kini sudah menjadi riuh rendah. Sudah ada orang yang tidak kena duduk dan gelisah memanjang, macam cacing kepanasan.
Mungkin sudah ada orang yang meloncat di Kota Bharu dan di Shah Alam. Atau pun di Pokok Sena Kedah. Tetapi sehingga jam 11:37 minit pagi ini belum ada apa-apa loncatan di mana-mana yang dilakukan oleh mana-mana individu. Nampaknya semua berkenan dan ‘bergumbira’ dengan aksi dua pemain politik yang bersahabat itu.
Bagi saya pameran gambar itu ada apa-apa. Ada motif dan tujuannya. Dan apa-apa itu adalah bagus sekali. Syabas dan syukur saya lafazkan atas apa yang berlaku. Harapnya Dr Mahathir Mohamad jangan memberi komen negatif dan cuba menganggu keenakan mereka minum teh tarik itu.
Ingat, sebelum Anwar sudi atau rela untuk duduk dengan Najib dan dipotretkan, beliau sudah duduk semeja dengan Muhyiddin Yassin di majlis makan tengah hari, juga di parlimen. Kenapa di parlimen? Dan bila mereka makan tengah hari ertinya pertemuan Anwar dengan Muhyiddin itu lebih ‘berkomersil’ daripada pertemuan Najib. Dengan Muhyiddin makan nasi dengan Najib hanya minum teh.
Apakah kopi atau teh tarik itu menunjukkan semuanya sudah selesai? Ghalibnya dalam budaya orang Melayu, tetamu akan mula menghirup kopi dan menjamah kueh mueh dan hidangan selepas segala-galanya selesai. Kalau datang untuk menyatakan hajat, hajat sudah pun tersebut, pesan sudah pun terturut, barulah makan dan minum? Begitukah? Anwar dan Najib mula mengingati budaya Melayu? Barang kali mereka masing-masing sudah insaf dan sedar, bahawa tidak ada gunannya kalau sama-sama membelakangkan budaya dan adat Melayu. Elok mengemas simpul sebelum tali terputus!
Barang kali pertemuan itu tidak ada apa-apa maksud sebaliknya? Kerana itu ianya dibuat secara terbuka. Tetapi bukankah keterbukaan itu untuk melindungi yang tertutup dan sulit? Dalam hal ini adalah baik bagi kita semua menerima dan menganggap pertemuan itu berniat baik untuk semua dan akan membuahkan sesuatu yang baik untuk semua orang dalam negara ini.
Bukankah kita semua siang dan malam berdoa untuk mencari kebaikan bersama?
Dalam sambung tulisan ini saya akan menceritakan pertemuan saya dengan seorang bekas ahli Parlimen bergelar Datuk yang menceritakan mengenai kisah sulit Anwar dengan Najib. Sabarlah menanti dan kunjungilah blog Merah Tinta. [wm.kl. 5:00 pm 18/11/09]
7 comments:
salam tuan mso, elok sangatlah tuan mso menggunakan pena tuan yg lebih tajam dari mata pedang untuk menyatukan semula orang melayu yang dah berpecah, benar, tiada gunanya kita selamanya bersengketa, cukuplah perbedaan tika pilihanraya, elok lepas pilihanraya semua duduk semuka dan minum teh tarik bersama-sama!
ye saya setuju dengan tuan.
Klaulah Presiden atau timbalan PAS yg minum2 mcm tu maka akan gempak seluruh dunia..
jika ustaz nasa berada bersama sudah pastilah gegak gempita seentero dunia.Malang ! malang!
Depa tak kritik sebab ingat depa anwar ni boleh harap, dia tobat takkan berpadu dengan umno. Heran sungguh, kalau pemimpin pas, nak dok dekatpun dihukumkan haram. Pemimpin pkr sapa pun tak peduli pulak. Nik Aziz tak kata apa kah, rakan pakatannya nampak baik sangat dengan pm tu: condong arah UG tu??
ini adalah politik bukan medan perang atau gelanggang gusti, setuju dengan ZIKR lepas Pilihanraya semua duduk semuka dan minum teh tarik, cuma tak perlulah nak beretorik tentang sengketa dan perpecahan..
tak kiralah apa parti kita pilih dan sokong, keutamaan tetap pada agama bangsa dan negara
pihak pemerintah dengan fungsinya begini dan pihak pembangkang dengan fungsinya begitu
tak kira apa posisi kita setiap dari kita ada hak nak menyumbang sesuatu yang baik dan bermakna
lagipun mereka cuma santai-santai sambil menghirup teh tarik, mungkin itu hanyalah perkara biasa saja, mereka ahli politik dan profesional tak lebih dari itu
hari esok tetap berlaku seperti hari semalam..
semuanya sama saja di Malaysia ni..
Tuan MSO...'bacaan' saya terhadap potret yang dipaparkan...ialah lebih kurang begini;
1. DSAI : senyum sinisnya itu..menggambarkan sinis yang penuh kepuasan.Mungkin apa yang diharapkan dari DSN semakin mendekati apa yang 'dibincangkan' antara mereka berdua.Kekuatan dalaman ketika ini berpihak kepada DSAI..seolah-seolah DSAI akan dapat apa yang dia mahu dari DSN.
2. DSN : Senyumannya itu senyuman yang tawar.Dia semacam' terkena' dengan tekanan yang 'dibincangkan' sebelum itu.Namun dalam senyuman tawarnya itu, dia masih memasang perangkap...dalam hatinya dia berkata " apa?...dia ingat aku begitu senang nak diugut, dia[ Anwar ]fikir aku siapa?..takpe2, aku pun ada rancangan...tengoklah nanti.."
3. Jauh di hati mengharapkan
'penyatuan' bertaut semula.Cuma Anwar mahu dia dulu jadi PM, kemudian barulah Najib..mana mungkin begitu kerana DSN sedang berada "di atas singgahsana"..tetapi kalau ada cara lain boleh dirunding, mereka akan runding.Kesulitan yang timbul, Anwar dah semakin 'tua' sedangkan Najib baru menikmati apa yang diidamkan selama ini malahan sewaktu Pak Lah dilantik menjadi PM lagi...Namun dari senyuman tersebut,mereka sebenarnya masih mengharap ada "tolak ansur "antara mereka. Mengharapkan 'win-win situation',bagaimana caranya?..mereka berdua sedang fikirkan.
4. Sekadar minum teh; itu menggambarkan mereka sudah lama tidak 'berjumpa' perjumpaan tersebut bagaikan pertemuan untuk mempereratkan hubungan disebabkan mereka 'sibuk dengan tugas', dan haluan masing-masing...seorang pemimpin tertinggi UMNO, seorang lagi 'pemimpin tertinggi' PKR...
Hanya jauhari yang mengenal manikam...mungkin mereka akan bersatu dan mungkin mereka akan meneruskan 'perang'...kita tengok siapa yang kenaaaaaaa...
picture is apoem without words
Post a Comment