Sunday, January 17, 2010

Senandung Ahad

Hang Nadim dan Musang Berbulu Ayam

EXCO Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Takiyuddin Hassan kesal dengan pendedahan keputusan mesyuarat Exco Kelantan minggu lepas bersabit kesediaan kerajaan untuk membeli lantai satu Bazar Tok Guru untuk dijual murah kepada para peniaga yang terlibat dengan pemindahan.

Sehubungan itu beliau meminta Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Bagi Takiyuddin kebocoran maklumat itu sesuatu yang serius kerana menyentuh soal intergiri kerajaan, apa lagi dokumen itu dikelasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sebagai seorang pengamal undang-undang Takyuddin melihat kebocoran rahsia kerajaan menunjukkan kelemahan kerajaan ekoran wujudnya pemimpin yang tidak jujur dan ikhlas. Kebocoran itu juga boleh disifatkan sebagai perbuatan sebotaj ke atas kerajaan.

Takiyuddin mencadangkan demikian merujuk kepada pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi Syed Abdul Rahman dalam blognya - Kicdefella. Menurut Syed Azidi kerajaan kerugian RM50 juta kerana terpaksa membeli semula bangunan yang dijual kepada sebuah syarikat untuk menguruskan projek berkenaan yang bakal menjadi satu legasi agung Nik Aziz selama menjadi MB.

Nik Aziz dalam memberi reaksi atas pendedahan itu mengakui kerajaan tersilap langkah dan mengakui terpaksa membeli balik untuk diagihkan kepada para peniaga. Nik Aziz beranggapan dengan langkah itu 'pemberontakan' oleh para peniaga yang tidak berpuas hati dengan harga kedai ditawarkan kepada mereka selesai.

Menurut Syed Azidi kerugian dialami kerajaan atas kesilapan itu sebanyak RM50 juta. Bagimana pun Takiyuddin menjelaskan ia tidak sampai sebanyak itu, di mananya jumlah lebih separuh dari itu. Jelas perangkaan diberikan itu untuk memalukan muka kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz.

Mungkin apa yang menyesalkan Takiyuddin ialah bagaimana keputusan mesyuarat Exco minggu lalu itu sudah boleh jatuh ke tangan Syed Azidi. Siapa yang membocorkannya? Kata Takiyuddin minit mesyuarat itu pun masih belum disahkan tetapi ia sudah dibocorkan. Fantastik sekali! Atau apakah ini dikatakan ketelusan untuk mewujudkan kerajaan yang baik?

Bagi saya apa yang berlaku sedikit pun tidak pelik dan menghairankan. Selagi musang berbulu ayam masih ada bukan saja maklumat persis itu boleh bocor dan didedahkan, maklumat-maklumat lain lebih penting dan rahsia juga boleh bocor dan disebarkan secara meluas.

Pembocoran itu pastilah dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai intergiriti, tidak ada air muka dan nilai perjuangan. Mereka tentulah juga berniat jahat ke atas Tok Guru Nik Aziz. Nampak 'ke pesen' (fesyen), pendedahan itu semacam mahu memalukan Tok Guru Nik Aziz saja. Ia juga adalah kesenimbungan dengan saman RM800 juta yang kena bayar oleh kerajaan Kelantan kepada syarikat pembalakan seperti mana diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu baru-baru ini.

Kedua kes itu, saman RM800 juta dan 'kerugian' RM50 juta melibatkan kewangan rakyat dan negeri Kelantan. Apa yang berlaku itu menunjukkan kelemahan dan 'kecakduhan' Nik Aziz sebagai MB. Kelemahan urutadbir Nik Aziz dalam aspek kewangan. Walaupun beliau tidak bertanggungjawab sepenuhnya namun risiko yang kena tanggung ialah beliau sebagai MB Kelantan.

Untuk mengetahui siapa yang membocorkan rahsia itu kepada bloger berkenaan saya rasa tidak sukar untuk Takiyuddin dan pemimpin PAS Kelantan lain mengetahuinya. Takiyuddin tahu siapa ahli mesyuarat kerajaan Kelantan. Ia terdiri dari sembilan Exco dan empat pegawai terdiri dari Pegawai Kewangan, Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah anggota Exco yang membuat keputusan dan tahu keputusan. Selain daripada itu tidak ada siapa yang tahu dan berhak untuk memberi tahu.

Takiyuddin dan orang ramai boleh mengagak dan menebak siapakah antara ahli Exco ini yang mungkin membocorkan kepada penulis blog berkenaan? Caranya, periksa siapa yang membawa bloger itu ke Kelantan. Exco mana yang pernah mengambilnya berkerja? Exco mana yang pernah rapat dan baik dengannya?

Bagi saya tidak pelik dan hairan kalu maklumat itu perlu didedahkan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk memalukan Nik Aziz saja. Pengakuan Nik Aziz kerajaan telah melakukan kesilapan dengan mengalami kerugian RM50 juta itu sudah mencapai sasaran pihak berkenaan yang ingin memalu dan memburukkanya. Pengkauan itu menjatuhkan martabat dan maruah Nik Aziz sebagai pemimpin.

Bagi bijak pandai sudah dapat merasakan permainan ini. Kenapa soal 'kerugian' dan kesalahan ini hanya Nik Aziz seorang yang mengaku. Di mana Exco lain yang turut bertanggungjawab ke atas projek berkenaan. Kenapa diam membisu macam burung hantu bisu?

Apapun apa yang kena ingat dan belajar Nik Aziz tidak akan lepas jawatan dengan cara memburukkan dirinya begitu. Dia seorang ikhlas dan jujur lagi mulia. Bila dia mengaku kesalahan dan kerajaan silap, rakyat Kelantan yang sehati sejiwa dengannya makin kuat menyokongnnya. Apologis itu diterima rakyat. Biasanya begitulah.

Jadi kepada Takiyuddin tidak usahlah bimbang. Walaupun pendedahan keputusan kerajaan itu dan juga pengakuan kesilapan oleh Nik Aziz, ia tidak akan merubah status quo kepimpinan yang ada. Saya penuh yakin setelah menoleh ke belakang dan ke depan - pengalaman lampau, Nik Aziz tidak akan berganjak dari kedudukannya kini. Segala masalah yang dilemparkan ke atasnya akan menjadi pasak menguatkan lagi azamnya untuk terus berkuasa dan menjadi MB. Makin digoncang akar tunjang semangat Nik Aziz makin kukuh dan tajam menikam bumi.

Saya percaya doa dan harapan Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat yang mengharapkan Nik Aziz menjadi MB sampai mati akan menjadi kenyataan. Cuba perhatikan siapa yang berani desak Nik Aziz berhenti? Dan kalau pun didesak beliau sering menepisnya dengan seribu alasan walaupun mudah tetapi mempunyai impak yang kuat.

Masalah kesihatan yang dialaminya usahlah dirisaukan. Kekeramatan hidup dan keromah yang ada kepadanya meletakkan beliau lebih layak dan anggun daripada seribu sang cerdik lain. Lagipun apa nak peliknya, kalau Ashaari Mohamad (bekas Syaikul Arqam) yang kini diserang stroke dan tidak boleh berkata-kata masih boleh mentadir dan memerintah jemaahnya secara baring, kenapa tidak dengan Nik Aziz. Nik Aziz belum kena baring dan masih berjalan dengan menggunakan tongkat. Nik Aziz ternyata lebih kuat dari Ashaari.

Sultan Kelantan, juga kini sudah lebih lima bulan sakit di Singapura tetapi masih menjadi Sultan. Tugas-tugas baginda dilakukan oleh Tengku Muhammad Faris putera sulungnya. Begitu juga nanti Nik Aziz boleh serahkan tugasnya kepada pemangkunya tanpa beliau meletakkan jawatan, jika mahu. Pemangku itu akan bertindak bagi pihaknya.

Kesimpulannya Nik Aziz tidak payah siasat mengenai siapa yang memberi maklumat sehingga terdedah dokumen kerajaan kepada umum menerusi blog. Selagi ada musang berbulu ayam dan si Hang Nadim selama itu kejadian membocorkan rahsia sulit kerajaan akan terdedah. Apakah Nik Aziz sedia memerintahkan hukum pancung ke atas Hang Nadim? Yang penting bagi Nik Aziz ketahui ialah apa juga keburukan yang bakal didedahkan selepas ini tujuannya adalah untuk menjatuhkan beliau.

Jadi kepada Takiyuddin dan sekalian orang yang walang dengan apa yang berlaku berbanyaklah membaca suruah Alam Nasyarah; mudah-mudahan Allah akan memberi ketenangan hati dan jiwa. [wm.kl. 10:00 16/01/10]

6 comments:

T.A.Hameed said...

Baca dalam akhbar Mingguan dan tulisan Haji ni lagi jelas...cuma saya tak jentik kuat sikit lagi

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum, Tuan. Mungkin saya silap. Rasanya Hang Nadim yang cadangkan pacak batang pisang bukan dan bukannya yang cabut batang pisang. Rasanya watak tersebut tak kena lah. Kini, memang ada orangnya yang bermain dalam fikiran saya, tapi diakah?

Ryzal72 said...

Asslamualaikum,
Sdr.MSO, membuat divertion isu bagi seorang ahli politik seperti Mr.Taki adalah lumrah. Bukan itu soal pokok yg mahu diketahui oleh rakyat kelantan sekarang ini. Kita dah pangkah pas, kita dah bui kuasa , kita dah bui amanah maka kita rakyat kelate wajib dibagitau bagaimana perkara RM 50 juta tu boleh berlaku! Khilafnya dimana. Itulah yang rakyat perlu tahu. Kita tak kiisah bagaimana maklumat tu boleh bocor. Itu soal lain, Jika setiap masa mahu disembunyikan akan hal-hal tidak baik begini drp rakyat,amatlah zalim kerajaan negeri. sPlease laaa...rentikan putar belit pemiikiran rakyat. Ambo rasa, yang haq tu, haq lah...yang batil tu buatlah cara batil. Kan senang, cara tok guru, mengaku ada kesilapan..tapi tak seharusnya cukup begitu. maka perlu dicari siapakah culpritnya. Saya tak pasti komen saya akan dikeluarkan atau tidak tetapi itulah hakikatnya. Pangkah sudah pangkah dulu!
Ikhlas.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

Kadang kala pada satu satu masa tertentu ada yang marah marah pada OSA (akta rahsia rasmi)sehingga digesa minta dimansuhkan tetapi jika dilihat disini nampak gayanya semacam mahu akta tersebut diteruskan demi untuk melindungi satu satu kerahsian kerajaan.

tetapi jika asyik dok tutup bangkai gajah dibawah karpet pun lama lama akan terhidu baunya juga,olih itu terimalah seadanya hakikat kelemahan diri mudah mudahan dapat bermuhasabah keranannya....

Unknown said...

kalau boleh sy betul kan skit fakat MSO.

Ya, betul, mesyuarat EXCO mmg ahli2 EXCO yg hadir, tp MSO kena ingat, EXCO berhak dptkan penjelasan dari pelbagai pihak jika diperlukan.

Dlm kes peniaga, sudah tentu pelbagai pihak dipanggil oleh messyuarat EXCO utk menjelaskan pelbagai perkara berkaitan, Sensa TImur, PBMK, daln lain2.

Ini fakta, bukan auta.

Tp cara MSO jelas menuding jari kpd EXCO berkenaan amatlah tidak profesional. MSO selalu berkata kpd 'pengomen-pengomen' blog MSO yg tidak faham erti penulisan MSO, tp MSO sendiri ??

Sy percaya jika MSO adalah penulis yg jujur dan ikhlas, sudah tentu akan menyiarkan tulisan ini.

dari
mantan EXCO yg tak bertauliah.

KOYAN said...

mso..

ada hikmah tuh bila jadi kes2 macam ini..mugkin mana2 kerajaan pun dah kene telus & bijak membuat keputusan...baru takde orang boleh tikam dari depan atau belakang...kalau benar tetap benar..kalau salah..tak usah gelabah..perbaiki kesilapan agar tidak berulang...adat berniaga ada untung kadang kala rugi...walau pun kita rancang bagus..perancagan allah..jauh lebih bagus...ada hikmah tuh...bagus gak tgna tak melatah....